[BBB] Babak 26 KEPUTUSAN BERAT

Romance Completed 49406

7 bulan kemudian.

Di Pahang.

"Anakku sayang… tak lama lagi… kamu… akan keluar melihat dunia ini… Ummi… berdoa semoga kamu dilahirkan dengan selamat… Abang Hafiy… kenapa Abang tak nak cari Thifa di sini?... Tak sayang ke Abang pada Thifa?... Thifa rindu kan Abang…"

Di Kuala Lumpur.

"Thifa… di mana Thifa bersembunyi?... Puas Abang cuba mencari Thifa di Pahang dua bulan lepas… tapi bulan ini Abang akan minta bantuan dari rakan e-mel Abang… dia nak bersalin… mesti comel… anak dia tu… sekarang Abang nak kemaskan barang Abang untuk kesana… semoga kita bertemu semula…" Ujar Hafiy sambil menyusun pakaiannya ke dalam beg.

Tiba-tiba, setiausaha Hafiy, Adriana, menelefonnya dan beritahunya bahawa ada hal kecemasan sehingga perlukan Hafiy untuk turun padang.

Tanpa berfikir panjang, Hafiy hentikan apa yang dia lakukan itu lalu dia keluar. Setelah sampai dari pejabatnya, Adriana memberi laporan dari cawangan 'Dewi Gorgeous' di London.

"Apa ini semua Riana?!... Kenapa boleh merosot semacam gini?!..."

"Maafkan saya bos… pihak atasan dari London baru dapat tahu bahawa pekerja-pekerja di sana telah pecah amanah… sudah 20 pekerja terpaksa diberhentikan…"

"Jadi mereka perlu saya berada di sana untuk latih pekerja baharu?..."

"Tak bos… penolong pengarah di sana nak berhenti kerja sebab dia tak nak terbabit dengan syarikat yang penuh dengan rasuah ini…"

"Rasuah?! Jadi saya perlu ke sana sampai kita dapat pengganti baharu?..."

"Ya bos… mereka perlukan bos untuk pimpin pekerja di sana…"

"Okey… kamu keluar dulu… bagi saya ruang untuk berfikir…"

"Baik bos… saya minta diri dulu…" Adriana pun berundur dari bilik Hafiy.

Hati Hafiy berbelah bagi dan semakin buntu. Antara amanah arwah bapanya dengan pencarian isterinya, yang manakah harus dia diutamakan dulu?

"Ya Allah… begitu berat dugaan saya ini… apa yang harus saya lakukan?... Kalau saya tak cari Thifa… dia akan fikirkan bahawa saya tak nak cari dia… kalau saya tak selamatkan syarikat Papa di London… saya akan gagal memenuhi amanah arwah… mana satu ni?..."

Rostam pun masuk ke dalam bilik Hafiy untuk berbincang.

"Fiy… kau okey tak?..."

"Tam… macam mana saya tak risau… saya dah hampir nak jumpa dengan Thifa… dan tiba-tiba je… syarikat Papa di London pula buat hal…"

"Kalau gitu… biar aku ganti…"

"Eh… Jangan… kamu kan nak kahwin minggu depan… tak manis nak hampakan… Julia… lagipun saya tak pasti berapa lama akan ke sana... “

“Tapi… nanti isteri kau macam mana?...”

“Tam… walaupun… kita tinggal bersama hanya 6 bulan je… tapi… saya yakin… Thifa itu orang yang tabah… dan setia…”

“Jadi… kau nak ke sana?...”

“Tam… Papa saya dah takde di dunia ini… syarikat ini lah… yang tinggal untuk saya… jadi… saya akan ke sana… insya-Allah… kalau dah selesai cepat… saya akan pulang cepat untuk teruskan mencari Thifa…”

“Baiklah… kalau itu keputusan kau… aku akan jaga disini sementara kau pergi…”

“Terima kasih Tam… saya akan berangkat esok…”

Hafiy telah mengambil keputusan untuk pergi ke London demi menjaga amanah arwah bapanya. Meskipun keputusan itu adalah berat baginya, dia yakin bahawa isterinya akan menanti ketibaannya. Hafiy berjanji bahawa dia akan mencari semula pencarian isterinya setelah selesai tugasnya di London.

Di Pahang.

“Kenapa Encik Wall tak hantar e-mel?... dia tak nak datang ke?... takpe… mungkin dia sibuk ke… atau sedang cari isteri dia...”

Tiba-tiba, Nathifa terima peti masuk belum dibaca. Dia kemudian membuka peti masuk itu dan membaca.

“Hai ‘Not Slim’,

Maafkan saya. Saya tak dapat nak melawat awak bersalin sebab saya perlu ke London atas urusan kerja. Saya tak tahu berapa lama saya akan tinggal di sana. Saya harap selepas awak bersalin, awak ambil gambar anak awak yang comel itu. Saya akan hantar habuan untuk menyambut kelahiran anak awak. Tahniah sebab awak akan jadi ibu. Sekali lagi saya minta maaf.” Nathifa pun mengalir air mata seolah-olah suaminya pergi tinggalkannya.

“Ish… kenapa aku menangis ni?... dia tu cuma kawan je… bukan suami pun… lagipun aku nak tunggu Abang Hafiy bukan mamat muka tembok tu…”

Keesokan harinya.

Di Kuala Lumpur.

Hafiy kini sudah berada di KLIA dan dia pun sudah masuk ke dalam kapal terbang sambil menunggu untuk berlayar. Hafiy pun duduk sambil ingatkan nasib isterinya.

“Thifa… Abang minta maaf… Abang tak berniat untuk biarkan Thifa keseorangan… tentu Thifa di sana beranggap Abang ini sudah lupakan Thifa… Abang faham perasaan Thifa… tapi Abang terpaksa keluar negara demi memenuhi amanah arwah Papa… Abang harap Thifa akan faham…”

Di Pahang.

“Kalau Abang Hafiy tak sempat cari aku di sini macam mana?...mungkin Mak Long dia tak benarkan dia mencari aku?... kalau begitu… biarlah aku jaga anak kita sendiri…” Nathifa seakan-akan pasrah dan dia tidak mahu berharap lagi.

Meskipun begitu, dia masih berhubung dengan Encik Wall.

Seminggu kemudian.

Di Kuching, di dalam masjid.

“Kamu Rostam bin Azhaar…”

“Saya…”

“Aku kahwinkan dan nikahkan akan dikau dengan Julia binte Abidin dengan mas kahwinnya RM333 tunai…”

“Aku terima nikahnya Julia binte Abidin dengan mas kahwinnya RM333 tunai…”

“Sah?... Sah?... Sah…. Alhamdulillah…”

Selesai sudah perkahwinan Rostam dan Julia itu. Hari kebahagiaan mereka telah disambut dengan meriah sekali.

Di London.

Hafiy sedang memimpin pekerjanya sambil mencari salah satu pekerja itu untuk menjadi penolong pengarah. Sejak kes pecah amanah itu, Hafiy telah perkuatkan mutu dan prestasi kerja supaya perkara itu tidak diulangi lagi.

“Haiz… kalau tengok segi prestasi mereka ni… nampaknya lambat lagi lah saya boleh pulang…” bisikan di hati Hafiy.

Justeru itu, pekerja-pekerja Hafiy akan ambil giliran untuk menghadiri khusus bagi mempertingkatkan lagi pengetahuan bagi produk-produk itu. Mencari pekerja baharu tidak sukar tapi mencari pekerja baharu yang jujur dan amanah itu bukan mudah.

Hafiy pula cuba berjumpa klien-kliennya untuk mengambil semula kepercayaannya itu dan dia akan berunding semula dengan perjanjian mereka itu.

Setiausaha di London, Veronica, sedang mencari pekerja yang boleh dijadikan amanah dan jujur. Tentulah susah hendak melihat sama ada pekerja-perkerja itu bersikap curang atau tidak. Justeru itu, untuk memastikan sikap-sikap pekerja itu, Hafiy telah berikan mereka 3 bulan percubaan kerja dan dalam tempoh 3 bulan itu, jikalau prestasi mereka merosot, mereka akan diberhentikan serta merta.

“ ‘Mr Hafiy… we’ve been looking for about 30 workers… why do you need all of them sir?’...”tanya Veronica.

“ ‘Actually… I need them to boost our business… in order to gain their trust… you just simply let them work within 3 months probation first… if their working ethics are good… then we’ll decide to put them in our division’...” jawab Hafiy.

“ ‘Alright sir… I’ll just do it as you say’…” balas Veronica sambil mengundur diri dari bilik Hafiy.

Di Pahang.

Sewaktu Nathifa sedang mengira stok kain-kain baharu, perut terasa sakit dan air paip kelaminnya telah bocor. Shila tergesa-gesa membantu Nathifa manakala Noreen sedang memanggil ambulans.

Semasa di hospital, Noreen dan Shila sedang temankan Nathifa sementara yang lain sedang berada di butiknya. Nathifa masih termenga-menga dan dia dihantar ke bilik bersalin.

“Shila… kau rasa Thifa lahirkan anak lelaki ke perempuan?...”

“Entahlah Noreen… tapi kalau anak perempuan kan ‘best’... cantik macam Thifa…”

“Eh… kalau ada anak kembar macam mana?...”

“Itu lagi bagus lah… sebab dua anak lahir secara serentak… bertuah lah Thifa tu kalau dapat…”

“Ish… aku tak sabar lah… tengok muka bayi yang comel... “

“Sabarlah… sepatutnya kita harus berdoa semoga Thifa selamat… dia sekarang sedang usaha nak lahirkan anaknya tu… tambahan pula takde suami disampingnya…”

“Betul kau cakap tu Noreen… Encik Hafiy ni… pun satu… dah lupa bini ke?... sampai sekarang tak nak cari Thifa… apa kes?...”

“Kau ni Shila… cakap mengikut emosi je… mungkin Encik Hafiy cuba cari tapi masih belum jumpa… lagipun Pahang ni besar tau… kau ingat boleh jumpa Thifa dalam satu hari ke?... kalau Thifa berikan alamat pada dia… senanglah… tapi tak kan... “

“Okey… Okey… sori… lama juga dalam bilik itu…”

“Apa kata kita buat solat hajat supaya Thifa selamat lahirkan anaknya…”

“Bagus juga itu… jom kita pergi surau…” Noreean dan Shila pun menuju ke surau untuk bersolat hajat demi rakan mereka yang tersayang.

Manakala dalam bilik bersalin, Nathifa masih cuba mengeluarkan bayi-bayinya dari rahimnya

“ABANG!!!” Nathifa menjerit lalu dia tidak sedarkan diri.

Di London.

Hafiy terjaga dari tidur.

“THIFA?!... Ya Allah… selamatkanlah isteri saya….” Hafiy pun pergi ke tandas untuk mengambil wuduk kemudian dia menunaikan solat hajat setelah mendapat mimpi buruk itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience