Naura berdiri tegak dengan menyilang lengannya menanti orang yang ingin mengajak nya bertemu.Pandanganya dibuang pada air pancuran yang berada pada tengah tasik itu.Dia menjadi tertanya-tanya mengapa Ridwan mengajaknya bertemu di tasik bukan dihospital sahaja.Paling musykil lagi Ridwan menyuruh Naura keluar sembunyi-sembunyi dari butik.
"Naura."
Serta merta Naura memusingkan badannya kebelakangan kearah gerangan si pemanggil.Mata lelaki itu tertoleh-toleh melilau ke segenap penjuru penuh hati-hati.
"Ikut Aku!."
Lengan Naura ditarik nya agar mengikutinya kesatu pohon rendang yang lebih tersembunyi.Naura yang keheranaan mengikut sahaja rentak lelaki itu.
Pautan pada lengan Naura dilepaskan.Naura melihat penampilan Ridwan dari atas kebawah.Lelaki itu memakai hoodie dan juga topi untuk menutupi mukanya.
"Kau sembunyikan dari siapa,kenapa tak jumpa kat hospital aje?."
Naura pun seperti Ridwan turut memanjangkan lehernya melihat jika ada orang yang mencurigakan.Namun keadaan kawasan tasik itu sedikit renggang.
"Aku tak boleh tolong Kau banyak,Nah ni lakaran wajah orang yang upah kami.Lepas je Aku jumpa Kau Aku terus cari seorang pelukis kat jalanan.."
Ridwan menghulur amblop warna kulit kepada Naura.Amblop itu bertukar tangan,Naura memandang tanpa membuka lagi,rasa ingin tahunya melihat wajah misteri itu dipendam seketika.
"Semalam lepas Aku jumpa Kau kat cafe.Aku dapat panggilan berbaur ugutan,Aku rasa orang tu perhatikan kita.Aku terpaksa jumpa Kau kat sini demi keselamatan Mika."
Demi keselamatan Mika?. Maksudnya orang itu telah mengugut Ridwan untuk mengapa-apakan keluarga lelaki itu.Namun Naura ingin kepastian apa yang telah diperkatakan kepada Ridwan.
"Orang tu cakap apa pada Kau?."
"Maaf Aku tak boleh bagi tahu.Maaf sangat setakat ni je Aku boleh bantu Kau,Kau kena hati-hati jangan percayakan siapa-siapa,Aku rasa orang ni sangat licik dia mungkin ikuti perkembangan Kau sejak dulu lagi."
Sekali lagi Ridwan mencuri pandang kesegenap penjuru jika ada orang yang mencurigakan memerhatikan pertemuan mereka.
"Aku pergi dulu, tolong hati-hati!."
"Terima kasih sebab sudi tolong Aku."
Kepala dianguk dan segaris senyuman diberi. Naura hanya memandang kosong langkah Ridwan yang berlalu kian menjauh begitu laju hilang pada pandangannya.
Naura menarik nafas dengan panjang sebelum dihembus kasar.
Baru tanganya naik ingin membuka isi amblop itu telefon bimbitnya sudah memekik minta diangkat.
"Apa pulak datin ni nak.."
Naura mendengus dengan terpaksa skrin telefon dilekap pada deria pendengaran.
"Sihat alhamdulillah..,datin nak jumpa I."
Naura tilik jam tangannya lalu memberi kata putus.
"Ok,I tengah free,bagi I masa lima belas minit.."
Naura menamatkan panggilan telefon.
Skrin telefon ditenungnya rasa,menyampah!
"Jangan Kau minta Aku kahwin dengan laki Kau sudah.."
Naura mengatur langkah menuju keretanya,entah mengapa dia disapa rasa yang tidak enak ketika ini.
* * *
"Kenapa datin nak jumpa I kat hotel?."
Datin Malya tersenyum penuh anggun,.Naura akui wanita lingkungan pertengahan tiga puluh tahun itu sangat cantik dan baik.Tapi satu yang Naura kurang berkenan dengan datin Malya adalah wanita itu pernah mendesak dirinya menjadi isteri nombor dua untuk suaminya.
Naura memerhati setiap gerakan tangan pelayan yang menghidang pesanan minuman hangat untuk mereka.
"Jemputlah minum!."
Naura menyambut baik pelawaan wanita itu,ketika Naura mencicip teh hangat pada bibirnya.Naura terpandang figure yang sangat dikenalinya duduk tidak jauh dari tempatnya duduk bersama datin Malya di restoran itu.
Lelaki itu mungkin tidak menyedari kehadiran Naura melihat lelaki itu begitu fokus, pada penelitian Naura mungkin lelaki itu sedang ada meeting.
"I nak minta maaf atas ketidak sopannya I terhadap You sebelum ni.Mungkin sebab I takut kena cerai dan memegang status janda I Ikutkan semua kehendak Dato' Zackery."
"I akui yang I sedikit kesal sehingga menolak semua tempahan datin.."
Naura berjeda sebentar menikmati aroma teh lalu dibawa ke bibirnya.Datin Malya yang melihat kelakuan Naura sudah tersenyum penuh makna sebentar lagi semuanya akan berjalan mengikut plan yang dirancang.
"Tapi I takan pendam lama,sebab I bukanlah seorang yang suka mengusutkan kepala dengan benda yang langsung tak penting bagi I."
"Kenapa datin masih pertahanan rumah tangga yang dah jelas halal tujuannya?.Kenapa datin tak minta cerai dari Dato' itukan adalah jalan yang terbaik."
Naura bertanya ingin tahu,melihat wanita itu seakan langsung tidak ambil peduli dengan tindakan suaminya.Tidak mungkin wanita itu tidak menyimpan perasaan cemburu.
"Sama macam You,I nak kan cinta.I masih berharap satu hari nanti Dato' Zackery akan nampak keikhlasan I pada dia.I rasa You tahu apa maksud berjuang.Sama macam dalam kes You dengan Zafran.Cuma cara kita agak berbeza."
Naura sedar datin Malya seakan memerli dirinya.Naura cuba bertenang tidak menunjukkan emosinya.
"I yakin tetamu yang hadir meraikan kepulangan cucu sulung tan sri Khalid takkan lupa.Zafran tolak You masuk pool dan Dato' Zackery yang lompat selamatkan You.Terima kasih sebab maafkan I,..I tahu Cik Naura memang seorang yang baik hati,.Thats why I dah sediakan hadiah yang special sebagai tanda maaf I pada Cik Naura."
Naura sedikit tersentak dengan kata-kata yang keluar dari mulut perempuan itu.Namun dia sudah tidak mampu untuk membalas balik, Naura merasakan ada sesuatu yang mengangu saraf otak nya ketika ini.
Tidak menunggu waktu yang lama untuk ubat yang dimasukkan ke dalam minuman Naura telah menunjukkan kesannya.Naura mulai merasa pusing Kepalanya seakan berdenyut hebat.
"Cik Naura ok tak ni?."
"Entahlah rasa tak sedap badan, Kepala I tiba-tiba pusing semacam je."
Naura mula menongkat lengan pada meja seraya memicit kepalanya yang kian sakit.
"Mungkin You terlalu penat kut,come I hantar You balik."
Seperti kerbau dicucuk hidung Naura mengikut sahaja langkah datin Malya hingga kepalanya kian memberat terpaksa kepalanya dilentokkan dibahu wanita itu.
Tiba didepan lif datin Malya menyerahkan Naura kepada dua lelaki yang sudah siap menunggu didepan lif.Naura pula yang dalam keadaan separuh sedar sudah tidak dapat berfikir dengan baik,rasa mengantuk sudah menguasai dirinya.
Salah seorang dari dua lelaki itu terus mencempung tubuh Naura dan melangkah ke dalam lif diikuti lelaki yang satu lagi.Datin Malya berlalu pergi meninggalkan hotel kerana tugasnya sudah selesai, bohong jika dia tidak berasa sakit dan cemburu dengan rancangan licik suaminya itu.Namun apa yang boleh dia lakukan dia tidak kuasa melawan dato'Zackery.
Kabel emat segi itu sudah naik menuju destinasi yang dituju,.
Tubuh Naura dibaringkan diatas tilam empuk, dia sudah tidak sedarkan diri.Mungkin tika ini mindanya sudah berdamai dengan mimpi disiang hari yang bertandang.
Kedua lelaki itu menunduk hormat melihat dato Zackery yang baru melangkah memasuki ruang bilik hotel.
"Keluar.."
Arahan telah diberi,kedua orang suruhan nya telah berundur lalu menutup pintu yang secara automatik nya telah terkunci.
Dato' Zackery melabuhkan punggung duduk disebelah kanan Naura yang langsung tidak menyedari apa-apa.
"I dah cakap I tetap akan dapatkan you walau dengan cara apa sekalipun.You milik I,dan lepas dari kejadian ni I nak you tuntut cerai dari Zafran."
Pipi mulus Naura diusapnya dengan penuh rasa cinta.
Dato' Zackery berdiri dan melangkah ke ruang tamu bilik hotel, lelaki itu menarik satu kerusi lalu dihadapkan ke arah tempat tidur,Sebuah kamera rakaman yang dibawa bersama diset kan untuk merakam.Dato Zackery tersengih sinis,dia akan merakamkan semuanya apa yang akan dilakukan sebentar lagi untuk mengugut Naura.
* * *
Zafran memasuki ruang kerjanya dia baru sahaja selesai mengadakan meeting diluar pejabat.
Badan disandar pada kerusi menarik nafas lega.Selepas ini dia akan mengambil cuti yang panjang untuk membawa isterinya berbulan madu,oleh kerana itu segala yang melibatkan pengurusan projek penting yang melibatkan dirinya segera ditangani.
Dia sudah berkira-kira memujuk Noah untuk membantunya dalam syarikat.Sampai sekarang Zafran tidak tahu adik lelakinya itu berkerja di syarikat mana.
Amalin ada memberitahu yang Noah berkerja di syarikat keluarga perempuan itu.Tapi bila ditanya apa jawatan Noah dan nama syarikat itu keduanya hanya berahsia.Jangan budak tu merepek kata kerja FBI sudah.
Satu punat interkom ditekan menghantar pesanan pada PA-nya.
"Tuan Zafran ada perlukan apa-apa?."
"Tolong panggil kan encik Imran dan pergi ke ruang menyimpan fail cari salinan fail projek 'Mega Permata' bawak ke ruangan saya."
Setelah menyampaikan pesanan pada PA-nya talian dimatikan.
Zafran berdiri dari duduknya menuju kearah tingkap dimana pemandangan KLCC yang jelas tersergam indah.Telefon bimbit dilekap pada telinga menanti bidadari hatinya menjawab,kening diangkat bila panggilannya tidak berjawab.
Sekali lagi nombor Isterinya dihubungi namun tetap sama, skrin telefon ditenungnya.
Hampa!..
Dia tidak sedap hati namun perasaan itu ditepis laju.Jam tanganya ditilik waktu menunjukkan tiga suku,mungkin isterinya sedang melawat anak Ridwan ketika ini.Satu pesanan ringkas dihantar untuk memaklumkan Naura yang dia akan berangkat outstation ke Pinang.
Mendengar pintu diketuk dari luar telefonnya disetkan dalam mood senyap agar tidak mengganggu perbincangan nya nanti.
* * *
Dato' Zackery menanggalkan satu persatu butang kemeja bajunya.Setelah bajunya tertanggal dari badan lalu dilempar kelantai.
Perlahan derap kakinya mendekat kearah tubuh Naura .
"Kenapa susah sangat You nak buka ruang hati You untuk I,malah dengan lelaki lain You begitu bersikap lebih manis."
Wajah Zafran dan Tengku Khaizuran terbayang di minda,.Lalu segaris senyuman terukir menghiasi wajahnya.
"Tapi lepas ni You hanya milik I sorang ."
KLIK...
Dato' Zackery tersentak mendengar bunyi pintu dibuka secara kasar.Siapa pulak yang boleh masuk bilik ketika ini sedangkan bilik hotel itu berkunci.Tubuhya yang hampir menindih tubuh Naura diangkat.Dia bangkit menjengah keruang tamu dimana pintu bilik itu berada belum sempat badannya berdiri dengan tegak.Tengku Khaizuran sudah meluru dan memberikan satu tinju padu pada wajah tampan lelaki itu.
"Tak guna.."
Itu kata amarah yang terluah dari bibir Tengku Khaizuran ketika meninju Dato'Zackery.
Tubuh Dato'Zackery tersembam menimpa kerusi dimana kamera yang dipasang nya sebentar tadi berada.
Dato'Zackery cuba untuk bangkit melawan Tengku Khaizuran.Namun usahanya itu hanya sia-sia bila Tengku Khaizuran terlebih dahulu bertindak.Entah berapa tinju yang diberikan padanya hingga hidung dan bibirnya berdarah, mungkin tika ini wajahnya sudah naik pecah.
"Kau nak buat apa dengan Naura ha?.Kau sedar tak Naura ni isteri orang?."
Jerkah Tengku Khaizuran pada Dato'Zackery penuh amarah kali ini bukan lagi tinju padu yang diberikan tapi jemarinya sudah melingkari leher lelaki itu.
Dato'Zackery sudah terbatuk-batuk dek dicekik dengan kuat sekali oleh tangan berurut milik Tengku Khaizuran.
"Tengku..Tengku jangan macam ni nanti perbuatan Tengku ni buat orang mati.."
Pengurusan hotel yang dari tadi memerhati dengan penuh cemas melihat tindakan tidak terkawal didepan matanya itu akhirnya menegah.
Pengurus hotel itu menarik tubuh Tengku Khaizuran agar menjauh.
Tengku Khaizuran meraup kasar rambutnya kebelakang.Kamera rakaman yang jatuh tadi diambilnya lalu menghampiri Naura.Mujur dia sempat sampai sebelum Dato'Zackery bertindak lebih jauh lagi.Tubuh wanita yang masih tidak sedarkan diri itu dicampung kedakapanya, sebelum kaki melangkah sempat Tengku Khaizuran berkata pada Dato'Zackery.
"Aku belum habis buat perhitungan dengan Kau.Lepas Naura sedar Kau tunggu apa tindakan yang akan dia ambil,Aku akan pastikan Kau meringkuk dalam penjara."
Akhirnya Tengku Khaizuran membawa Naura pergi dari ruang bilik hotel itu.Dato Zackery kecewa rancangannya digagalkan oleh Tengku Khaizuran dalam hati dia sudah menyumpah seranah lelaki itu kerana dia tidak mampu mengeluarkan suaranya.Dan dia sudah tidak mampu bangun terpaksa lelaki itu menyeluk telefon bimbitnya yang berada di poket slacknya untuk menghantar pesanan pada orang suruhannya.
Share this novel