Dua tahun kemudian.
Zulaikha memaut erat lengan Yasmin bagaikan pasangan kekasih lagaknya. Tangan kiri dan kanan masing-masing menjinjit beg pakaian dan kasut yang mereka beli tadi.
"Sana, Kak Min, sana..." Zulaikha memuncungkan bibir, menunjukkan ke arah sebuah butik pakaian.
Yasmin melirik ke arah beg-beg yang mereka bawa. "Dah banyak ni," ucap Yasmin, sedikit mengeluh.
"Nak beli untuk Meena, cute baju kat situ," tutur Zulaikha memujuk, matanya bersinar-sinar seperti anak kecil yang meminta sesuatu.
Yasmin menghela nafas, memandang Zulaikha yang kelihatan masih bersemangat walaupun sudah hampir dua jam mereka berjalan ke sana sini di dalam pusat membeli-belah itu. Kaki Yasmin sudah terasa lenguh. Namun, dia hairan bagaimana Zulaikha yang memakai kasut bertumit tinggi yang halus itu tidak langsung merungut sakit kaki.
“Nilah sebabnya abang Arman dan Ameena lebih rela tunggu dekat restoran daripada ikut hang shopping,” Yasmin berseloroh.
Zulaikha tertawa kecil. "Last place, Kak Min, lepas ni kita balik." Senyumnya manja sambil memaut erat lengan Yasmin yang lebih rendah darinya, membuatkan Yasmin hampir terdorong ke depan. "Aduh, macam lipas kudung dah ni," rungut Yasmin sambil menggeleng kepala, namun bibirnya menguntum senyum.
Setelah memilih beberapa helai pakaian untuk Ameena, mereka akhirnya keluar dari butik itu dan menaiki eskalator ke tingkat tiga, di mana Arman dan Ameena sedang menunggu di restoran ala Korea.
Dari jauh, Yasmin dan Zulaikha nampak Arman sedang berbual dengan seorang wanita yang tidak dikenali. Wanita itu mengenakan gaun paras betis tanpa lengan, rambut separas bahu yang disepit dengan penyepit rambut bermotif bunga. Sekilas pandang, dia kelihatan cantik dan bergaya, jelas seperti orang berada.
"Adrina? Lama tak jumpa." Zulaikha menyapa wanita itu dengan senyuman lebar, terus menghulurkan tangan sebelum menarik kerusi dan duduk di sisi wanita tersebut. Yasmin pula mengambil tempat di sebelah Arman, masih tertanya-tanya siapa gerangan wanita di hadapannya itu.
"Ameena mana?" Yasmin separuh berbisik kepada Arman, sengaja tidak mahu bercakap kuat di depan ‘kawan’ suaminya.
“Kedai depan tu. Nak beli hadiah untuk kawan-kawan katanya,” jawab Arman sambil menunjuk ke arah sebuah kedai cenderahati di hadapan restoran itu.
"Sayang nak order apa?" soal Arman, matanya memandang tepat ke wajah Yasmin.
Spontan, mata Adrina tertumpu pada wanita bertudung di hadapannya itu.
"Your girlfriend?" Riak wajah Adrina sedikit berubah.
“No, this is my wife,” tutur Arman tenang sambil tersenyum ke arah Yasmin.
Adrina diam seketika, jelas terkejut sebelum senyuman kecil terbit di wajahnya. "Oh, I see."
"You nak minum apa, makan?" soal Arman kepada Adrina pula.
“Abang orderlah. Apa-apa pun tak apa. Min tak reti makanan Korea ni," ucap Yasmin, menyerahkan buku menu kepada Arman. Ini semua gara-gara Ameena yang kononnya sangat terpengaruh dengan drama Korea sehingga mahu mencuba makanan dari negara itu.
Zulaikha mengambil buku menu dari tangan Arman. "Meh, Ika order."
Adrina memecahkan keheningan. “Bila you all kahwin?”
Arman dan Yasmin saling berpandangan, mengira-ngira di dalam kepala.
“Dah dua tahun,” jawab Arman sambil tersenyum kecil. “You macam mana sekarang?” soalnya pula.
Adrina menarik nafas dalam, senyumnya sedikit hambar. “Dah setahun I divorced dengan ex-husband I.” Ada nada pahit dalam suaranya, meskipun dia cuba menyembunyikannya.
“Anak dah berapa?” Adrina bertanya lagi, kali ini matanya memerhati Yasmin dengan penuh minat.
Sekali lagi, Arman dan Yasmin saling berpandangan.
“Tak ada rezeki lagi,” Yasmin menjawab dengan nada bersahaja, namun Arman dapat menangkap kekecewaan yang tersirat dalam suaranya. Pantas dia menggenggam tangan Yasmin yang terletak di atas meja.
“Baru dua tahun. Biasalah, tak ada zuriat lagi,” ucapnya lembut, cuba menenangkan perasaan isterinya.
Adrina memandang adegan itu dengan mata yang sukar ditafsirkan. Dia menjeling sekilas, bibirnya sedikit mencebik. Ada rasa kurang senang dalam dirinya melihat bekas kekasihnya begitu mesra dan prihatin terhadap wanita lain.
Zulaikha yang memerhatikan gelagat mereka hanya mengangkat kening, seolah-olah ingin bertanya sesuatu tetapi memilih untuk diam. Ada sesuatu tentang Adrina yang tidak menyenangkan, namun Zulaikha menahan diri daripada membuat andaian.
Yasmin, di sebalik senyumannya, tidak dapat menahan perasaan ingin tahu. Siapakah Adrina?
---------
Flashback, Mei 2010.
Zulaikha mengekori gadis cantik tinggi lampai yang sedang berjalan berpegangan tangan dengan seorang lelaki berpakaian kemas. Mereka kelihatan sangat mesra, sesekali saling tersenyum dan berbual seperti pasangan bercinta.
"Aduh!" Zulaikha terpelecok. Kasut tumit tinggi tiga incinya menghalang dia untuk berjalan lebih cepat. Dia segera membetulkan langkah, tidak mahu kehilangan jejak mereka. Pasangan kekasih itu semakin jauh, hampir lenyap dari pandangan.
Dengan nafas tercungap-cungap, Zulaikha akhirnya mengekori mereka masuk ke sebuah restoran ala barat yang elegan. Pasangan itu memilih untuk duduk di sudut restoran yang agak tersembunyi, namun tidak cukup untuk melarikan diri daripada pandangan tajam Zulaikha.
Dia menarik nafas panjang sebelum menghampiri meja mereka.
"Hai, Adrina!" Suara Zulaikha yang lantang membuatkan gadis itu terkejut. Adrina mendongak, riak wajahnya berubah melihat kemunculan Zulaikha.
"Zulaikha? Apa kau buat kat sini?" tanya Adrina, nadanya bergetar.
Zulaikha tersenyum sinis, lalu mengangkat keningnya. "Terkejut?" sindirnya.
Adrina menghela nafas, cuba mengawal kekalutan di wajahnya. "Are you following me?!" Nadanya naik, menunjukkan kemarahan.
"Yes, I followed you. Because I saw my brother's girlfriend cheating with another man," balas Zulaikha, tegas. Matanya menikam tajam ke arah Adrina, yang kini mula gelisah di tempat duduknya.
"Zulaikha, not here, please leave," Adrina menunjukkan reaksi kurang senang. Lelaki di sebelahnya kelihatan keliru, memandang Zulaikha tanpa berkata apa-apa.
Zulaikha menyilangkan tangan di dada. "Oh? Then explain to me, Adrina. What are you doing here with this... 'friend'?" Nadanya penuh sindiran.
Adrina tergamam, tidak mampu memberi jawapan. Lelaki di sebelahnya cuba bersuara. "Excuse me, but who are you? This is between me and Adrina—"
"Sorry, sir, for the disturbance, could you please give us a moment?" Zulaikha memandang tepat ke wajah lelaki yang duduk bertentangan dengan Adrina itu. Lelaki itu kelihatan keberatan, tetapi akhirnya mengangguk lalu bangun dan melangkah duduk di meja lain yang agak jauh dari situ. Kini tinggal mereka berdua di meja itu. Zulaikha duduk bersandar di kerusi sambil menyilangkan tangan di dada, "You'd better come clean before I call my brother."
Adrina menarik nafas panjang, cuba menenangkan dirinya. Dia memandang Zulaikha dengan riak kosong.
"Zulaikha, dengar sini," katanya perlahan, namun nadanya jelas menunjukkan dia sudah tidak peduli lagi. "Kalau kau nak beritahu Arman, go ahead. Aku tak kisah."
Zulaikha terkejut. "Kau serius ke? Kau langsung tak rasa bersalah ke?!"
Adrina tersenyum kecil. "Apa yang aku nak rasa bersalah? hubungan aku dengan Arman... it’s not working. Dia terlalu sibuk dengan hidup dia di Jepun, aku pula di sini—"
"Apa yang kau cuba nak sampaikan sebenarnya ni?" Zulaikha mencelah.
Adrina menghela nafas. "Kau tak faham, Zulaikha. Arman bukan lelaki yang aku...nak, okay. Dia macam tunggul kayu, kami nak berbual banyak-banyak pun susah, tak ada isu yang boleh kami cakap pun bila dia call aku, tak romantik. Aku tak boleh teruskan hubungan macam ni."
"Jadi, kau pilih untuk curang?" Zulaikha menyoal tajam. "Kalau kau rasa hubungan tu tak boleh diteruskan, kenapa tak putuskan saja dengan cara yang betul? Kenapa kau perlu malukan dia macam ni?"
Adrina memandang Zulaikha dengan pandangan mendatar. "Aku dah cuba, Zulaikha. Tapi Arman tak dengar. Dia selalu buat macam semuanya baik-baik saja. Aku penat."
Zulaikha menggenggam erat telefon bimbit di tangannya, cuba menahan amarah. "Kalau kau rasa penat, kau tak patut terus berbohong. Arman sepatutnya tahu benda ni. Dia layak dapat seseorang yang menghargai dia."
Adrina bangun dari tempat duduknya, bersandar di meja sambil memandang Zulaikha. "Kau boleh beritahu dia kalau kau nak. Tapi jangan lupa, hubungan ni antara aku dan Arman. Kau tak ada hak untuk campur tangan lebih dari apa yang kau dah buat hari ni."
"Sebagai adik dia, aku ada hak untuk lindungi dia daripada perempuan macam kau," Zulaikha membalas tegas. "Aku akan pastikan Arman tahu siapa kau sebenarnya."
Adrina tersenyum sinis. "Buatlah apa kau nak. Tapi jangan lupa, Abang kau bukan perfect sangat. Jangan nak salahkan aku saja."
Adrina melangkah pergi meninggalkan Zulaikha yang masih berdiri di situ, marah dan kecewa. Di dalam hati, Zulaikha tahu dia perlu berterus terang dengan Arman, tetapi dia juga risau bagaimana abangnya akan menerima berita itu, lebih-lebih lagi ketika dia jauh di perantauan.
Arman dan Adrina mula bercinta sejak dari tingkatan lima ketika di sekolah menengah. Keluarga mereka juga sudah saling mengenali. Zulaikha juga tahu sangat yang abangnya itu begitu cintakan Adrina dan berhasrat untuk menjadikan Adrina sebagai isterinya tahun depan setelah tamat pengajian di Jepun dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.
Share this novel