[BBB] Babak 38 PUKULAN SULIT

Romance Completed 49406

Matahari terbenam hanya menanti bulan menimbul. Rostam, Jinan dan Rayhan sedang menikmati juadah di restoran kegemaran Rayhan. Rayhan duduk di samping Jinan. Jinan sangat suka dengan budak kecil lalu dia melayan Rayhan. Walaupun Rayhan baharu sahaja kenal dengan Jinan, dia dapat merasakan bahawa ibunya sedang disisinya.

"Maafkan saya… Ray sangat manja… awak okey?..." Rostam mula dengan perbualan.

"Eh… takpe… saya okey je… lagipun saya sukakan budak kecil…"

"Ray ni sebenarnya tak sangat aktif… sebelumnya… dia mengalami tekanan darah rendah…"

"Oh… kesiannya… mesti Ray kuat kan…" Jinan membelai kepala Rayhan sambil mengucup ke dahi Rayhan.

" Sebenarnya… ada penderma darah yang berhati mulia… mendermakan darahnya kepada Ray… saya terharu sangat… saya belum sempat berterima kasih padanya…"

"Kenapa awak tak dermakan darah awak?.."

" Jenis darah saya adalah B plus… dan jenis darah Ray adalah AB… serupa dengan jenis darah arwah isteri saya…"

"Jenis darah AB?... Agaknya… dia ni yang sedang mencari penderma darah masa itu?... Jadi maknanya… aku selamatkan nyawa Ray?... Oh patutlah Ray memanggil aku Mama… sebab mungkin darah aku telah mengalir ke tubuhnya… seakan-akan dia ingat ibunya telah selamatkan dirinya… ya Allah… kecilnya dunia ini…" fikiran Jinan terganggu sambil membelai Rayhan.

"Cik Jinan?... Awak dengar ke apa saya cakap?..."

"Dengar… cuma saya takleh bayangkan kalau itu berlaku pada diri saya… "

"Oh begitu… saya cuma cerita kan ini kepada awak… sebab… awak perlu tahu…"

"Tapi awak tahu kan… saya ni bukan wanita biasa…"

" Betul… awak bukan wanita biasa… awak adalah wanita luar biasa…"

"Haiz… bos aku ni… dia puji aku ke…atau perli aku?..." Kata pada hati Jinan.

"Jinan… kita ni manusia biasa… cuma nasib kita berbeza… kalau awak ada kisah hitam… saya pun ada kisah hitam… tapi ia tak bermakna awak tak boleh nikmati kebahagiaan awak… kalau awak tahu kisah hitam saya… mungkin awak tak panggil saya 'gentleman'..."

"Saya minta maaf… cuma orang macam saya… tak dihargai oleh masyarakat… semua orang pandang serong pada saya… lagi pun saya tak minta dilahirkan macam gini…" Air mata Jinan mula mengalir dan emosinya terganggu. Rayhan cuba bangun dari kerusinya lalu dia memeluk Jinan.

"Mama… Mama... jangan sedih… Ray kan ada…" Rayhan cuba memujuk Jinan.

"Jangan lah awak bersedih… saya faham perasaan awak… dah habis makan ni… saya hantar awak pulang… nah… kesatkan air mata awak… nanti banjir pula restoran ni…" Rostam memberi sehelai kertas tisu kepada Jinan.

Jinan terharu dengan perbuatan Rostam. Hatinya berdebar ibarat cinta mula dipupuk dan luka di hatinya telah sembuh sejak kehadiran Rostam dan anaknya muncul dalam hidupnya.

"Ya Allah… kenapa hatiku berdebar… adakah dia cinta sejatiku?... " Jinan tertanya pada dirinya sambil membelai Rayhan yang sedang baring di bahu kirinya dalam kereta Rostam.

Di Pahang.

Salimah pura-pura singgah ke butik Nathifa untuk mencari isteri Hafiy. Salimah masuk ke dalam butik itu sambil melihat pemandangan di situ. Eliya bertanya kepada wanita itu.

"Selamat datang Cik… Cik cari apa?.."

"Oh… aku nak cari bos kau… mana dia?.."

"Oh Cik nak cari bos saya… sekejap ya…" Eliya memanggil Nathifa. Nathifa pun keluar dari biliknya untuk berjumpa dengan wanita itu. Salimah mula curiga bila melihat wajah isteri Hafiy.

"Biar betul?... kata 'infomer' aku…Dia ni buta… tapi aku tengok takde cacat cela pun… aku rasa 'infomer' aku tu yang buta…" bisikan di hati Salimah.

“Ya… Cik… ada apa cari saya?...”

“Jadi… kau ni isteri Hafiy?... “

“Betul Cik… saya Nathifa… Isteri Hafiy… kenapa Cik?...”

“Takde apa-apa… aku datang sini… nak jenguk bakal madu aku…”

“Bakal madu?... saya kurang faham…” tanya Nathifa dengan raut wajahnya mengelirukan.

“Kalau kau nak tahu… akulah… bakal isteri Encik Hafiy…” jelas Salimah dengan megah.

“Oh… apa… khabar Cik…” balas Nathifa dengan hati terbuka.

“Cik Sally…” jawab Salimah.

“Oh… Cik Sally… jemput duduk dulu… saya buatkan minuman…” Nathifa mengiringi Salimah ke tempat menunggu kemudian dia beralih ke pantry untuk membuat secawan teh.

“Pelik betul isteri Hafiy?... dia tak marah ke?... sepatutnya… dia akan naik darah apabila mendengar pengakuan aku tu…”Salimah sedang terpinga-pinga.

Nathifa kemudian memberi secawan teh itu kepada Salimah. Eliya terkejut apabila memerhatikan tingkah laku Nathifa yang luar biasa. Salimah dan Nathifa sedang bersembang panjang seolah-olah tiada hari esok. Sifat mulia dalam diri Nathifa telah melembutkan hati Salimah. Salimah terharu kerana dia tidak pernah berjumpa dengan wanita berhati bersih dan dia mula serba salah untuk dijadikan isteri Hafiy yang kedua.

Tiba-tiba, Hafiy datang ke butik dan dia terpandang kelibat Salimah lalu dia mula menegurnya.

“Sally!... apa awak nak buat di sini?!...” tanya Hafiy sambil menarik tangan Salimah untuk diusir. Nathifa cuba menahan suaminya itu.

“Abang… sabar dulu… bawa mengucap… biarkan dia jelaskan…” nasihat Nathifa sambil mengurut bahu kiri Hafiy.

“Baiklah… Sally… cuba awak jelaskan…” Hafiy melepaskan dari genggamannya lalu dia menanti untuk mendengar penjelasan dari Salimah.

“Okey… sebenarnya… kedatangan aku kemari untuk memporak perandakan hubungan kau berdua… tapi… setelah aku… mengenal isteri kau… baru aku sedar… kenapa kau pilih dia sebagai suri hati kau… Hafiy… Nathifa… aku minta maaf… aku berjanji… aku tak kan ganggu kau berdua... “

“Elok lah… awak dah sedar… saya doakan awak akan temui lelaki yang lebih baik dari saya…” kata Hafiy. Salimah pergi ke arah Nathifa sambil memegang tangan Nathifa.

“Nathifa… maafkan aku… kau terlalu baik sangat pada aku… walaupun… aku cuba menyakiti hati kau… tolong maafkan aku…” air mata Salimah mengalir. Nathifa memeluk Salimah.

“Takpe lah Sally.... Saya faham… saya dah maafkan awak… saya pun mendoakan awak semoga awak bahagia dan mendapat suami yang baik…”

Setelah itu, Salimah pun berundur diri sambil melambai kepada Hafiy dan Nathifa. Lapang dada Hafiy apabila satu daripada masalahnya sudah selesai. Hafiy sangat bersyukur mempunyai isteri yang penyabar dan prihatin.

Di pejabat Khalid. Khalid sedang menghempaskan fail kerjanya di atas meja. Merah muka Khalid dan dia mula menjerit. Hadiya, setiausaha Khalid, masuk ke dalam bilik Khalid dan dia mula lemah semangat apabila melihat barang-barang bersepah di lantai.

“Kau ni dah kenapa?...” tanya Hadiya sambil mengutip barang-barang tersebut di lantai.

“Eh… asal kau kat sini… aku tak suruh kau datang kan…” jawab Khalid dengan nada yang tinggi.

“Aku tak kisah kalau kau nak marah aku… tapi… ini kan pejabat… apa orang lain kata?...”

“Aku nak Nathifa!... Nathifa!... iiiissshhh!… aku mesti bunuh Hafiy!… aku mesti bunuh Hafiy...biar dia seksa…” Khalid sedang mencari pemukul besbol dalamnya laci tetapi tidak dijumpai. Dia mula berontak seakan-akan dia hilang pedoman hidup. Hadiya tidak sampai hati melihat kelakuan Khalid lalu dia menampar sekuat tenaganya sehinggakan bibir kanan Khalid berdarah.

“Aku faham cinta kau ditolak… tapi… dengan perbuatan kau macam gini… kau ingat kau boleh dapat Nathifa?... ini bukan Khalid yang aku kenal… seorang yang peramah dan suka membuat orang gembira… kalau kau bunuh suami dia… apa kau dapat?... puas hati?... lepas tu apa lagi?... kau akan dihukum gantung… berbaloi ke itu semua?... kalau kau buat begitu… siapakah akan jaga syarikat ini?... arwah ibu kau tentu akan kecewa dengan sikap kau ni… ” kedua tangan Khalid bergeletah dan dia mula serba salah atas tindakannya itu.

“Maafkan aku… Diya… aku takleh terima hakikat… bahawa… Nathifa dah kahwin… maafkan aku…”

“Khalid… cinta untuk adalah satu pengorbanan… dan kadangkala ia tak mudah dimiliki kalau kau hanya bertepuk sebelah tangan… kalau kau betul… cintakan dia… kau mesti lepaskan dia dan biarlah dia hidup bahagia… mungkin itu bukan jodoh kau… kau harus terima takdir ini semua…” titisan air mata Hadiya berlinangan sambil mencuba pegang bahu kanan.

Setelah mendengar nasihat dari Hadiya, Khalid mula berasa kesal terhadap dirinya dan niatnya untuk mengancam nyawa Hafiy telah dibatalkan. Dalam wajah Hadiya yang tegas itu, tersimpan perasaan yang amat sukar dibayangkan. Perasaan itu berdebar ketika Hadiya berjumpa dengan Khalid. Namun begitu, Hadiya hanya boleh melakukan semampunya untuk memberi kebahagiaan Khalid. Tapi disebaliknya, Hadiya cuma angau diri sendiri dan dia harus mengukur baju dirinya sendiri kerana dia tidak setaraf dengan kedudukan Khalid. Menurut Hadiya, dia suka bila melihat keceriaan di wajah Khalid meskipun Khalid tidak menyimpan apa pun perasaan terhadap dirinya.

Dua minggu kemudian.

Di Kuala Lumpur.

Pada waktu senja, Rostam ingin membeli permainan baharu untuk anaknya di pusat beli belah. Dia terlihat sebiji kereta mainan bentuk Mini Cooper lalu dia terus membelinya. Kemudian, dia berjalan ke tempat letak kereta di luar pusat beli belah tepi lorong terpencil kerana tempat letak kereta dalam pusat beli belah itu sudah penuh.

Sewaktu Rostam sedang membuka pintu keretanya, seorang lelaki bertopeng mula terjah Rostam dari belakang sambil mengunci kedua bahu lengan Rostam. Manakala seorang lelaki bertopeng itu sedang menumbuk perut Rostam secara berterus-terusan. Rostam cuba melawan semula tetapi dia berasa lemah akibat pukul curi itu. Salah seorang daripadanya membawa sebatang logam lalu dia memukul Rostam sehingga Rostam tidak sedarkan diri. Kemudian, mereka berdua itu membuka langkah seribu.

Oleh kerana, tempat itu sangat terpencil, tiada orang yang lalu lalang. Hampir sejam kemudian, ada seorang lelaki yang datang untuk pergi ke keretanya yang diletak belakang kereta Rostam. Lelaki itu terus membuat panggilan kecemasan apabila dia melihat keadaan Rostam yang parah itu.

Di Pahang.

Pada masa yang sama, semasa Hafiy sedang pergi ke tempat letak keretanya di tingkat bawah tanah pejabatnya, seorang lelaki bertopeng terjah Hafiy dari belakang. Hafiy sempat mengelak kerana dia melihat refleksi dari cermin gelas keretanya. Lelaki cuba memukul Hafiy tetapi Hafiy mampu mempertahankan diri. Lelaki itu pun rebah dan apabila Hafiy cuba memastikan bahawa lelaki itu pengsan, lelaki itu terus menendang kaki kiri Hafiy sehingga Hafiy tergelincir. Kemudian, lelaki itu memukul Hafiy dengan pemukul besbol tanpa henti. Mujurlah pegawai keselamatan muncul dan cuba menghentikan perkelahian itu. Lelaki itu mula menggelabah lalu dia letakkan pemukul besbol itu di tepi Hafiy dan melarikan diri seperti lipas kudung. Hafiy tidak mempunyai kesan cedera parah hanya bengkak di bahagia dahi kirinya.

“Bagus… perancangan aku sudah bermula… lepas ni… baru puas hati aku… hahaha…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience