[BBB] Babak 29 SEKIAN LAMA BERPISAH

Romance Completed 49406

4 tahun kemudian.

Di Pahang.

“Dah hampir 4 tahun aku bekerja disini… aku suka kerja di butik ini… majikanku… Cik Nathifa sangat baik pada semua pekerjanya… Alhamdulilah… kita dah ada 4 cawangan butik… di serata Pahang… 6 pekerja setia Cik Nathifa atau… selalu kita panggil ‘The Six Gorgeous’ itu telah membantu untuk bangunkan butik dari cawangan lain… aku?... aku masih berada di butik ini bersama Cik Nathifa… maklumlah… jadi ‘informer’ katakan… aku bersyukur sebab diterima bekerja di sini… tapi aku hairan lah… Cik Nathifa ini sudah digelar pangkat Dato’ dan dia masih suka dengan panggilan Cik… yang Encik Hafiy ni… bila lah nak balik… tak kan aku nak jadi ‘informer’ dia seumur hidup pula… “fikiran Eliya sambil melamun.

“Eli… apa awak termenung tu?... mari sini tolong Akak jap…”tegur Nathifa.

“Baik Kak Thifa… saya datang…” balas Eliya sambil menyusul ke arah Nathifa.

“Ni.. stok kita baharu… Eli pergi periksa sama ada jumlah kita tempah cukup atau tidak…”

“Okey… Kak… saya akan lakukan sekarang…”

“Terima kasih Eli… Akak nak pergi ke taska ambil Najla dan Nayla…. Akak pergi dulu ya…”

“Baiklah Kak… saya akan jaga butik ini… baik-baik jalan ya…”

Semasa dalam perjalanan ke taska anak-anaknya, Nathifa tersangkut dalam jalan raya akibat kemalangan kenderaan di hadapannya.

“Ish… ‘traffic jam’ pula… takpe… biar lambat asalkan selamat…” sementara menunggu kesesakan jalan raya itu berakhir, Nathifa terpandang gambar anak-anak di telefon pintarnya.

“Dah besar anak-anak Ummi ni… kesian mereka… tidak dapat rasa kasih sayang dari seorang ayah… aku terpaksa menipu mereka bahawa ayah mereka sedang bekerja di luar negara… aku tak tahu macam mana arwah Emak mampu mendidik aku tanpa seorang ayah?... soalan itu selalu bermain di mindaku… Abang Hafiy… bila Abang nak cari Thifa… atau Abang dah lupakan Thifa dalam hidup Abang?...” tiba-tiba hon hon kereta berbunyi dan Nathifa mula bergerak.

‘Eleh… macam mana pemandu tu dapat lesen?... mesti pemandu wanita…’typical’...” ujar Hafiy sambil menukar lorong jalannya ke butik isterinya.

Setelah sampai di butik, Hafiy cuba mencari isterinya dan Eliya pun mengatakan bahawa Nathifa tidak ada di butik lalu Eliya menjemput Hafiy ke tempat menunggu. Hafiy pun tunggu di situ sambil menduduk atas sofa.

Sementara di taska, Najla dan Nayla sedang menunggu ibu mereka datang. Mereka berdua sedang duduk di tepi tiang.

“Akak… Nay lapar lah…” kata Nayla sambil memegang perutnya.

“Sabarlah Adik… ini… baki roti Akak… Adik makan lah dulu…” Najla memberi sisa rotinya kepada Nayla.

“Lama lagi ke Ummi nak sampai…” tanya Nayla sambil mengunyah sisa roti itu.

“Kita tunggu sini… nanti Ummi sampai…”Najla tidak putus memujuk adiknya.

Nathifa pun sampai ke taska lalu dia memanggil anak-anaknya.

“Ummi!...” adik beradik kembar itu teriak secara serentak lalu mereka memeluk Nathifa.

“Maafkan Ummi ya… nanti kita pergi makan dulu ya… kamu berdua tentu lapar kan?...”

“Ya lah Ummi… adik lapar lah….”

“Akak pun lapar…”

“Alah… kesiannya anak-anak Ummi ni… jom kita pergi makan…” Nathifa memberi kucupan di dahi anak-anaknya itu lalu mereka terus ke restoran berhampiran dari rumahnya.

Manakala Hafiy masih menunggu sambil memandang bunga coklat kegemaran Nathifa itu.

“Abang harap… Thifa boleh maafkan Abang… Alhamdulilah… syarikat di London sudah mempunyai pekerja-pekerja yang amanah… sejak itu… hati saya mula lapang dan tidak sabar untuk berjumpa semula anak-anak dan isteri saya… sudah 4 tahun berada di London… namun perasaan cinta… sayang… dan setia tidak pernah berubah… siapa yang nak berpisah jauh dengan orang yang tersayang?... saya bukan sengaja nak berpisah... tapi keadaan yang memaksakan… tapi saya bersyukur sebab saya boleh pantau mereka dari jauh… setiap hari jadi anak-anak saya… saya tidak pernah lupa… termasuk hari jadi isteri saya… Eliya selalu hantar gambar-gambar mereka kepada saya… saya pun suruh dia belikan hadiah untuk mewakili saya… yang saya risau… bolehkah Najla dan Nayla terima saya sebagai Ayah mereka setelah 4 tahun berpisah?... saya nak tebus itu semua… dan pastikan hari jari mereka tahun akan disambut bersama ayah mereka… “

“Erhmmm… Encik Hafiy… maaf… Cik Nathifa tak pulang ke butik… dia terus balik rumah…”

“Oh kalau begitu… Eli tolong letakkan bunga ni ke biliknya… besok saya datang lagi…”

“Okey… Encik Hafiy nak saya bagi alamat Cik Nathifa?...”

“Takpe… saya tak nak Thifa hilang kepercayaan pada kamu… kalau saya nak… saya akan tanya dia sendiri...saya minta diri dulu…”

“Baiklah… Encik…”

Hafiy pun beredar dari situ dan dia akan cuba datang awal esok daripada hari ini.

Di rumah Nathifa, Najla dan Nayla sedang menonton filem kanak-kanak yang mengisahkan bahawa bapa dalam cerita itu pulang untuk bertemu dengannya dan kemudian keluarga itu hidup bahagia.

“Akak… bila Abah nak balik?...” tanya Nayla

“Shuu… Adik… jangan cakap kuat-kuat… nanti Ummi dengar… kata kak Eli… mungkin minggu ni… tapi jangan bilang Ummi…” bisik Najla sambil memastikan sekelilingnya tiada orang.

“So… ri… Nay rindu Abah lah….”

“Akak pun...rindu… apa kata kita pergi bilik tengok gambar Abah yang kak Eli bagi tu… nak tak?...”

“Nak… nak!...” Nayla tertinggikan suaranya sehingga Nathifa terdengar.

“Apa… yang kamu berdua nak kan ni?...” tanya Nathifa.

“Kita nak… nak… nak...” Najla tergagap.

“Nak sate!...” jawab Nayla.

“Oh... nak sate… nanti besok Ummi belikan sate untuk kamu berdua… dah pergi masuk tidur…” Nathifa mencium pipi Nayla dan Najla lalu dia mengiringi anak-anaknya ke bilik mereka sambil memastikan bahawa mereka tidur.

“Selamat malam Ummi!” pasangan kembar itu ucap secara serentak.

Walaupun berumur hampir 5 tahun, kedua cilik itu sangat bijak dan mempunyai bakat yang luar biasa. Nayla membuka lampu tidurnya sementara Najla mengambil gambar bapanya lalu dia pergi ke katil adiknya. Untuk menghilangkan rasa rindu, mereka berdoa pada yang Esa.

“Ya… Allah… kami sayang Ummi… kami rindu Abah… Kamu berikan kami jumpa dengan Abah… Kamu berikan Ummi jumpa dengan Abah… kami nak keluarga bahagia… Amin…” mereka berdua pun menyapu muka mereka dengan kedua telapak tangan lalu mereka mula lelap kan mata mereka masing-masing.

Di Kuala Lumpur.

Rostam sedang termenung mengenangkan arwah isterinya yang meninggal dunia tahun lepas akibat kegagalan hati.

“Kenapa… Sayang… tinggalkan Abang?… Sayang kan dah berjanji nak jaga anak kita bersama?... tapi kenapa Sayang pergi dulu… Abang rindukan Sayang… Abang janji… Abang akan jaga Rayhan semampu Abang… dan Abang tak kan kahwin dengan sesiapa wanita kecuali wanita itu sudi terima Rayhan seadanya…”

“Papa…” ujar Rayhan sambil geser mata kirinya dengan memegang bantal peluk kecil di kanannya.

“Oh… Ray… kenapa anak Papa ni?... takleh tidur?...”

“Ray nak peluk Papa... “

“Baiklah… Papa temankan Ray tidur ya…” Rostam dukung Rayhan sambil memeluknya dan Rayhan sandar kepalanya di bahu kiri Rostam.

“Papa tak tidur ke?...” tanya Rayhan

“Nanti Papa tidur… Ray… tidur dulu ya…” Rostam memberi kucupan di kepala Rayhan.

“Si putera comel ni… adalah anakku… Rayhan Rafiqin… dia berumur hampir 3 tahun… setahun lepas… aku telah kehilangan orang yang aku sayang… Julia… Rayhan tentu sedih sebab dia pun kehilangan ibunya… Rayhan adalah segalanya kenangan aku bersama Julia… dan aku tak kan abaikan dia walaupun aku sibuk… memang betul sangat sukar mendidik anak tanpa belaian seorang ibu… tapi aku tak nak cari pengganti… biarlah aku tumpukan sepenuh perhatian kepada Rayhan… sebab ini pengorbanan Julia untuk aku… aku tak kan sia-siakan pengorbanan dia… Ray… Papa berjanji… Papa akan jaga Ray… Papa sayang Ray…” bisikan Rostam sambil membelai rambut Rayhan kemudian dia mencium pipi kanan Rayhan lalu dia keluar dari bilik Rayhan.

Puan Habsah, ibu Rostam, sedang duduk di sofa sambil menonton drama melayu di televisyen dan dia bersusah hati melihat nasib anak dan cucunya itu.

“Tam… sini jap… Mummy nak cakap sikit…”

“Okey… Mummy nak cakap apa?...”

“Tam tak nak cari pengganti ke?...”

“Kenapa Mummy masih nak bahas soal ni?... cinta Tam hanya Julia sorang je…”

“Tapi… kamu tak kesian ke… dengan Ray… dia perlukan kasih sayang seorang ibu… “

“Mummy… Tam akan jaga Ray… Mummy tak perlu risau…"

"Tam… sudah setahun… arwah meninggalkan kami semua… Mummy faham perasaan Tam… tapi Ray tu… dia masih kecil… dia perlukan kasih sayang… Tam nak ke… suatu… hari dia akan sedih… sebab dia tak dapat rasa belaian ibu…"

"Cukup lah… Mummy tolong lah… jangan bahas hal ni lagi… dah… Tam nak pergi bilik tidur…" Rostam pun beralih ke biliknya manakala ibunya masih menonton drama di televisyen.

Di Pahang.

Keesokan harinya.

Sebelum Nathifa sampai ke butiknya, Hafiy sudah terpacak di depan butik Nathifa dan menanti ketibaan isterinya. 30 minit kemudian, setelah Nathifa menghantar Najla dan Nayla di taska, dia sedang berjalan menuju ke arah butiknya lalu dia ternampak kelibat lelaki sedang berdiri di depan butiknya dan dia mula menegurnya.

"Assalamualaikum… Encik… Encik cari siap...pa?..." Nathifa mula tergamam apabila lelaki itu berpaling ke arahnya.

"Waalaikumsalam… Thifa… apa khabar?..."balas Hafiy sambil memberi senyuman manis kepada Nathifa.

"Abang… Hafiy?..." badan Nathifa bagaikan anak dara mabuk andam lalu dia rebah tanpa sedarkan diri. Hafiy mula hilang semangat lalu dia mengangkat isterinya dan menghantarnya ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience