BAB 22: DENDA

Romance Series 11121

Datin Salwa mengecilkan matanya melihat Naura memulas tombol pintu milik menantunya itu.Dengan langkah yang sederhana dia menghampiri Naura.

"Aura tak tidur sebilik dengan Zafran ke?."
Tersekat niatnya masuk kedalam bilik melihat ibu mertuanya sudah tercegat di belakang.

"Err..Aura.."

"Sayang bilik kamu bukan kat sini lagi,tu ha kat hujung sana.Takkan Aura nak biar anak mom tu tidur sorang diri."

"Aura nak ambik baju jap."
Jawab Naura beralasan.

"Baju kamu,mom dah suruh pembantu kita alih pergi bilik Zaf.."

Naura tersengih dengan rasa segan, janggal rasanya tidur sekatil dengan Zafran.Sebelum ini Naura sempat tersinggung dengan Zafran yang tidak ingin tidur sebantal dengan nya.Sekarang mummy kepada suaminya itu nak mereka tidur sebilik.Tidur sebilik?..Otak kuning Naura dah terlebih aktif berkerja fikir yang bukan- bukan.

"Mom masuk tidur dulu.Jangan biar suami tunggu lama.,Tahu kan macam mana anak mummy tu kalau dah merajuk."
Naura angguk faham lalu pamer senyuman manis pada datin Salwa dan hanya memerhati langkah wanita anggun itu menghilang menuju bilik.Dengan langkah yang berat Naura paksakan jua kakinya menuju bilik milik Zafran.

Naura masuk kedalam bilik Zafran tanpa mengetuk pintu.Nafas lega terluah melihat Zafran tidak berada dalam bilik.
Namun baru sahaja niatnya menuju katil king size milik Zafran.Dia tersentak mendengar pintu bilik air dibuka.Zafran keluar dengan wajah segar selesai mandi,Naura menelan liur dengan mata terkebil-kebil melihat Zafran berjalan kearah nya dengan hanya berkait tuala putih pada pinggang.
Lantas pandangannya dialih lalu berpusing badan membelakangi Zafran.

"Abang rindu sayang.."
Zafran memeluk Naura dari belakang dagunya diletak pada bahu Naura, pipi isterinya dikecup singkat.Membuat isteri nya menggigit bibir lalu tersenyum.

"Sepatutnya Aura yang merajuk dengan abang,kenapa abang yang over nak marah Aura tadi."

"And one more thing,kenapa abang berpakat dengan Zuyin nak rahsiakan dari Aura empat ratus ribu ringgit tu.?"
Naura memutar tubuhnya kembali menghadap kearah suaminya dengan wajah mencuka.Zafran tersengih nampaknya Naura dah tahu soal duit kos pembaikan butik itu.

"Sorry abang tak bermaksud macam tu,abang tahu Aura ada duit sendiri.Tapi sayang kan isteri abang,tugas seorang suami menafkahi zahir dan batin.Abang tak suka bila sayang rapat dengan lelaki lain.Dan abang tak boleh biar isteri cantik abang ni merajuk lama-lama."
Hidung Naura dicuit geram hingga berberkas merah.

"Betul abang dah tak ada apa-apa hubungan dengan bekas PA abang tu?."
Kepala di angguk meyakinkan si isteri, jemarinya giat bermain dengan anak rambut Naura.

"Abang tak pernah sentuh perempuan tu?."
Lagi sekali Naura bertanya.

"Abang hanya milik sayang sorang!.Nak abang buktikan sekarang ke?."
Mata dikeyit mengoda isterinya membuat Naura putar bola mata malas.

"Abang pergilah pakai baju,rambut tu bagi kering!.Aura pergi bilik air jap.."

"Meleleh ke sayang?."

"Meleleh?."

"Cair tengok ni."
Jari telunjuknya dihala ke dadanya dimana mengalir air yang meleleh jatuh dari rambutnya yang masih basah.

"Perasaan,tak kuasa nak layan.."
Zafran hanya terkekeh ketawa melihat wajah kesal Naura.

Niatnya menuju bilik air diurungkan sebentar.Dia berjalan kearah walk in closet memeriksa bajunya yang dipindah alih.Ternyata memang betul kesemua bajunya telah dipindah alih termasuk koleksi beg dan kasutnya.

"Barang sayang lagi banyak dari barang-barang abang.."

"Bilik ni besar untuk abang sorang je,kalau abang rasa semak tengok barang isteri sendiri.Aura boleh angkut balik masuk bilik Aura."
Jawabnya kesal memotong bicara suaminya nya tanpa menoleh kearah Zafran yang sedang memakai baju.

"Abang tak cakap macam tu,sayang yang memandai buat kesimpulan sendiri.Kenapa abang rasa mood Aura ni kan macam sesuatu je.."

"Pagi esok kita singgah rumah Zuyin,Aura nak ambik barang."
Malas melayan, Naura keluar dalam bilik persalinan diikuti Zafran yang sudah siap memakai baju.

"Boleh tapi ada syaratnya.."
Laju pergelangan tangan isterinya dipegang senyum dilorek begitu lebarter penuh makna memandang wajah Naura.

"Hey' apa pulak ni nak bersyarat bagai.."

"Sayang tak nak pergi honeymoon sekarang kan.Apa kata kita buat baby sekarang.."
Naura terkedu mendengar permintaan dari Zafran.Detik kemudian tersenyum kearah suaminya itu.

"Tak boleh! Aura tengah bendera Jepun tu pun datang tadi petang."

"Oh my god sayang..Habis tu.."
Zafran meraup wajahnya lalu bercekak pinggang dengan berwajah masam.Membuat Naura tersengih penuh kemenangan.

"Abang kena sabar lagi lah jawabnya untuk dapatkan hak abang yang satu tu.."

"Peluk sampai pagi boleh kan.."
Zafran tayang muka minta simpati dengan mengerdipkan mata.

"Tak boleh!denda sebab abang selalu marah pada Aura."
Zafran menghepsa tubuhnya kesofa dengan penuh kecewa.Sudah lama dia bersabar dan sekarang dia perlu bersabar lagi. Zafran mendengus kecil melihat langkah Naura yang menghilang di balik pintu bilik air.

* * *

"Not bad sepupu You tu,Cantik dan manis tak heran you jatuh suka kat dia"
Puji Amalin pada Naura dihadapan Noah.Teringat bagaimana mesra nya Naura melayan dirinya dengan baik sekali ketika berselisih ketika diruang tamu sebentar tadi.

"Dia memang baik,I je yang jahat buat dia macam orang jahat..Bila kenang balik kerja gila yang I buat, rasa macam nak hantuk kepala dengan batu besar jadinya."
Amalin hanya gelak kecil mendengar penyesalan lelaki disebelahnya ini.

"Bila You nak bagi tahu family You soal kerja yang You buat sekarang ni?."

"I rasa baik dorang tak payah tahu,Cukup mak Su je yang tahu.."
Noah sudah membuat keputusan yang dia tetap dengan pendiriannya untuk menjadi guru secara kekal.Dia tahu lambat laun pekerjaan nya itu tetap akan sampai pada pengetahuan keluarganya.Melihat tok ayah nya sekarang sangat suka memasang mata-mata, mujur Noah tahu macam mana nak cover buat sementara waktu.

"I dah tolong You menyamar jadi kekasih plastik you.so sekarang giliran you tunaikan janji!."
Tagih gadis itu pada Noah yang sedang memandu kereta untuk menghantar nya pulang.
Nampaknya peluang untuk menjadi teman wanita lelaki kacak bernama Noah Izham adalah sangat cerah.

"Ok nak date kat mana?."
Amalin dipandang sekilas lalu fokus pada panduannya.Keputusan sudah dibuat mungkin sudah tiba masanya Noah bertegas dengan hati sendiri agar benar-benar melupakan Naura.

"Jadi You setuju lah nak ada hubungan serius dengan I ni?."
Amalin bertanya dalam riak wajah gembira.Tidak percaya Noah akan memberi peluang padanya.Senyuman lebar diukir dengan luas sekali.

"Nak I ubah fikiran ke?."

"Ubah fikiran takpe kut,tapi jangan You berubah hati sudah."

"Hati I sangat mahal hanya untuk orang yang special."
Datar sahaja suaranya tanpa menoleh ke arah Amalin yang memandang lekat wajah nya.

"Betul kata Hanim!.you ni,Macam patung arca yang tak ada perasaan.."

"What?..budak kecik tu kata I macam patung tak ada perasaan."
Amalin tersengih kearah Noah lalu angguk kepala mengiakan.

"Yes.. Betullah tu.Bila I penat balik flight dia akan cerita cara you mengajar kat kelas Hanim.You ni garang,kuat marah-marah macam orang tua.Kadang Hanim kata You tak sesuai jadi cikgu,dia punya ocehan tu dah sebijik budak tadika tau."
Amalin ketawa lepas bila mengingat sosok adik manjanya,mengutuk lelaki disebelahnya ini.

"Adik You tu depan I angguk-angguk faham bila I tegur.Tak sangka belakang I dia mengata."

"Hanim tu tak matang perangai budak-budak.You janganlah terasa hati sangat.."

"I tak ambik hati,cara I didik anak murid I memang tegas agar mereka berdisiplin tu bukan saja- saja nak kenakan mereka."
Noah merengus perlahan,Difikirnya sejak menjadi guru pelajar-pelajar menyukainya.Tapi jauh sekali dari niatnya, mungkin bukan sahaja adik kepada Amalin yang tidak menyukai caranya, tapi ramai lagi pelajar tempatnya mengajar di sekolah sekarang ini.

"I tahu You nak berubah jadi lebih baik lagi.Tapi jangan sampai You hilang diri you yang sebenar.I tahu you sebenarnya cukup baik meskipun baru je kenal You."
Amalin memujuk Noah agar tidak berjauh hati mahupun berputus asa dengan apa yang telah dirancangkan untuk dikecapi.
Kereta Noah berhenti dibahu jalan.Nafas kasar terluah pada bibir nya.Amalin dipandang sekilas,bila anak mata keduanya bertemu Noah terlebih dahulu mengalih pandangan.

Keduanya diam tanpa sepatah kata yang terluah.
Sekali lagi Amalin melirik kearah Noah yang membuang pandangan keluar jendela.

"I takkan paksa You!. Kalau you tak boleh nak buka hati You untuk I.Tapi I harap bila You ada masalah jangan pendam but cari I sebagai orang pertama mendengar kesedihan dalam hati You."
Noah hanya diam mendengar bicara yang terluah dari Amalin.Kata- kata gadis itu sebentar tadi cuba dicerna dengan baik.

"I tak tipu bila I kata I jatuh hati pada You.You tak rasa ke pertemuan antara kita kat airport membawa ke arah takdir pertemuan kedua kita. Kat sekolah adik I adalah takdir untuk kita bertemu lagi."
Tak kisahlah apa tanggapan Noah padanya dahulu ketika dia menyatakan cintanya pada Noah Izham.Nik Amalin bukan seorang gadis pemendam perasaan.

"Takdir tu cuma mainan buat perasaan yang suka perasaan macam I ni."
Noah gelak kecil.Manakal Amalin mencebik mendengar kata dari Noah.Kadang Amalin confuse pada lelaki disebelahnya ini.Satu sisi Noah menjadi lelaki yang matang berwajah datar, kadang Noah juga menjadi lelaki yang bersikap lucu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience