[BBB] Babak 4 HALA TUJU

Romance Completed 49409

Setelah sampai ke rumah Puan Saadia, Pak Rahman memberi salam.

“Assalamualaikum… Saadia…”

“Waalaikumsalam… oh kau Rahman… sekejap ya…” Puan Saadia mengambil beg pakaian Nathifa lalu dia menghumban di luar rumah.

“Apa semua ini Saadia?...”

“Aku tak nak jaga si buta kotor ini… dia cuba beban untuk aku…”

“Puan… tolonglah… jangan halau Thifa… Thifa takde tempat berteduh..” Nathifa cuba merayu.

“Itu… kau punya fasal… lagipun kau bukan anak aku… buat apa aku nak tolong…”

“Aku tak sangka… begitu kejam kau buat pada anak yatim… takpe… aku harap kau jangan menyesal nanti…”

“Eh… aku tak kan menyesal la… kalau kau nak jaga si buta kotor ni… kau jagalah.. Dari dulu… aku tak nak jaga dia… tapi kau yang paksa kan… jadi bukan salah aku pun…”

“Dah la… jom Thifa ikut Pakcik…” Nathifa dan Pak Rahman pun beredar dari situ.

Pak Rahman kesian melihat penderitaan Nathifa itu. Baginya, tiada manusia yang dilahirkan sempurna dan juga manusia tidak harus menghukum seseorang itu dari latar belakangnya. Oleh itu, Pak Rahman kecewa dengan sikap Puan Saadia yang tidak berhati perut itu dan dia terpaksa menghantar Nathifa ke stesen bas supaya Nathifa pergi ke Kuala Lumpur untuk mulakan hidup baharu.

“Thifa… Pakcik minta maaf sebab Pakcik tak boleh bawa Thifa di rumah Pakcik… maklumlah rumah Pakcik ada 3 anak lelaki…”

“Takpe Pakcik… Thifa faham… sekarang Pakcik nak hantar Thifa ke mana?...”

“Ke stesen bas… Thifa haruslah keluar dari kampung ini… Thifa boleh mulakan hidup baharu di KL nanti…”

“Boleh Pakcik… terima kasih Pakcik sebab sudi menjaga Thifa… budi baik Pakcik... Thifa tak kan lupa…”

“Sudahlah itu Thifa… Pakcik dah anggap Thifa macam anak Pakcik… ini duit RM400 buat belanja… Pakcik masukan dalam beg ya…”

“Terima kasih Pakcik…”

Setelah sampai ke stesen bas, dia pergi ke tiket kaunter untuk membeli tiket ke Kuala Lumpur dan kemudian Pak Rahman teman kan Nathifa sampai bas itu tiba.

“Thifa… bas dah sampai… Thifa jaga diri baik-baik… Pakcik akan sentiasa berdoa keselamatan Thifa…”

“Baik Pakcik… Thifa pergi dulu… selamat tinggal…” Nathifa pun masuk ke bas tersebut lalu dia duduk di kerusi.

"Ya Allah… Kau lindungilah hamba-Mu yang tidak berdosa itu dari segala musibah… Amin…" Pak Rahman berdoa.

Inilah perjalanan baharu bagi Nathifa, yang berusia hampir 16 tahun tanpa penglihatannya, sedang termenung dalam bas.

"Hidup aku mula berubah… aku kini dalam perjalanan ke KL… tak aku sangka… begitu hina di mata Puan… kalau dulu orang memanggil aku… perempuan kotor… kini… aku digelar si buta kotor… sakit hati? Sesiapa saja akan sakit hati apabila dia digelar nama yang memalukan… tapi aku dah biasa… jadi aku tak sakit hati dengan mereka… aku bersyukur sangat mempunyai Pakcik Rahman… tanpa dia… aku tak tahu mana nak mula… sekarang aku nak mula hidup baharu… tapi… macam mana?... Kalau aku masih boleh melihat… aku boleh beli peta… tapi… kini… aku cuba bergantung deria aku yang lain pula… di KL itu… besar… kalau orang ada penglihatannya… boleh sesat… apatah lagi aku… tak pelah… aku tidur dulu… nanti aku fikirkan bila sampai sana…"

Sementara itu di kampung Nathifa itu, Puan Saadia canang seluruh penduduk kampung bahawa Nathifa tinggalkan kampung sebab dia buta dan malu nak jumpa orang sekelilingnya.

Pak Rahman tidak hiraukan cemuhan itu malah dia hanya berdoa keselamatan Nathifa. Demi menutup aib Nathifa, Pak Rahman terpaksa membuat undang-undang baharu bahawa barang siapa yang memberi berita palsu, fitnah atau tuduh orang tanpa bukti, maka dia hendaklah keluar dari kampung itu. Puan Saadia mula naik angin apabila mendengar undang-undang baharu itu.

Manakala di rumah Hafiy, Hafiy sedang bermimpi bayangan perempuan itu berulang kali dan dia mula mengigau apabila kelibat perempuan itu berkata sesuatu. Pak Kassim tidak mampu berbuat apa-apa cuma menenangkan Hafiy.

Hari sudah hampir senja, bas itu pun telah sampai ke Kuala Lumpur. Nathifa pun turun dan berdiri di tepi tiang perhentian bas sambil memikirkan ke arah mana hendak ditujunya. Beberapa minit kemudian, Nathifa mula berjalan perlahan walaupun dia tidak tahu mana dia mahu pergi.

“Aku sudah sampai KL… teruja?... tak la sangat… sebab semua aku lihat gelap gelita saja… ibarat rumah tidak berlampu… dunia tanpa matahari… aku cuma berjalan saja… aku cuba menanya orang sekelilingiku di mana surau atau masjid yang berdekatan… namun tiada seorang pun ingin menjawab atau membantu… mungkinkah aku sudah ditakdirkan hina begini?… atau aku belum lagi jumpa orang yang berhati mulia?… pelbagai soalan bermain di mindaku… aku cuma tabahkan hatiku dan terus berjalan…”

Sudah 4 jam Nathifa berjalan tanpa minum ataupun makan, dia berasa penat dan ingin berehat tetapi kawasan yang dia berhenti itu tiada tempat duduk lalu dia teruskan perjalanannya itu. Tiba-tiba seorang lelaki sedang memerhatikan Nathiifa.

“Amboi… buta… pun cantik la…” kata lelaki itu. Nathifa cuba berjalan dengan cepat untuk mengelakkan dari lelaki.

“Cik adik ni nak pergi mana?... boleh tak abang tolong teman kan…”

“Aku nak ke situ… jangan ganggu aku…”

“Amboi garangnya… mari sini abang bantu…” lelaki cuba memegang tangan Nathifa. Nathifa cuba melawan dari pegangan itu. Tanpa disedari, Nathifa tercakar pipi kiri lelaki itu. Lelaki itu pun mula naik minyak.

“Kurang ajar!...” lelaki itu menampar Nathifa dan Nathifa pun rebah ke bawah. Lelaki itu pun ambil peluang yang ada di depannya lalu dia cuba merogol Nathifa. Nathifa hanya mampu menjerit sekuat hatinya.

Tiba-tiba, seorang gadis terdengar suara orang menjerit lalu dia menyusul ke arah jeritan itu. Apabila di sana, gadis itu nampak ada lelaki cuba merogol perempuan lalu dia mengambil sebatang kayu dan hentak di kepala lelaki itu. Gadis itu berterus-terusan pukul dengan kayu sehingga lelaki itu tidak sedarkan diri. Pakaian Nathifa hampir dikoyak separuh sehingga terdedah paras dada.

“Kau takde apa-apa?...” tanya gadis itu.

“Aku okey… terima kasih…”

“Kau nak ke mana?… dengan beg pakaian ini semua… kau lari eh…”

“Tak la… aku telah dihalau dari kampung aku… sebab takde orang sanggup menjaga orang buta seperti aku… dan aku anak yatim piatu...”

“Kesian kau ini… dah la… kau ikut aku… nama aku… Suhana… panggil Su je…”

“Nama aku… Nathifa… panggil Thifa je…”

“Sebelum berangkat… aku tukar pakaian kau ini okey…”

“Baiklah terima kasih…” Suhana mengambil pakaian dalam beg Nathifa lalu dia bantu memakai pakaian itu. Kemudian dia mengajak Nathifa ke bilik sewanya. Setelah sampai ke bilik sewa Suhana, Suhana menjemput Nathifa masuk ke biliknya.

“Inilah rumah aku tak semewah… aku harap kau selesa…”

“Takpe… aku okey je… lagipun… aku bersyukur sangat… terima kasih…”

“Oh ya… maaf sebab aku takde banyak makanan… cuma roti kacang merah je… kalau kau lapar… kau makan lah...”

“Okey… boleh aku tanya… mana tandas?...”

“Oh tandas… aku tunjuk kan kau…” Suhana teman kan Nathifa ke tandas.

Setelah itu, mereka duduk bersama sambil makan roti kacang merah. Suhana ingin tahu kisah Nathifa dan dia tanya Nathifa.

“Thifa… boleh kau cerita sikit… kisah kau?...”

“Aku belum sedia… nanti kalau aku beritahu kat kau… kau akan bencikan aku…”

“Aku okey la… aku janji… aku tak kan benci dengan kau…”

“Baiklah… aku ceritakan…”

“Okey… aku dengar…”

“Sebenarnya… aku anak… luar nikah… semua orang kampung bencikan aku dan aku di gelar perempuan kotor… sejak arwah Emak aku meninggal… aku dibuat seperti hamba… aku terpaksa berhenti sekolah sebab takde orang nak sokong aku…”

“Kesiannya… habis tu… macam mana kau jadi buta?...”

“Ada orang tolak aku semasa aku nak pergi pekan… aku tak tahu apa yang berlaku… bila aku sedar… aku nampak semua gelap saja… sejak itu aku… dihalau…”

“Thifa… aku minta maaf… sebab suruh kau cerita kisah kau… aku pun anak yatim dan di halau oleh orang kampung aku… cuma… aku masih bersyukur sebab boleh melihat… aku pun takleh bayangkan kalau aku buta…”

“Kau tak bencikan aku?...”

“Tak… sebab itu bukan salah kau pun… mungkin arwah Emak kau kena rogol secara paksa… kau tak payah fikir bukan-bukan…”

“Tapi… aku akan menyusahkan kau… kau cuma bagi beban…”

“Thifa… takde orang pun nak jadi buta… mungkin semua ini ada hikmahnya… aku sendiri pun tak sempurna… jadi kita sama je…”

“Baiklah terima kasih Su…”

“Dah lah tu… mulai hari ini kita kawan ya… susah senang kita bersama…” Suhana memeluk Nathifa.

Sejak itu, Suhana dan Nathifa mula menjadi kawan. Suhana sebenarnya bekerja di kedai runcit dan pendapatannya cuma RM600 sebulan. Walaupun begitu, dia bersyukur sangat sebab boleh teruskan hidup. Nathifa tidak merungut dengan kerja Suhana malah dia bersyukur mendapat kawan sebaik Suhana.

Hari demi hari, Nathifa akan masak di bilik sewa itu dengan masakan ringkas dan Suhana akan pergi kerja. Mereka sudah semakin selesa antara satu sama lain. Namun begitu, ia tidak kenal lama. Oleh kerana Suhana melanggar perjanjian dari penghuni iaitu tidak boleh dibenarkan orang luar masuk di bilik sewa itu selain penyewa, maka dia akan di halau dari situ. Suhana cuba memohon pada penghuni itu agar boleh dipertimbangkan.

“Tauke… bolehlah… nanti aku bayar sewa untuk dia juga…”

“Tak boleh… sebab bilik ini hanya seorang saja… kalau kau nak sewa bilik ini, kawan kau mesti pergi… kalau tak kau berdua pergi…” jawab Penghuni itu.

“Baiklah… kami berdua akan pergi dari sini…”

“Okey… aku bagi kau 4 jam untuk kemaskan barang kau dan keluar dari sini…”

“Okey…” Jawab Suhana. Penghuni itu pun beredar dari situ.

“Ini kali pertama… ada orang sanggup berkorban untuk aku selain Emak aku… kenapa Suhana?… kenapa kau nak hidup susah macam aku… aku dah bilang… aku cuma beri beban saja… aku tak tahu mengapa begitu malang sekali nasib aku…”Fikiran Nathifa semakin kusut.

“Thifa?... kau kenapa ni?...”

“Su… kau tak patut… keluar bersama aku… ini kan tempat kau… biarlah aku pergi sendiri je…”

“Thifa… aku tak pernah sesekali menyalahkan kau… kan aku berjanji… susah senang kita bersama… lagipun aku dah anggap kau macam adik aku sendiri…”

“Tapi… berbaloi ke?... nanti kau pun hidup… merempat macam aku…”

“Takpe aku dah biasa hidup merempat…”

“Apa maksud kau?...”

“Aku dah kat KL selama 3 tahun… sebelum aku dapat bilik sewa… aku tidur mana saja kalau kaki aku penat… Alah lagipun… sekarang aku ada orang boleh ajak berbual…”

“Kenapa Su?... Kenapa?!... kau baik sangat pada aku…” air mata Nathifa mula menitis.

“Thifa… aku faham perasaan kau… apa yang kau lalui… aku dah kehilangan ibu bapa aku… dan takde saudara mara… aku hidup sendiri… tapi aku bersyukur… aku buat kerja yang halal walaupun aku hidup merempat…”

“Maafkan aku Su… aku cuma tak nak… disebabkan aku… kau jadi susah…”

“Dah la.. Kita hadapi sama-sama okey… tak kisahlah apa orang kata… janji kita buat rezeki halal…”

“Baiklah… aku berjanji…” Suhana memeluk Nathifa lalu mereka kemaskan barang-barang mereka untuk keluar dari bilik sewa itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience