BAB 4: DI MANAKAN KU CARI GANTI!

Romance Series 11121

Naura melepaskan segala kemarahannya pada patung dummy.Dipukulnya patung itu seolah-olah mempunyai perasaan seperti manusia, sakit hatinya bertembung dengan Zafran bersama Qaisara berdua-duaan berjalan di shopping mall menuju sebuah kedai cincin.Adakah itu petanda cintanya akan berakhir bagaimana usahanya selama ini hanya akan sia-sia.
Ingatkan setelah hampir sebulan tidak bertemu,lelaki itu akan ada rasa rindu padanya meleset dari apa yang diharapkan.

Dua pekerja butik saling berpandangan Ain mengangkat alis bertanya pada Zara.
Zara menggeleng kepala perlahan tidak tahu apa yang membuat bos mereka itu marah dengan rasa yang membuak-buak mujurlah tiada pelanggan yang datang ke butik ketika ini,mahunya pelanggan lari melihat keadaan owner naik hantu.Zuyin yang baru tiba melopong melihat keadaan butik.

"Arghhh aku benci kau,aku benci.."
Naura sudah tidak terkata menahan sebaknya,akhirnya gadis itu terduduk lemah pada sofa sempat kakinya menendang patung dummy hingga rebah ke lantai.

"Oh my good what's going on here?."
Zuyin menoleh ke arah Zara dan Ain dua gadis itu mengangkat bahu serentak.Zuyin menggeleng kepala seperti sudah tahu apa yang membuat sahabat nya jadi begitu.

"What's happened Aura kau nampak tertekan sangat ni Zafran lagi ke.?"
Zuyin menghempas beg silangnya dengan kasar pada meja.Tidak puas hati dengan Naura yang tak reti nak move on a.k.a tak reti bahasa, ditolak banyak kali tetap juga tidak ingin mengalah.

"Aku dah cakap kan! bukan sekali tapi banyak kali. Tapi tu lah muka tembok China tak malu kau ni suka terhegeh-hegeh and you see kau sendiri yang tak puas hati meroyan tak tentu fasal."
Tempelek Zuyin tidak suka dengan apa yang Zafran lakukan pada Naura walau kenyataan Naura Rosse yang mengejar pada cinta yang tidak sudi terhadap dirinya.

"Lupakan aje si Zafran tak guna tu.Banyak lagi lelaki yang nak kat kau,buka hati kau tu untuk orang lain."

"Kau pun nak marah aku ke?.Kalau aku boleh buat macam tu dah lama aku buat.Aku pun benci dengan diri aku sendiri, kau ingat aku suka jadi macam ni ha.. kau tak tahu! makin aku cuba makin dalam rasa suka aku kat dia dan macam tu lah aku nampak macam perempuan tak ada maruah."
Naura meraup wajahnya menggeleng kepala teresak-esak.Melihat itu Zuyin makin geram Ikutkan hati mahu saja dia upah orang kerjakan Zafran senyap-senyap tanpa pengetahuan Naura.

"Haa' sedar pun diri tu nampak macam tak ada maruah eh! tak faham lah aku dengan kau ni."

"Dia tu sepupu aku macam mana aku nak jauh dari dia terang-terang aku mengelak!..finally bertembung jugak kan, lainlah salah sorang dari kami mati senang lah ceritanya."
Tapi hakikatnya Naura tahu melupakan cinta pertama itu bukan mudah macam mana dia nak hidup kalau Zafran mati Naura lagi geleng kepala.Biarlah orang cakap dia Perempuan tak ada harga diri terkejar-kejar lelaki.

"kalau dia mati ok tapi kau jangan."
Selamba Zuyin menjawab.

"Jangan lah sumpah dia! sepupu aku tu.Jahat lah kau ni Yin."
Naura menyeka airmata nya.Bercantum kening Zuyin dengan rasa bengangnya,tadi kata biar salah seorang yang mati.

"Sepupu aje, bukanya laki kau pun biar lah dia mati aman sikit dunia kau yang kelang kabut ni. Lagi cepat dia mati lagi bagus cepat kau lupakan dia."
Naura mengecilkan matanya memandang Zuyin.

"Apa? betullah apa aku cakap tadi tu!"
Tanpa rasa bersalah Zuyin menegaskan ayat menyumpah Zafran.Gadis itu membongkok menegakkan tiga patung dummy yang terjelepok pada lantai.Apa lah dosanya patung ni jadi mangsa keadaan Naura.

"Tapi aku cintakan dia lebih dari diri aku sendiri.Aku tak sukalah kau cakap macam tu!menyumpah orang mati berdosa kau tahu tak."
Zuyin duduk disamping Naura lalu memegang kejap bahu gadis itu.

"cinta...cinta lagi dan lagi cinta tapi yang dia tu ada ke rasa cinta yang menggunung macam kau ni?.Yang ada cuma rasa benci, nak tengok muka kau pun dia menyampah!,.Kau ni memang tak reti malu ke apa ni? kan bagus si Zafran tu tak balik terus dari US yang dia menyemak balik kat sini nak buat kau sesak macam ni ke sengaja ke dia tu."
Zuyin tidaklah mengenali lelaki bernama Zafran itu.Melainkan Naura yang bercerita padanya ketika mereka berada di universiti.Naura mengisi hari-harinya bersama Zuyin ketika Zafran menyambung pelajaran di luar negara.

"Kau pernah dengar tak orang cakap!. Perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik!.Tapi dalam kes kau ni lelaki tak guna macam Zafran tu memang sesuai untuk perempuan tu!."

"Apa kau cakap?.ulang sekali lagi siapa sesuai dengan siapa?."
Naura sudah menyinga dengan dada turun naik.Zuyin sudah cuak lalu sunging bibir, habislah mak singa dah terlepas dari kandang.

"Aku cakap apa? mana ada aku cakap apa-apa."

"Aku tak pekak lagi! kau jangan nak memandai doakan kucing kurap tu dengan Zaf,aku cekek kau baru tahu!"

"Aku gurau je sengaja uji keimanan kau.!"
Naura berdecit dengan kata-kata Zuyin, air mata masih ingin bermanja dengannya tidak ingin berhenti.

"Kadang aku rasa lebih baik aku ikut arwah mama dan papa hadapa ilahi.Kalau aku mati hidup Zafran pun tenang tanpa aku."
Zuyin melepaskan keluhannya,wajah Naura dipandang lekat.Dia tak suka menangis tapi bila dengan Naura airmatanya tidak akan segan-segan mengalir.

"Naura jangan lah cakap macam tu!.Aku ada ni aku akan sentiasa ada untuk kau!. Tak kira lah kalau satu dunia nak benci kau ke apa, aku akan selalu ada.Zafran tu aje yang tak tahu menghargai kau."
Naura masih tidak mahu berhenti menangis malah tangisan-nya makin menjadi-jadi.

"Zafran adalah cinta pertama aku.Perempuan tu hanya penghalang yang akan aku singkirkan dalam hidup dia..Biar aku yang yang menanggung sakit tapi jangan dia,...Aku tak sanggup."

Naura membenamkan mukanya ke bahu Zuyin.Dibiarkan sahaja Naura bertenang,lama menangis akhirnya tangisan nya mulai surut.
"Dah lah tu nagis!. Buruklah muka kau dah macam rupa sajat."
Naura kerut kening menegakkan badan,Sajat? rupa dia yang bujur telur dah tukar bulat ke?.

"Nampak rupa aku ni macam rupa susu sajat ke?bulat ke rupa aku macam tin sebab tu ke Zafran tak pandang aku?."
Soalnya dengan mata terkebil-kebil.Membuat Zuyin ketap bibir menahan tawanya dari meletus.

"Bukan susu sajat..sajat tu orang lah!."

"Siapa sajat? boyfriend kau ke?."
Soalnya ragu sejak bila pulak minah ni ada kekasih.Hampir sahaja Zuyin tersedak air liur di kata begitu.

"Sajat tu sejenis kunyit hidup perangai lebih kurang macam kau aje! jenis manusia tak sedar diri dan makan saman.Apa kata kau try pikat dia mana tahu dia nak jadi normal balik"
Selalu juga dia mendengar pekerja nya menyebut orang bernama sajat bila melihat skrin telefon sambil tergelak.

"Aku tetap pilih Zafran kau ambik ajelah!.Tapi dia cacat apa tadi kau kata dia tak normal."
Zuyin menahan tawanya dari meletus namun dia turut geram.Naura ni selain butik dan Zafran apa lagi yang ada dalam kepala otak dia.Menyesal pula dia petik nama kurita jadia-jadian itu.

"Aku tanya ni sajat tu cacat ke dia cacat apa mana tahu aku boleh bantu!."

"Tak payahlah baik kau tolong diri kau sendiri dulu!"

Kadang dia sendiri confuse siapa yang buta cinta sebenarnya ni,Zafran Izzmir atau Naura Rosse.Naura yang mengejar cintanya sampai mengetepikan maruah sendiri.Bodoh lah agaknya si Zafran tu tapi perasaan memang tak boleh dipaksa.

Kedua-duanya diam hanya kedengaran bunyi mesin jahittan Ain dan Zara yang sedang melakukan kerja mereka.

"Semalam Ain cakap stok Swarovski dah nak habis.."
Naura berjeda sebentar.
"Nanti kau Chek lah apa bahan-bahan yang kurang!.Kau buat tempahan cepat aku tak nak ada masalah dengan costomer complen tempahan lambat siap bagai.Besok aku tak masuk butik!.Nanti kau cakap dengan puan Malya kita takkan terima tempahan dari dia lagi!."

Zuyin toleh kepala memandang Naura dengan kerutan halus pada dahinya.

"Tapi kenapa? puan Malya kan costomer tetap kita! nanti apa kata dia."

"Kita tak mati kebulur lah kalau dia tak jadi pelanggan kita.!"
Naura merengus perlahan,makin hari ada sahaja benda buatnya terbeban.

"Puan Malya betul-betul nak kau jadi isteri nombor dua suami dia ke?."

Bukan menjawab Naura malah berdiri bersiap ingin pergi.

"Kau nak pergi mana?"

"Jumpa uncle Man kejap,"
Naura sudah menghilang di balik pintu keluar.

* * *

"Mestilah aku serius,nampak muka aku ni macam bergurau ke."
Zafran peluk tubuh,Naim dan Iskandar tergelak kecil dengan apa yang dikatakan oleh sahabat mereka itu.Kacak tapi kadang otak pun pandai meleset menyimpang dari akal kewarasan.

"Gila lah kau ni, buatnya tok ayah kau tahu kau nak kahwin lari dengan sara,Puting beliung tornedo kami ni ha boleh kena tempias."

Iskandar tayang muka kononnya cuak dengan tindakan lelaki itu,membuat Zafran mencebik mendengar.Tadi di mall Zafran melihat kelibat Naura,dengan sengaja dia menarik tangan Qaisara masuk ke dalam kedai cincin itu lebih baik baginya.

"Kau dah fikir masak-masak aku takut kau menyesal tersalah pilih hanya sebab nak sakitkan hati Naura.Jangan sampai nanti makan diri sendiri bro!."
Zafran membelingas tidak suka bila nama Naura dipetik.Asal bila dia bercakap dengan semua orang nama gadis itu selalu dibawa ke tengah-tengah.

"Tersalah pilih?"
Tanya Zafran ingin kepastian dua mangkuk itu dipandang silih berganti.Ingin rasanya menghempuk dua kepala makhluk tuhan dua ekor dihadapan nya ini.

"Takkan rasa cinta untuk Naura dah tak ada?kau tak nampak ke usaha dia untuk dapatkan cinta kau.Kau tak pernah pun dengar penjelasan dari dia lepas tu kau hukum dia macam tu aje."

Iskandar tampak tenang sahaja tidak peduli dengan pandangan Zafran padanya.

"Aku tak cintakan dia!.Dan aku tak pernah pun cakap kat dia yang aku suka kat dia,kenapa aku nak rasa bersalah pulak."

"Itu yang kau tak cakap kat dia,tapi yang kau cakap kat kami sebelum kita pergi California yang kau frust habis sampai mabuk seminggu tak balik rumah tu apa kes.?"

Sinis sahaja suara Naim menyindir Zafran.Nak cakap dengan orang keras kepala tak boleh berlapik kena cakap terus bagi basuh pencernaan otak yang keruh.

"Kan aku dah cakap jangan ungkit benda lepas depan aku.!.Dulu lain tak sama dengan sekarang.. Sekarang aku dah ada Qaisara kan.!"
Kali ini Zafran membidas dengan agak geram.

"Qaisara?aku boleh nampak lah mata kau pandang Naura tak sama dengan Qaisara.Sara tu hanya satu kepalsuan yang kau ciptakan, dan Naura aku tahu macam mana kau sakitkan dia macam tu lah hati kau rasa sakit, tapi kau ego dan tak boleh terima kenyataan."

Iskandar tersenyum miring sebelum menarik straw dibawah kebibir menikmati jus kiwi nya.

"Kau jangan nak merepek lah Is!.Korang berpihak pada siapa sebenarnya ni,asal semua orang nak back up dia."

"Lebih baik kau buang ego kau tu jauh-jauh nanti banyak hati yang akan kau sakitkan.Qaisara tu kau hanya kenal dia setahun tapi Aura korang membesar bersama."

"Betul tu Zaf! dimana kan ku cari ganti.. serupa dengan mu tak sang...."

"Dah-dah kau tak payah nak melalak kat sini.!"

Naim terkekeh mendengar protes dari Zafran

"Potong lah dia ni aku baru nak start vokal,ke..sebenarnya kau tak sanggup dengar maksud tersirat dari lagu tu."
Naim angkat kening menyakat Zafran.Membuat lelaki itu makin geram.

"Dah lah dari aku layan kepala separuh tiang korang ni baik aku balik rumah."

Zafran berdiri membutang koat biru yang menutup kemeja putih pada badannya.Seebelum melangkah sempat Iskandar menyindir lelaki itu.

"Ke dah rindu dengan Naura?."
Zafran mengecilkan mata besar kecil aje dua manusia itu dihadapan nya.Nasib dah kenyang makan perut dah tak boleh nak isi.
Naim dan Iskandar hanya ketawa kecil dengan wajah udang galah Zafran.

Zafran terus melangkah pergi keluar dari restoran.Kerana matanya tertutup pada skrin telefon Zafran tanpa segaja terlanggar bahu seorang lelaki.

"Ops..sorry bro.!"
Lelaki itu menoleh ke arah Zafran dengan kening terangkat lalu bibirnya mengukir senyuman sinis sebelum melangkah pergi.

Entah mengapa Zafran seperti mengenali lelaki itu,dia sendiri kurang pasti.Dan senyuman lelaki itu seperti mengisyaratkan maksud yang tersirat.
Zafran tidak mahu ambil pusing dengan benda remeh-temeh yang dia sendiri tidak yakin dan pasti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience