[BBB] Babak 17 PENGLIHATAN

Romance Completed 49406

Rostam sedang berjalan ke butik Nathifa untuk buat kejutan kepada Suhana. Dari jauh, Rostam melihat seorang gadis sedang duduk di lantai dengan seorang gadis lagi sedang terbaring.

"Eh… nampak macam Thifa… Ya… Allah… Suhana!..." Rostam bergegas ke situ.

Suhana terkena dari tembakan itu. Dia tidak sedarkan diri. Rostam mengangkatnya lalu menghantarnya ke hospital bersama Nathifa.

Di hospital, dalam bilik pembedahan, doktor dan beberapa jururawat sedang lakukan sedaya upaya untuk selamatkan Suhana.

"Akak… jangan tinggal kan Adik… Adik takde sesiapa lagi dalam dunia ini…" air mata Nathifa berlinangan.

Sejam kemudian, doktor keluar dari bilik itu lalu dia berjumpa dengan Nathifa.

"Doktor… macam mana keadaan Kakak saya?..."

"Maafkan kami Cik… Cik Suhana… tak dapat diselamatkan…"

"Akak!!!... Akak!!..." Nathifa masih meratap.

Tiba-tiba, seorang jururawat memberi 3 sampul surat kepada Nathifa. Nathifa membuka sampul surat bertulisan 'Braille' lalu dia membaca.

"Assalamualaikum Thifa,

Surat ini Akak tulis khas untuk Thifa. Maafkan Akak kalau Akak pergi dulu. Sebenarnya, Akak menghidap penyakit 'Gastric Cancer' dan masa Akak sudah suntuk. Oleh itu, Akak nak dermakan mata Akak kepada Thifa. Akak nak Thifa dapat melihat semula keindahan dunia ini. Thifa jagakan lah mata Akak elok-elok. Thifa janganlah bersedih hati. Walaupun Akak pergi meninggalkan Thifa, Akak akan sentiasa berada di mata Thifa. Akak selalu berdoa semoga Adik Akak akan menikmati kebahagiaan Thifa. Sekian. Lisa Suhana…" tersedu-sedu bila membaca surat itu.

"Thifa… kenapa Thifa menangis?... Apa isi kandung surat itu…"

"Rostam… tolong aku… aku nak buat pembedahan mata gunakan mata Kakak aku…"

*Okey… aku cuba uruskan… bila Thifa nak buat?..."

"Hari ini juga…"

"Hari ini?... Baiklah aku cuba…"

Rostam cuba bertanya jururawat sama ada boleh buat pembedahan mata hari ini. Namun, tidak boleh dibualkan dan yang paling awal adalah esok tengahari.

*Thifa… aku dah cuba tanya… tapi hari ni… takde… esok tengahari boleh… kau okey tak?... Aku okey… tapi aku nak tinggal sini sampai operasi esok…"

*Boleh… aku akan bantu kau.."

"Tapi kau tolong rahsia kan hal ke semua orang lebih lebih lagi kepada Abang Hafiy…"

"Kenapa?..."

"Aku tak Abang Hafiy risau… nanti aku jelaskan bila dia sampai KL…"

"Baiklah kalau begitu...aku berjanji aku akan rahsia kan hal ini…"

Nathifa tinggal di bilik wad sementara menunggu esok. Rostam berundur diri dulu dan dia akan datang esok tengahari untuk temankan Nathifa.

"Aku kini sudah putus harapan… aku kehilangan orang yang aku sayang… aku bukan nak salahkan takdir tapi aku tak tahu apa lagi harus aku lakukan… gelaran anak luar nikah itu… telah melekat di seluruh tubuhku… dimana saja aku akan pergi… orang tetap pandang serong pada diriku… tapi… aku harus kuatkan semangat… aku mesti teruskan dengan butik baharu itu… itu satu-satunya kenangan terindah bersama orang yang aku sayang… lagipun aku ada pekerja yang setia dan sanggup berkorban untuk aku… aku mesti teruskan dengan kehidupanku… Ya… Allah… Kau tabahkan jiwaku ini... berikanlah aku kekuatan untuk harungi segala ujian yang Kau berikan…"


Sementara itu, ada perbualan sulit sedang berlaku.

“Bos… kita tertembak salah orang…”

“Bodoh betul korang buat kerja ni… satu orang pun boleh salah tembak…”

“Sebab ada orang selamatkan dia Bos…”

“Inilah orang… alasan meluluh je… dah… sekarang jangan buat apa-apa… kau bilang aku mana dia ada sekarang?... “

“Dia ada di hospital…”

“Hei lembab… kau ingat KL ni ada satu hospital je ke?... dia berada di hospital mana?...”

“Tak tahu Bos…”

“Apa?... kau cakap tak tahu?... kalau aku bagi duit tahu tak?...”

“Eh… Duit mesti lah tahu Bos… “

“Aah… sudah!… nanti aku kol balik!...”

Dua hari kemudian.

“Alhamdulilah… mayat Akak selamat dikebumikan tanpa matanya… matanya sedang beralih di tubuhku… aku bersyukur sebab boleh melihat semula… aku berjanji… aku akan jaga mata ini sebaik mungkin… Akak… terima kasih sebab sanggup ingin dermakan mata Akak pada Thifa… walaupun kita tidak mempunyai pertalian darah… tapi bagiku Akak adalah kakak kandungku… Thifa akan selalu berdoa agar Akak ditempatkan dari orang yang diredai Allah… “

Nathifa berada di rumahnya dan dia sedang mengemaskan barang-barangnya untuk pindah ke Pahang tanpa pengetahuan Hafiy. Dia memanggil semua pekerjanya berkumpul di rumahnya supaya mereka berangkat bersama. Laila dan Rosnah berjaya dapatkan lokasi baharu di Pahang yang berdekatan dari bandar. Aniqah dan Noreen pula sudah mengeluarkan 7-8 buah desain untuk butik baharu cuma perlu persetujuan dari semua pihak. Manakala Shila dan Dayana pula sudah menghasilkan beberapa poster, banner dah risalah dengan corak baharu.

Nathifa bersyukur mendapat pekerja yang cekap dan setia. Oleh itu, dia sanggup meluangkan masanya bersama mereka. Sekarang, mereka semua adalah keluarga baharu bagi Nathifa dan dia akan berkerja keras untuk membangunkan butik baharu itu.

Seminggu kemudian.

Kelibat Nathifa tidak boleh dicari di sekitar Kuala Lumpur malah Nathifa kini berada di Pahang bersama keluarganya yang baharu. Tiada siapa yang tahu keberadaannya dan Nathifa bertekad untuk melupakan apa yang terjadi di Kuala Lumpur dan berusaha keras demi masa depannya yang akan datang.

Semasa Nathifa sedang masuk dalam butik baharunya, dia mula rasa pitam lalu dia reaabh dengan tidak sedarkan diri. Aniqah dan Dayana menghantar Nathifa ke hospital yang berdekatan di butiknya manakala yang lain berada di butik itu untuk selesaikan apa yang patut.

Semasa di hospital itu, doktor sudah periksa keadaan Nathifa lalu dia mula bicara.

“Tahniah Puan… Puan sedang berbadan dua…”

“Saya mengandung?... berapa bulan doktor?...’

“Sudah hampir sebulan dua minggu... kenapa Puan?..”

“Takde… selalunya… orang mengandung akan rasa tekak loyar… muntah-muntah… takleh kena bau kuat… tapi saya takde tanda-tanda itu...”

“Betul… itu cuma tanda-tanda saja… kadang kala… ada pesakit juga macam Puan… mengandung tanpa ada sembarang tanda-tanda kehamilan…”

“Oh… kalau begitu… tak ke bahaya… kalau saya tak tahu yang saya mengandung tanpa tanda-tanda kehamilan?…”

“Puan… saya faham… tapi ini semua ketentuan Ilahi… oleh itu… Puan harus bersyukur sebab sempat tahu sebelum perkara tak dijangka berlaku... “

“Okey.. doktor… apa harus saya buat?...”

“Okey… saya akan berikan jadual setiap sebulan… Puan mesti datang untuk diperiksa kandungan Puan… Saya akan siapkan ubat-ubat untuk tahan kesakitan pada Puan… dan yang penting lagi… Puan harus banyakkan berehat… jangan buat kerja-kerja keras...”

“Baiklah… doktor… terima kasih…”

Nathifa dan kawan-kawannya pun balik ke rumah apartmennya. Aniqah dan Dayana sangat teruja mendengar berita gembira itu.

Di Kuala Lumpur, dalam rumah Rostam, Rostam sedang kemurungan dan sudah dua minggu dia tidak datang ke pejabat. Julia amat simpati dengan Rostam lalu dia mengambil keputusan untuk melawat Rostam.

“Suhana… kenapa kau tinggal aku… aku baru je nak melamar kau… sampai hati… kehilangan kau… ibarat aku kehilangan jiwaku... “ raungan Rostam sambil memandang cincin itu.

Orang yang selalu ceria, berfikiran positif dan berkeyakinan diri, telah menjadi lemah, resah dan gelisah. Julia pun tiba di depan pagar rumah Rostam. Rostam pun menjemput Julia seperti patung bernyawa.

“Rostam… apa dah jadi rumah kau?... tunggang langgang di buatnya…”ujar Julia sambil melihat persekitaran rumah Rostam.

“Suka hati aku lah… apa hal kau datang sini?...” tanya Rostam.

“Aku sebenarnya… sangat…”

“Sangat apa?... simpati?... kesian?... dah lah kau pergi balik…”

“Rostam… aku faham perasaan kau!... tapi Allah lebih sayangkan dia…”

“Dah lah… tak payah nak sekolah kan aku… kau pun bukan baik sangat… suka tipu aku je…”

“Ya!... memang aku penipu!... aku buat ini semua sebab aku nak kau bahagia!... kau ingat kalau Arwah masih hidup… dia nak terima ke lamaran kau?...”

“Apa yang kau cakap ni?!... kau jangan nak tuduh dia bukan-bukan… dia mesti terima lamaran aku…”

“Kau pasti?...”

“Pasti lah…”

“Okey… sebenarnya kedatangan aku… nak sampaikan amanah Arwah…”

“Dah lah… bukan boleh percaya pun… pergi balik…”

“Rostam… aku tahu kau bencikan aku… aku faham… tapi kasi aku peluang untuk jelaskan… lepas itu… aku tak kan ganggu hidup kau lagi…”

“Okey… nak cerita sangat… cerita lah…”

“Sebenarnya… Suhana sukakan kau… tapi dia menolak cinta kau sebab dia tak nak kau kecewa…”

“Apa yang kau merepek ni?... dia tak nak aku kecewa?… kau biar betul!...”

“Eh… sabar lah!… macam mana aku nak cerita kalau kau asyik… sampuk… sampuk aku je… macam hantu!...” Julia mula naik angin.

“Okey… sori… teruskan…”

“Suhana sebenarnya menghidap penyakit ‘Gastric Cancer’ dan dia akan pergi tak lama lagi… kalau kejadian itu tak berlaku… Suhana pun akan tetap pergi… jadi… sebelum dia pergi… dia suruh aku titipkan sampul surat ini untuk kau selepas dia pergi… Nah…” Julia memberi sampul surat itu kepada Rostam. Rostam pun terima sampul itu.

“Dah… uruskan aku pun dah selesai… seperti yang dijanjikan… aku tak kan ganggu hidup kau…. Selamat tinggal…” Julia pun berundur diri dengan perasaan pilu.
“Sampai hati kau Rostam…. Begitu bencinya kau terhadap diriku… kalau kau nak tahu… aku terlalu cinta dengan kau… tapi aku sedar aku hanya bertepuk sebelah tangan… kalau itu yang kau mahu… aku berjanji aku tak kan kacau hidup kau lagi… aku berdoa agar kau akan mendapat wanita yang jujur dan mulia… tak seperti aku… biarlah aku membawa diri dengan jiwa terseksa…”air mata Julia mengalir sambil memandu pulang ke rumahnya.

Rostam membuka sampul surat itu lalu dia membaca.

“Assalamualaikum Rostam,

Aku minta maaf sebab menolak cinta kau. Sejujurnya, kali pertama kita bertentang mata, aku dah mula sukakan kau. Namun, apakan daya aku, aku ada penyakit yang menyebabkan diriku tidak boleh hidup lama lagi. Penyakit ini adalah ‘Gastric Cancer’. Sepatutnya, aku dah meninggal kalau mengikut ramalan doktor. Tapi, aku masa bertahan sebab aku ingin tunaikan hajat aku kepada adikku Nathifa.

Maafkan aku kalau aku rahsia kan perkara ini sebab aku tidak mahu orang rasa simpati terhadap diriku. Aku harap kau akan faham dan aku akan selalu berdoa agar kau ditemui wanita yang lebih baik dari diriku.

Mungkin kau tidak tahu bahawa jodoh kau ada didepan mata. Tapi kita manusia biasa, tidak lari dari kesilapan.

Terima kasih sebab sudi temankan aku selama 6 bulan ini. Itu saja yang aku mampu sampaikan untuk kau. Sekian. Lisa Suhana.” Rostam keluar dari rumahnya untuk mengejar Julia tetapi Julia sudah tinggalkan rumahnya.

Sejak itu, Julia nekad untuk berhenti kerjanya dan beralih ke kampung halamannya di Kuching supaya dia mampu lupakan kenangan pahit di Kuala Lumpur. Manakala Rostam sedang mencari Julia untuk meminta maaf dan malangnya, Rostam tidak ada peluang itu sebab Julia kini berada di Kuching dan Rostam tidak tahu di mana tempat tinggal Julia sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience