Langkah diatur begitu kemas menuju laman belakang rumah dari jarak yang kian mendekat dada berombak tidak tetaturan melihat bondanya sedang merawat bunga-bunga di taman milik wanita itu.
"Siapa perempuan yang bonda tunangkan dengan Khai, kenapa bonda buat keputusan tanpa bincang dengan Khai terlebih dahulu?."
"Adab dah lari pergi mana.Macam tu ke cara Khai nak sapa bonda?"
Tengku Khaizuran melepas hela nafas berat sedar akan sikap biadap nya sendiri akibat rasa dalam hati yang tidak mampu dibendung.Tengku Zabrina memutar tubuh menghadap tubuh lampai anak bongsunya kegiatannya yang mengunting dedaun ditinggalkan.
"Bonda tak rasa jika bonda bincang dengan kamu, kita akan mencapai kata sepakat yang memuaskan.Bonda tahu yang Khai akan menolak."Ujar Tengku Zabrina,sikap penuh kelembutan terselit nada tegas.
"Of course Khai akan bantah."
"See."
Tengku Zabrina senyum sinis bila telahanya tepat sekali.
"Khai ingat bonda akan faham Khai."
Dia tidak marah akan bondanya apa haknya marah pada seorang ibu.Cuma terkilan atas tindakan bondanya yang memperlakukan dirinya seperti anak kecil yang harus sentiasa diatur mengikut telunjuk.
"Bonda sentiasa memahami anak-anak bonda.Bonda nak anak-anak bonda bahagia,bukan menderita menantikan bekas isteri orang.Kak Deja dan kak Lisa mereka berdua hidup bahagia dengan pilihan yang ayahda dan bonda berkenaan cuma kamu saja keras hati dan degil tak nak dengar kata."
Tengku Khaizuran membuang wajah tidak sanggup bertentangan mata dengan ibunda tercinta.
"Bonda dah cakap jangan pernah bermimpi untuk bersama dengan perempuan itu kalau perlu bonda seret kamu dihari pernikahan nanti bonda akan buat."
Anak tunggal lelakinya ini harus faham semua tindakan dan keputusan yang dibuat oleh dirinya sebagai seorang ibu adalah yang terbaik untuk anak lelakinya itu.Tengku Zabrina tidak tega melihat Tengku Khaizuran terluka akibat pilihan yang salah.
"Good morning."
Suara seorang perempuan meghentikan ketegangan kedua beranak itu.Wajah Tengku Zabrina bertukar riak dari tegang menjadi tenang.
Suara itu... Tubuh Tengku Khaizuran megeras kaku bak seketul batu, tolong jangan.Kedengaran derap langkah mendekat melalui sisinya menuju Tengku Zabrina.Hatinya bagai dipanah anak panah yang berapi ketika dua wanita itu saling berpelukan begitu mesra.Jangan katakan perempuan ini adalah tunangnya.
"Eh'bakal menantu bonda dah sampai.Morning sayang."
"Diandra Tamara.."
Suara Tengku Khaizuran seakan tenggelam antara dengar dan tidak diantara kedua wanita itu.
"Bonda jangan cakap perempuan ini my fiance bon."
Diandra memandang wajah Tengku Khaizuran dengan senyuman manis terukir di wajah cantiknya.
"Anak bonda memang bijak."
Mendengar kata bondanya darah segera menyerbu ke ruang wajah hingga kelihatan urat-urat hijau timbul dan wajah kacak nya bertukar kemerahan.
"Khai lebih rela nikah dengan seorang tukang cuci daripada menikah dengan perempuan macam ini."
Lantas menarik lengan Diandra menyeret perempuan itu mengikuti langkahnya yang luas.
"Tengku Khaizuran!."
Suara bengang bondanya tidak diendahkan.Membuat Tengku Zabrina makin bertambah geram tidak suka melihat kekasaran anak lelakinya terhadap Diandra.
BAMM...
Pintu bilik tamu dihempas dengan keras lalu dikunci.
"Khai sakit lah lepaskan tangan I!."
Melepaskan cengkaman pada lengan Diandra lalu mendorong tubuh perempuan itu kedinding kamar.Kedua bahu Diandra ditekanya begitu kuat hingga empunya tubuh mengaduh sakit.
"Auch..Sakit lah."
"Kau nak apa sebenarnya?.Kau tunang aku? eh jijik lah sial."
Marahnya pada Diandra begitu penuh kebencian ikutkan hati ingin rasanya dia melenyapkan
Diandra sekarang jugak.
"Khai I tak tahu yang I akan ditunagkan dengan you.I tak boleh tolak permintaan papa tiri I dia dah banyak tolong my mom,I kena balas budi dia."Ujar Diandra dengan rasa sedih.Sedih bila melihat reaksi Tengku Khaizuran mengetahui mereka sekarang adalah tunang.
"Sampai bila kau nak bodohkan aku Dian?.Kau boleh tipu orang lain tapi jangan aku.Aku cukup kenal siapa dirikau yang sebenarnya."
Diandra menunduk tidak sanggup melawan pandang sang pujaan hati yang begitu membenci dirinya.
"Pandang aku Dian!.aku nak tengok mata pendusta kau."Ujar Tengku Khaizuran dengan nada membentak.Dagu bekas kekasihnya itu ditarik mendongak berlaga mata dengannya tetap sahaja Diandra Tamara kalah.
"Tak boleh ke you lupakan masa lalu yang dah lepas.Bagi I peluang kedua untuk tebus semua salah silap I pada you."
"Stop it Diandra aku jijik dengar semua racun yang keluar dari mulut kau.You know me v'll I jenis lelaki typical,hanya ada satu peluang there is no second chance terutama sekali manusia sejenis macam kau."
Menepis tangan Tengku Khaizuran yang menekan bahunya lalu berlutut merangkul sebelah kaki lelaki itu dipeluk kejap.Penuh lirih Diandra menangis teresak dikaki bekas kekasih hatinya itu,jika inilah peluang yang ada untuknya bersama Tengku Khaizuran semula dirinya akan bertahan meski harus terluka dengan keegoisan lelaki itu.Dia yakin Tengku Khaizuran masih mencintainya cuma sedang beku untuk menerima dirinya semula.Buktinya hingga ke saat ini lelaki ini belum mencari pengganti dirinya.
"I'm your first love I tahu you masih cintakan I.I cintakan you sangat sayang pada you tolong maafkan I.I nak kita macam dulu semula."
Suara keras kedengaran menyapa deria telinga Diandra melantun tawa yang sumbang pada ruang bilik itu,tawa yang cukup menyakitkan hati buat Diandra.
"Jangan terlalu yakin Dian.Aku tak nak berkasar dengan kau jangan paksa aku buat benda yang sangat kejam bila terlalu benci pada kau."
"You takkan sanggup buat I macam itu.I tahu cinta you kuat pada I."
Dengan yakin diri gadis itu berkata.
"Kisah kita dah lama berakhir tak begitu indah untuk dikenang malah sangat menjijikkan jika mekar subur dalam ingatan.Teruskan bermimpi aku takkan halang tapi jangan menyusahkan orang lain.Aku tak sangka kau dan mak kau dua-dua kaki kikis mencari lelaki yang lebih berharta untuk hidup senang lenang."
Kata-kata cacian itu menohok kerelung hatinya tanpa balas kasih.
"Hina i tapi tolong jangan hina ibu."
"Wow specles I dengar."
Diandra ketap rahang Tengku Khaizuran merendahkan dirinya sebagai seorang anak.
"Kau sendiri tahu macam mana kalau aku dah naik marah Dian.Sebelum aku sebarkan semua aib kotor kau baik kau putuskan pertunangan ini.Kalau betulah kau terhutang budi pada Dato' Saifuddin that's your problem tak ada kena-mengena dengan aku.Kau kena cari cara untuk gagalkan perkahwinan bodoh yang dah kau rancangkan ini."
"I tak nak berpisah dengan you lagi.I nak kita macam dulu balik please!.I minta maaf sangat pernah tipu you,I tahu you benci dan marah pada I sebab dah khianat pada kepercayaan cinta you pada I."Ujar Diandra penuh penyesalan.Dia sangat berharap hati Tengku Khaizuran terpujuk untuk memaafkan dan menerima dirinya semula.
"You know what Dian,Aku selalu tipu diri aku sendiri yang aku tak pernah jatuh hati pada perempuan macam kau.Aku try nak tipu minda aku Diandra Tamara tak pernah wujud dalam lembaran kamus hidup aku.Aku tak nak ingat kau adalah cinta pertama yang kononnya begitu indah.You are so disgusting Diandra Tamara."
"Sakit..kau tahu tak sangat sakit.Semua perbuatan kotor kau masih ada dalam kotak fikiran aku.Nak sembuh perlukan masa,.."
Tengku Khaizuran terisak dihujung bicaranya terasa begitu perit tiap kali berhadapan dengan seorang Diandra.
Bukan Diandra seorang sahaja yang membuat hatinya tergores.Naura juga sama halnya namun bezanya dia sendiri yang memerangkap diri sendiri dalam pesona Naura Rosse.Dia pernah berharap keterlukanya pada Diandra ada seorang wanita yang akan hadir menggantikan nama Diandra dalam hatinya untuk dicintai.
Namun kini mengapa...Dua sosok perempuan itu seakan sengaja menyiksa dirinya.Diandra Tamara gerangan cinta pertama dan Naura Rosse pesona yang membuatnya tergila-gilakan isteri arwah Zafran Izmir itu.
Tengku Khaizuran melangkah longlai keluar dalam bilik tamu meninggalkan Diandra yang terduduk menangis tersendu-sendu.
Mengapa Diandra perlu muncul lagi.Tidak cukupkah penghinatan yang pernah diperbuat perempuan itu mengapa perlu mencari dirinya lagi setelah bertahun lamanya luka yang cuba disembukan hampir sembuh sepenuhnya kini digores kembali.
Tengku Zabrina terundur menyembunyikan diri.Setitis air mata ibu mengalir pada wajah tuanya, terluka melihat anak bongsunya itu menangis begitu terluka.Tidak pernah menyangka Diandra Tamara pernah wujud dalam masa lalu Tengku Khaizuran.Malah dia sebagai ibu menoreh luka lama itu dengan menghadirkan Diandra Tamara dalam hidup anaknya lelaki nya semula.
* * *
"Oh my god...oh my god !."
Ain datang menghampiri Zara dengan mengipas-ngipas wajahnya riak keterujaan tidak mampu dikawal terpampang ketika ini.
"Kau ni dah kenapa?."
"Tengku K super hot."
"Tengku K.. maksud kau Tengku Khaizuran."
Hanya Tengku itu yang mereka berdua kenal dan sering meniti dibibir dijadikan bahan gosip.
"Yup' dialah siapa lagi aku rasa dia dah jatuh cinta pada kak Lion,aku buang sampah tadi nampak dia parking kereta depan butik.Ini mesti nak ajak kak Lion keluar lunch tu- tu dia datang."
Ain menjuihkan bibir meminta Zara alih pandang pada pintu utama tengku Khaizuran datang menghampiri dua gadis itu dengan aura maskulin nya membuat Ain dan Zara seperti gula yang sedang dicairkan.
"Hey' Ain kau boleh tak kawal perangai gedik tu sikit."Ujar Zara rimas dengan tingkah Ain yang asyik menarik-narik hujung lengan bajunya parah sangat Ain sorang ni.Tidak dinafikan dia juga sedang teruja dengan kedatangan lelaki itu.
"Amboi kauu..."Mencebik Ain bila dikatakan gedik.
"Hai ladys."
"Hai too tengku hot auch.."
Zara menyiku lengan Ain sungguh gaya gatal gemalai bak tangan sotong ingin menghulur salam mahu dipatahkan saja tangan rakan sekerjanya itu.Malu lah sikit pada figura terpacak begitu lampai dihadapan mereka ini.
"Nau..emm.. maksud saya now cik Zuyin ada?."
Rahangnya mengeras seketika hampir sahaja nama itu lolos dari pita suaranya.Ain dan Zara keduanya berkedip-kedip mata memandang Tengku Khaizuran Ain mendekatkan bibirnya pada telinga Zara.
"Kan aku dah kata tengku ni dah syok dengan kak singa."
Alis Tengku Khaizuran bergerak-gerak memerhatikan Zara dan Ain dia belum mendapatkan jawapan dari pertanyaannya tadi.
"Cik Zuyin tengah ada discussion sikit dengan Puan Ilya jap lagi dah nak selesai lah tu.Em..apa kata Tengku duduk coffee or tea."
Zara mempelawa penuh hemah wuishh'.. tetamu VVIP kut.Ain yang mengikut kemana langkahnya ditatap tajam rimas dengan tingkah rakannya itu.
"Kau boleh tak sambung kerja kau.Aku ni tengah layan tetamu."
"Tetamu lah sangat biar aku yang layan."
Zara tak ingin kalah dia juga ingin menjadi dayang melayan Tengku hot itu. Tengku Khaizuran memicit batang hidungnya pening melihat kedua tingkah staf butik Rosse.
"Takpe you guys sambung buat kerja biar saya tunggu dia."
"Takpe ke Tengku."
"Kau ni dah kenapa dah Tengku kata takpe, takpelah."
Zara tahan geram ingin saja cuping telinga Ain ditarik menjauh dari Tengku Khaizuran menjatuhkan air muka bos mereka Naura Rosse sahaja mengedik dengan Tengku Khaizuran.
"Takpe it's ok."
Ujarnya dengan nada lembut meskipun rimas dengan perangai berlebihan pekerja butik dihadapan nya kini.Dengan geram Zara menarik tangan Ain agar gadis itu tidak meliuk lentok kang menari ulik mayang sahabat nya itu. Melihat kepergian dua gadis itu Tengku Khaizuran duduk sendiri khusyuk menatal skrin telefon pintarnya sementara menunggu Zuyin.
"Aduh dia buat apa pulak kat sini?."
Zuyin kembali menutup pintu melihat kelibat lelaki yang tengah duduk di ruang menunggu.Dia tahu pasti tujuan lelaki itu datang dan dia tidak akan memberitahu keberadaan Naura.Tidak akan!.
Keadaan Naura sangat kacau, sahabatnya itu perlukan waktu untuk tenangkan diri tanpa ada orang yang mengganggu termasuklah Tengku Khaizuran.
"Siapa?."
Ilya membuka pintu semula bila menyedari nada kurang senang Zuyin sebentar tadi.
"Wow siapa lelaki tu."
Zuyin menolak daun pintu bila Ilya seakan sengaja membuka pintu dengan luas sekali.
"Lelaki kat luar tu nama dia Tengku Khaizuran mempunyai personaliti popular lagi dikalangan kaum hawa super hot bagi mereka.Tang mana yang hot tu aku tak tahulah,dia kenalan Naura boleh dikatakan 'kawan' yang teramat careing.'Kawan sangat'."
Jawab Zuyin dengan tangan diangkat ke sisi pipi membentuk dua simbol peace jarinya tergerak-gerak menekankan perkataan 'Kawan'.
"Lain macam je bunyinya,kau cemburu ke."
Membulat kelopak mata Zuyin dengan apa yang Ilya katakan tadi malah mak budak itu mentertawakan dirinya.
"Excuse me..apa ke jadah nya aku nak cemburu aku bukan kekasih atau bini dia nak dikatakan ada perasaan jauh sekali huh' geli aku dengan lelaki berbulu bagai ni."
"Macam mana kau tahu dia berbulu."
Sengaja Ilya bertanya niat ingin mengusik Zuyin.
"Kau pergi tatap wajah Tengku tu kalau boleh kau tolong cukur jambang dia, tak reti trim ke rimas lah aku dengan lelaki macam tu."
Zuyin mengerdik geli membayangkan wajah Tengku Khaizuran.
"Amboi ni mesti kau ada imagine badan Tengku tu berketul-ketul dan kau kena tahu tak semua lelaki berjambang badan berbulu tahu.And kau jangan nak geli benci sangat lah nanti berjodoh baru padan dengan muka kau.. Esok-esok kalau dia dah tukar imej tak ke kau juga yang angau."
Ilya mengekek ketawa melihat rona merah pada pipi Zuyin tombol pintu segera dipulas sebelum dia kena sembur balik baik dia larikan diri.
"Kecik besar kecik besar je aku tengok makhluk tuhan lagi sorang ni."
Sejak Ilya kembali berkerja.Sehari tak terasa dengan sikap kuat menyakat mak budak itu memang tak kelabu warna hidupnya seharian.
Setelah kepergian Ilya gadis itu mundar-mandir dalam ruangan haruskah dia menemui Tengku Khaizuran.
"Aku nak bagi tahu dia apa nanti"
"Naura kat Afrika menetap di sebuah daerah terpencil."
Zuyin gigit kuku otaknya sedang aktif berfikir cara terbaik kelentong Tengku Khaizuran keberadaan Naura.
"Atau tak pun aku cakap dia berada di Palestin aduh bongok punya lahai pemikiran baik kau cakap Naura pergi umrah lagi senang Tengku tu nak percaya, adoiii lah umrah apanya.Tapi sampai bila aku nak terperap dalam bilik ni ah' belasah ajelah."
Asyik adoii akhirnya Zuyin membuat keputusan untuk keluar sampai bila dia nak menyorok tunggu butik tutup alamatnya sakit urat lah dia menunggu.
"Tengku."
Zuyin buat-buat terkejut melorek senyum tidak dilupakan.
Tengku Khaizuran berdiri dari duduknya segaris senyuman diberi pada gadis itu.
"Zuyin cant we talk?."
Air muka berubah menjadi serius.
"Aaamm..sure yeah have a seat."Jawab
Zuyin lalu melabuhkan punggung duduk dihadapan Tengku Khaizuran.
"Jemput minum Tengku"
Ain menghidangkan secawan air tea pada Tengku Khaizuran dengan tertibnya setelah itu berdiri disis duduk lelaki itu.
Zara tergeleng kepala dibuatnya sejak bila minah itu terlepas siap hidang minuman pulak tu.
"Ain boleh tinggalkan kami berdua."
Zuyin isyarat mata meminta Ain pergi melihat kedegilan gadis itu matanya dikecilkan membuat Ain hampir meletuskan tawa dengan mimik lucu Zuyin ketika ini.
"Ok silalah berdeting patik ingin undur diri."
Zuyin tersedak air liur sendiri dengan kata-kata Ain.Apesal semua orang dalam butik ini seakan sengaja naikkan darahnya ke mereka semua dah berpakat.Apa orang kata mereka dah lama rancang dia je yang lalai atau benda seperti ini hanya kebetulan.
"Are you ok."Tanya Tengku Khaizuran khuatir.
"I'm ok."
Lehernya diurut sejenak bagi meredah perit yang dirasakan.
"Tengku nak cakap tentang apa tu?."
"How is she?.Saya dengar dia ada kat Indonesia"
Zuyin tersengih sinis alkisahnya dia yang bodoh dia lupa siapa lelaki dihadapannya ini seperti orang gila saja Zuyin memerah otak tadi.
"Tengku dengar ataupun tengku upah orang cari tahu keberadaan Naura."
Tiada lagi nada kelembutan mahupun bersahabat kedengaran.
"Zuyin saya tak."
"Kenapa Tengku kejam sangat tak boleh ke tengku hormat sikit keadaan Naura.Dia cukup menderita jangan tambah luka dalam hidup dia kalau tengku dah upah orang kenapa susah-susah datang sini hendak tahu tentang Naura."
"Awak dah salah faham"
Ujar Tengku Khaizuran cuba menidakkan andaian Zuyin padanya tapi gadis itu begitu becok tidak memberi ruang padanya menjelaskan.
"Saya salah faham atau tengku yang tak reti nak faham.Suami dia baru meninggal kubur masih merah, bayi dia gugur tengku sendiri dengar apa yang doktor cakap bukankah tengku ada dengan saya masa itu.Tolonglah jangan tambah beban dalam hidup dia,takakan ada cela ruang untuk tengku isi kehilangan tu."
Tengku Khaizuran menarik nafas panjang dia pula yang terasa semput mendengar Zuyin berleter.Tidak dinafikan apa yang Zuyin katakan benar belaka tapi untuk menidakkan rasa cintanya pada Naura Rosse sangat mustahil.
"Dato' Nasir."
Jeda,menyusun kata yang sesuai untuk memberitahu hal sebenar bukan seperti yang Zuyin fikirkan.
"Dato' Nasir ayah arwah Zafran.I tanya dia tentang keadaan Naura, Dato' yang bagi tahu keberadaan Naura."
Zuyin diam mati kata dengan penjelasan Tengku Khaizuran sakan benar dia menyembur lelaki itu.
"Saya datang nak tahu keadaan dia you yang hantar dia pergi Indonesia.Salah ke saya nak ambil tahu keadaan Naura she is my friend too."
"Tolonglah ku... jangan berselindung disebalik perkataan kawan"
Meskipun salah faham tapi Zuyin tidak akan meminta maaf jika sememangnya apa yang telah diperkatakan tadi pada tengku Khaizuran adalah satu kenyataan.
"Awak meragukan saya ke cik Zuyin."
Tengku Khaizuran balik bertanya kurang senang dengan sikap Zuyin padanya.Atau lebih tepatnya sekarang ini keduanya saling tidak sebulu.
"Yes tepat sekali.Naura mungkin tak tahu ataupun dia tahu tapi buat-buat tak tahu."
"Tak faham cik Zuyin nak cakap apa sebenarnya."
Zuyin buat-buat ketawa lepas dia tahu wajahnya sangat plastik kelihatan dimata lelaki itu tak kisahlah janji dia boleh berterus terang tak payah pendam-pendam semak fikiran dibuatnya.
"Betullah orang cakap Tengku ni hot saya yang tengah bercakap dengan Tengku ni naik mendidih terasa aura panas tu rasa nak meletuskan lahar gunung berapi."
"Kau rasa kak Zuyin betul back-up puan ataupun dia sedang cemburu tengku sebok ambil tahu tentang puan Aura."Tanya Ain pada Zara yang berada disebelah.
"Mestilah kak Zuyin pertahanan
puan aku tak rasa kak Lion tu ada hati pada tengku."
"Jangan yakin sangat."
Ilya menyempatkan diri dibelakang kedua gadis itu yang sedang mencuri dengar perbualan Zuyin dan Tengku Khaizuran.
"Kak Ilya."
Nasib baik dua gadis itu tidak melatah.
"Hati manusia ni kita tak boleh nak tebak sangat mulut kata lain dalam siapa tahu."
"Kan."
Ain menyokong kata Ilya.Zara angguk juga setuju.
"Dah tu apa lagi pergilah buat kerja yang suka sangat pasang telinga.Seronok sebok hal orang lain."
"Alah kak bagilah kitorang melayan cerita kayangan ni."
Ilya geleng kepala.Jangan mimpi wahai dayang berdua ini Ilya bukan Naura.
"Korang sambung kerja atau nak overtime."
Keduanya mencebik mengalah mendengar arahan dari Ilya.Mencebik dua gadis itu dengan langkah yang terpaksa mereka menurut.
Ilya peluk tubuh memandang Zuyin dan Tengku Khaizuran lalu berlalu pergi menyiapkan kerja.
"Saya ingat telahan saya selama ini salah."
"What do you mean.?"
Soal Tengku Khaizuran tidak faham.Tidak cukup Diandra sekarang ini Zuyin pula yang sengaja membuatnya kesal.
"Tengku ada hati dengan sahabat saya tu kan"
Jawab Zuyin.Tawanya lepas bila gadis itu berkata begitu membuat Zuyin memicing mata dengan helah tengku Khaizuran.
"No.. it's not what you thinking.Saya rasa awak dah salah faham ni."
"Saya tak buta lah tengku saya boleh nampak cara tengku tatap muka Naura bukan sebagai seorang kawan,bimbangkan dia ambik tahu akan hal dia.Tak ada lelaki yang akan perlakuan seorang perempuan begitu istimewa nak lagi Naura isteri orang.Saya nampak api cemburu seorang suami sewaktu arwah Zafran masih hidup."Ujar Zuyin panjang lebar.
"Awak nujum ke?.Dari mana awak belajar meramal ni dari kitab peninggalan nujum Pak belalang?.Hebat awak kan."
Tengku Khaizuran ketawa lagi tidak sangka gadis ini suka buat lawak.Zuyin menghela nafas geram, sakit pula hatinya melihat tawa muka tidak berdosa itu.
"Tengku saya tengah serius ni jangan nak mengarut dengan pak belalang ke apa."Tempelak Zuyin bernada amaran.
"Ok since you dah cakap macam tu.I akan terus terang."
Jeda dengan bibir tergerak untuk meneruskan.
"I sebenarnya.."
Bunyi deringan telefon bimbitnya membantutkan apa yang ingin diperkatakan.
"I have to go nak kena jawab urgent call."
Dengan gerakan cepat tengku Khaizuran berdiri dari duduknya lalu berlalu pergi keluar dari butik.Zuyin kesal dia belum mendapatkan jawapan dari andainya selama ini.
Ahhh' dia pula yang sebok kenapa.
Dua kali si pemanggil menghubungi nya berkali itu juga ditolak bukan urgent hanya saja Tengku Khaizuran mengelak dari menjawab pertanyaan dari gadis itu tadi.
Tengku Khaizuran berdecit bila telefon pintar miliknya berbunyi lagi tanpa teragak-agak simbol merah digeser.
"Tak faham bahasa."
Telefon bimbit dicampak ke bangku sebelah sebelum enjin kereta dihidupkan.
"I belum tahu keadaan you,kawan you haisshh geram."
Nasib baik kepalanya tengah sakit kalau tidak kepala hantuk stereng lah jawabnya.
Ahh..Dia tidak boleh berdiam diri begini resah memikirkan Naura jauh di seberang sana
lantaklah apa orang nak cakap Tengku Khaizuran akan tulikaan telinga.Dia tidak mampu berkerja dengan tenang jika terus berlarutan begini.
* * *
"Ada urusan apa kamu disini?."
Soal Edward kurang senang pada Noah pagi-pagi lagi sudah terpacak di pintu villa mereka.
"Kakek apa khabar?."Tanya Noah berbudi bahasa.Edward pandang sinis penuh kebencian pada lelaki muda itu.
"Siapa kekek kamu?."
"Maaf kek..emmm maksud saya tuan Edward.Saya datang nak jenguk Naura.Macam mana keadaan dia?."
"Kamu punya otak gak?.Dengan apa yang ibu mu telah lakukan pada cucu ku,kamu fikir semudah itu kamu bisa bertemu dengan Naura."
Tempelak Edward dengan amarah yang masih tertahan.Dia masih mampu mengawal diri tidak mahu dianggap orang tua tidak bermoral tidak menghormati tetamu.Kalau ikutkan rasa marah sudah lama pekerja villa dipanggil mengheret Noah keluar dari kawasan samudera villa nyah dari pandangannya.
"Tuan Edward bagi pihak mommy saya minta maaf dengan apa yang telah mommy dah buat pada Naura.Mommy tak boleh terima atas apa yang dah berlaku pada arwah abang Zaf."Ujar Noah membela ibunya dia tahu semua yang terjadi melukai hati semua orang termasuklah keluarga Edward.
"Lalu bagaimana dengan cucu ku?.Suaminya sudah meninggal bahkan bayi yang ada dalam kandungan Naura juga turut gugur.Ibu mu itu orang tua atau apa, Kenapa berfikir keanak-anakan."Marah Edward dengan penuh kesal.Menghela nafas dalam dan dilepaskan sebelum menyambung semula rasa marah pada keluarga Noah.
"Maaf?..Mahu maaf setinggi gunung,aku tidak akan pernah memaafkan keluarga kalian atas apa yang sedang Naura rasakan sekarang."
"Mas.sabar..Nak Noah ini kan tamu kita."
Ayunda yang tadinya hanya menjadi pemerhati mendekati suaminya dan Noah.Suaminya memang panas baran jika dengan Naura dia boleh berkeras inikan pula dengan orang luar seperti Noah.
"Kamu aja yang melayani dia.Aku tiada punya waktu berurusan sama orang seperti ini.Kalau perlu usir saja."
Edward melangkah pergi sakit hatinya jika terus menghadap muka Noah.
Ayunda geleng kepala dengan sikap suaminya.Senyuman dilorek menghampiri Noah kasihan sungguh melihat muka anak muda itu tidak pasal-pasal jadi mangsa keadaan.
"Nak Noah jangan ambil pusing sama kakek ya.Eyang turut berduka atas pemergian kakak kamu."
"Saya faham. Saya jugak minta maaf apa yang kakek cakap tadi semua ada betulnya."
Matanya melilau mencari keberadaan Naura dan Ayunda menyedari apa yang sedang bermain di fikiran Noah.
"Dia lagi istirahat kondisi Naura sangat tidak baik."
Entah dia harus beriak seperti apa mendengar keadaan Naura lagi membuatnya betul-betul dilanda serba salah.
"Ya udah kamu istirahat dulu nak Noah pasti capek kan,."
Noah hanya mengangguk mengiakan sudah cukup baginya menarik nafas lega jika ada yang menerima kehadirannya sebagai tamu takut jika semua membencinya.
"Pak Wahid tolong iringi tamu kita ke suitenya ya."Perintah Ayunda pada Wahid yang dari tadi terpacak seperti patung hidup menyaksikan kemarahan majikannya.
"Menurut perintah nyonya..."
Ayunda hanya memerhati kepergian Noah diiringi Pak Wahid.
Share this novel