BAB 3: TERSAKITI

Romance Series 11121

Meniti hari-hari bahagia menyembunyikan sebuah hubungan adalah perkara yang menyiksa kan bagi setiap wanita.Begitu juga dengan Qaisara dia inginkan kepastian bukan kepalsuan.Mungkin inilah masa yang tepat untuk dia berbincang dengan Zafran meski dia ragu-ragu dia harus berani. Bertanyakan satu kepastian yang berlegar dalam fikirannya,dibiarkan Zafran membelai rambutnya.Duduk berdua-duaan bersama dengan lelaki menyandang jawatan CEO bukanlah mudah baginya banyak mata yang memerhati dan telinga perlu ditulikan.

"Awak kenapa?."
Soal Zafran melihat gadis itu seperti gelisah semacam.Qaisara hanya tersenyum memandang dagu kacak disisinya berada dalam dakapan lelaki itu membuatnya terasa sesak.

"Awak sampai bila kita nak macam ni?."

"Maksud awak?."

"Takkan awak tak perasan pandangan orang dalam bangunan ni!,mesti mereka semua mengata tentang kita, itu buat saya tak selesa."

Akhirnya Qaisara berasa lega dapat meluahkan isi hatinya.Zafran melepaskan rangkulan pada pinggang gadis itu lalu berkedip mata memandang Qaisara,membuat Qaisara tersipu malu.

"Awak tak payah nak ambil pusing tatapan orang lain terhadap kita, mereka nak mengata semua tu biarkan yang penting kita.!"

"Awak memang tak kisah tapi saya kisah!. saya dah macam perempuan simpanan yang dirahsiakan.!"
Terdengar suara manja Qaisara merajuk membuat Zafran ketawa lepas.

"So awak nak saya buat apa.?"

"Awak tahu apa maksud saya!"

"Sara awak tahu kan kita akan tetap macam ni selagi saya tak dapat nak pujuk tok ayah restu hubungan kita."
Terdengar keluhan kecil dari bibir mungilnya.Membuat Zafran jadi serba salah dibuatnya.

"Restu mummy dan daddy awak dah cukup untuk kita membangunkan keluarga kecil kita.!.Atau awak hanya nak mempermainkan perasaan saya?."
Sudah cukup untuk lima bulan lalu dia dimalukan ketika Zafran memperkenalkan dirinya sebagai seorang kekasih lelaki itu didepan keluarga nya.

Zafran merungkai pelukannya pada Qaisara,beginilah perempuan suka buat spekulasi sendiri suka berfikir panjang merapu dari fakta.

"Tidak semudah itu sara ku! kalau tok ayah tak setuju mummy dan daddy kena patuh pada kehendak tok ayah.Dan tolong jangan selalu merasa rendah diri sangat! saya tak suka!."

"Kalau macam tu kita khawin kat kampung saya je lah!..awak saya tak sanggup dah keluarga awak selalu merendah kan saya!.Saya sedar kita umpama langit dan bumi kadang-kadang saya rasa nak menyerah dengan hubungan ni!."

"Sara mata-mata atok saya ada kat mana-mana perhatikan kita.Saya tak boleh nak buat keputusan yang terburu-buru.Tolonglah jangan buat saya lagi rasa bersalah."
Jika ditanya apa perasaan nya pada gadis itu dia sendiri keliru.Jujur Zafran sendiri tidak tahu dia hanya menjalin hubungan untuk mengisi kekosongan hatinya kerana menyimpan luka yang sangat dalam.

"Habis tu sampai bila kita macam ni.?"
Kedengaran nada tidak puas hati Qaisara jelas pada pendengaran Zafran,terdesak sangat ni.!
Buat apa tergesa-gesa nak kahwin sekarang bersetan lah dengan apa orang nak kata mereka bukanya buat maksiat.

"Give me time!."
Adakah dia sedang membuat tawar-menawar atau dia sendiri yang belum siap dengan dirinya sendiri.Perasanya bagai diblend bercampur aduk hati kata lain mulut kata lain.

"Berapa lama semingu,tiga bulan,dua tahun atau tunggu atok awak meninggal."
Qaisara terlalu geram kerana tidak mampu bersabar sehingga dia terlepas cakap benda yang tidak sepatutnya keluar dari mulutnya.Membuat darah Zafran mendidih dengan muka memerah.

"Awak merepek apa ni! tolong jaga sikit mulut awak tu.awak sedar tak awak tengah cakap tentang siapa!"
Marah Zafran dengan sinis lelaki itu berdiri melangkah menuju tingkap.Zafran menarik nafas lebih dalam sebelum menghembus nya kasar.

"Awak saya minta maaf saya ..saya tak bermaksud!."
Zafran menelan liur pahit.Qaisara mengorak langkah menghampiri kekasih nya cuba meraih tangan lelaki itu.Maca mana dia boleh terlepas cakap.

"Saya tak nak cakap dengan awak sekarang!,tolong keluar..!"
Tangan Qaisara ditepis kasar.Pandanganya masih tertumpu pada bangunan pencakar langit dihadapannya,kenapa bicara sedemikian rupa boleh keluar dari mulut gadis itu.

"Awak..!"

"Please go sebelum saya keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati awak."
Jelas terpampang wajah tidak puas hatinya pada Qaisara.

"Zafran saya tahu saya salah.."

"Wow I ada tertinggal scene part yang menarik ke antara CEO and secetery.?"

Dua sejoli itu berpaling pada pintu.Membuat Qaisara kecut perut,lalu menegakkan badannya berlagak biasa.Zafran mengeluh kesal,adik perempuan nya itu tidak reti nak ketuk pintu main sergah orang tak kira tempat.

"Adik kenapa datang tak bagi tahu?."
Zafran berjalan menuju meja kerjanya lalu duduk pada kerusi bersandar santai dengan kaki disilangkan.Qaisara tidak diendahkan membuat gadis itu salah tingkah dibuatnya.

"Kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu Tuan Zafran!."
Tasya memandang Qaisara melalui ekor mata ketika gadis itu jalan merentasi nya.Sebelum melabuhkan punggung duduk dihadapan Zafran.

"Adik datang nak sampaikan pesanan kepada tuan CEO yang sibuk memanjang sampai tak ada masa nak balik rumah sendiri."

"Abang malas lah nak balik asyik nak bertekak benda yang sama dengan tok ayah."
Zafran melonggarkan tali lehernya terasa panas hatinya pada Qaisara belum redah lagi.Ni lagi seketul yang suka pok-pek,pok-pek.

"Abang boleh je pekak kan telinga dengar tok ayah berleter the true is abang nak mengelak dari kak Aura kan.!"

"Jangan sebut nama dia boleh tak abang alergik!"
Lidah sudah bermain dengan geraham kerana tidak puas hati.Kenapa semua perempuan disekeliling nya suka buat mood nya asyik naik angin.

"Come on!she is our cousin.Jangan buat-buat lupa yang dia pernah jadi kesayangan abang masa kat sekolah dulu!.sampai sanggup kena belasah dengan samseng kat sekolah."
Zafran membelingas lalu meraup wajahnya.
Motif?apa motif sebenarnya Tasya datang kemari
mahu menyakitkan hati nya bagi pihak Naura.Bukan dia tidak tahu Tasya dan Naura rapat semacam.

"Don't levered up about the past! beware with your words!"
Tegasnya pada Tasya tergerak-gerak halkumnya membasahkan tekak dan bibir yang mulai mengering.

"Kadang adik kesian tengok kak Aura tu sruggle nak pikat hati abang.Dia tak sexy tapi bila abang balik dia dah tak macam diri dia sendiri.!Dah dua tahun abang balik dan dah dua tahun jugak abang buat kak Aura macam orang asing dalam hidup abang!."
Tasya tampak selamba tidak kisah dengan pandangan dingin Zafran padanya.Lagi gadis itu suka melihat wajah bengang abangnya.

"Abang ada suruh ke dia pakai sexy?,nak menggoda ke perempuan tu nak kena rogol macam arwah mama dia!."

"Abang apa ni?."
Suara gadis itu agak meninggi menegur Zafran.
Zafran mengigit kedua belah pipinya.Terasa bahang pada pipinya yang mula panas antara rasa bersalah dan geram.

"You know what? adik rasa bukan kak Aura yang berubah tapi you!."
Tasya peluk tubuh lalu menggeleng kepala,nafas disedut dan dihembus kasar.

"Abang dah agak ni mesti perempuan tu kan yang suruh adik datang sini,!bagi tahu kat kakak sepupu kesayangan adik tu! sila berambus dalam hidup orang lain!jangan nak jadi parasit."

"Abang luaran seseorang tak kan pernah sama dengan apa yang terniat dalam hati seseorang.Jangan nilai dari luar tapi Coba selami apa yang tersembunyi,!abang tahu tak kak Aura belajar masak sebab nak masak makanan kegemaran abang sampai lengan Kak Aura terkena percikan minyak"

"Tapi apa yang abang buat,abang tak terima terpaksa kak Aura bagi makanan tu dekat lelaki lain!."

Lelaki lain? mengeras rahang lelaki itu, menelan liur yang terasa pahit.

"Jadi dia mengaduh dengan adik lah ni yang abang tampar dia.?"

"Abang tampar kak Aura lagi?"
Zafran terkedu tidak sangka dia terlepas cakap,sangkaannya Naura telah mengaduh.Zafran berdehem menenteramkan dirinya sendiri.

"Abang sumpah demi apa cakap dengan Sya,besar sangat ke kesalahan yang Kak Aura buat sampai abang nak sakitkan dia macam tu?..Kalau kak Aura tak cakap sekalipun adik tetap tahu lah yang abang dah berani nak angkat tangan dengan kak Aura."
Tasya mendengus perlahan mengecilkan mata memandang wajah abang sulungnya.

"Perempuan tu memang suka fitnah dan manipulasi orang lain ke?.Dia tu ada berapa muka sebenarnya."

"Jangan tuduh kak Naura macam tu.! Abang tak pernah nampak seberapa banyak dia mengalirkan air mata!.sedalam apa luka yang kak Naura simpan dalam hati!.Sedikit sebanyak adik tahu apa yang jadi antara korang.!"

"Adik ada lah masa abang tampar kak Aura kat kelab malam tu.Abang lepaskan kemarahan pada Kak Naura sebab tok ayah tak restu hubungan abang dengan perempuan tu kan.Kak Naura puas pujuk abang balik dari meminum kencing syaitan tu tapi apa abang buat!"
Ketika Zafran keluar rumah dengan rasa bengang Naura mengajak Tasya mengekori abangnya,kerana terlalu risaukan keadaan lelaki itu.Tasya hanya menunggu dalam kereta,namun ketika dia datang menyerbu,abangnya telah rebah dalam rangkulan Naura.Malam itu Zafran tidak sedar kan diri terlalu mabuk,akhirnya mereka membawa Zafran balik ke kondominium.Lelaki itu memang tidak berhati perut esoknya Naura datang melihat keadaan dirinya,tapi lelaki itu dengan sengaja menukar password penthouse,tidak membukakan pintu untuk mereka berdua.

"Ya abang mengaku abang ada tampar dia sebab dia suka nak menyebok hal abang..Abang tak boleh lah nak tengok muka dia,tapi dia tu jenis tak faham bahasa.!,"

"Asal kejam sangat ni,?"
Tasya sudah naik angin dengan sikap Zafran yang egois meremehkan Naura.

"Abang orang yang baik tak semestinya akan selamanya baik and orang yang jahat tak semestinya berakhir dengan sikap keji.Dan kekasih yang abang banggakan sangat tu belum tentu baik lah!.Berapa banyak budak kampung kat kampus adik tu jadi pemuas nafsu lelaki tua yang miang,sebab nak nampak mewah mereka jual diri sendiri.Adik tak cakap semua perempuan kampung tu murah dan jahat lain orang lain ragam."
Zafran terpempan tidak terkata.Tasya memang bijak berkata-kata jangan kan berkata-kata menyindir dan memalukan orang lain adiknya itu memang arif.Dialah hiperbola yang memalukan Qaisara didepan semua orang lima bulan lepas.

"Jangan cakap benda mengarut kat sini boleh tak wahai Nur Natasya Binti Dato' Nasir.!. Jangan rendah kan Sara boleh! dan abang memang tak puas hati dengan kakak sepupu adik tu dari kecik sampai besar tok ayah selalu menangkan dia.Habis kita ni bukan cucu dia ke?."

Berdecit Tasya bila ditegur begitu.Dah tua bangka begini pun nak merajuk macam budak tadika,abang siapalah perangai macam ni.!tak sedar diri langsung.

"Abang jangan nak jadi budak-budak lah nak berebut kasih sayang dengan kak Naura.Wajar kalau tok ayah nak lebikkan kak Aura!, tolonglah matang sikit lupakan benda lepas yang sudah tu sudahlah!.Kalau abang tak boleh terima cinta dia at least anggap dia macam keluarga!.jangan buat dia rasa tak dihargai.!"

"Sebab dia tak ada orang tua kurang kasih sayang itukan yang adik nak cakap?."

Tasya terdiam naik lelah dibuatnya jadi orang tengah perbalahan abangnya bersama Naura.Cuba sahaja lelaki itu memberi peluang Naura memberi penjelasan,ini tidak asal Naura buka mulut asyik nak melenting kerjanya.

"Dia dah besar jangan bagi perhatian seolah dia baru semalam kehilangan yang tersayang!,cari lah suami kalau nak perhatian sangat!."

"Dan kak Naura tengah buat lah tu."
Bercantum kening Zafran melihat Tasya.

"Buat apa.?"
Soalnya ragu.

"Emm.. bukan cari tapi lebih kepada usaha memikat."

"Abang takkan terpikat lah dengan perempuan tu."
Tasya tergelak seperti mengejek Zafran.

"Bila masa pulak adik cakap dia nak pikat abang?,mungkin tadi ya Sya ada cakap tapi manalah tahu dia nak mengalah banyak kut yang nak usyar kakak sepupu I tu.Dah lah baik,sexy,sekali pandang macam Gigi Hadid pergh...Adik yang tengok kak Naura tu pun boleh geram apatah lagi lelaki, untunglah siapa yang dapat kak Naura tu kan abang.!"

Zafran ketap gigi geram adiknya ini memang sengaja nak kenakan dia.Tasya sunging gigi melihat genggaman penumbuk Zafran.

'Tahupun cemburu tapi tak nak mengaku.'

"Jangan sakitkah orang yang ikhlas nak kan kita sekali dia tersakiti dia takkan berpaling walau menangis darah sekalipun,masa tu takkan berguna lagi.Dia memang tengah sakit tapi dia bertahan sebab dia percaya jodohnya kuat dengan orang yang dia harapkan."

"Ok adik balik dulu!.see you at home jangan tak balik pulak yer tuan CEO!"

Langkah Tasya dihantar melalui mata sehingga lah adiknya itu keluar dari bilik pejabatnya.Pintu ditatap kosong hatinya mulai berkecamuk tak menentu.

Zafran mendengus kasar.Lalu membuka laci mengeluarkan satu diari menyelak lembaran demi lembaran satu gambar terselit diambil lalu ditatap lama.Gambarnya bersama Naura berseragam sekolah ketika dia luar sekolah ditatap lama.

"Aku rindu kau'! tapi aku tak boleh nak dekat dengan kau,hati aku sakit sangat bertambah sakit bila lihat penampilan kau sekarang!.Aku tak suka kau jadi tatapan umum."

Zafran menutup kembali buku diari.Menyembam muka ke meja dengan beralaskan lengan kekarnya.

Tiba-tiba seseorang memeluk bahu lebarnya dari belakang membuat Zafran tersentak.

Zafran menoleh refleks dia berdiri.

"Naura you buat apa kat sini?.. Macam mana you masuk?"
Macam mana gadis itu boleh masuk,bukan kah ketika Tasya keluar dia telah mengunci pintu menggunakan remote kawalan jauh secara automatik?.Atau Naura ada kuasa menembusi ruang arghhhhh mengarut betul.

"Aura rindu abang!."

"Rindu yang sangat!hingga terasa sakit menyesakkan dada Aura."

Naura menyentuh pipi Zafran,terasa kehangatan jemari Naura pada wajahnya.
Entah mengapa Zafran teringin memeluk gadis itu tanpa ragu-ragu Zafran melakukannya.ketika dia cuba memeluk Naura,jasad Naura telah hilang pada pandangannya.Itu hanya ilusinya adakah dia sudah mulai merindui Naura setelah beberapa hari ini gadis itu tidak muncul dihadapan nya.Menampar Naura adalah benda paling menyesakkan baginya.Rasa bersalah?.Ya dia rasa bersalah itu sahaja caranya membuat gadis itu menjauhkan diri dari nya.
Zafran ingin mereka saling membenci menghampus rasa cinta antara satu dan lain.

* * *

"Salwa!"
Tegur seorang wanita dari belakang lalu memegang bahu Datin Salwa.Membuat wanita itu tertoleh lalu koyak senyuman teruja melihat gerangan yang memanggil dirinya.

"Tengku Zabrina!."

"Eh betullah ni you, I ingat salah orang tadi."
Mereka saling berpelukan berbalas sapaan pipi kiri ke kanan.
"Ya Allah Kurina lama tak jumpa sihat ke?"
Ujar Datin Salwa dengan ramah tidak lokek senyuman diukir.Patutlah masih nampak muda.

"Sihat and how about you!makin awet muda ye!"
Seloroh Tengku Zabrina memuji sahabat lamanya itu.Membuat wajah Datin Salwa bersemu segan dipuji begitu.Seperti berjodoh pula terserempak dengan sahabat lama di spa sendiri.

"Alhamdulillah sihat Ku,mana aje you menghilang selama ni? lama tak jumpa,pergi honeymoon ke?."
Tergelak Tengku Zabrina disakat begitu.Macamana dia nak tenang honeymoon kalau anak terunaya tak boleh dikawal suka buat masalah.

"Biasalah you macam tak kenal I.kalut ulang alik flight ke overseas.Tak sangka I boleh terserempak dengan you kat Spa ni!"

"I owner kat sini! ni cawangan spa ketiga yang I buka kat Selayang!"

"Masyaallah! no wonder I boleh jumpa you kat sini makin berkembang spa you sekarang ni Sal.!"
Tengku Zabrina terangguk-angguk memerhati dekorasi Spa berkonsepkan klasik milik Datin Salwa.

"I biasa je ni tak payah puji lebih you lagi look great dari I tetap sama tak pernah berubah!.Anak teruna Ku, Tengku Khaizuran masih single ke?.Kalau senang nanti datang lah rumah boleh I kenalkan dengan bunga-bunga kat rumah I!.Mana tahu you berkenan buat menantu boleh kita berbesan."
Pelawaan Datin Salwa membuat Tenku Zabrina teruja dengan senyuman yang melebar.Patutlah hatinya berangin senang hari ini rupanya pucuk ulam mendatang.

"Ni lah tengah carikan calon untuk anak bongsu I tu kakak-kakak dia dah kahwin dah ada anak pun. Kalau dengan you takkan I menolak,kalau mak dah melaram macam anak dara mesti ada anak dara sunti yang meletop kan Sal!."

"Eh'jom lah kita hi tea takkan nak sembang berdiri kat sini.!"

"Tak apalah lain kali aje I tengah rushing ni.!Sorry sangat Sal you jangan terasa hati tau!"
Tengku Zabrina jadi serba salah menolak ajakan Datin Salwa.Tapi nak buat macam mana memang dia ada hal mustahak.

"Tak apalah tak kan I nak terasa hati dengan sahabat I yang molek ni pulak."

Tidak lama dua wanita itu berbual akhirnya Tengku Zabrina meminta diri terlebih dahulu kerana ada urusan penting yang harus dia kerjakan.Sempat mereka bertukar-tukar contact number agar tidak terputus hubungan lagi.Hubungan yang direncanakan untuk diikat ketat seutuhnya.
Datin Salwa sudah merancang untuk booking Tengku Khaizuran untuk Naura mahupun Tasya tapi menurutnya lebih sepadan dengan Naura memandang Tasya masih belajar.

Dia pernah membeli satu majalah keluaran Metropolitan yang menjadi penghias majalah itu adalah Tengku Khaizuran Idris malah jejaka tampan itu pernah tercalon dalam sebuah portal yang mencari lelaki kacak dan wanita tercantik di dunia.

Datin Salwa melabuhkan punggung pada sofa empuk di dalam pejabatnya.Masih memikirkan rencana untuk masa depan anak buah suaminya.

"Datin!"
Datin Salwa tersentak bila ditegur oleh seorang pekerja nya.Pasti dia tidak sedar bila pekerjanya itu mengetuk pintu.

"Ya Nat ada apa?."

"Puan Malya ada kat luar katanya nak jumpa dengan Datin."

Datin Salwa melepaskan keluhan berat.Dia tidak faham dengan motif perempuan itu yang selalu datang dengan niat tertentu.Niat untuk menjadikan Naura bini kedua suami puan Malya,gila agaknya.Apa mereka tidak maklum Naura adalah bunga kesayangan ayah mertuanya kalau sahaja perkara ini sampai ke pendengaranTan Sri Khalid bukan setakat jadi bangkrap,boleh jadi tak pijak tanah dibuatnya.

"Cakap dengan puan Malya nanti saya keluar!"
Tungkasnya pada pekerjanya.
Gadis berseragam hijau itu mengangguk sebelum keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience