[BBB] Babak 36 HARI LAHIR SI KEMBAR

Romance Completed 49406

Di Pahang.

Selepas solat Isyak, ada soalan yang Nathifa ingin bertanya pada suaminya.

"Abang… Thifa nak tanya…"

"Nak tanya apa Thifa?..."

" Abang betul ke nak tinggal di sini terus?..."

"Ya betul… Abang dah bincang dengan Rostam dan dia setuju untuk Abang buka cawangan baharu di sini… Abang cuma turun padang bila diperlukan je… lagipun butik-butik Thifa ada di sini kan…"

"Thifa tak menyusahkan Abang ke?... "

" Tak lah… Abang sendiri nak tinggal di sini bersama Thifa… Najla… dan Nayla… Abang tak sanggup berpisah jauh dari Thifa…"

"Abang… ada ke sebab kejadian tadi… Abang berubah fikiran?…"

"Tak lah… memang Abang nak tinggal sini… lagipun… kejadian tadi adalah kesilapan Abang… kalau Abang sempat jumpa Thifa… dia tak kan anggap Thifa ni janda… Abang minta maaf…"

" Abang tak bersalah… itu semua berlaku ada sebab…"

"Abang faham… Abang cuma nak Thifa janji pada Abang…"

"Janji apa Abang?..." Nathifa bertanya. Hafiy memegang kedua tangan Nathifa dengan merenung mata Nathifa.

"Abang nak Thifa janji… kat Abang… yang walau apa terjadi di masa akan datang… kalau ada salah faham… Thifa janji pada Abang yang Thifa percayakan Abang dan berikan Abang ruang untuk jelaskan…"

" Abang… Thifa percayakan Abang cuma… kita ni manusia biasa… kadangkala Thifa akan hilang kawalan emosi… tapi itu semua tak bermakna… Thifa tak sayang kan Abang… Hati Thifa sudah menjadi milik Abang… buat sekarang… dan selamanya…"

"Thifa… Abang sayang kan Thifa… Abang sayang kan anak-anak kita…"

"Abang… janji pada Thifa kalau apa apa berlaku pada diri Thifa… Abang utama kan anak-anak kita dulu ya…"

"Thifa… kenapa Thifa berkata begitu?..."

"Abang janji lah…"

"Baiklah Thifa… Abang berjanji…" Hafiy menyatukan tangan Nathifa lalu dia menciumnya. Nathifa memeluk Hafiy dengan penuh manja. Kemudian, Nathifa menanggalkan telekungnya lalu dia letakkan telekungnya ke tempat asalnya sementara Hafiy sedang melipat sejadah dan letakkan ke dalam almarinya.

Di Kuala Lumpur.

Keesokan harinya.

Falisha sedang mengejutkan Jinan agar Jinan tidak lambat pergi kerja.

" Aku hari ni tak pergi kerja…"ujar Jinan.

"Apa? Hari ni tak kerja?!... Wyeh… apa ni?... Kau baru je mula kerja dah minta cuti?..."

"Bukan macam tu lah… kaki aku ni terseliuh dan doktor berikan aku cuti sakit selama tiga hari… jadi bos aku 'approve' je…"

"WOW… hebat betul bos kau ni kan… macam mana rupanya?... Kacak tak?..."

"Kacak takde… kaca ada lah… dia muka ketat sangat… tapi dia ambil berat pasal pekerjanya… aku rasa dia ni 'gentleman'... Tak mudah meradang… suka tenangkan orang… yang aku kagum dengan dia… dia utamakan anaknya tau… susah nak cari lelaki macam dia… sebab… selalunya… orang mati bini… dia akan abaikan anak dia…tapi dia ni lain sangat..."

"Hai… puji lambung tinggi nampak?... Kau dah ada hati kat bos kau tu ke?..."

"Ish… takde lah… bos aku tu yang punca aku putus tunang…"

"Ya ke?... WOW… kecil dunia ini kan… habis tu kau tak cakap terima kasih pada dia?..."

"Terima kasih untuk apa?" Jinan mengarut kepalanya.

"Terima kasih sebab dia dah selamatkan kau dari mangsa buaya darat tu…"

"Aku tak tahu lah… aku segan sebab kelmarin aku tampar dia… malu lah aku…"

“Tapi aku bersyukur… sebab kau tak jadi kahwin dengan… si buaya… tu…”

“Itulah… nanti lepas habis cuti… aku cakap terima kasih pada dia…”

“Okey… kau rehat dulu… aku pergi ruang tamu jap…” ujar Falisha sambil beredar dari bilik Jinan.

Jinan pula mengambil berat dengan kata-kata kawannya lalu dia teringat kejadian yang menghiris jiwanya sebulan lalu.

Sebulan sebelumnya.

Jinan sedang makan malam bersama Falisha di restoran kegemarannya. Tanpa disedari, Fadli sedang duduk di sebelah Jinan dan Falisha dengan temanitanya baharu.

Falisha memberi isyarat bahawa bekas tunang Jinan ada di sebelah Jinan. Jinan tidak peduli dengan kehadiran Fadli itu malah dia masih menyantap hidangan kegemarannya.

“Sayang… Sayang… Sayang nak tahu kenapa perempuan di sebelah Abang masih tak kahwin lagi?…” tanya Fadli kepada

“Kenapa?...”

“Sebab… dia tu anak haram… siapa nak kahwin dengan anak haram…” Fadli dan temanita mengelakkan Jinan. Darah Jinan mendidih ke paras suhu seribu darjah celsius lalu dia bangun dari kerusi meja makannya kemudian dia menuangkan jus jambu air di kepala Fadli. Fadli mula naik minyak.

“Hey perempuan!... kau dah gila ke?...” kata Fadli dengan nada yang tinggi.

“Padan muka kau… aku menyesal kenal lelaki munafik macam kau!…” Jinan dan Falisha pun beredar dari restoran itu. Pada Jinan, dia boleh terima kalau dia putus tunang tapi dia tidak akan terima kalau orang memburukkan dirinya seolah-olah dia tiada maruah.

Sekarang.

“Aku rasa aku dah serik… mencari cinta… aku tak nak pisang buah dua kali… biarlah aku membujang sampai ke tua…” ujar Jinan sambil mengesatkan air matanya.

Di syarikat ‘Dewi Gorgeous’, Rostam sedang membuat mesyuarat kepada ahli lembaga pengarah untuk mengumumkan bahawa Hafiy akan membuka cawangan baharu di Pahang.

Seorang wanita bernama Salimah Dania atau dengan nama samarannya ‘Sally’ sedang bertanya kepada Adriana mengenai Hafiy.

“Maaf Cik Sally… Encik Hafiy takde di sini… dia sekarang ada di ‘out station’..”

“Okey… Encik Rostam ada tak?...” pada masa yang sama, Rostam baru keluar dari bilik mesyuarat dan Salimah melihat Rostam lalu dia menuju ke arahnya.

“Oh… Salimah… apa kau nak?... sampai datang ke sini?...”

“Hmm… Hafiy mana?... aku nak jumpa dia…”

“Nak jumpa dia buat apa?... dia dah kahwin lah…”

“Aku tahu… dia dah kahwin… dengan gadis buta kan…”

“Apa-apa je lah… dah kau pergi lah balik…”

“Aku nak jumpa dia sebab aku perlukan penjelasan dari dia…”

“Penjelasan apa?... kau dah buat hal kau kan… apa lagi kau nak?...”

“Aku nak kau beritahu aku… mana Hafiy sekarang… kalau tak aku buat kecoh di sini…”

“Kau jangan nak buat benda bodoh kau… baik kau keluar sebelum aku panggil sekuriti…””

“Helo… aku ni kan calon pilihan arwah mak ayah dia… ada tulis dalam wasiat mereka apa...”

“Memang betul… tapi kau pernah baca wasiat itu betul-betul tak?...”

“Baca apa?...”

“Wasiat itu mengatakan… arwah mak ayah Hafiy tak paksa kau… dan mereka beri tempoh 6 bulan untuk kau buat keputusan apabila kau berusia 21 tahun… dan masa itu kau buat apa? Kau pergi ke Australia selama 8 tahun… kononnya nak mengejar kerjaya kau sebagai pereka fesyen terkenal kan... jadi secara rasminya… kau dah tolak lamaran mereka… ‘so you just have to move on’...” tegas Rostam sambil membuka pintu depan.

“Aku tak peduli.. Aku nak dengar dari mulut Hafiy sendiri… baik… kalau kau tak nak kasi tahu aku...aku akan cari dia sendiri sampai dapat…” kata Salimah

“Boleh… ikut suka hati kau… dan dipersilakan berampus…” balas Rostam.

“Hafiy… Hafiy… aku akan pastikan bahawa kau jadi milikku…” bisikan Salimah sambil menunggu teksi.

Di Pahang.

Khalid masih tidak berpuas hati lalu dia menumbuk dinding biliknya untuk melepaskan geram.

“Kau masih nak tipu aku… aku tak percaya…. Kalau mereka dah kahwin… mana majlis perkahwinan mereka?... aku tak nampak gambar mereka bersanding?... dah tentu mereka bohong pada aku… Nathifa… kau tunggu nanti… aku akan buat kan kau meluntut kat aku…” ujar Khalid.

Sebulan kemudian.

Hari yang bahagia telah menjelang tiba. Hafiy dan Nathifa sedang buat persiapan untuk majlis hari lahir anak-anak kembar mereka. Majlis itu tidak besar hanya sederhana dan Nathifa menjemput staf-stafnya manakala Hafiy menjemput Rostam dan Rayhan.

Najla dan Nayla sangat teruja sebab tahun ini mereka dapat menyambut hari lahir mereka bersama bapanya.

Pada waktu malam, majlis sambutan itu sedang bermula. Hafiy terpaksa mengadakan dua kek kecil berlainan perisa kerana Najla suka kek strawberi manakala Nayla suka kek raspberi. Riuh-rendah dan bunyi keceriaan semasa Najla dan Nayla memotong kek dengan pisau plastik.

Masing-masing sedang mengambil gambar atau ‘selfie’. Eliya sedang merakam video untuk dijadikan sebagai kenangan terindah pada hari ini. Rostam sedang melayan anaknya sambil menyuapkan kek kepada Rayhan.

Namun kegembiraan itu tidak kekal, semasa Noreen hendak muat naik gambar-gambarnya ke media sosial, dia terbaca satu artikel yang dahsyat. Kemudian, Noreen terpaksa menarik Nathifa ke suatu tempat dari sambutan itu lalu dia menunjukkan artikel itu kepada Nathifa dalam telefon pintarnya.

“Apa?... ‘Butik-butik dari Dato’ Nathifa Syakura telah menggunakan kain berkulit khinzir’?...” Nathifa mula terperanjat.

“Siapa yang buat fitnah ini semua?...” tanya Noreen.

“Takpe… kita tak perlu panik... besok kita selesaikan masalah ini… sekarang hari lahir Najla dan Nayla… Thifa tak nak mereka bersedih... “

“Baiklah... besok kita bincang hal secara kumpulan… “ balas Noreen. Mereka berdua berkumpul semula di majlis sambutan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience