Meskipun telah memasuki jam waktu rehat namun jari-jemari masih lincah menari di atas keyboard.
Tumpukan fail hitam pada meja kerjanya membuat Tengku Khaizuran benar-benar tidak peduli dengan isi perut yang perlu di isi.Beginilah keadaan dirinya setiap kali pulang dari Bali,sibuk memanjang mengerjakan kerja-kerja yang sengaja ditinggalkan.
Bunyi ketukan pintu tidak mengalihkan pandangannya pada kerja yang sedang dilakukan menunjukkan dia sangat sibuk berkutat dengan pekerjaan yang harus di selesaikan.
"Come in."
Tengku Khaizuran berhenti menaip, telefon pintar miliknya dibuka lalu mengaktifkan mod nyahsenyap.
"Tengku ini fail yang Tengku minta saya semak.Dan ini fail dokumen department kewangan,laporan kewangan tahunan semuanya telah di audit."Fadlih meletakkan dua buah fail tebal di atas meja kerja Tengku Khaizuran lalu menatal skrin iPad bersiap melaporkan perubahan jadual kerja majikannya.
"Ayahanda Tengku memaklumkan untuk Tengku mewakili satu majlis amal anak yatim bertempat Sunway hotel malam nanti.Dan usul bagi duta tiga barangan elektronik telah diuruskan oleh puan Baizura lagi dua-tiga hari senarai pendek artis akan diberikan bagi dibentangkan dalam mesyuarat mingguan."
Tengku Khaizuran hanya mengangguk mengiakan mendengar pemberitahuan dari Fadhli, setelah itu pembantu peribadinya itu meminta diri keluar dari bilik pejabatnya.
Fokusnya kini pada skrin telefon menerima pesanan dari rumah anak yatim, memaklumkan Uyana telah diambil semula oleh ibu kandungnya.
Dua jari diletak pada dahi berfikir kenapa baru sekarang anak yang dibuang dikutip semula.Tidak lama selepas itu satu pesanan watsapps lagi sekali masuk,mata terbuntang luas.Terkejut dan tentunya tidak percaya jika orang dalam gambar yang dihantar rumah anak yatim itu adalah gambar Diandra Tamara dan Uyana.Pihak penjagaan rumah anak yatim ada memaklumkan soal ini namun dia tidak menyangka orang itu adalah Diandra.
Tali leher dilonggarkan, stuck otak dibuatnya.Bagaimana mungkin Uyana anak kandung kepada Diandra.Tidak menunggu lama nombor Diandra dalam senarai kenalan disekat dinyahsekat lalu dihubungi.
* * *
Seharian suntuk menyiapkan pelamin mini diatas padang luas yang menghadap laut membuat Naura benar-benar penat tapi rasa berbaloi melihat hasil tangannya bersama beberapa pekerja Villa yang lain.
Tidak pasal-pasal dia jadi wedding planer tak bertauliah.
Naura bercekak pinggang disebelah wedding planer yang dipertanggungjawab mengurus majlis perkahwinan salah satu pasangan pengunjung Villa samudera yang akan berlangsung hujung minggu ini.
"White, purple."Ujar Naura melihat kain panjang bertebaran ditiup angin kerja mereka belum siap sepenuhnya.
"But I think why not kalau kita tambahkan bunga kat tepi duduk tetamu."Naura memberi cadangan sekilas melihat log model lukisan yang dirangka sepertinya telah diubah suai oleh Seulgi selaku perancangan perkahwinan.
"It's look over."Balas Seulgi dengan menjeling Naura disebelah nya.
"Yeke nampak elok je."Comment Naura tidak setuju.
"Siapa perancang perkahwinannya disini aku atau kamu?.Kamu itu designer baju."
"Samalah tu pereka juga."Jawab Naura tidak ingin kalah membuat Seulgi sebal juga tidak ingin kalah pada Naura.
"Gak sama."
Lalu berlalu ke arah pekerja bila yang sedang menghias bangku.Naura mencebik,hanya memerhati dengan berpeluk tubuh.
"Naura."
Seseorang memanggil namanya dari arah belakang.Suara itu?.Dia kenal dan teramat sangat merindukan suara yang sejak kecil lagi menyapa deria pendengaran.
Laju badan diputar tidak menunggu lama airmata berlopak dalam tubir menati saat gugur bila andain dalam hati tepat.
"Mommy.."Panggil Naura antara percaya dan tidak datin Salwa ada disini,didepan mata nya.
"Aura tolong maafkan mommy sayang!."Ujar datin Salwa lalu mendekati menapak kearah Naura.Tubuh menantunya dipeluk dengan kejap,Ya'Naura selamanya tetap akan menjadi menantunya meskipun Zafran telah tiada.Mengapa begitu memerlukan masa yang lama untuk hatinya surut dengan amarah sedangkan disini Naura cukup menderita merawat sakit atas' kehilangan yang sungguh perit.Kalau saja waktu itu dia tidak marah dan mengusir Naura pasti semuanya tidak akan jadi kacau bilau.Tidak peduli dengan mata-mata yang mencuri pandang kearah mereka bila keduanya saling menangis melepas rindu.
"Mommy datang dengan siapa.?."Tanya Naura bila pelukan mereka terlerai kepala tertoleh mencari jika ada ahli keluarga yang lain ikut serta datang ke sini.
"Mommy datang sorang.Mommy nak minta maaf atas apa yang mommy dah buat waktu itu pada Aura,tolong maafkan mommy."Ujar Datin Salwa penuh penyesalan dengan mengengam kemas jari jemari Naura.
Naura ukir senyum membawa datin Salwa duduk lalu air mata isteri bapa saudaranya diusap lembut.
"Mommy tak salah apapun dengan Aura,...Au..ra yang patu...tnya minta ampun dan minta kema...afan dari mommy.Disebabkan Aura abang Zaf pergi tingg...lkan kita buat sela...manya."Tuturnya terisak tersendu menahan perit dihati.
"Ya'Allah sayang jangan cakap macam tu.Jangan salahkan diri sendiri.Apa yang jadi adalah Qada'dan qadar yang Allah dah susun cantik meskipun agak perit dilalui."Katanya itu yang cuba memujuk Naura seakan menampar diri sendiri.Bertapa kilafnya diri selama ini bila tidak sedar akan hal itu.
"Jika waktu tu mommy tak kejam dan zalim pada menantu mommy ni,apa yang mommy alami sejak arwah Zaf pergi sangat menusuk mencengkam jauh kedalm sanubari.Mommy tak patut buat macam tu, hari-hari mommy dipenuhi rasa bersalah tapi terlalu ego menerima kenyataan."Terhincut-hincut datin Salwa menahan tagis membuat Naura rasa bersalah tidak sanggup melihat air mata seorang wanita yang sudah dianggap seperti ibu sendiri sejak kecil lagi.
"Tolong maafkan mommy sayang."Ujar datin Salwa lagi memohon penuh penyesalan Naura mengangguk bersungguh-sungguh sesungguhnya saat-saat ini dia sangat nanti dan harapkan.
"Mommy macam mana sihat?."Tanya Naura tersedar begitu teruja dan emosi sehingga lupa bertanya keadaan datin Salwa.
"Alhamdulillah mommy sihat.Tadi mommy datang sempat berbual dengan nenek kamu.Dia dah ceritakan semuanya apa yang jadi sepanjang Aura kat sini sekali lagi mommy minta maaf."
"Mommy dahlah tu,mommy tak salah.Siapapun dalam situasi mommy saat kehilangan seorang anak pasti sangat sedih dan akan lakukan hal yang sama."Ujar Naura cuba memujuk datin Salwa dari terus-terusan dibendung rasa bersalah begini, lagilah membuat Naura juga rasa bersalah.
Lama mereka berbual saling melepas rindu sebelum Ayunda mempelawa datin Salwa menginap di villa mereka.
* * *
Noah baru selesai membaca zikir-zikir indah bangkit dari sejadah bila mendengar pintu villa diketuk.
Saat pintu dibuka berdiri dihadapannya seorang lelaki segak bersama lelaki itu pak Wahid yang tersenyum-senyum memandangnya.Dia ingat lelaki itu, mereka pernah bertemu sewaktu Naura dihalau dari rumah oleh mommy nya.
"Ya pak Wahid ada apa yang boleh saya bantu."Tanya Noah tanpa bertele,sempat melirik Tengku Khaizuran disebelah dan saling berbalas senyum kecil menyapa.
"Maaf mengganggu den Noah.Ini tamu juga temanya non Aura bisakan kalau satu kamar untuk malam ini.Soalnya kamar lain lagi penuh ditempah,jika tidak keberatan kalian satu kamar untuk malam ini aja."Ujar Pak Wahid memberitahu.
Kawan?.Kenapa lelaki itu ada disini jika hanya sebatas teman kepada Naura.
"Saya tak kisah pak Wahid.Silakan."Jawab Noah menolak daun pintu dengan lebih luas mempelawa Tengku Khaizuran masuk ke dalam suite.
Setelah pak Wahid meminta diri pintu ditutup lalu mengekori Tengku Khaizuran.
"Saya Noah Izham abang sepupu Naura."
"Tengku Khaizuran Idris, just call me Khai."Mereka saling bersalaman memperkenalkan diri masing-masing sebelum Noah duduk melabuhkan punggung diatas sofa.
"Dah berapa lama kenal dengan Aura.?"Tanya Noah memandang tepat ke arah Tengku Khaizuran yang sedang membuka baju bersiap membersihkan diri.
"Tak sampai setahun.Waktu tu kami bertemu as stranger dan pertemuan kedua kami saya tolong dia dan saling berkenalan.Kami juga tinggal di kondominium yang sama."Jawab Tengku Khaizuran.Noah angguk mendengarnya.
"Zafran tahu soal persahabatan kamu berdua?."Noah bertanya lagi dia sangat kenal arwah abangnya yang kuat cemburu itu.Masakan Zafran membiarkan Naura berkawan baik dengan lelaki.Lagi-lagi lelaki seperti Tengku Khaizuran yang sangat mapan dan mempunyai wajah kacak.
Tersenyum kelat dengan pertanyaan Noah padanya."Dia pernah cemburu dan kami pernah bergaduh bila Aura lari dari rumah."
"I see."Balas Noah, well dia sangat kenal arwah abangnya dan dia juga antara mangsa.Pembetulan bukan mangsa tapi sengaja cari bala, disebabkan dirinya lah mereka bertiga bergaduh terjadinya salah faham itu.
"Do you love her?."Tanya Noah lagi begitu berminat.Merasakan sesuatu dengan kedatangan Tengku Khaizuran.
"If I say yes."
Jawabnya tanpa berselindung.
"I don't think she can love you.Dia takkan mampu balas cinta dari lelaki lain.Tapi sebagai sepupu Naura, dia dah macam adik kandung saya sendiri.Kalau Tengku boleh rawat kehilangan tu dan buatkan dia jatuh cinta semula.Saya doakan yang baik-baik."
"Jangan pernah cuba-cuba untuk sakiti hati Aura yang dah rapuh tak berbentuk.Saya takkan teragak-agak membuat perhitungan."Ujar Noah memberi peringatan membuat Tengku Khaizuran tergelak mendegargar nya.
Seriau,Dia tidak akan sanggup menyakiti Naura tapi akankah cintanya pada Naura terbalas.
"Jangan gelak Ku,saya tak bergurau.Saya membesar dengan dia banyak kisah pahit yang kami lalui bersama."Noah menghela nafas panjang dan dilepaskan sebelum menyambung lagi apa yang ingin diberitahu pada Tengku Khaizuran.
"Arwah Zafran sangat menyayangi dan mencintai Naura dan dialah lelaki yang paling layak bertakhta dihati Naura.Dari kecil lagi arwah sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri."
Noah menutup MacBook tidak mampu fokus pada kerjanya, tergiang-giang difikirkan pertemuannya dengan Tengku Khaizuran sewaktu di bali sepuluh bulan yang lalu.Dan dia sudah tidak kesitu sejak bertengkar dengan ayahnya hanya ambil tahu tentang Naura melalui ibu saudaranya, Jaslina.
Sepertinya dia harus menyiapkan soalan ujian peperiksaan itu agak lambat bila melihat gaun tidur gadis yang sedang lena diatas katil mengusik jiwa lelakinya.Gadis?.tidak lagi bila dia adalah lelaki yang pertama bagi gadis itu.Berdiri dari kerusi kerjanya lalu mengorak langkah kearah tubuh yang seksi memakai lingerie nude menutup tubuh yang makin hari menjadi candu baginya.
Tangan kekarnya mengusap peha putih milik gadis itu,Noah sengaja melakukan itu berniat membangunkan kerana dia teringin sejak pertama kali mendapatkan nya.Perlahan-perlahan kelopak mata si dia terbuka dengan muka cemburut.
"Are you try to seducing me?."Ujar Noah tanganya masih betah dipeha gadis itu.
"Apa sir ni orang nak tidur lah."Rungut si gadis menarik selimut menutupi tubuhnya namun Noah menahan.
"Abang dah bagi peringatan don't call me by Sir right.Sengaja selak blanket nak goda abang yer?."
Goda Noah sengaja menyakat membuat gadis itu terbelalak.Wah melebih dia ni mentang dah dapat.
"Excuse meppppp..."Laju bibir mungil itu disambar tanpa jeda.Tanganya masuk ke dalam lingerie mencari sesuatu yang begitu digemarinya.
* * *
Tengku Khaizuran melangkah masuk kedalam ruang restoran hotel.Menghela nafas lalu dihembus,melihat seseorang sedang menunggunya disatu sudut.
"Dian."Panggil Tengku Khaizuran dengan melabuhkan duduk.
Diandra senyum lebar dia tidak mengharapkan apa-apa dari pertemuan ini.Namun hati masih berharap satu keajaiban akan terjadi yang Tengku Khaizuran akan menerimanya semula.
"I rasa terkejut tak percaya pun ya bila you tiba-tiba nak jumpa dengan I,Kali terakhir you cakap dah taknak tengok muka I lagi.Rasa macam mimpi."Ujar Diandra tergelak kecil menambah seri wajah jelitanya
"Jangan nak mimpi sangat lah.Tell me apa hubungan kau dengan Uyana."Tanya Tengku Khaizuran dengan menyalahkan telefon bimbit memperlihatkan gambar Diandra dan Uyana yang diambil pihak rumah yatim tiga hari lepas.
Diandra Tamara mati senyum menghela nafas berat wajah dibuang ke luar melihat bangunan pencakar langit tersergam megah.Dia tidak heran bagaimana Tengku Khaizuran mendapat tahu tapi tidak secepat yang disangka.
"Dian I ask you now jangan diam membisu macam ni answer my question."Soal Tengku Khaizuran lagi tapi kali ini dengan nada lebih lembut.
"Kalau rumah anak yatim cakap Uyana adalah anak I so kenapa you nak tanya lagi."
Ujar Diandra memandang lekat ke wajah Tengku Khaizuran.Bibir diketap seketika ingin menyusun kata."Lepas kita berpisah I disahkan mengandung."
"Don't tell me Uyana anak I,jangan nak mengarut."Pangkah Tengku Khaizuran laju membuat Diandra tertawa pahit.
"Khai relex you sendiri tahu kita tak pernah sampai ke arah tu."
Menghela nafas lalu bersandar,apa yang dia fikirkan.Dia terlalu paranoid bila mendapat tahu Uyana anak kandung Diandra, berfikir bahawa Diandra sengaja menjadikan Uyana sebagai senjata untuk perempuan licik ini menjerat nya.
"I terbabas lupa ambil pil.Dua kali I mengandung first I gugurkan dan untuk kedua kali I tak sanggup gugurkan so I balik Malaysia lahirkan dia kat sini sebelum I tinggalkan kat rumah anak yatim dan kembali semula ke luar negara."Tengku Khaizuran berdecak bila Diandra mengatakan itu.Dia tidak akan tanya siapa ayah kandung kepada Uyana, pasti Diandra akan mengangkat kedua bahu berkata tidak tahu bukan dia tidak kenal Diandra Tamara.Dan dia datang kesini bukan menghakimi mahupun mencemuh Diandra tapi apa yang Diandra lakukan tersangatlah gila.
"How could you Dian.You so cruel woman that I know.Sanggup you gugurkan dan lahirkan bayi lalu tinggallah kat rumah anak yatim.Dan ada hati untuk I maafkan dan terima you semula."Ujar Tengku Khaizuran membuat Diandra tersenyum getir tertunduk menahan tangisnya.Mengapa dia perlu menangis lagi dihadapan Tengku Khaizuran kepala dongak ke atas agar air mata yang terasa murah tidak gugur dihadap lelaki itu.
"Uyana tak layak jadi anak you, and you tak layak jadi seorang ibu kepada Uyana."
"Up to you nak cakap I apa mahupun menilai I macam mana.Uyana tak ada kena mengena dengan you,don't worry I takkan ganggu hidup you lagi.I cuma nak mulakan hidup I dengan lembaran baru, but lainlah if you ubah fikiran untuk terima I semula."Balas Diandra masih mencuba nasib yang nyatanya dia sendiri tahu jawapannya melainkan dia sengaja kecewakan diri sendiri dengan angan yang telah punah.Tengku Khaizuran picit kepala pusing dengan sikap Diandra.
"What ever Dian.Kalau you tak boleh nak jaga dia pulangkan dia pada rumah anak yatim semula.Ramai kat luar sana yang teringin nak ada anak sendiri dan tentunya lebih layak."
Ujar Tengku Khaizuran lalu bangkit dari duduknya bersiap ingin melangkah pergi.
"Taknak minum dulu."Pelawa Diandra sengaja mengusik mustahil Tengku Khaizuran akan menerimanya.
"No thanks,I datang bukan untuk minum."Telefon atas meja dicapai lalu meneruskan langkah meninggalkan Diandra Tamara.
* * *
Naura berpeluk tubuh menikmati hempasan samudera yang membiru, begitu tenang.Naura tahun ketenangan ini hanya akan bertahan untuk sementara waktu.Sebagai makhluk yang bergelar manusia selagi nyawa dikandung badan masih terlalu banyak liku-liku kehidupan akan membuatnya menangis dan tertawa.
Dia tidak tahu sejauh mana ketenangan ini akan bertahan di bumi bawah langit yang sama dipenuhi lautan manusia pasti akan ada manusia membuatnya kalah dalam ujian yang telah tuhan tentukan kelak.
"Non beneren mahu kembali ke Malaysia?."
Pertanyaan dari Marta membuatnya kembali berpijak pada alam nyata.
Datin Salwa mengajaknya pulang dan tentu saja Edward membantah keras.
"Ikutkan hati ini saya dah tak nak kembali ke tempat itu semula.Saya nak mulakan hidup baru kat sini bersama kakek dan eyang tapi saya tak boleh tinggalkan butik peninggalan mama terlalu lama.Saya sayang sangat butik tu,butik itu jugalah tempat staf saya cari makan."Jeda.. menghela nafas dalam dan dilepaskan dengan berat.Sarat fikiran kini buntu,dia tidak boleh terlalu stress sukar nantinya jika dia tertekan.
"Dulu saya pernah marah gila dengan arwah suami saya mati-mati saya ingat Zafran yang coba nak hancurkan butik peninggalan mama.Dan disebabkan kejadian itulah kami berbaik semula."
Bila menyebut Zafran hatinya begitu meronta ingin lelaki itu kembali dalam hidupnya sesuatu yang sangat mustahil akan terwujud.
Bertapa pedihnya hati harus menanggung rindu pada orang yang telah pergi buat selamanya.
"Non aku tuh gak bermaksud.."
Marta melihat perubahan air muka cucu majikannya itu jadi serba salah.Sumpah,sama sekali dia tidak bermaksud membahas soal itu.
"Saya tahu, janganlah rasa bersalah.Saya cuma rindu dia.Kadangkala memori pahit dan manis bersama dengan dia buat saya ingin mengimbau kembali saat-saat itu lagi "
Satu keluhan kecil keluar dari bibirnya adakah dia mengeluh kerana takdir tidak menyebelahi untuk dia dan Zafran mempunyai jodoh yang panjang.
Melihat matahari kian terik Naura memutuskan untuk kembali ke villa sudah cukup lama Naura menghabiskan hari-hari trauma,dia sudah semakin pulih saatnya kembali pulang dan meneruskan rawatan di Malaysia.
"Jomlah hari dah terik."
Marta tanpa banyak cakap menurut.Tidak berapa langkah yang mereka ambil untuk kembali ke villa, langkah Naura terhenti melihat sosok seseorang seakan dikenali.
"Non kenal sama mereka?."
Pandangannya dibawa ke wajah Marta dia kurang pasti hendak membalas apa pada pertanyaan wanita itu.
Sekali lagi wajah yang begitu ceria terhias tawa tidak jauh dari mereka di amati.Amalin?. Bukankah perempuan itu adalah Amalin kekasih hati sepupunya Noah Izham tapi kenapa Amalin boleh bersama dengan lelaki lain begitu mesra seakan pasangan suami isteri apa yang berlaku dalam tempoh pasca trauma nya pada Noah dan Amalin.
"Non?."Panggil Marta bila Naura diam tidak bersuara.
"Rasanya dia teman.."
Belum pun Naura menghabiskan ayatnya Marta terlebih dahulu laju memotong begitu teruja.
"Jadi embak pramugari sama pak pilot itu temanya non,Pasti temanya non Aura itu udah rindu dan mahu ketemu sama non.Mereka cocok sekali ya jadi pasangan suami isteri?."
Alis bertukar bentuk mata beberapa kali berkedip mendengar apa yang baru sahaja di proses telinga menuju saraf otaknya.
"Pilot..Suami Isteri?"
"Iya loh non mereka tidur satu kamar pakai ciuman romantis lagi segala.Aku tu tidak sengaja lihat ketika aku melewati suite menghantarkan handuk buat suite sebelahnya mereka."
Lagi-lagi Naura tercengang sepertinya dia akan menerima banyak kejutan dan tentunya bermula dari Amalin seakan apa yang terjadi sebelum ini terjadi semalam, sekadar mimpi begitu?.
"Kamu pergi dulu.Saya nak jumpa kawan saya."
Tanpa berlengah Naura menuju ke arah Amalin meninggalkan Marta.
"Hello,sorry to bother you both?"
Pasangan yang hampir menyatukan bibir itu tergagagu dengan kehadiran Naura.
Melihat wajah terkejut terpampang pada wajah Amalin memaksakan Naura menguntum senyum kerana telah menganggu.
"Naura Roses"
Amalin kelihatan terkejut dengan kehadiran sepupu bekas kekasih hati nya itu.
Naura curiga mengapa Amalin perlu terkejut begini sekali malah wajah perempuan itu sedikit kelihatan pucat.
"You kenal ke?."
Lelaki bersama Amalin bertanya memandang kedua mereka silih berganti.
"Dia sepupu Noah,."
Meskipun keduanya sedang berbisik tapi masih mampu didengari Naura dengan begitu jelas.Amalin turut melempar senyum menjarakkan diri dari lelaki bersamanya lalu mendekati Naura.
"You apa khabar buat apa kat sini tak sangka boleh jumpa you kat bali.."
Amalin basah-basih pada Naura.
"I khabar baik,Siapa lelaki ni."
Tanpa berselindung Naura terus bertanya ingin tahu.
Apa yang dikatakan Marta padanya tadi membuatnya panasaran.Dia bukan seorang yang heboh tapi bila melibatkan hal sepupu nya dia harus campur tangan mungkin saja Amalin curang terhadap Noah.
Amalin tahu apa yang difikirkan Naura oleh itu dia tidak ingin Naura salah faham mahupun niat menyembunyikan status dirinya ketika ini.Amalin tahu apa yang terjadi pada Naura melalui Noah dan punca itulah semuanya berakhir dia di sini bersama lelaki lain ketika ini.Tapi dia tidak membenci Naura dia yang khilaf atas kesalahan diri sendiri Amalin tidak menafikan kesalahan diri.
"You dah tak dengan Noah ke?."
Melihat kebisuan Amalin Naura bertanya lagi.
Tidak tahu harus menjelaskan bagaimana Amalin mati kata dengan Noah sendiri dia tidak mampu berteru terang.
"Kenalkan ini Farizam suami I."
Hanya itu yang Amalin mampu katakan dan tentu saja membuat Naura tercengang.Suami?. Bercinta dengan Noah tapi berkahwin dengan orang lain.Bagaimana dengan Noah,patah hati dan kecewa kekasih hati kini menjadi milik orang lain.
Noah awak sesat kat dunia mana tu? Enjoy reading DR ❤️ Maaf ayat berterabur dan kesalahan ejaan.
Share this novel