BAB 31: MEMBAWA HATI LARA

Romance Series 11121

Sinar mentari menerobos masuk melalui celahan langsir.Membuat tidurnya terganggu dia tergerak meregangkan otot-otot nya bila dia tersedar sesuatu pantas matanya dibuka.Dia menoleh ke sisi kiri.

Kosong...

Isterinya sudah tiada disitu.Lantas Zafran bangun menegakkan badannya dia mencapai tuala lalu dililitkan pada pinggang.Sekali lagi dia menoleh melihat seolah-olah Naura berada disitu paling menyiat hatinya setelah melihat tompokan darah pada cadar berwarna biru itu.
Bagaimana dia boleh biarkan perasaan cemburu menguasai dirinya sehingga telah menyakiti isterinya sendiri.Pasti Naura berasa sakit dan paling tepatnya lagi kecewakan dengan perlakuan kasarnya itu.

"I'm so sorry..Abiy tahu Abiy salah."

"Abiy suami tak guna.."

'Baru sekarang Kau nak menyesal setelah apa yang kau dah buat..dia dah lama terluka tapi sebab dia cintakan kau separuh nyawa dia rela berkorban apa sahaja,Kau terlalu sakitkan zahir dan batin dia..'
Suara itu menerjah masuk ke ruang hatinya,semalam dia menggila disalut emosi dan kini dia dirundun rasa bersalah.

Segera dia bangkit menuju bilik air mencari isterinya namun bilik air itu kosong.Zafran sudah sesak nafas seluruh isi rumah itu dijelajahi untuk memeriksa keberadaan Naura.Lalu dia kembali menuju ke bilik tidur mereka.Wadrobe dibuka terbelalk matanya bila mendapati hampir separuh baju isterinya yang tinggal.

Zafran bergerak mencari telefon bimbitnya lalu mendail nombor Isterinya.Dia sudah tidak keruan bila panggilan tidak dijawab,berkali-kali nombor Naura dihubungi berkali itu juga panggilan itu ditolak.

"Oh God!"
Dia munda-mandir seraya memicit kepala.

"Please pick up the phone sayang!."
Rayunya penuh berharap sungguh dia kecewa dengan dirinya sendiri.Puas menghubungi akhirnya dia memutuskan untuk meletak telefon dari menghubungi Naura.
Setelah itu segera dia menuju bilik air membersihkan dirinya dengan kadar segera.Dia perlu mencari isterinya.

Naura berpeluk lutut diatas katil hotel,bahunya terhinjut-hinjut menagis semahu-mahunya.
Sebentar tadi dia membuat tempahan tiket secara on line untuk penerbangan ke luar negara.
Sewaktu dia terbangun tadi pagi dengan langkah yang tertatih-tatih dia meninggalkan Zafran dia atas katil, sakit hatinya melihat wajah suaminya itu.

Setelah membersihkan diri dia berharap Zafran tidak akan terbangun sebelum dia memasukkan pakainya ke dalam bagasi.

Bunyi deringan telefon bimbitnya membuatnya mengangkat muka.
Tertera di skrin pemanggil itu adalah Zafran,tanpa berfikir lagi panggilan itu ditolak.

"Sorry for ever hurting your physical and mental.Abang will always be there by your side.. abang janji lepas ni abang takkan sakitkan Aura lagi."

"Penipu.."
Itu yang Zafran pernah tuturkan padanya sewaktu mereka mula berbaik dulu.. Lihatlah lelaki itu langsung tidak berpegang pada janjinya atau dia sendiri lupa yang dia pernah mengucapkan hal itu pada isterinya.

Baru sahaja Naura berkira-kira untuk memberitahu tentang pembunuh mama dan papanya.Malah perkara sebegini pula yang terjadi.
Kalau ia pun rasa hati tu marah dan cemburu.Tidak usalah menghina dan memperlakukan dirinya seperti seorang jalang.
Siapa yang tidak sakit bila dituduh curang dan tidur dengan banyak lelaki.Dan dengan mudahnya Zafran mengasarinya.

* * *
Dari lobi kondominium itu jelas Zafran melihat kelibat Tengku Khaizuran.Di ekorinya lelaki itu dengan langkah yang lebar.

Zafran melangkah menuju basement.Ketika berada dipetak parking dia melihat Tengku Khaizuran melangkah menuju kereta milik lelaki itu.Tidak menunggu waktu lama Zafran segera mendapatkan Tengku Khaizuran.Bahu lelaki itu ditarik dari belakang lalu ditinjunya hingga tubuh Tengku Khaizuran terdorong kebelakangan.

"What's wrong with you men?."
Tengku Khaizuran memandang Zafran dengan tidak puas hati bibirnya yang berdarah dipengang penuh sakit.

Zafran mendekat setapak lalu menarik colar baju Tengku Khaizuran penuh benci.Entah mengapa seolah-olah apa yang dilihatnya dalam gambar begitu nyata hingga meninggalkan berkas dihatinya walau hakikatnya dia sudah tahu kebenarannya.

"Mana Naura?.Mana Kau sorok isteri Aku."
Tengku Khaizuran tersengih dengan pandangan mengejek.

"Kenapa Kau sakitkan dia lagi ke..dia lari dari Kau?.Dan Kau begitu percaya diri dia akan datang pada Aku.?."
Zafran mencerlung dengan tatapan dinginnya membuat Tengku Khaizuran berdecit kesal. Zafran melepaskan cengkamannya pada lelaki itu.Tengku Khaizuran menyeluk saku coatnya telefon bimbitnya dikeluarkan lalu diserahkan pada Zafran.
"Kau bukannya ucap terima kasih malah Kau nak buat tembok permusuhan dengan Aku."

Terbuntang matanya melihat video Dato' Zackery dan Naura.Jelas dalam video itu Dato' Zackery cuba melakukan sesuatu kepada isterinya dalam keadaan tidak sedarkan diri.Dia memandang Tengku Khaizuran tanpa berkedip mata,lelaki itu mengangguk mengiakan.
Jadi video semalam yang Qaisara tunjukkan padanya adalah video Tengku Khaizuran membawa keluar Naura dari hotel itu.Dan dia dengan bodohnya mudah terpancing umpan yang perempuan itu berikan padanya.Oh bodoh sangat Kau ni Zafran kutuknya pada diri sendiri.

"Ni salinan video tu,yang asli Aku dah hancurkan. Memandangkan Kau dah tengok so Aku akan delete."
Didepan mata Zafran video itu dipadamkan.Dia tidak mahu video sebegitu jatuh pada tangan orang yang tidak sepatutnya.

"Saya minta maaf dengan Tengku sebab dah buat tuduhan melulu tanpa usul periksa."
Tengku Khaizuran hanya tersenyum hambar mengangapi ucapan permohonan maaf Zafran padanya.

"Naura nak Aku rahsiakan dari Kau.Tapi melihat kepada tidakkan Kau tadi Aku tahu mesti ada sesuatu yang berlaku so Aku tak ada pilihan lain selain tunjukkan video tu pada Kau."

"Video tu Aku simpan sebagai bukti jika Dato' tu buat sesuatu pada Naura lagi."
Zafran termalu sendiri dengan tindakannya soberono membelasah lelaki itu.

"Aku bukan nak campur urusan rumah tangga Kau.Cuma Aku nak bagi nasihat sikit..Naura tu cinta dan sayang sangat pada kau.Zaman sekarang susah nak cari orang yang ikhlas nak kan kita jadi sementara dia masih ada kejarlah cinta tu dan genggam elok-elok."
Sedikit terluka hatinya mengatakan itu,dia sebenarnya sedang melukai hatinya demi membiarkan orang yang dia cintai bahagian.

"Pergilah cari dia.!."
Bahu Zafran ditepuknya lalu tersenyum tipis sebelum melangkah pergi.Zafran hanya memandang kosong ketika kereta Tengku Khaizuran mengaum pergi.

* * *

"Apa lagi yang Kau buat kali ni dengan sahabat Aku Zafran?."

"Kalau Kau tak tahu nak bahagiakan dia dan hanya tahu sakitkan Naura.Lebih baik Kau lepaskan Dia untuk dia cari kebahagiaan sendiri."
Geram sunguh Zuyin pada lelaki dihadapannya ini.Zafran hanya menerima sahaja kekesalan Zuyin padanya untuk apa dia menidakkan jika memang betul dia yang salah.

"Tolong Aku nak jumpa Naura!."

"Aku tahu dia akan datang pada Kau."

"Naura tak datang sini.Mungkin dia tahu Kau akan cari dia dekat rumah Aku.Lagipun dia memang tak ada hubungi Aku,kali terakhir jumpa dia adalah semalam."

"Tolonglah Aku nak jumpa sangat dengan Naura.Aku nak minta maaf sangat sebab dah sakitkan dia."

"Haisshh..Macam manalah Aku boleh setuju tolong Kau dulu.Apa sebenarnya yang Kau buat pada Naura ni ha' apa?"

"Sekali lagi Aku cakap Naura tak ada kat sini.."
Kecewa teramat dengan jawapan Zuyin padanya.

"Tolong bagi tahu Aku kalau dia ada call Kau atau datang jumpa dengan Kau Zuyin."
Tanpa meminta diri Zafran melangkah pergi.Zuyin geleng kepala lelaki itu dilihatnya seperti kucing kehilangan anak malah lebih teruk dari itu.

"Siap Kau Aku kerjakan kalau jadi apa-apa pada Naura."
Zuyin mendengus lalu menutup pintu pagar.Dia pun sudah berkira-kira ingin menghubungi Naura.

"Kau pergi mana ni?..Sampai tutup telefon bagi."
Zuyin berjalan masuk kedalam rumah sekali lagi nombor Naura cuba dihubungi tetap sama.

"Sya kak Aura ada kat situ?."

"Isteri dia tanya kita.Dia tak datang sini,Kenapa apa abang buat dengan kakak kesayangan adik tu?.Keluar rumah tak bagi tahu abang mesti dia terasa hati lagi kan?."
Ni bukan setakat terasa hati mungkin juga hati isterinya itu telah hancur kerkecai retak sejuta.Tengok lah orang sekeliling Kau pun tahu yang Kau selalu sakitkan isteri Kau.Zafran menghela nafas

"Dah dapat isteri cantik ikhlas nak kan dia.Dia buat perangai pulak,.Tak faham lah adik dengan abang ni."

"Kak Aura betul tak datang rumah ke?."

"Kalau betul Kak Aura datang sini adik takkan bagi tahu Abang.Tapi bagi tahu Abang Noah biar padan muka Abang tu."

"Adik please bagi tahu abang kalau Kak Aura datang.."

"Hemm.."

"Adik.."
Panggilnya lagi mendengar jawapan acuh tak acuh dari adik bongsunya itu.

"Ok,Adik akan inform pada abang itupun kalau Kak Aura datang sini."

"Thanks."
Setelah itu, nombor Iskandar yang cuba dihubungi bagi meminta pertolongan.Kalau boleh semua orang dia akan hubungi mencari keberadaan isterinya.

"Hello is..Kau kat mana?"

"Aku kat gim macam biasa..Asal suara Kau ni macam orang kena sembelit ni.."
Terdengar suara Iskandar mengekek di hujung talian.Zafran sudah tidak peduli apa orang nak cakap tentang dirinya yang penting baginya sekarang adalah Isterinya.

"Aku nak minta tolong sikit."

"Sikit?. Banyak pun Aku tak ada hal."

"Tolong Aku cari isteri Aku.."

"Oooo..Ni kes hilang bini lah."

"Is Aku tengah serius ni.,Kau nak tolong ke tak?."

"Ok janganlah marah be cool.."

".."

"Apa-apa hal nanti Aku roger.."
Setelah telefon ditamatkan Zafran mula memandu pacuan empat rodanya membelah jalan raya.Dia sudah buntu harus mencari kemana isteri itu.Kawan-kawan Naura yang dia tahu cuma Zuyin sahaja.

"Sayang where are you?.I don't want to lose you again."
Dia tidak boleh berputus asa,dia harus menjadikan cintanya setanding dengan Naura.Seperti mana isterinya berkorban selama ini.Kemana sahaja isterinya itu membawa hati yang lara.

* * *

"Tasya..."
Tan Sri Khalid memanggil Tasya yang baru sahaja selesai melakukan yoga ditaman lapangan rumah.

"Eh tok yah,wah segaknya nak cari nenek muda untuk Sya ke?."

Tan Sri Khalid menjegil dengan kata cucu bongsunya itu, cucunya sorang ni suka mengusik plus mulut tak ada cover punya.

"Lisss..budak ni, Tok ayah nak pergi rumah Haji Shariff ada kenduri katanya."

"Ouh.."

"Pergi siap teman tok yah.."

"Tak naklah, ajaklah daddy.Sya nak keluar ni nak jumpa kawan."
Apa pulak dia yang kena teman Tasya bukanya suka jenis kenduri- kenduri ni, dia boleh naik rimas.Lagi satu nak pergi kenduri wajib ada pendamping ke,.

"Daddy nak pergi majlis amal dengan mummy kamu..Tak ada bantahan,ni tok yah nak tanya abang kamu Noah selalu hilangkan diri dia pergi mana?."
Jarang sekali dilihatnya cucunya itu balikpun sekali seminggu,Tasya mencebik bila tok ayahnya berkeras mahu dia ikut sekali mahu tidak mahu terpaksalah dia akur.Bagi Tan Sri Khalid, cucunya seorang itu memang banyak cakap pandai bersosial tapi takut pulak tak tahu adab tradisi.Apa yang Tan Sri Khalid lihat anak muda sekarang muda terpengaruh dengan budaya aneh-aneh.Sebab itu dia ingin mengajak Tasya sekali biar cucunya itu belajar serba sedikit adab resam budaya.

"Biasalah lelaki,Tengah bersenandung lah tu nak cari penawar hati.."
Tan Sri Khalid mengeluh kecil,sebab itu dia tidak mengongkong cucunya yang satu lagi itu.Meskipun dulu dia sebok itu tidak bermakna dia tidak mengambil tahu hal cucu-cucunya itu.Oleh itu dia membiarkan Noah berkerja di syarikat pilihan cucunya itu sendiri.

"Sya nak naik dulu bersiap,tapi kalau lambat tok yah jangan bebel."
Tasya terus hilang dari radar pandangannya,

Tan Sri Khalid masuk kedalam rumah dan menunggu Tasya di ruang tamu,.

Televisyen dinyalakan, fokus orang tua itu melihat berita sindiket dadah yang makin berleluasa sejak kebelakangan tahun ni.

"Habis anak muda rosak dengan najis dadah."
Dia mengkritik seraya menggeleng kepala.
Tiba-tiba hatinya menjadi sayu bila teringat kejadian hitam yang juga pernah berleluasa menjadi liputan media beberapa tahun dahulu.

"Mana manusia tak guna tu sembunyi.."
Nafas berat terluah dari rasa hati.
Banyak duit pun tak mampu nak cari syaitan bertopengkan manusia itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience