Selesai menunaikan solat subuh Naura mengatur langkah menuju bilik Zafran,telekung masih belum ditanggalkan.Hampa bila Zafran masih belum pulang semalam berada diluar.
Pakaian kotor Zafran diletak pada bakul.Naura tergelak kecil memerhati dekorasi bilik bertemakan warna hitam putih milik Zafran.
"Dominasi hitam putih dah macam tahi cicak."
Dengan langkah yang malas Naura menuju balkoni yang tidak jauh dari bilik itu.
Mata dipejam rapat menyedut udara segar.Sangat nyaman sensasi luar biasa, mata kembali dibuka dengan diselitkan senyuman tawar.
Tidak ada penyesalan yang dikeluhkan.Ini adalah pilihannya sendiri tidak ada yang memaksa,memiliki Zafran adalah satu anugerah meski hati suaminya sangat keras untuk dilentur.
"Aura harap sangat Allah SWT bukakan hati abang untuk Aura.Menjadi imam di setiap solat kita nanti.Aura nak abang selalu disisi ini hingga menuju syurga seperti mama papa Aura."
Peristiwa semalam kembali menerjah masuk ke dalam minda.Hadirnya Noah membuka lembaran luka lama dan seorang Dato' Zackery yang tidak reti faham bahasa.Alangkah indah nya suasana pernikahan jika saling mencintai melengkapi antara satu dan lain.
"Betul tak apa aku kata!kau hanya akan jadi isteri yang hambar tanpa cinta."
Naura diselubungi benci melihat wajah perempuan yang berdiri tepat disisnya.
"Macam mana kau boleh masuk siapa izinkan kau masuk?"
"Keluar!"
Naura menyeret paksa Qaisara keluar dari situ dengan rasa marah yang membahang.Hingga ke ruang tengah perempuan licik itu menolak Naura hingga terjatuh pada sofa.
"Aku selalu datang sini kau jangan ingat kau dah jadi isteri Zafran aku takkan jejak kaki kat sini lagi.
"Apa motif kau nak dekat dengan Zafran? kau pergi lah cari jantan lain jadi mangsa kau.!"
"Apa yang aku nak kat Zafran adalah apa yang kau nak.Aku nak cinta."
Naura kembali berdiri tegas dihadapan Qaisara,telapak tangan dilayangkan ke wajah Qaisara,namun tangkas lengannya dipegang kejap.
"Jangan pernah mimpi dan berani nak sentuh muka aku yang mahal ni.!"
"Asal muka kau ni diperbuat dari kulit ular sawa ke?mahal sangat sampaikan muka tak tahu malu kau ni Zafran susah nak baca.Kau jangan jadikan cinta sebagai alasan.perempuan macam kau mana erti kenal cinta melainkan duit."
Naura melawan pandangan tajam Qaisara tak kalah tajam.
"Kau baru selesai solat eh?,Kenapa kau tak pakai kain kafan masuk tanah dan lenyap kat muka bumi ni.! Menyusahkan betul."
"Kau ingat kau siapa nak cakap dengan aku macam tu."
"Keluar."
Teriak Naura sekuat hati.
"Aku akan keluar sekarang,tapi jangan ingat aku akan pergi dari Zafran."
Qaisara melepaskan tangan Naura dengan sengihan jahat sebelum melangkah ke muka pintu.
"Kau jangan mimpi untuk dapatkan Zafran seutuhnya."
"Get out rubbish!."
Naura menahan airmata yang berkaca-kaca menanti saat untuk pecah.Tapi air mata nya tidak layak jatuh untuk perempuan jahat seperti Qaisara.Airmata nya hanya untuk orang-orang yang berharga.
* * *
"Orang baru kahwin pergi honeymoon.Yang kau ni asal muka monyok."
Zuyin mengambil tempat disebelah Naura.Tangan sahabatnya diperhati kosong yang giat mengunting lembaran kain.
"Menung pulak makcik ni.Dah kahwin tu senyum lah sikit, menari ke!."
"Aku tak ada mood ni jangan kacau aku.."
Zuyin silang lengan dengan gelengan kepala.
"Asyik tak ada mood aje kau ni, ingatkan dah kahwin dengan Zafran nampak lah aura kejelitaan kat muka kau tu ni tak, dah sebijik rupa ayam bertelur aku tengok."
"Perempuan tu datang jumpa aku tadi pagi."
"Eh' dia tu ada penyakit apa..sakit pulak hati aku. Dia cakap apa saja dengan kau?."
Naura mencapai telefon pintarnya ingatkan Zafran yang menghantar pesanan whatsapp.Naura cebik bibir sedih yang ada hanyalah nombor yang tidak dikenali.
"Dia nak rampas Zafran dari aku."
Sambungnya lagi memandang Zuyin dengan wajah memohon simpati.
"Naura dulu aku tak berkenan sangat bila kau suka terhegeh-hegeh dengan Zafran.Tapi sekarang aku sokong semua keputusan kau untuk dapatkan cinta kau.Korang dah terikat dalam sebuah perkahwinan so kau kena bertahan untuk pertahankan hak milik kau yaitu Zafran cinta pertama kau! suami kau Naura.!"
Dengan panjang lebar Zuyin memberi kekuatan dan sokongan moral agar Naura tidak merasa down.Tapi boleh ke jenis macam Naura ni mengalah hanya kerana seekor Qaisara.
"Thanks sebab faham aku,you're the best."
Zuyin angkat bahu angkuhnya dengan senyuman senang.
"Pantang kena puji laju aje lubang hidung kau kembang erk.."
Naura hanya terkekeh ketawa melihat muncung sedepa Zuyin.
"Ha..Kan cantik kau senyum! jangan kedekut sangat bila nak ketawa tu."
Naura hanya geleng kepala malas melayan Zuyin,kerjanya yang tertangguh diteruskan kembali.
* * *
Qaisara menatap wajah Zafran tidak percaya dengan perasaan kecewa.
"Awak tak boleh buat saya macam ni! Saya cintakan awak."
Pergelangan tangan Zafran dicapai dipegang erat,lelaki itu hanya membiarkan sahaja.
"Sara awak kena faham saya dah kahwin,tak mungkin saya nak ada hubungan dengan awak.Saya kena jaga imej saya."
"Oh sekarang ni awak nak cakap saya ni perosak imej awak lah.Jadi selama ni awak hanya nak permainkan saya begitu Tuan Zafran.Ke awak ada perasaan dengan sepupu awak tu."
Tuduh Qaisara dengan dada turun naik, rasa yang sangat hancur,Qaisara tahu apa punca sebenar Zafran ingin mengakhiri hubungan mereka saat ini.
"Saya tak cakap atau bermaksud macam tu.Sara jangan keruhkan keadaan tolonglah!Saya minta maaf kalau sebelum ni saya ada janji macam-macam dengan awak."
Zafran melepas genggaman tangan Qaisara darinya dengan rasa bersalah.Mungkin betul kata Iskandar dan Naim dia perlu berhenti sekarang sebelum banyak hati yang akan terluka.
"Awak tak perlu balas jasa saya selamat kan awak!Cukup awak undur diri dan pergi dari saya!. soal kerja awak jangan risau saya dah minta tolong dengan Naim carikan awak kerja baru yang lebih selesa."
"Saya tak boleh terima awak buat saya macam ni.Lelaki boleh kahwin dua saya rela bermadu.Saya siap meskipun status saya nanti sebagai isteri yang awak nak sembunyikan."
"Awak kena faham tak semestinya apa yang kita nak dalam hidup kita akan dapat.Sara bila Naura bagi tahu yang awak ni jenis perempuan macam mana Sebelum ni.Saya dah suruh orang-orang saya siasat,awak tahu kenapa saya tak benci awak?."
Qaisara menunduk dengan juraian air mata.Jadi selama ni itu punca sebenar Zafran selalu mengelak dari membahas hubungan yang lebih serius.
"Sebab awak buat semua tu hanya kerana terpaksa, Sebab ayah awak kan."
Qaisara tersenyum kelat dengan tawa yang sengaja dibuat.
"Ok! saya akan berhenti kerja jadi PA awak.Tapi jangan ingat saya akan berhenti berharap untuk cinta awak.Awak jangan ingat saya tak tahu yang awak ada perasaan dengan Naura."
Seperti dugaan Qaisara melihat wajah Zafran dengan riak terkejut.
"Kenapa terkejut?.Awak cuma gunakan saya menutup rasa awak terhadap dia.Awak lupa saya adalah BEKAS KEKASIH merangkap PA awak yang selalu kemaskan ruangan ofis awak ni.
Qaisara berjeda sebentar dengan senyuman miring memerhati tiap air muka Zafran dengan kata-kata nya.
"Dan kat dalam laci tu,."
Qaisara menunding jari kemeja kerja Zafran,Zafran turut mengikut arah yang dimaksudkan.
"Kenangan yang awak simpan dengan sangat rapi, antara awak dengan Naura kan?."
"Itu bukan urusan awak."
Qaisara mendekat sedikit.
"Saya takkan sakit sorang diri.Bila awak dah tolak saya,Saya akan pastikan yang isteri yang awak benci tapi cinta tu akan menderita sama macam apa yang saya rasa."
"Awak jangan berani sentuh Naura walau seinci!."
"Kenapa awak marah saya pulak ni?. Sepatutnya awak berterima kasih!saya dah tolong sakitkan Naura untuk awak,bukan ni ke yang awak mahu."
Zafran betul tidak percaya Qaisara yang ada didepan nya ini tidak lagi seperti Qaisara yang manis lembut seperti dahulu.Betul kata Naura selama ini Qaisara hanya berpura-pura.
Share this novel