BAB 15: LUAHAN PERASAAN

Romance Series 11121

Naura berjalan longlai dalam renyai-renyai hujan.Air mata sudah bercampur dengan hujan yang kian mengila.Tiba di hadapan butik Naura terduduk lemah.Kepala mendongak meneliti tiap abjad butik branded Rosse itu.Naura menagis lagi dan lagi entah untuk kesekian kalinya,akhirnya tertunduk lemah.

"Tak elok main hujan nanti jatuh sakit."
Naura mendongak melihat empunya suara.Tersenyum lalu kembali menunduk dengan sayu.

"Kenapa Tengku ada kat sini?..Tengku ikut saya nak tengok saya masih hidup atau dah mati."

"Nak tagih hutang sebab ada orang tu tak reti nak bayar."
Naura berdiri tegak dihadapan Tengku Khaizuran.Naura hanya paras dagu sahaja meski sudah memakai kasut berinci-inci.

"Tengku nak saya bayar sekarang ke?.Sangup ikut saya berhujan kat sini hanya kerana janji tu."
Tengku Khaizuran geleng kepala lalu ketawa lepas.Coat ditanggalkan lalu disangkut menutupi kepala Naura.

"Sejuk ni.Nanti awak demam.."

"Tengku tak buat shuting drama Korea dengan saya kan?"
Lelaki itu kerut dahi dengan tatapan tajam,sempat lagi dia nak buat lawak hambar time macam ni.

"Saya hantar awak balik.."

"Takpe saya boleh balik sendiri.Nanti kereta tengku basah."

"Jangan degil!anggap sahaja ni ganti rugi awak nak belanja saya makan.Kereta awak biar aje kat sini nanti saya suruh orang saya uruskan."

"Saya nak bersendirian! nanti bila saya dah ada masa lapang saya akan tunaikan janji saya."

"Eh' Tengku buat apa ni?.turunkan saya lah!"

Naura jadi kaget bila lelaki itu tiba-tiba sahaja mengangkat tubuhnya seperti guni beras.

"Tengku turunkan saya!.nanti orang nampak."

"Awak degil dan keras kepala."
Tengku Zafran tarik nafas kasar.

"Maaf buat awak macam ni,tapi bila dengan awak saya hilang kendali diri saya."
Naura tanpak berfikir,apa yang tengku ni merepek tak faham gadis itu dibuatnya.

"Tengku merepek apa ni?..Tengku tahu tak saya ni siapa..Turunkan lah saya!."

"Saya tahu awak, Naura Rosse perempuan paling cantik dan berdikari kat KL ni betul tak?."

"Kalau awak nak tahu saya ni dah.."

"Saya tahu awak dah bankrap..awak pinjam duit dengan along kan,."
Laju sahaja Tengku Khaizuran memotong ucapan Naura.Sah lelaki ini terhantuk kat mana-mana sebelum jumpa dengan Naura.

Tengku Khaizuran tidak mengendahkan rontaan Naura kaki diatur menuju keretanya.Habislah kalau Zafran nampak boleh terbalik dunia.Marahkah lelaki itu?.Pernah kah Zafran kisahkan dia.Habistu apa motif Zafran menciumnya untuk buat dirinya perasan dan sakit hati sahaja,begitu?.
Dah lah pergi tak bagi tahu, butiknya dihancurkan teruk.

"Maaf saya dah sekat nombor Tengku."
Sekarang Naura dah tahu,nombor yang tak dikenali selalu mengganggu nya adalah tengku Khaizuran.

Coat abu-abu itu dihulur kembali kepada empunya pemilik.

"It's ok.Muka awak dah pucat nanti jangan lupa berendam dalam air hangat!."
Naura tersenyum kelat seraya mengangguk faham.

"Berapa jumlah kerugian yang awak kena tanggung.?"
Soalnya dengan wajah damai.Kalau lah Zafran bertindak manis macam ni kan bagus.

"Jika Tengku nak buat amal kebajikan bukan saya orangnya.Duit tak menjadi isu bagi saya."

"If you need someone to listen your problem..I'll here for you.And please jangan panggil saya Tengku!."
Buat masa ini dia tidak akan membuka mulut bertanya apa masalah atau hubungan nya dengan Zafran.

'Jangan sebok nak tahu Khai.! nanti dia tak selesa tak pasal-pasal dia menghindar dari kau."
Kuat kata hatinya meyakinkan.

"Hemm.. Thanks"
Naura sudah tidak larat berdebat matanya makin berat.

"Ok tak ni?."
Naura tersenyum lagi tanpa berkata.Jika tidak mengigat dia akan outstation sudah dipastikan Naura dibawa ke klinik.Nak buat macam mana nak kejar masa.

* * *

Zafran menolak daun pintu bilik Naura dengan lembut.Apa yang ia dapati hanya kosong,Naura belum balik.Zafran risau melihat keadaan cuaca yang mendung hujan tak sudah.

"Where are you? please come back to me!."
Zafran segera melangkah lebar mendengar pintu ditutup.Belum sempat berkata sepatah Naura sudah menonong masuk ke bilik dalam keadaan basah kuyup tanpa mengendahkan Zafran.
Zafran terkaku What?pertama kali dalam sejarah hidupnya Naura tidak menegurnya.

"Aura are you ok?"
Zafran mengetuk pintu tapi tidak mendapat balasan.Terpaksa juga Zafran membuka pintu yang tidak berkunci.Dilihatnya Naura sedang terbaring terlentang dengan lengan di atas dahi.

"Aura kenapa tak bilas badan tu lepas kena air hujan!."Naura membalikkan badan membelakangi Zafran lalu terbatuk kecil.

"Tengok tu kan abang dah cakap."
Zafran meletakkan tangan memeriksa suhu badan Naura.
'Abang?' dalam diam Naura tersenyum suka.

"Ya Allah panas ni..kenapa main hujan kat luar.?Pergi mandi abang pergi hantar klinik."

'Main hujan dia kata? ingat aku ni budak-budak nak main hujan..angkara siapa aku jadi macam ni.'

"Kenapa nak sebok hal orang yang awak dah anggap sebagai orang asing dalam hidup awak."
Zafran mendengus perlahan mendengar kata-kata Naura,kaki diatur menuju bilik air menyediakan air hangat dalam tab mandi.

"Jom!"
Naura membatu sahaja mendengar perintah dari Zafran.

"Naura Rosse!"
Suara Zafran agak tegas kali ini.

"Ya nak mandi lah ni.Tak payahlah nak marah orang."
Naura segera bangun laju sahaja air matanya mengalir.

"Hey why you cry?.abang tak marah Aura.. abang suruh mandi kan."
Pipi Naura dipegang kejap lalu diusap lembut. Terkebil-kebil Naura dibuatnya.Bila anak mata mereka bertemu keduanya diam dengan detak jantung yang mengila.
Pandangan Zafran jatuh pada bibir gebu Naura.

Cup..
Tidak menunggu waktu lama ulasan bibir Naura sudah dikecup dengan begitu syaduh dan penuh kerinduan.Naura memejam mata menikmati ciuman hangat itu seiring air matanya mengalir lagi.Bila saat Naura tersedar segera ditolak bahu Zafran.

"Abang jahat!."
Jeritannya dalam tangisan.

"Ya abang jahat dengan Aura.. pukul abang sebab dah buat aura terluka!.tampar wajah tak berhati perut abang ni sampai Aura rasa puas.!"
pergelangan tangan Naura dicapai lalu diarahkan ke pipinya menampar sendiri wajahnya dengan telapak tangan Naura .Naura melepaskan pergelangan tangannya lalu menghambur tangis pada dada suaminya.

"Abang minta maaf! Noah dah cerita semuanya.Disebabkan kebodohan abang dan tak percaya pada Aura buat Aura terluka."
Kepala Naura dikecup singkat lalu diusap dengan penuh rasa sayang.

"Abang langsung tak beri peluang pada Aura untuk jelaskan semuanya.Abang remehkan luahan perasaan Aura pada abang.Abang buat aura macam perempuan murahan yang terkejar-kejar pada abang."
Naura makin menjadi-jadi marah dalam tangisan yang tersedu-sedu.

"Abang datang pada Aura untuk katakan rasa cinta abang pada Aura.Tapi abang rasa terpukul sangat melihat Aura berada di bilik hotel dengan Noah.Bila Noah katakan yang korang dah terlanjur atas rasa suka.Abang marah...marah sangat.."

"Abang rasa benci pada Aura.Abang rasa melakukan pengorbanan yang sia-sia melindungi Aura.Abang bertambah sakit bila lihat penampilan Aura yang tak sukup kain sejak abang balik dari luar negara."
Naura mengecilkan matanya melihat wajah Zafran, matanya sudah merah dan membengkak dari tadi tidak henti menangis.

"Aura boleh terima semua pelakuan buruk abang pada Aura termasuk menghantar bangkai Kuching sebelum kita khawin..tapi.."
Naura mengusap aliran airmatanya dengan lembut.

"Apa bangkai kucing?"
Zafran nampak terkejut dan tidak percaya.Naura mengangguk,apa sahaja yang isterinya lalui selama ini.

"Tapi Aura tak boleh terima bila abang cuba nak campur aduk kan dengan kenangan Aura pada arwah mama!Aura benci abang sebab dah hancurkan butik Aura."
Naura dipeluk erat meskipun meronta minta dilepaskan.Air mata lelakinya tidak henti mengalir.

"Abang hanya sakitkan Aura secara terang-terangan bukan sembunyi macam ni.Abang tak pernah hantar bangkai kucing or rosakkan butik kesayangan Aura ..tak pernah sayang."

"Abang tipu..abang tak boleh terima aura sebagai isteri abang.. tak boleh terima yang Aura dah rosakkan rancangan masa depan abang dengan Qaisara."

"Demi Allah Abang bersumpah atas ikatan perkahwinan kita.Abang tak pernah buat semua yang aura cakap tu."
Naura mencari anak mata Zafran melihat kebohongan lelaki itu.Namun hampa Zafran yang Naura dapati sebaliknya.

"Abang cintakan Aura bukan sara! abang cuma gunakan sara sebagai alat untuk sakitkan hati sayang.Abang mengaku yang abang hantar orang-orang ab.."
Zafran terdiam bila Naura meletak jari telunjuknya pada bibir sexy itu.

"I will wait for you because honestly I don't want anyone else,You are the only one that I love.Aura tak nak dengar benda merepek tu!Aura nak dengar.."
Perempuan kalau dah cinta.Besar manapun kesalahan orang yang dia suka buat dia sakit,tetap nak dimaafkan.Naura ni termasuk golongan perempuan yang manja tapi pemaaf.

"Abang cintakan Aura,I love You isteri ku Naura Rosse Errangga."

"Lagi sekali!."
Pintanya dengan senyuman meleret.

"I love you so much, isteri ku Nur Naura Rosse Errangga tetaplah disisi abang untuk selamanya.!"
Naura ukir senyum bahagia.Sunguh indah kalimat yang diungkapkan lelaki bergelar suami ini.Lelaki yang begitu dicintai dan didambakan selama ini, akhirnya membalas rasa cintanya.

"You know what?.I've waiting for so long for this moment to be happend."
Zafran terkesima lalu mata Naura dikecup singkat.

"Maaf sebab abang,..mata ni selalu mengalir kan air mata."
Lagi mata Naura dikecup kiri dan kanan.Matanya jatuh pada bibir pucat Naura yang nampak mengoda.

"Boleh abang gigit bibir sayang?.Bibir sayang sedap sangat."
Bulat mata Naura jadinya.Naura tersenyum dengan anggukan kecil.Hujan pembawa rahmat untuk menyatukan cinta mereka.

* * *

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience