BAB 7:TANGKAP BASAH

Romance Series 11121

"Apa ni?"

"Ubat tidur."

"Nak buat apa dengan ubat tidur ni?"
Naura memandang Norman dengan kening bercantum.Bukan ini yang diharapkan dari pak cik angkat nya itu.

"Kata Nak dapatkan Zafran kamu tu!."

"Aura ada cara tersendiri bukan guna ubat tidur macam ni."
Bersyukur Naura dikelilingi orang-orang positif walaupun manusia disebelahnya ini kadang otak luar kotak.Lima tahun lalu dia bertemu dengan Norman ketika lelaki itu dibelasah Along.Naura membantu melunaskan dan membantu menyediakan bangkle kereta untuk jana pendapatan disaat itu mereka menjadi lebih rapat.Naura bukan type orang kaya yang memilih pergaulan, dia tidak kisah tentang status yang penting baginya adalah keikhlasan.

"Kalau boleh uncle Man bagi terus ubat perangsang!.Tapi uncle tahu Naura ni jenis macam mana,."
Norman ketawa kecil melihat wajah cantik Naura yang sudah muncung macam itik.

"Ikut aje macam apa yang uncle Man cakap dengan Aura!. kalau Zafran mengamuk tu belakang kira."

"Memang Aura nak buat macam tu! tapi difikirkan balik macam tak kena je!."

"Kalau kamu lambat,kamu takkan ada peluang.Dari cerita kamu selama ni uncle boleh buat kesimpulan yang Zafran tu sukar nak percayakan orang."

Naura mengeluh kecil lalu mengambil
paket kotak berwarna putih pada genggaman Norman.

"Apa pun itu, percaya lah pada kata hati.!"

"Ok,Aura balik dulu jumpa nanti."

"Cepatnya nak balik?."

"Ada hal sikit,nak kena buat."

Lelaki berusia empat puluh tujuh tahun itu hanya mengangguk dan berguman melihat langkah Naura menuju keretanya.

Naura menutup pintu kereta,paket kotak dipandang lalu dicampak ke bangku sebelah.

"Poor love and pity girl."
Naura menghantuk dahinya pada stareng kereta,lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dalam beg tangan.

"Hello Sya kat mana?."

"Kampus!"

"Macam mana rancangan kita tu?."
Soalnya pada Tasya di hujung talian.

"Don't worry abang akan balik hari ni.Dalam minggu ni dah sepuluh kali Sya telefon abang suruh balik.!"
Terdengar renyai tawa dihujung talian.Membuat Naura tersenyum lebar.

"Thanks!."

"Anything for you my cousin.!"

* * *

Naura peluk tubuh memerhati tiga wajah pembantu rumah yang tengah berdiri di ruang dapur.

"Dah bagi minum?."

"Dah cik Aura."
Naura ketap bibir menahan tawanya melihat wajah-wajah cuak mak cik bawang dihadapan nya.

"Dah tidur,tak letak banyak sangat kan?."

"Dah kami jugak dah angkat dalam bilik cik Aura!boleh tahan berat jugak tuan Zafran tu!."
Tergelak Mita menyiku lengan Sarimah.Naura geleng kepala melihat telatah mereka bertiga.

"Ingat bila Tan Sri datang nanti jangan terlampau over kalau kantoi Aura tak kan mengaku."
Aduh sadis sekali jadi pembantu rumah, dah lah kerja di perjudikan.kalau salah seorang dari mereka gelabah terketar-ketar silap hari bulan balik kampung tanam jagung.Nasib mereka yang mengasuh Naura sehingga besar begini.Tahu lah mereka macam mana perangai cucu majikan mereka yang sorang ni.

"Err..Cik Aura tak buat tu kan?."
Tegur Jamilah kedengaran risaukan Naura.

"Jangan risau saya masih tahu batas saya sebagai perempuan.Takkan lah saya nak bagi dara saya dengan cara macam ni."

"Sekadar usaha dengan cara boomerang nak takluk si jantung hati."
Naura kenyit mata sebelum melangkah keluar dari dapur.

"Jom lah start wahai pelakon ku yang tak bertauliah sekalian.Tak lama lagi Tan Sri balik dari surau tu."
Terjengul kepala Naura melihat mereka bertiga masih berbual-bual,membuat tiga mak cik itu terpisat-pisat melangkah membontoti langkahnya.Tan sri dan Dato' Nasir sedang berada di surau.Mana kala Tasya memainkan peranannya membawa Datin pergi keluar.Jadi sekarang dia akan take over.

Petang Tadi sewaktu Naura pulang dia berpampasan di tangga dengan Zafran.Seperti biasa lelaki itu akan jadi ais batu yang keras mengeluarkan aura dingin tidak berperasaan bila bertembung dengan nya.

"Bismillahirrahmanirrahim..Ya Allah ampunkan lah hamba mu yang keji ini.sesunguhnya aku menzalimi diri ku sendiri dan menfitnah orang yang tidak bersalah!."

Bergetar tangan Naura membuka baju milik Zafran seluar lelaki itu juga dibuka,hanya bokxer yang tersisa.

Naura mengoyak pijama tidur miliknya merobek secara paksa.Mendengar tangisan dan ketukan pintu di luar biliknya,Naura yakin bahawa itu isyarat dari pembantu rumah yang tok ayah dan daddy Zafran telah sampai.

Naura memegang kedua belah pipi Zafran dan berkata separuh berbisik.

"I'm sorry! but I must do this!"

Naura menuju ke meja riasnya menacap apa yang perlu agar acting nya nampak nyata.sebelum berlari menuju bilik air.

"Ada apa ni kecoh-kecoh depan bilik Naura?."
Terlebih dahulu suara Dato' Nasir bertanya melihat pembantu mereka teresak-esak walaupun itu hanya air mata buaya mereka.

"Tuan Zafran dan cik Aura ada kat dalam, tadi tuan tampar cik Naura lepas tu mengheret ke dalam bilik.kami tak tahu nak buat apa tuan nampak marah sangat."
Terang Mita dengan bersungguh-sungguh.Bulat mata Tan Sri mendengar itu.

"Apa?."
Suaranya meninggi tak terkata.

"Kami dengar mereka bertengkar tentang perempuan yang pernah datang sini dengan tuan nama dia.."Alamak boleh pulak kak Jamilah lupa skripnya.

"Qaisara"
Sambung Mita melihat Jamilah seakan lupa apa yang ingin dikatakan satu buat silap semuanya jahanam.

"Dah berapa lama mereka kat dalam?"
Tanya Dato'Nasir pada mereka bertiga.

"Agak lama tuan, jenuh tangan nak ketuk pintu dibuatnya."
Jawab Sarimah lalu melirik memandang kedua rakannya.

"Zafran buka pintu!.Zafran!."
Dato' Nasir cuba menerjah pintu tapi gagal.Tan sri Khalid sudah bercekak pinggang dengan dada turun naik melihat tiada respon dari dalam.

"Pergi ambik kunci pendua!"
Tidak lama Jamilah datang kembali menyerahkan kunci pada Dato'Nasir.

Begitu pintu terbuka kedua lelaki itu menerjah masuk dengan mata melotot melihat keadaan Zafran terbaring tanpa pakaiannya hanya ditutupi selimut tebal.

"Astaghfirullahalazim cucu tak guna!"
Tan Sri Khalid memegang dadanya yang terasa sesak.Nafas cuba diatur dengan perlahan-lahan.
Terdengar suara tangisan Naura dalam bilik air makin membuat kedua orang tua itu terkedu dengan amarah yang membuak-buak.kak Jamilah dan dua yang lain masuk ke dalam bilik menuju bilik air.

"Zafran bangun!.Zafran.…!"
Dato' Nasir menguncang bahu Zafran sesekali dia akan menampar lembut. perlahan Zafran membuka mata terpisat-pisat bangun.Zafran cuba bangun dengan mamai matanya terasa berat.Belum sempat matanya membulat dengan jelas dia terjatuh terjelepok di lantai di lempang Tan Sri Khalid.

"Apa ni,?apa Zaf buat sampaikan tok ayah nak lempang Zaf ni.?"
Protesnya memandang tan sri Khalid.Pada masa yang sama dia sendiri terkejut dengan keadaan dirinya.

"Apa kamu buat pada Aura?."

"Kamu boleh tanya lagi? lepas apa yang kamu buat pada Naura."
Zafran terpempan lalu mencari kelibat Naura sehingga lah dia mendengar tangisan di dalam bilik air.

"Tok ayah! daddy! ini bukan seperti apa yang difikirkan.Ni mesti ada kesalahfahaman mungkin ni rancangan jahat perempuan tu!."
Sekali lagi dia jatuh ,kali ini diatas katil bila dilempang kali kedua.Berdengung telinganya,Zafran sudah bengang dengan rasa marah,terkilan dan dilecehkan oleh seorang perempuan.Membuat rasa bencinya pada Naura makin dalam.

"Ya Allah Zafran!."
Datin Salwa yang baru tiba,hiba mendapatkan Zafran.Walau tidak tahu menahu dengan perkara sebenar.

"Aura open the door! please open the door!"
Tasya mengetuk pintu beberapa kali.Sehingga la pintu itu terbuka luas.Ternganga mulutnya dengan luas.Apa yang dia dapati Naura Rosse betul-betul kena tangkap basah dengan membasahkan badan nya sendiri.Tidak tahu harus ketawa atau buat memek muka kononnya simpati.

"Tok ayah kecewa dengan kamu Zafran!.Kamu sangup buat benda terkutuk macam ni sebab marahkan Naura?.Setan apa yang merasuk kamu ni ha?."
Tan Sri Khalid meraup wajahnya terkilan perkara sebegini berlaku pada cucunya sendiri.
"Tok ayah tak peduli kamu berdua kena khawin!sebelum perkara ni sampai kepada orang lain.!"

"What?."
Zafran meninggikan suaranya kerana terkejut.Kedua orang tua Zafran hanya membisu.

"Zaf tak akan kahwin dengan perempuan murahan yang dah rosak ni!.Nak lagi bekas adik sendiri, suruh Noah balik kahwin dengan perempuan ni sebab dia yang rosakkan perempuan ni bukan Zaf."

Dato' Nasir cuba menerpa kearah Zafran tapi dihalang oleh isterinya.

"Kamu merepek apa ni?"
Soal Dato'Nasir tidak puas hati.

"Kalau dah buat salah jangan berdalih!. jangan tarik orang yang tak ada kena mengena dengan perkara menjijikkan yang kamu buat!."
Jerkah Dato' Nasir dengan suara yang meninggi.
Percuma sahaja Zafran membela dirinya semua akan menyalah kan diri nya,meletak kesalahan dibahunya yang langsung tidak dilakukan oleh nya.

"Zaf tak buat,kenapa semua orang nak salahkan Zaf macam ni."

"Ilmu apa yang kamu belajar kat luar negara tu?.Cakap dengan aku berapa perempuan yang kamu dah rosakkan!.Sebab perkara ini ke kamu tak nak duduk sebumbung dengan keluarga ni supaya senang kamu buat perkara terkutuk macam ni.?"
Marah Tan Sri Khalid dengan penuh amarah menikam anak mata milik Zafran.

"Kalau kamu mengganggap aku ni masih hidup sebagai tok ayah kamu!dan merasa diri kamu sebagai manusia yang ada hati perut untuk bertanggungjawab dengan apa yang telah kamu buat pada Naura..Tolong.."
Berhenti seketika menahan getar di hati.

"Tok ayah merayu sangat dengan kamu tolong khawin dengan Naura!.Itu permintaan terakhir tok ayah untuk hayat yang tersisa ni pada kamu!."
Zafran tidak tahu harus berbuat apa perasaan nya ketika ini berbelah bahagi.
Naura keluar dari bilik air dengan basah kuyup.
Melihat Naura, Zafran meluru menyentap bahu Naura.Lalu mendekatkan bibirnya pada telinga Naura.

"Aku tak tahu kau lagi licik dari ular!kau mengandung anak siapa cakap?.sampai kau sanggup buat aku begini."
Naura hanya diam mengunci bibirnya dari berkata apa pun pada Zafran.Seluruh penghuni rumah itu hanya memerhati interaksi berbisik itu.

"Kau ingat aku ni badan kebajikan ke?.nak terima perempuan kurang kasih sayang macam kau ni!."

"Aura cintakan abang Zaf!"
Airmatanya menitis ketika memejam mata.Benci Zafran tidak akan setanding dengan rasa cintanya.

"Pergi matilah perempuan dengan cinta kau tu!.Air mata kau ni memang hipokrit macam kau jugak.."
Zafran berjeda sebentar, matanya bergerak memerhati tiap inci wajah Naura.

"Baiklah kau nak jadi isteri aku sangat kan!.Aku akan pastikan kau menyesal terlahir dalam keluarga ni."

Zafran memusingkan badan membelakangi Naura.Mendengus kasar lalu memandang wajah semua orang.
"Baiklah Zaf akan bertanggungjawab dengan semua yang terjadi ni!Tapi jangan menyesal sebab serahkan Naura pada Zaf."

Zafran keluar dari bilik dengan rasa bengang nya.Semua yang ada disitu jadi bungkam dengan kata-kata Zafran.

"Aura akan pastikan abang Zaf akan rasa sesak dengan cinta Aura.Sampai abang tak sanggup kehilangan Aura walau sesaat tidak melihat Aura."Tasya mendekat mengusap bahu Naura.

"One stap closer abang akan jadi milik akak yang mutlak."
Naura koyak senyum sekadar menyedapkan hati adik sepupu nya itu.Hatinya terluka mendengar cacian Zafran tadi.

Tasya bukan menyebelahi Naura atau menggalakkan sepupu nya itu melakukan perkara sebegini,nak lagi orang yang mereka aniaya adalah abang Tasya sendiri.

Tapi Tasya terlalu kasihan dan risaukan Naura.Jika perancangan Allah SWT itu tertulis mereka berjodoh walau abang nya cuba menidakkan pasti akan terjadi.

Tasya masih mengingat kata-kata Naura padanya
beberapa hari yang lalu.

"Jodoh itu takdir,usaha itu dari kita!.Jika tanpa usaha tidak mungkin takdir akan ada.Allah menunggu kita berjuang bukan diam sahaja menunggu benda yang sia-sia.Usaha di selitkan doa itu insyaallah Allah,pasti akan makbulkan.Walau usaha kak Aura agak gila."
Tercuit hatinya mengingat kata-kata terakhir dari Naura.

Naura nampak macam catek ilmu agamanya, tapi bila berkata-kata sebijik macam ustazah Asmah Harun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience