[BBB] Babak 28 RUMAH PERDEO

Romance Completed 49406

Di dunia Mysha.

"Ish… rimas lah… tempat penuh dengan gala besi ni… takde… 'best' tempat ni… lebih baik aku tinggal di gua je… daripada berdepan dengan dua minah ni… mereka tu suka je… cari pasal… aku tak buat apa-apa pun kena belasah dengan diorang tu… takpe… hari ni hari kau… kau boleh buat apa saja untuk buli aku… tapi kita tunggu je untuk hari kau pula… " bisikan Mysha sambil membersihkan tandas.

"Hoi lembab!... Kau curi tulang eh… buat kerja tu…" tegur Shura sambil ketuk kepala Mysha dengan batang pengelap.

"Mana ada nak curi tulang?... Lagipun ini tempat pencuri… memang wajar lah kita curi tulang…" Mysha menjawab.

"Oh… dah pandai loyar buruk sekarang eh?... Mari sini… biar aku ajar kau…" Shura menarik rambut Mysha lalu dia mengheretnya di jamban dan masukkan kepala Mysha ke dalam lobang jamban itu. Mysha kelihatan pucat dan nafasnya mula tersekat lalu dia teriak.

"OKEY!... sori…Aku janji… aku takkan jawab balik…" Shura keluarkan Mysha dari jamban itu.

"Kan dah takut… lain kali jangan nak menentang aku… faham!..." Shura tampar manja di pipi kiri Mysha tiga kali dan dia pun beredar dari situ.

"Kau ingat baik-baik…" Qhusha, yang rapat dengan Shura, beri amaran kepada Mysha.

"Kau berdua akan terima balasan dari aku…" bisik di hati Mysha dengan termenga-menga.

Mysha telah menjadi bahan ejekan dalam rumah perdeo itu. Tiap-tiap hari Shura dan Qhusha sering membuat perkara yang memalukan Mysha. Shura tidak suka Mysha sebab Mysha sering menentang Shura dan bagi Shura, Mysha suka angkuh dan berlagak pandai.

“Qhusha… kau rasa apa lagi kita boleh buat untuk kerja si berlagak tu?” tanya Shura

“Alah senang je… kita buang makanan dia… supaya dia takleh makan… biarkan dia kebulur… bila dia lemah… senang lah kita kerjakan dia…”

“Eh… betul tu… kalau dia takde tenaga… dia takleh melawan balik…”

“Kalau nak buat cara kotor… ini… lah… orangnya… lain hari… kita buat lain cara... “

“Baiklah… aku setuju… kalau asyik sama je… tentu bosan kan… tak mencabar langsung…”

“Hahaha… selagi si berlagak tu masih ada disini.... Sakit mata aku dibuatnya…”

“Ya lah… aku pun meluat dengan muka ‘innocent’ dia tu kan…”

Kejadian yang dahsyat adalah apabila Mysha sedang tidur dan Qhusha menutup mulut Mysha dengan bantalnya lalu mereka berdua memberi buku lima ke perut Mysha. Mujurlah Mysha masih bernafas cuma pernafasannya hampir tersekat. Semakin hari Mysha dibuli, semakin meluap-luap dendam Mysha terhadap mereka berdua.

Jika dulu, wajah ayu menawan itu terserlah pada diri Mysha, tapi kini Mysha bagai cendawan disesah seakan-akan dia dirasuk hantu. Mysha mula membisu dan termenung seorang diri. Dia pun tidak bergaul dengan orang lain. Dari pemandangan Shura dan Qhusha, mudah untuk lakukan sesuatu kejam terhadap Mysha sebab Mysha senang dibuli.

“Shura… kau tengok perempuan tu… dah bisu pula dia… padan muka dia tu… nak tunjuk belang dengan kita kan...” ujar Qhusha sambil pandang ke arah Mysha dari jauh.

“Itulah… baru 10 bulan datang sini… nak berlagak dengan aku… ingat muka macam dia tu cantik sangat… aku takut... “ kata Shura.

“Wheh… apa kata kita siramkan dia dengan kicap manis…kemudian kita letakkan dia di tepi pokok yang ada semut api… nanti semut semua datang dan gigit badan dia…” tambah Qhusha.

“Eh… bagus juga cadangan kau… malam ini kita kerjakan dia…”

“Okey… ‘steady’ punya…” balas Qhusha.

Pada malam itu, semasa semua banduan di bahagian Mysha akan diberi setengah jam untuk bersiar-siar di taman tepi rumah itu, Shura menerkap leher Mysha ketika Mysha sedang melihat bunga-bunga itu lalu Shura mengheret Mysha ke tepi pokok yang jauh sikit dari pandangan orang manakala Qhusha sudah curi sebotol kicap di pantry sel. Shura mengikatkan dua belah tangan Mysha ke pokok dengan tuala kecil lalu mereka berdua tuangkan kicap manis ke seluruh badan Mysha. Setelah itu, mereka berdua pun tinggalkan Mysha di situ.

“Puas hati aku… semoga kau dapat gigitan spesial dari semut api…” Shura dan Qhusha menggelakkan Mysha.

Mysha tidak mampu berbuat apa-apa dan dia hanya menahan kesakitan dari gigitan semut api itu. Jika seekor semut api digigit sudah terasa pedih, bayangkan segolongan semut api itu berada di tubuh Mysha.

Masa bersiar sudah tamat, pegawai polis sedang mengira jumlah banduan di bahagiannya dan dia dapati bahawa kumpulannya kurang satu banduan. Pegawai itu mengarahkan dua anak buahnya untuk mencari Mysha di sekitar itu.

Setelah 10 minit mencari, kedua anak buah pegawai itu sudah berjumpa dengan Mysha. Mereka melihat Mysha sedang terbaring di pokok dengan tangannya terikat di batang pohon. Salah seorang daripada anak buah itu mengambil air pancut lalu dia memancutkan ke arah Mysha untuk menghilangkan kesan kicap di tubuh Mysha manakala seorang lagi sedang menepis semut-semut itu yang sedang berleluasa di badan Mysha.

Mysha telah di hantar pusat rawatan untuk merawat gigitan semut ke tubuh Mysha. Manakala pegawai polis sedang mengambil keterangan dari banduan-banduan.

“Saya nak bertanya… adakah salah seorang daripada kamu tahu apa yang berlaku kepada Mysha?... kalau tahu sila tampil ke depan sekarang…” arahan dari pegawai polis. Tiada orang ingin tampil ke depan.

“Kenapa semua senyap?... dah takut?... tadi berani sangat buat dengan Mysha… sekarang… dah takut pula…” bahas pegawai polis.

“Erhmmm… puan… tadi saya nampak ada orang tangkap Mysha tapi saya tak cam siapa... ?”

“Oh… kamu nampak… habis tu… kenapa tak beritahu pada saya?...”

“Sebab… saya tak suka masuk campur… dia buat hal dia… saya buat hal saya... “ semua banduan mula ketawa di situ.

“Sudah Diam semua!... apa kamu semua ingat… ini ‘funfair’?... selagi kamu semua masih disini… kamu semua mesti belajar bantu sesama orang…”

“Alah puan… kita ni serba salah… bantu salah… tak bantu salah… habis apa yang betul?...”

“Oh... dah… pandai nak loyar buruk kamu semua eh?... oleh kerana kamu semua tak mahu bekerjasama dan salah seorang daripada kamu tak mahu mengaku… saya terpaksa merentangkan hukuman kamu semua 6 bulan lagi… jadi kamu semua akan tinggal sini 6 bulan lebih dari jangka hukuman yang kamu semua diberikan…”

Di bilik rawatan itu, kesan gigitan di tubuh badan Mysha masih terdedah dan tanda-tanda bengkak di badannya menyebabkan Mysha tidak mampu bergerak.

“Takpe… kau buat apa saja kau suka… nanti aku akan balas kau 10 kali ganda daripada ini… kau fikir aku tak mampu nak balas balik… aku berdiam sekarang bukan sebab aku lemah… sebab aku tahu… kalau aku jadi orang gila… aku akan ditukarkan ke tempat lain… dan hukuman aku akan diubah semula… jadi… kau berdua… nak buat cara kotor… buatlah… aku akan buat dengan cara sulit pula… kau belum kenal aku siapa... “Bisikan di hati Mysha sambil menahan kepedihan di tubuh badannya.

Sebulan kemudian.

Tiba-tiba, berita buruk telah menimpa pada Mysha, Puan Zunaidah sudah mangkat di dalam bilik besinya. Pegawai Polis dalam rumah itu pergi ke bilik besi Mysha dan beritahu mengenai ibunya. Mysha tidak bersuara dan air mata Mysha mengalir tanpa henti.

Di dalam bilik besi Mysha, Mysha berdiam diri sambil memikirkan sesuatu bagaikan pecah menanti sebab, retak menanti belah dan dia akan buat apa saja asalkan hasratnya tercapai ibarat tidak dapat tanduk telinga dipulas.

"Dah cukup lama hari kau… esok hari aku pula… kita lihat nanti langit itu tinggi atau rendah… " gelakkan yang mengerikan dan Mysha memberi senyuman yang menggerunkan.

Keesokan malamnya.

Semasa makan malam, Qhusha dan Shura menarik rambut Mysha lalu dia mengheretnya ke sesuatu tempat yang jarang diketahui oleh pihak polis. Setelah sampai ke situ, Qhusha genggam bahu kiri Mysha manakala Shura genggam bahu kanan. Mysha ada dua belah pisau makanan plastik yang telah diasah terlebih dulu dalam koceknya. Dia perlahan keluarkan pisau itu lalu dia menikam kedua perut si pembuli itu.

Kedua pembuli itu rebah dan tidak sedarkan diri. Mysha letakkan pisau itu ke dalam tangan kanan mereka masing-masing seolah-olah mereka tertikam sesama kawan. Mysha pun mencangkung di pertengahan mereka berdua terbaring sambil teriak. Pihak polis itu menyusul ke arah bunyi teriakan itu lalu mereka cuba siasat ke kematian terhadap dua pembuli itu.

Sejak kejadian itu, Mysha telah dihantar ke pusat sakit jiwa akibat didapati kemurungan bercampur-aduk dengan trauma. Oleh kerana Mysha telah sah menghidap penyakit gangguan mental, hukumannya telah ditukarkan kepada pusat rawatan mental selama 4 tahun dan jikalau Mysha masih belum sembuh dalam tempoh yang diberikan itu, Mysha terpaksa tinggal di situ untuk masa yang panjang.

Di dalam bilik wad khas untuk Mysha, Mysha sedang duduk bersila di katil sambil perlahan goyangkan badannya dari kiri ke kanan lalu dia termenung.

"Baru puas hati aku… kau berdua ingat… kau hebat sangat?... Kan dah panggil ajal… sekarang… boleh lah kau berdua buli di sana pula… oops… atau kau yang kena buli?... Hahaha… sekarang giliran kau pula... Hafiy Iffat… aku akan menuntut bela atas kematian mama aku… kau tunggu saja nanti...aku akan buat hidup kau lebih merana daripada perempuan jahanam tu…" gelakkan yang mengerikan itu dengan perasaan yang penuh kebencian.

Bak pepatah orang tua, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Personaliti Mysha kini berubah menjadi seorang wanita yang menyimpan hasrat tidak boleh menaruh dan terpendam. Dia akan lakukan apa saja demi menuntut bela atas arwah ibunya.

Demi memenuhi cita-citanya, Mysha patuh semua arahan dalam proses pemulihan dari pakar psikiatri supaya mereka di pusat rawatan mental itu beranggapan bahawa Mysha sembuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience