BAB 24: MY HUBBY

Romance Series 11121

Naura memasuki butik miliknya.Dilihatnya Zuyin dan dua pekerja butik sudah sibuk melakukan tugas-tugas mereka seperti sedia kala.

Naura berdiri sambil menyilang tangannya.Setiap inci ruangan butik diteliti dengan baik.Nafas lega terluah bila hati terasa puas melihat dekorasi terbaru butik miliknya.

"Macam mana boss besar?.Puas hati tak?."
Tanya Zuyin pada Naura.Yang turut berdiri disampingnya memerhati seperti Naura.

"Bolehlah."
Jawab Naura singkat.

"Bolehlah?..Tapi overall Kau pusa hati kan?"

"Ermmm..Aku bagi markah lapan dari sepuluh."
Naura berjalan menuju keruang kerjanya meninggalkan Zuyin yang nampak tidak berpuas hati dengan jawapan darinya.Sejujurnya Naura juga berpus hati dengan hasil pembaik pulihhan yang dilakukan pada butik arwah mama nya.Namun sengaja melihat wajah sebal dari Zuyin.

Zuyin membontoti langkah Naura.Sempat sahabat nya yang berstatus isteri kepada lelaki bernama Zafran Izzmir itu di perhati dari atas ke bawah.Zuyin duduk di sofa dalam ruang kerja Naura matanya tidak berkedip melihat aksi Naura yang membelek lembaran fail dan lalu mata fokus pada skrin iPad.

"Aku perasan satu benda dari kau sejak kau dah kahwin ni."

"Apa?."
Tanya Naura tanpa memandang kearah Zuyin.

"Kau dah tak pakai baju sexy pakaian kau nampak simple je."

"Lah kau baru perasan ke?.Habis tu nak Aku pakai bling-bling buat orang silau mata.."
Zuyin jeling Naura lalu berdiri menuju ke arah Naura.Menyedari Zuyin sedang berpeluk lengan memandang kearahnya kepala didongak mengisyaratkan apa.

"Bila kau nak mengandung?Dah berapa kali kau buat experiment dengan Zafran ha?."
Jatuh rahang dibuatnya dengan soalan tiba-tiba dari Zuyin.Zuyin buat muka selamba tidak sabar menunggu jawapan dari Naura.

"Ha'.. soalan apa kau tanya Aku ni.Ni Aku tanya Kau balik bila nak kahwin?"

"Aku tanya benda serius dengan Kau ni.Kau kena cepat bertindak nanti perempuan ular tu buat hal lagi."

"Lantak dia lah nak buat apa pun janji Zafran cintakan Aku."
Jawab Naura dengan yakin diri.Malas memikirkan perempuan bernama Qaisara itu.Naura hanya berserah sahaja.

"Hermm,nanti kau jangan nagis-nagis nak berjuraian air mata bila perempuan tu datang gangguan rumah tangga Kau.Cinta tak akan bertahan lama jika godaan nafsu bermaharajalela.Aku tak lah cakap Zafran tu..."

"Aku tahu apa maksud Kau Yin.Terima Kasih atas nasihat bernas Kau tu.."

Naura mengambil satu fail dari rak almari dalam bilik kerjanya lalu kembali keluar menuju bilik stor penyimpanan barang-barang butik.Kata dari sahabat nya itu memang mengguris hati dan pemikirannya namun segera ditepis.Dia juga tidak tahu mahu menjawab apa pada pernyataan dari Zuyin.Betul penguat hubungan suami isteri itu bukan sahaja atas dasar cinta dan kepercayaan.Juga bibit yang disemai aitu anak-anak yang menjadi penyeri kepada bahtera rumah tangga.
Zuyin hanya gelengan kepala melihat tingkah lakunya Naura.

Naura membuka fail berwarna putih yang dibawanya.Mata fokus melihat pada lembaran demi lembaran kertas yang diselak.Senarai patung mannequin diteliti lalu memeriksa stok patung dihantar tadi pagi.Patung-patung khas yang diimport dari luar negara.Tangan lembutnya menyentuh gulungan kain-kain yang pelbagai citra.

Naura toleh kepala sebentar mendengar ketukan pintu yang tidak bertutup.Ain berdiri di muka pintu tersengih-sengih memandang kearahnya.

"Ada apa Ain?."

"Maaf cik Aura.Ada orang cari Cik kat luar katanya Kawan."

"Siapa.?."
Ain angkat bahu tapi tetap tersenyum,membuat Naura mengeluh melihat Ain seakan berteka-teki dengan nya.

"Yelah.."
Mendengar kata dari Naura,Ain terlebih dahulu pergi.Naura menutup fail dan berjalan keluar dari bilik stor.

"Khai.."
Panggil Naura spontan melihat sosok tubuh lelaki yang tengah berbual dengan Zuyin.Mereka berdua menoleh kearah Naura.

"Hai..how are you?."
Tengku Khaizuran tersenyum memandang ke arah Naura.Zuyin pandang Tengku Khaizuran sebelum memandang kearah Naura dengan menyepet mata.Hemm..sesuatu sangat Tengku ni pandang Naura.

"As you can see."
Naura balas senyuman ala kadar tidak selesa dengan pandangan Zuyin padanya.

"Kenapa You datang?."

"I singgah kejap nak tengok butik You..and btw kenapa You sekat nombor I lagi sekali."

"I tak sekat nombor.Ermm...You already know each other,right?."
Naura serbah salah pasti Zafran yang telah menyekat nombor Tengku Khaizuran.Naura tunjuk pada kedua mereka dengan senyuman tersirat sengaja mengubah topik perbualan.Sepertinya mereka secocok jika menjadi pasangan kekasih.Zuyin yang melihat senyuman Naura tahu apa yang sedang difikirkan Naura tentangnya dengan lelaki tinggi lampai disibelahnya ini.

"Dah,ok Aku tinggalkan korang dulu.Tengku saya minta diri nak buat kerja sikit."
Baru ura-ura Zuyin melangkah,terlihat pintu kaca butik ditolak dari luar.Mereka bertiga memandang kearah Zafran yang berwajah datar menghampiri.Naura telan liur gugupnya.

"Sayang.."
Panggil Zafran pada Naura pinggang Naura dirangkul erat dan mengecup puncak kepala isterinya singkat.

"Tuan Zafran apa khabar?."
Tangan di hulur.Zafran menyambut jabat tangan dari Tengku Khaizuran dengan baik.

"Sihat alhamdulillah..Tengku buat apa kat sini?.Tengku nak tempah baju kat butik isteri saya ke?."
Soalnya dengan wajah tenang,emosi cuba dikawal dengan sebaik mungkin.

"Tak saya cuma nak melawat butik isteri Tuan Zafran."

"Melawat butik je kan,bukan nak melawat isteri saya auchh..."
Zafran mengaduh sakit mengusap perutnya yang dia cubit Naura sebentar tadi.

"Apa abiy merepek ni?."
Bisik Naura pada Zafran kesal dengan ucapan suaminya yang tidak berlapik.Zafran menunduk sedikit juga turut berbisik pada isterinya.

"Kenapa sayang cubit perut abiy?..Tengah lapar ni tau tak"

"Sebab abiy mengada-ngada.Cemburu tak bertempat."
Jawabnya pada Zafran mereka saling beradu pandangan.

"Ehemm...hormatlah sikit orang single kat sini.Nak sweet-sweet pun tengok keadaan lah yer."
Tegur Zuyin pada mereka berdua yang nampak bersemut tabur gula tak kira tempat.

"Ok saya nak pinjam isteri saya kejap nak bawa pergi lunch..You guys nak join kitorang?."
Tawar Zafran pada mereka berdua lalu memandang wajah Naura.

"Takpe..I ada urusan penting nak kena buat.I.minta diri dahulu."

"Cepatnya Tengku nak balik?.Jom lah ikut kami sekali!."
Lagi Zafran memandang isterinya dengan dengan kening terjungkit.Apa hal pulak dah Naura nak ajak Tengku ni sekali.

"Yin kau ikut sekali tak ada penolakan.."
Naura lempar senyum kepada mereka bertiga.
Akhirnya Zuyin dan Tengku Khaizuran mengiakan. Zafran hanya pasrah, isterinya itu tidak faham yang Zafran hanya ingin mereka berdua sahaja.

* * *

Zafran membelek buku menu dengan malas.Dah hilang selera makannya melihat Tengku Khaizuran yang duduk dihadapannya.Naura menyedari perubahan mood suaminya jadi serba salah.

"Abiy dah pilih menu?.."
Tanya Naura pada Zafran,buku menu yang berada pada tangan suaminya diambil lalu dibuka.

"Biar sayang yang buat pesanan..Cornfed chicken hemmm..king prawn ni sedap juga."
Ujarnya lalu menyelak lembaran seterusnya.Tengku Khaizuran jadi iri melihat betapa Naura begitu mengambil berat pada Zafran.Setiap hari dia mencuba untuk melupakan rasa sukanya pada Naura, namun itu malah membuatnya rindu makin kuat jika tidak bertemu dengan Naura.

Selesai kesemua mereka membuat pesanan.Dan beberapa minit menunggu pesanan yang telah pun siap dihidang.Mereka berempat menikmati makan tengahari dengan bual- bualan kosong.

"Tengku dah selesai makan?."
Soal Zuyin melihat menu yang dipesan oleh lelaki itu hanya diusik separuh sahaja.Hem..orang kaya memang makanan macam ni.Aku je yang orang miskin yang sesat kat sini getus hatinya melihat mereka bertiga.

"Saya dah kenyang dah tak boleh nak isi dah.."
Selorohnya dan terdengar renyai tawa dari bibirnya menjawab pertanyaan dari Zuyin.

"Tengku dah kenyang tengok Kau."
Lalu Naura tersengih ke arah Zuyin membuat sahabat nya itu mencebik.Zafran yang mengunyah makanan kerling sekilas Isterinya yang ada disebelah.

"Asal mata udang ni pelik."
Naura berkedip mata melihat Zafran menarik mata udang dengan garfu.Satu persatu mata udang itu tercabut.Zuyin tersenyum geli hati,Dia tahu apa yang Zafran maksud kan kerana dia juga tahu apa yang dilihat oleh suami sahabat nya itu sama seperti nya,Naura je yang tak tahu atau buat-buat tak tahu.

"Suami Kau ni banyak songeh lah dengan udang pun nak geram.."
Naura menarik hujung straw untuk dibawanya kebibir.Belum pun sempat Zafran sudah menarik gelas nya untuk ditukar dengan minumannya.

"Tembikai tak sedap sayang minum je jus oren ni."
Katanya pada Naura, Isterinya itu layan kan sahaja perangai suaminya.Tengku Khaizuran memandang kearah minimum nya yang juga berperisa tembikai lalu tersengih seraya geleng kepala.

"Asal Abiy diam je dari tadi?."
Zafran hanya memandang kosong pertanyaan dari Naura.Matanya teralih pada jalan raya.

"Hubby..babby... Abiy my hubby.."
Tetap sahaja Zafran diam tidak membuka suaranya walau Isterinya bersuara dengan penuh mengoda.

"Abiy sayang tanya ni.."
Naura mengoncang lengan suaminya perlahan.Zafran mendengus kecil pandangannya teralih sebentar pada Naura lalu kembali kedepan.

"Abiy tak ada mood, takkan sayang tak sedar yang suami sayang ni terasa hati.."

"Because of what?."

"Yang sayang berkeras nak ajak kawan sayang dan Tengku tu lunch dengan kita kenapa?."

"Tapi bukankah Abiy yang first ajak dorang lunch with us.."

"Itu hanya sekadar ajak-ajak ayam je bukanya betul dan mereka faham nak bagi ruang pada kita tapi apa yang sayang buat?."

"Zuyin it's ok Abiy tak permasalah kan,tapi dengan Tengku jangan.!"
Naura tersengih mendengar omelan suaminya itu.Lantas kepalanya dilentok pada bahu suaminya.

"Sorry..,sayang cuma nak bagi Yin dan Tengku rapat!!.Takkan Abiy cemburu kut?.

"Of course..huh' suami mana yang tak cemburu bila isteri dia yang digosipkan ada skandal dengan lelaki lain lunch bersama.Dahlah mata Tengku tu asyik pandang Aura ikutkan hati abang ni,nak korek mata dia dengan garfu.."
Naura mengigat hujung bibirnya lalu menguatkan pelukan pada lengan suaminya.

"Duduk elok-elok Abiy tengah memandu ni."
Bibir bawahnya muncung mendengar protes dari suaminya.Nampaknya encik suami dah betul-betul merajuk.

Kembali Naura membetulkan duduknya.Beg tangan dibuka mencari bedak kompak yang selalu dibawa.

"Tak usahlah nak pakai bedak dan lipstick tu tebal sangat nanti mamat mana entah datang nak kacau sayang."
Zafran menegur Naura dengan aura dinginnya.Naura yang mendengar ketidak sukaan suaminya apabila dia terlebih berdandan lalu mencebik.

"Habis abiy nak bini abiy ni macam hantu kak limah serabai memanjang."
Naura balik menjawab sedikit kesal. Wajahnya ditilik pada pantulan cermin sudah berpuas hati barulah bedak kompak itu dimasukkan kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience