[BBB] Babak 11 MEMIKAT HATI

Romance Completed 49406

Hafiy masih fikirkan apa yang boleh dia buat untuk buktikan bahawa dia ikhlas nak kahwin dengan Nathifa. Kesungguhannya membuatkan dirinya kaji tentang perihal orang buta. Hafiy pergi melawat ke tempat-tempat orang kurang upaya agar dirinya dapat alami dan rasa betapa susahnya hidup kurang sempurna.

"Ya… Allah… mungkin Syakura takut kalau jiwanya terseksa… setelah apa saya melihat orang kurang upaya ini… saya dapat merasakan betapa pahit kehidupan mereka… ada dihalau sebab dianggap beban… ada dihina dan dicaci… patutlah… mungkin Syakura pernah alami apa yang mereka di sini rasa… Syakura mungkin menganggap bahawa saya tidak dapat layanan dari seorang isteri yang sempurna… kata penjaga rumah itu… orang-orang kurang upaya itu… tidak mahukan belas simpati… tapi mereka mahukan seorang yang sudi bersama mereka ketika suka mahupun duka… itu saja… Kalau begitu… saya perlu ada di sisinya bila dia gembira atau duka… saya akan cuba…" Hafiy pun berpaling ke luar pintu untuk pulang. Dengan tidak sengaja dia terlanggar seorang gadis dan Hafiy terkejut apabila melihat gadis itu.

"Cik Syakura?..."

"Siapa tu?... Encik Hafiy ke?..."

"Ya… Saya Encik Hafiy…" Nathifa selamba saja berjalan tanpa mendengar kata Hafiy itu.

"Cik Syakura… tunggu…"

"Ish… apa lagi awak nak?!... kalau nak cakap minta maaf fasal terlanggar tadi… saya dah maafkan… puas?!..."

"Sabar dulu… jangan mudah marah… saya bukan orang jahat…"

"Okey… apa awak nak?..."

"Saya nak kahwin dengan awak…"

"Awak tak faham bahasa ke?... Saya tak nak kahwin dengan awak…eh...eh… jap... macam mana awak tahu saya suka pergi tempat ini?... Awak ikut saya eh?..."

"Ish… tak lah… saya datang terlebih dulu… awak baru sampai kan…"

"Ya lah tu… macam tak percaya je…" Nathifa berjalan saja tanpa hiraukan Hafiy.

"Cik Syakura!... Apa salah saya sampai awak tak sudi cakap dengan saya?!..."

"Balik lah… tak manis buat kecoh di sini… nanti orang semua nampak… awak boleh dapat malu…"

"Saya tak nak balik selagi awak tak nak jelaskan kesilapan saya…" Hafiy berdiri depan pagar dan menunggu.

"Elok lah tu… tunggu di situ sampai esok pagi…" Nathifa teruskan berjalan.

Setiap masa lapang, Nathifa suka bersendirian di rumah orang kurang upaya sebab dia faham apa orang di sini alami. Nathifa akan bersembang panjang sambil bergurau senda dan kadangkala, dia suka belikan pakaian untuk mereka. Manakala Hafiy sedang mengintai pergerakan Nathifa dari luar.

“Hebat betul dia ni… walaupun buta… dia masih nak sumbang pada masyarakat… takpe… saya akan tunggu sini sampai dia nak pulang…” bisikan di hati Hafiy.

Dua jam kemudian, Hafiy masih berdiri di depan pagar dan Nathifa pun dah selesai beramah mesra dengan orang-orang kurang upaya itu lalu dia beredar dari situ.

"Cik Syakura…" Hafiy tegur.

"Ya Allah… kenapa dia masih ada sini?... Aku ingat dah dua minggu tak jumpa… dia dah 'move on'..." Bisikan hati Nathifa.

"Boleh saya hantar awak pulang?..." Ujar Hafiy.

" Takpe… saya naik Grab je…"

" Sekarang waktu sesak… teksi atau Grab… susah nak dapat…"

"Takpe saya tunggu… lagipun dah biasa lah…"

"Boleh lah… saya bukan nak buat tak elok…"

"Iiissshhh… okey lah…tapi hantar saya pulang tau… jangan nak melancong ke mana tempat… kalau awak nak saya percayakan awak…"

"Baiklah… saya berjanji… asalkan saya dapat hantar awak pulang…" Hafiy dengan senang hati pegang tangan kanan Nathifa lalu dia letak kan tangan Nathifa itu ke lengan kiri Hafiy. Kemudian, dia pimpin Nathifa masuk ke dalam keretanya.

Sebelum Hafiy mula perjalanannya, dia bertanya Nathifa alamat rumahnya. Nathifa pun beritahu alamat rumahnya kepada Hafiy. Semasa dalam kereta, Nathifa tidak bicara sepatah pun dan Hafiy cuma bersabar saja sebab ia perlukan masa untuk Nathifa terima Hafiy.
Setelah sampai di rumah Nathifa, Suhana cuba sambut adiknya pulang.

“Ewah… Ewah… kata pergi rumah tumpangan… Akak tengok macam pergi dating je?...”

“Ish… Akak ni… mana lah Adik nak pergi dating… kita terserempak di rumah itu...

“Betul tu Cik… saya cuma hantar dia pulang sebab sekarang waktu sesak…” Hafiy cuma jelaskan.

“Okey… okey… jap... macam mana kau tahu Adik aku ada di situ?... kau ‘stalk’ Adik aku eh?...”

“Hais… Adik… Kakak… sama je… susah sangat nak percayakan saya ke?…” fikiran Hafiy menganggu.

“Tak… saya cuma nak buat sumbangan di rumah itu… Saya betul-betul tak tahu Cik Syakura ada di situ…”

“Baik… kalau begitu… terima kasih sebab hantar Syakura balik…”

“Sama-sama… Kakak…” Hafiy tersasul.

“Kakak?... “

“Eh… eh… tak... Cik Suhana…” Hafiy tergagap.

“Encik Hafiy…”

“Ya...ada apa?...”

“Terima kasih…”

“Sama-sama... “ Hafiy berpaling ke arah keretanya dengan senyuman yang lebar seolah-olah dia berjaya memujuk Nathifa untuk peringkat pertama.

Manakala di sebuah bilik hotel ada seorang gadis sedang merintihkan air matanya, sementara seorang lelaki sedang keluar dari bilik itu tapi sebelum dia keluar, dia letak kan duit berjumlah RM 1000 sebelah gadis itu.

“Aku sangat bodoh… mudah percayakan agensi itu… tak aku sangka… aku dah keluar dari sangkar ibu aku… kini… aku terjerat dalam sangkar jahanam ini… aku telah dijadikan patung bernyawa… ramai lelaki telah menjamah tubuhku… aku nak keluar dari tempat ini…Mak… Ain minta maaf Mak...” ratapan Ain sambil teringat kejadian dua minggu lalu.

Dua minggu lalu.
“Bos… ini model itu… dia datang untuk temuduga…” Eddie kenalkan Bosnya pada Ain.

“Oh… Cik Ain… apa khabar?... selamat datang ke agensi kami… sila masuk ke bilik ini…” Bos Eddie mengajak Ain dalam bilik hotel.

“Masuk?... ke dalam bilik hotel ini?..”

“Jangan risau… kita tak buat apa-apa dengan Cik… saya nak awak buat ‘posing’ 2-3 ‘shot’ je… selepas itu nanti kita bincang fasal jadi model…”

“Oh… kalau begitu… boleh lah” Ain terpedaya dengan kata-kata Bos Eddie lalu dia masuk.

Bos itu mengunci pintu lalu dia mengajak Ain duduk atas katil lalu dia mula memegang bahu Ain dan meraba-raba lengan kanan Ain. Ain mula kurang selesa dan dia bangun dari katil itu.

“Apa Encik nak buat dengan saya ni?...”

“Aku nak menjamah tubuh kau je… jangan risau…”

“Encik kata… Encik tak nak buat apa-apa kan saya…”

“Betul tapi tak makna aku takleh buat tak elok pada kau…”

“Tolonglah… lepaskan aku…” Ain cuba mengelak dari Bos itu.

Bos itu terus terjah Ain lalu dia humban Ain atas katil. Ain cuba melawan cengkaman dari Bos itu tapi Bos itu menamparnya sehingga Ain tidak sedarkan diri. Bos itu senang hati membuka pakaian Ain satu demi satu dan dia mula bersetubuh Ain. Ain bagaikan tidur mati sehingga dia tidak merasakan bahawa tubuhnya disentuh.

Apabila Ain terjaga dari pengsan, dia terperanjat melihat seluruh tubuh badannya terdedah lalu dia mengambil selimut untuk tutup badannya.

“Apa kau dah buat pada diri aku?...”

“Eh… bukan ke kau rela kan…”

“Aku nak keluar dari sini!... “

“Hahaha… kau dah takleh terlepas dari aku… kalau kau cuba lari dari aku… aku akan pastikan kau kena jual di Siam!...”

“Habis tu… apa kau nak dari aku?...”

“Aku nak kau dengar cakap aku… kalau hidup kau nak selamat… dah… kau berehat je… nanti malam kita jumpa lagi… satu lagi… terima kasih dengan layanan luar biasa kau... ini upah kau…” Bos itu campakkan sampul surat berisi duit berjumlah RM3000 atas katil lalu dia keluar sambil berjumpa dengan Eddie.

“Bagus… Eddie… ikan itu sangat sedap dan lazat… nah ini komisen kau…”

“Wau… banyaknya Bos… terima kasih…”

“Kalau kau berjaya bawa kan aku banyak ikan-ikan segar… aku akan berikan lebih dari itu…”

“Baik Bos… cantik punya…”

“Aku dah tak suci lagi… aku kini telah menjadi perempuan kotor… kenapa semua terjadi pada diriku… kenapa aku bodoh sangat?... kalau aku tak lari rumah… aku tak kan terjebak dengan bapak ayam itu… Mak… Ain minta maaf… Ain dah buat Mak kecewa…”

Sekarang.

“Sejak kejadian itu… aku takleh buat apa-apa… ditelan mati emak… diludah mati bapa… tiap-tiap malam… aku terpaksa melayan berlainan jenis lelaki… lumayan?... memang lah aku akan dapat upahan mewah… tapi berbaloi ke?... kalau maruah aku telah digadai dan dicemari… aku tak nak hidup seperti begini… aku begitu menyesal sebab tinggalkan dari kampungku… inilah pembalasan aku sebab membantah nasihat ibu aku… kalau ibu aku tahu… dia akan bencikan aku… dan mungkin dia tak akan mengaku aku ini anak dia… aku malu sangat sebab telah menconteng arang di muka ibu aku... ”ujar Ain sambil menutup mukanya dengan kedua telapak tangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience