[BBB] Babak 35 PERASAAN MEMBEKU

Romance Completed 49409

"Awak takde tempat lain ke?... Asyik nak jumpa dengan saya sangat... "

"Tolonglah sikit… saya takde masa nak jumpa orang… terutama sekali jumpa dengan awak…"

"Habis tu?... 'miracle happens'?... Saya tak lupa tau… kejadian itu…"

"Saya dah minta maaf kan… kenapa awak tak puas hati?... Lagipun saya rasa tunang awak bukan setia dengan awak…"

"Tak setia?... Cuba terangkan..."

"Kalau dia setia dengan awak… dia akan beri awak peluang untuk jelaskan… tanpa terburu nafsu…"

"Oh… jadi awak nak cakap… awak ni 'life saver' saya lah ke?..."

"Kalau begitu awak cakap… 'yes maybe'... mungkin Allah nak tunjuk 'his true colors'... Mana saya tahu?..."

"Ish… kenapa lah apa yang dia cakap tu betul… " fikiran Jinan terganggu.

"Kenapa diam?... Dah sentap ke Cik adik hoi?..."

"Siapa kata saya sentap… saya cuma nak tanya… kenapa anak awak panggil saya Mama?... Saya tak faham… banyak wanita di sana… dia panggil saya Mama…"

"Okey… pasal itu…Saya betul-betul minta maaf… saya sendiri takde jawaban untuk tu…"

"Okey… saya maafkan… lain kali jangan buat lagi… " Jinan terus keluar dari bilik Rostam.

"Helo?... Cik Jinan?... Lah dia keluar pula… belum bagi tugasan… dia belah macam tu je?... Pelik… takpe… nanti dia akan datang balik..." Rostam sambung semula dengan tugasnya.

Jinan mula membebel diri sendiri sambil berjalan ke meja kerjanya. Adriana pun menuju ke arah Jinan sambil bertanya mengenai tugas Jinan itu.

"Alamak… saya terlupa… saya… pergi sekarang…" Jinan bangun dari kerusinya dan bergegas ke bilik Rostam.

Semasa Jinan sedang berjalan ke arah meja Rostam, tapak kaki kirinya tersilap langkah lalu dia terjatuh di lantai. Muka kentat Rostam menjadi seorang penggelak apabila melihat Jinan jatuh.

"Aduh… Sakitnya…kaki aku... rasa kaki kiri aku terseliuh… yang Mamat depan aku pula… bukan nak tolong… boleh gelakkan aku je… dia ingat 'free show' ke? ish… nasib baik dia bos aku… kalau tak aku cincang dia lumat-lumat… bawa mengucap Jinan… kau baru mula kerja… okey… relaks… aku cuba bangun…" bisikan di hati Jinan.

Rostam masih mengetawakan Jinan sambil mengangkat Jinan dari lantai. Jinan kurang selesa apabila Rostam masih gelakkan dirinya.

"Itulah… tadi nak cepat keluar… kan dah kelam kabut… sampai awak jatuh…" sindiran dari Rostam.

"Sori lah… jangan awak ketawakan saya… malu tau…"

" Okey… macam begini… memandangkan kaki awak terseliuh… saya bagi awak cuti sakit… dan saya temankan awak… pergi klinik…"

" Cuti sakit?... Saya baru hari pertama kerja… tak kan saya ambil cuti… nanti apa staf-staf lain kata?..."

" Jangan risau… ini polisi kita… keselamatan para pekerja adalah tanggungjawab kita… lagipun bukan awak saja pernah macam begini… Cik Ju…" Rostam terhenti seketika.

"Cik Ju?... Siapa Cik Ju… saya tak nampak dia pun?..."

" Oh dia pekerja lama… dah tu… biar saya temankan awak pergi klinik..."

"Ish… takpe… saya boleh pergi sendiri…"

"Ini adalah satu arahan… awak nak saya teman awak atau… Dukung awak?… pilih satu…"

"Apa?... Dukung?... Okey… awak teman saya… pergi klinik… tapi… jangan nak melancong ke tempat lain pula…" tegas Jinan.

“Okey… macam lah saya nak apa-apa kan awak… mari sini… saya teman awak..”

Rostam pun menemani Jinan di klinik yang berhampiran. Memandangkan kali pertama Jinan dihantar oleh majikannya, dia rasa kekok dan hanya berdiam diri sahaja.

Di Pahang.

Khalid yang berlagak sombong itu masih mengganggu Nathifa di butik Nathifa. Masa itu, Hafiy sedang pergi mengambil anak kembarnya di taska. Huru hara dibuatnya dan Khalid bertekad untuk tunggu di situ sehingga suami Nathifa datang.

“Nathifa… kau ni suka bohong aku eh?... sampai sekarang… mana dia?... agaknya dia suami khayalan kau je… kalau kau tak sudi menerima aku… tak payah nak… guna alasan merepek ni…” Ujar Khalid sambil duduk di sofa dengan melipat kaki kirinya ke peha kanannya. Darah Nathifa semakin panas dan kesabarannya mula dicabar.

“Encik Khalid… kalau kau datang sini nak buat kecoh… baik kau pergi balik!... ini tempat aku cari makan… bukan tempat cari kekasih!... “ Khalid menepuk tangannya dengan senyuman sinisnya kepada Nathifa.

“Wow… pertama kali aku nampak kau… marah… hmm… macam gini saja… apa kata kau kahwin dengan aku… lagipun kau kan janda… aku boleh jaga anak-anak kau…” Nathifa menampar Khalid kerana dia tidak mahu maruahnya dipijak oleh lelaki berhati busuk itu.

“KAU INGAT AKU NI BONEKA?... AKU DAH BILANG KAU… AKU DAH NIKAH… AKU DAH BERSUAMI… KALAU KAU TAK FAHAM… ITU MASALAH KAU… DAN AKU NAK KAU INGAT BAIK-BAIK… KALAU AKU JADI JANDA SEKALIPUN… AKU TAK KAN KAHWIN DENGAN LELAKI BERHATI BUSUK MACAM KAU!...” Khalid mula naik tangannya ke arah Nathifa.

“Hoi!... apa awak nak buat dengan isteri saya?!...” Hafiy muncul sambil pimpin kedua anak kembarnya. Nathifa terus ke arah Hafiy lalu dia mengambil anak-anaknya dan membawa anak-anaknya ke tempat lain sementara Hafiy sedang berdepan dengan Khalid.

“Oh… kau lah suami Nathifa?... wujud juga kau ni… aku ingatkan kau cuma bayangan di minda Nathifa je… “

“Okey… sekarang awak dah tahu… lepas tu… apa lagi yang awak nak?...”

“Pelik… kalau kau suami dia?... kenapa kau muncul macam biskut?... atau kau ni cuma menyamar je… supaya dia tak terima aku…”

“Sekarang… saya tak kisah apa awak nak kata… tapi… kalau awak ganggu dengan isteri saya lagi… saya tak teragak-agak nak saman awak…”

“Nak saman?... pergi lah… kau tak kenal aku ni siapa…”

“Tak payah nak kenal sangat… dah pergi jalan… “ Hafiy menyampuk.

“Baik… aku akan pergi… tapi… kalau aku dapat tahu yang kau bukan suami dia… nahas kau aku kerjakan…”

“Takpe… saya akan tunggu masa itu… sekarang awak boleh jalan…” dengan sifat penyabar Hafiy, dia cuba menghalau Khalid tanpa keganasan. Khalid pun beredar dari situ.

“Takpe… hari ni hari kau… kau tunggu je... hari aku pula… selagi aku tak dapat apa yang aku nak… selagi itu aku akan buat apa saja…” bisikan di hati Khalid.

Sejak kejadian itu, Hafiy terpaksa berhijrah di Pahang untuk menemani isteri dan anak-anaknya demi Hafiy mula terfikir untuk membuka sebuah cawangan baharu di Pahang dan Hafiy akan serah cawangan di Kuala Lumpur itu kepada sahabat handalnya, Rostam.

Di Kuala Lumpur.

“Cik Jinan… mari saya hantar awak pulang…”ujar Rostam.

“Tapi… Encik… saya boleh bawa kereta…”

“Awak ni kan… dalam keadaan macam gini… masih keras kepala… cuba turunkan ego awak itu sikit…”

“Bukan apa… dari kecil… saya tak suka menyusahkan orang lain... “

“Itu orang lain… bukan saya kan… jadi saya cuma nak hantar awak je… “

“Ish… okey boleh… tapi kereta saya macam mana?...” soal Jinan.

“Awak bagi saya… kunci kereta awak?...”

“Awak nak kunci kereta saya?... kenapa eh?... awak nak jual kereta saya?...”

“Awak ni kenapa lah berfikir kolot semacam itu… saya nak tolong hantarkan awak menggunakan kereta awak…”

“Habis tu… nanti awak nak balik macam mana?...”

“Yang itu tak perlu risau… saya boleh naik grab atau teksi…”

“Kan itu dah menyusahkan awak… takpe lah biar saya balik sendiri…”

“Kalau awak berdegil juga… saya akan dukung awak sambil berjalan… nak ke macam gitu?...”

“Awak ni suka ugut orang ke?... saya dah kata saya boleh…” Rostam terus mendukung Jinan sambil berjalan ke tempat letak kereta. Jinan mula kurang selesa dengan tingkah laku Rostam lalu dia cuba memukul di bahu kanan Rostam dengan kedua tangannya.Ramai orang dikelilingi mereka sedang memerhatikan mereka.

“Lepaskan saya… awak nak buat apa dengan saya ah?...” teriakan Jinan.

“Saya nak hantar awak pulang je... “ sesudah sampai ke tempat letak kereta, Rostam pun menurunkan Jinan dan Jinan menampar Rostam.

“AWAK NAK AMBIL KESEMPATAN DENGAN SAYA KAN… MENTANG-MENTANG AWAK NI BOS… AWAK INGAT AWAK BOLEH BUAT SESUKA HATI AWAK?... SAYA MASIH ADA HARGA DIRI… APA ORANG LAIN KATA NANTI?...” bahas Jinan dengan meninggikan suaranya.

“Okey… saya minta maaf… saya cuma nak…”

“Nak apa?... awak nak bawa saya ke suatu tempat supaya awak boleh lepaskan nafsu musang awak tu ke?!...”

“Awak boleh bawa bersabar tak… saya tak bermaksud macam tu… lagipun saya tak kan kahwin lagi… setelah… arwah isteri saya pergi… saya nak tumpukan dengan anak saya je… jadi… tak mungkin saya nak buat perkara terkutuk tu kat awak…”

“Awak ni pelik lah… dah saya nak balik… awak kata hantar saya kan… hantar lah… tapi jangan awak nak masuk ke rumah saya pula…”

“Kenapa dengan minah ni?... dia fikir aku ni orang jahat ke?... tapi… perangai dia ni sangat aneh…” fikiran Rostam teerganggu.

“Lah… dah diam pula…”

“Oh..oh… okey… jom saya hantar awak balik…”

Rostam pun menghantar Jinan pulang manakala Jinan sedang berfikir tingkah laku Rostam terhadap dirinya.

“Ish… kenapa lah aku boleh tersangkut dengan dia ni… dia buat benda ikut suka hati dia je… tak fikirkan perasaan orang lain… tapi dia ni pun ‘gentleman’ juga… ambil berat pasal orang lain… bekas tunang aku pun tak buat macam gitu… bertuah lah arwah isterinya tu… kalau lah dia ni jodoh… aahhh… iiissshh… bawa mengucap Jinan… tak kan kau nak jadi perigi cari timba… lagipun dia dah mengaku yang dia tak kan kahwin… apa boleh buat… nasib badan…” Jinan sedang berfikir.

Di KLIA, seorang wanita berkerjaya tinggi sedang pulang dari Australia. Wanita itu menarik bagasinya sambil menunggu teksi.

“Akhirnya.. Aku dah sampai KL… esok aku jumpa dengan dia… aku akan luahkan perasaanku pada dirinya…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience