[BBB] PROLOG

Romance Completed 49406

“Kebahagiaan. Perkataan yang sering digunakan. Namun, adakah anda memahami erti kebahagiaan?”

“Setiap kemanisan, terdapat beribu kepahitan. Kebahagiaan itu bukan dimiliki. Ia harus dicari dan menepis segala rintangan yang dilalui.”

“Bak pepatah orang, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Perjalanan hidup ini amat berbeza namun, nasibnya sama.”

“Sukar untuk diterangkan kerana ia akan berlaku pada setiap individu. Oleh itu, aku harus berusaha untuk mengejar kebahagiaanku.”

Nathifa sedang menulis karangan dalam buku diarinya untuk meluahkan perasaannya. Tiada cahaya akan menyinari hidupnya melainkan kegelapan abu-abu mengepung cahaya itu. Ibarat ikan digulai sudah melompat, kehilangan ibunya telah mengubah seluruh nasibnya serta masa depannya.

Puan Saadia sedang mencari Nathifa lalu dia pergi ke bilik Nathifa untuk menyuruhnya buat kerja. Naik didih darah Puan Saadia apabila dia melihat Nathifa sedang terduduk goyang kaki.

“Hoi... kau buat apa tu ah?...” tanya Puan Saadia.

“Oh... Thifa... sedang berehat...” jelas Nathifa.

“Ada aku suruh kau berehat?...” tambah Puan Saadia.

Nathifa hanya menggelengkan kepalanya. Puan Saadia bergerak pantas ke arah Nathifa lalu dia memulas telinga kiri Nathifa dan mengheretnya ke ruang tamu.

“Kau tengok... ruang tamu ni kotor dan berselerak... aku nak kau bersihkan semua di ruang tamu... Faham?!...” tegas Puan Saadia.

“Tapi... Thifa belum makan lagi... Thifa janji... Thifa akan bersihkan ruang tamu ni... selepas makan...” ujar Nathifa. Bunyi nyaring itu telah masuk ke dalam telinga Puan Saadia seolah-olah ia menjadi bingit dan Puan Saadia menampar pipi kanan Thifa.

“Kau berani nak melawan cakap aku?... oh... dah tahu lapar... kenapa kau asyik... buat karangan saja... bukan nak pergi makan dulu... sekarang aku tak peduli... selagi kau belum bersih ruang tamu semua ni... jangan harap kau akan terima sesuap nasi dari aku... Mengerti?!...”Puan Saadia memulas telinga kanan Nathifa sekuat-kuat hatinya. Nathifa cuba menahan kesakitan dari pulasan itu.

“Baiklah Puan... Thifa akan buat...” ujar Nathifa. Puan Saadia melepaskan pulasan itu sambil menolak Nathifa ke tepi.

“Bagus... lain kali... bila aku suruh kau buat kerja... kau mesti buat... jangan nak asyik membantah saja... Faham?!”

“Faham... Puan...” tersedu-sedu bila Nathifa berkata.

“Apa lagi tercegat kat situ?... Pergi buat kerja ni sekarang!...” Puan Saadia beralih ke biliknya sementara Nathifa sedang memegang telinga kanannya.

“Beginilah nasib diriku... bekerja tanpa gaji... sedangkan pembantu rumah pun dibayar... namun aku hanya bergantung dengan sesuap nasi... kalau sehari tak bekerja... maknanya... aku akan lapar... jadi aku buat sajalah apa yang disuruh dari Puan...” Bisikan hati Nathifa.

Tiada orang menginginkan nasib mereka seperti perjanjian antah tidak ceruh. Walau bagaimanapun, Nathifa tetap tabah dengan ujian yang telah diberikan dari yang Esa.

Sementara itu ada dua pelajar sedang merenungkan satu pelajar yang kutu buku itu lalu mereka bergerak ke arah itu. Salah seorang daripada pelajar itu telah memaksanya untuk membuat latihan sekolahnya dan berikan semula kepadanya. Kemudian, pelajar kutu buku itu berlari dengan ketakutan.

“Fiy... aku rasa tak payah nak kejar dia tu...”

“Tam... aku tak perlu nasihat kau... suka hati akulah... kalau aku nak kejar ke... lari ke... kau apa fasal?...”

“Bukan tu... kau tak takut ke kalau atuk kau tahu?...”

“Alah... kau ni kan asyik nak sebut fasal atuk aku saja... baiklah... aku tak kejarkan dia...”

“Okey... jom... kita balik... tentu atuk kau masak sedap-sedap hari ni...”

“Dah agak pun... kau ni asyik nak makan saja... dah jom kita jalan...”

Kedua-dua pelajar itu pun beredar dari sekolah mereka.

Di rumah Puan Saadia.

Nathifa sudah selesai dengan tugasannya lalu dia pergi ke dapur untuk mengambil makanan dalam tudung saji itu. Nathifa membuka tudung saji itu lalu dia menyendok sisa kerak nasi dan lauk sayur campuran serta sisa lauk pauk yang lain ke dalam pinggannya. Nathifa menuangkan sedikit air panas ke dalam pinggannya agar kerak nasi itu menjadi lembut. Setelah itu, Nathifa beralih ke bilik stor yang telah dijadikan bilik beradunya.

Semasa Nathifa tengah bersantap, Puan Saadia memekik Nathifa agar dia mula buat kerja di dapur. Nathifa pun meletakkan pinggannya ke lantai lalu dia melangkah ke arah suara pekikan tersebut.

“Ada apa Puan?..” Nathifa bertanya.

“Kau pekak ke?... aku dah panggil kau berkali-kali...”

“Maaf Puan... Thifa sedang makan...”

“Okey... aku bagi kau lima belas minit saja untuk makan... setelah itu... aku nak kau pergi dapur... bersihkan itu semua... Faham?!..”

“Tapi Puan sekarang dah waktu Asar... Saya solat dan makan dulu... lepas tu saya akan...”

“Akan apa?... aku nak kau dengar cakap aku... kau pilih antara satu... kalau dalam masa lima belas minit kau tak ke dapur... maknanya... malam ni kau tidur di luar... Faham?!...”

“Faham... Faham... Puan...” Nathifa bergegas ke tandas untuk mengambil wuduk dan dia menyempurnakan solat Asar di bilik stornya. Setelah itu, dia menuju ke dapur dan tiba-tiba, dia ditampar oleh Puan Saadia kerana lambat dua minit.

“Sebab kau sampai lambat... malam ni... kau tidur di luar... faham?...”

“Tapi Puan... Thifa dah sampai ke dapur seperti Puan suruh...” balas Nathifa. Tangan kanan Puan Saadia melayang ke pipi kiri Nathifa.

“Masih juga kau berani nak melawan aku... aku tak peduli... kau dah lambat dua minit... masa itu adalah emas... sekarang pergi bersih pinggan... mangkuk... kuali... dan lain-lain yang ada di situ lekas...”

“Tapi Puan...”

“Jangan jawab... buat saja!...”

“Baiklah Puan...” Nathifa memulakan dengan membasuh pinggan.

Setelah 4 jam di dapur, Nathifa pun pergi ke bilik stornya untuk membersihkan diri dan menyempurnakan solatnya. Pada masa yang sama, Puan Saadia sedang memikirkan sesuatu di biliknya.

“Patut tak... aku suruh perempuan kotor tu tidur di luar?... Erhmm... memang patut pun... kalau nak ikutkan hatiku... dia tak layak tidur di rumah aku... dia memang layak tidur di kandang kerbau... tapi... kalau dia tidur luar... nanti ketua penghulu nampak perempuan tu... macam mana?... nanti aku dipersalahkan... kalau macam begitu, lebih baik aku suruh dia tidur semula di bilik stor... sebelum ketua penghulu tu lalu kat rumah aku...” Puan Saadia membuka pintu biliknya lalu dia pergi ke depan pintu rumah.

Pada masa itu, Nathifa sudah membawa satu bantal kepala dan selimut lalu dia membentangkan selimut itu di atas serambi. Sedang Nathifa baring di lantai serambi itu, ketua penghulu tengah lalu lalang di jalan yang berhampiran dari rumah Puan Saadia.

“Thifa... kenapa Thifa... tidur atas serambi ni?... mak cik Saadia marah ke?...” tanya ketua penghulu.

“eh... taklah Pak Rahman... Thifa kurang selesa tidur di dalam... di luar sini ada banyak angin... boleh tidur dengan lenyak...” Jelas Nathifa. Ketua penghulu itu tidak makan dengan kata-kata itu lalu dia menasihati Thifa agar tidur di dalam rumah itu. Apabila Puan Saadia mendengar suara ketua penghulu, dia mula membukakan pintu.

“Thifa... kenapa tidur di sini?... dah bangun... pergi ke bilik kau tu.. kan lagi selesa...” Puan Saadia berpura-pura memujuk Nathifa.

“Baiklah... Thifa pergi dulu...” Nathifa bangun dari serambi itu lalu dia melangkah ke bilik stornya.

“Maaf ya Pak Rahman... aku dah bilang dia... suruh dia tidur di bilik dia... tapi dia degil... mungkin dia rasa dirinya menumpang kat rumah ni kut...” jelas Puan Saadia.

“Okey... lain kali jangan biarkan Thifa tidur atas serambi ni... dia kan perempuan... tak manis kalau dia tidur di luar...” nasihat ketua penghulu itu.

“Baiklah... aku faham... lain kali ‘aku’ paksa dia tidur di bilik dia... “ kata Puan Saadia senyuman yang sinis. Puan Saadia menutup semula pintu depannya lalu dia bergegas ke bilik Nathifa.

“Hoi... apa kau cakap dengan Pak Rahman?... Hei... aku tengah cakap dengan kau ni...” Puan Saadia bertanya.

“Thifa... Thifa tak cakap apa-apa...”

“Bohong!... mesti kau cakap sesuatu kat dia kan?...” Puan Saadia memulas telinga kiri Nathifa.

“Betul... Thifa... tak bohong... sakit.. sakit...” tambah Nathifa. Puan Saadia menolak Nathifa ke bawah.

“Tahu pun sakit... lain kali... jangan kau nak cakap apa-apa kat Pak Rahman... kalau aku tahu kau cakap bukan-bukan fasal aku... nahas nanti kau... aku kerjakan... Faham?!...”

“Faham Puan...”

“Oleh kerana... kau tidur di bilik... aku kasi kau tidur lima jam saja... kalau kau degil tidur lebih daripada lima jam... kau akan dapat akibatnya nanti... Mengerti?!...”

“Mengerti... Puan...” balas Nathifa. Puan Saadia menghempaskan pintu stor itu dan dia beredar dari situ.

Manakala di rumah Hafiy, Hafiy sering menaruh dendam dengan Nathifa. Hafiy sedang berada di biliknya sambil baring melihat di atas siling.

“Thifa... Thifa... Thifa... walaupun kau dah tak bersekolah lagi... tapi hati aku... belum puas nak buli kau... kau tunggu saja nanti.. aku akan malukan kau... seperti mana kau buat pada aku dulu...” Fikiran Hafiy terganggu. Datuk Hafiy pun masuk ke dalam bilik Hafiy dan cuba menegurnya.

“Fiy... kamu okey?...”

“Hafiy okey saja... Cuma Mama dan Papa asyik sibuk saja... mereka tak pedulikan Hafiy...”

“Atuk faham perasaan Hafiy... tapi mereka kerja itu... semua untuk Hafiy...”

“Hafiy tak nak semua itu... Hafiy nak mereka ambil berat fasal Hafiy...”

“Buat masa ni... Hafiy kena sabar... mereka sebenarnya sayang pada Hafiy... Cuma Hafiy tak perasan saja...”

“Atuk tipu... sejak Hafiy tinggal di sini... Hafiy tak nampak batang hidung Mama dan Papa...”

“Atuk faham... Hafiy ingat tak pesan Atuk dulu?...”

“Pesan apa Atuk?...”

“Ini mesti lupa kan... macam begini pesan Atuk... ‘kalau seorang tu sayang pada seseorang, tak semestinya perlu jarak dekat... dari jauh pun boleh rasa sama ada orang itu sayang pada kita atau tidak’ faham tak?...”

“Hafiy faham pesan Atuk... tapi kalau Mama dan Papa tak datang jenguk Hafiy sampai sekarang ni... itu tandanya apa Atuk?...”
“Janganlah Hafiy nak bermasam muka... apa kata... Atuk teman kan Hafiy pergi KL masa musim cuti sekolah nanti?... kita boleh jumpa dengan Mama dan Papa Hafiy kat sana...”
“Betul ke Atuk?...”
“Ya... betul... tak kan Atuk nak tipu... Dah... pergi tidur... besok nak ke sekolah kan...”
“Okey Atuk... Terima kasih...” Hafiy pun menutup lampu lalu dia melelapkan matanya sementara Datuk Hafiy beredar dari bilik Hafiy sambil menutup pintu.
Pada keesokan harinya.
Nathifa disuruh oleh Puan Saadia untuk membeli barang keperluan dapur dan dia pergi ke pekan untuk membeli barang tersebut. Tiba-tiba, segelintir orang kampung sedang menyiramkan air ke badan Nathifa semasa dalam perjalanannya.
“Kalau dah kotor tu... disiram banyak air pun... tak kan hilang kekotoran dalam tubuh kau tu...” salah seorang dari penduduk kampung itu. Nathifa hanya berjalan dan dia tidak berkata sepatah walaupun bajunya basah lencun.
“Kenapalah nasib diriku seperti begini... kalau aku ditakdirkan hidup sebegini rupa... aku reda... aku mesti sabar...” bisikan di hati Nathifa.
Apabila sampai di pekan, terdapat pelanggan yang bermulut tempayan di situ semasa Nathifa sedang mengambil bahan-bahan masakan dalam senarainya itu.
“Kau nak tahu cerita tak?...”
“Cerita apa?...”
“Aku dengar emak si Nathifa tu pelacur...”
“Ish... tak baik kau cakap macam begitu...”
“Betul... kalau tak kenapa Nathifa dilahirkan tanpa bapa?... aku yakin dia berzina tanpa ikatan yang sah...”
“Itulah kan... aku pun dengar yang sama... Cuma aku ingatkan cerita ni tak betul... bila kau dah cerita kan kat aku... baru aku faham...”
Kesabaran Nathifa semakin pudar apabila mereka mencaci arwah ibunya. Dengan diam, Nathifa menggenggamkan sebiji bawang merah kecil lalu dia melemparkan ke dahi wanita yang sedang mengumpat itu.
“Hoi!... siapa lempar bawang ni kat muka aku?...”
“Saya makcik... kenapa?... tak cukup nak membawang ke?...”
“Kurang ajar kau ni eh... kalau mak borek... anaknya mesti rintik... mari sini aku ganyah kau cukup-cukup...” Wanita itu bergegas ke arah Nathifa dan Nathifa masih melemparkan bawang ke muka wanita itu.
Tuan punya kedai itu mencuba untuk menghentikan perkelahian itu. Tuan kedai itu telah memberi barang-barang yang ada dalam senarai itu serta baki wang kepada Nathifa dan memujuk Nathifa agar pergi ke belakang kedai untuk pulang supaya dapat menghindari dari serangan wanita itu.
“Hei Azman... kenapa kau nak bela perempuan kotor tu?...”
“Kau berdua dah besar kan... tak kan dengan budak kecil pun nak cari fasal?...”
“Aku tak peduli... aku mesti mengadukan perkara ni kepada Saadia...”
“Terpulanglah... aku tak tahu macam mana nak nasihatkan kau...”
Tiga jam kemudian.
Nathifa sedang berada dalam bilik stor untuk berehat setelah selesai beli barang-barang keperluan dapur dan membersihkan tandas. Tiba-tiba, Puan Saadia naik angin lalu menarik tangan Nathifa dan mengheretnya ke ruang tamu. Seperti ular dikutik ekor, Puan Saadia memukul Nathifa tanpa usul periksa. Setelah mendengar sindiran dari wanita itu, telinga Puan Saadia terbakar dan mukanya menyala lalu dia bertanya kepada Nathifa.
“Apa kau buat kat pekan tadi?...”
“Thifa... tak buat apa-apa...”
“Jangan nak bohong... kalau tak buat apa-apa... kenapa Makcik sebelah jiran tu sindir aku?...”
“Alah... kalau Thifa cakap jujur... Puan boleh percaya ke?...” ujar Nathifa sambil menahan kesakitan dari pukulan itu. Oleh kerana perasaan Puan Saadia dilumas dengan daun katang-katang, satu penampar sulung dari Puan Saadia telah melekat ke pipi kiri Nathifa.
“Biadab... kalau sehari tak menjawab... tak sah... baiklah... memandangkan kau sudah tolong aku bersihkan rumah... aku bagi kau peluang untuk cakap perkara yang betul...”
“Betul ke Puan?...”
“Betul... dah sekarang... cerita...”
“Sebenarnya... Makcik tu... cuba burukkan fasal arwah Emak Thifa... dia cakap Emak Thifa ni pelacur... sebab itu Thifa campak bawang ke kepala dia...”
“Apa kau cakap?... mereka burukkan arwah Emak kau?... Eh... itu bukan fitnah... itu adalah satu kenyataan... sekarang... siapa bohong... kau ke... atau mereka?...”
“Dah agak da... mesti Puan tak akan percaya punya...” tambah Nathifa. Puan Saadia menarik rambut Nathifa dengan sekuat hatinya.

“Kau jangan nak buat macam-macam... Emak kau dah tak ada...jadi... tak payahlah kau nak berlagak berani di sini... kau sedar sikit... kau cuma menumpang saja kat rumah aku... aku yang berikan kau makan... kalau nak diikutkan hati... aku dah halau kau keluar dari kampung ini... Faham?!...”
“Faham... Puan... Thifa... Janji... Thifa... tak buat perkara ini lagi...”
“Bagus... sekarang... disebabkan kau dah buat salah... nanti malam aku nak kau bersihkan dapur pula...”
“Kenapa tak Thifa buat sekarang... Puan?...”
“Tak apa... sebab aku nak kau jangan tidur malam ini... faham?!...”
“Faham Puan...”
“Dah... pergi berehat puas-puas... nanti malam kan nak kena kerja berat...”
Malam telah jelang tiba, Nathifa sedang berdoa kepada yang Esa setelah menyempurnakan solat Isyak. Ibarat lulus tidak berselam, hilang tidak bercari. Disebabkan tiada orang sanggup membantu Nathifa, Nathifa mampu berdoa dan berharap agar nasibnya boleh berubah menjadi cerah suatu hari nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience