"Banyak duit kau masuk kedai macam ni!.Berapa lelaki kau layan semalam?."
Qaisara tersentak mendengar suara itu.Pantas dia menoleh.Naura berdiri terpacak di belakang nya dengan memeluk tubuh.
"Cik Aura buat apa kat sini?."
Naura berdecit dengan sikap kura-kura si Qaisara ni.Dia ingat ni kedai bapak dia ke apa.
"Jimmy Choo!."
Naura tergelak kecil lalu menggeleng kepala.
"Lelaki kau layan semalam Jimmy ke atau Choo?."
"Cik Aura ada masalah dengan saya ke?.Apa yang yang saya dah buat sampai bencikan saya?."
"Salah kau adalah,.. kau rapat dengan Zafran.Depan Zafran kau boleh berlakon tapi tidak dengan aku!.Kau tahu kan lagi dua hari kami nak jadi pasangan suami isteri.Dan kalau kau masih ada rasa sedar diri, sila berhenti jadi PA dia dan jauh kan diri!."
Qaisara tersengih memandang Naura.Naura di pandang atas ke bawah dengan kening terjungkit.Membuat Naura merengus geram,nak kena korek mata perempuan ni berani dia pandang Naura macam tu.
"Cik Naura hanya akan jadi isteri yang hambar tanpa cinta,Tuan Zafran cintakan saya bukan Cik Naura.Saya tak akan berhenti selagi Tuan Zafran tak berhenti kan saya."
"Apa kau kata?.Mulut kau ni memang biadab kan!.Kau makan apa ha!..sampai busuk macam ni?."
"Mrs both of you please don't make a fuss here!"
Kata pekerja kedai berperanan sebagai pelayan pelanggan.Dari tadi dia memerhati dua wanita itu.
"Eh' Naura apa kecoh-kecoh ni?.Jom keluar!."
"Kejap aku nak bercakap dengan kutu kat hutan ni suka sangat isap darah manusia.."
Pekerja itu ketap bibir menahan tawanya dengan kata-kata Naura.Mana lagi Qaisara menghentak kaki kerana tidak puas hati.
Zuyin menyeret Naura keluar dari dalam kedai kasut.Tak berapa lama dia tinggalkan Naura sebab pergi ladies dah buat hal.
"Apa kau ni Yin?..kenapa halang aku."
Protes Naura apabila mereka berjaya keluar dari kedai.
"Kau jangan nak buat hal majlis kau tinggal berapa hari lagi.Kau Nak viral ke main tarik-tarik rambut kat sini?.Tak nampak ke mall ni penuh CCTV!."
"Siapa cakap aku nak tarik rambut dia?."
Naura angkat kening.
"Habis tu yang kau dah nak terkam dia macam harimau kelaparan tu apa cerita."
"Come on Zuyin!.Tarik rambut ni style budak sekolah rendah aje.Kaki aku ni dah gatal nak sepak minah tu yang kau halang kenapa?. ikutkan hati aku yang panas ni aku sumbat kan mulut dia dengan semua kasut kat dalam kedai tu!."
Zuyin menghayun jari telunjuk kiri ke kanan.Membuat Naura terkebil-kebil.
"Apa?"
"Jangan ikutkan sangat marah tu.Matanglah sikit tak lama lagi kau nak jadi isteri orang.Cukup sekali dua Zafran bencikan kau jangan berkali-kali.Kau rasa kalau kau bergaduh dengan perempuan tu tadi siapa yang lagi dia percaya."
Zuyin berhenti seketika menarik nafas panjang.
"Of course lah perempuan tu kan?.Kau tak payah fikiran sangat tentang perempuan tu the point is Zafran."
Ok betul kata Zuyin dia tidak boleh stress nak kerutkan dahi tak pasal-pasal hilang seri pengantin pada wajahnya sebab perempuan itu.
* * *
Naura menolak daun pintu dengan lembut.Seiring langkahnya diatur ke dalam membawa kenangan yang manis bersulam duka pada banglo yang sudah lama ditinggalkan.
Banglo ini adalah hasil titik peluh papanya sendiri.Dirumah ini dia membesar dengan penuh kasih sayang sehingga peristiwa sebelas tahun lalu meragut nyawa mama dan papanya.
Kain putih yang menutup satu potret keluarga ditarik.Harga sebuah lukisan yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit, kebahagiaan yang telah lama pergi,menyingkap seribu satu duka dalam hidupnya.
Matanya tertuju pada ruang tamu,ada senyuman tipis diukir.Naura melihat kenangan dimana papanya sedang mengejar dirinya kerana ingin menocang rambutnya yang pandek.Lucu sekali mengingat peristiwa ketika dia menginjak tujuh tahun.Mana mungkin dia melupakan setiap detik bersama kedua orang tuanya.
"Ma,pa!' Aura rindu."
Air matanya menitis penuh kerinduan.
"Aura dah nak jadi seorang isteri dah besok!.tapi mama dan papa tak ada kat sisi Aura."
Dia tertunduk menekup wajahnya dengan telapak tangan.
"Ada sayang."
Naura mrndongak lalu tersenyum.
Mama dan papanya duduk di kiri dan kanannya.Dia tahu dia sedang halu bertemu kedua orang tuanya.
"Princess mama dan papa kena kuat!.tidak kira mama,papa dah tak ada kat dunia ni..tapi rasai lah kehadiran kami selalu ada disisi kamu sayang."
Nurin mengusap rambut Naura dengan lembut lalu dikucup hangat.Naura seakan merasa itu bukan halu tapi benar belaka.
"Kamu kena percaya diri sayang!.kebahagian kamu adalah kebahagiaan kami sebagai orang tua mu!.Papa dan mama akan selalu mendoakan untuk Aura!. Remamber that's you are always our little sweet princess."
Naura mengganguk sungguh-sungguh seperti anak kecil yang mendengar kata.Kepalanya di lentok pada bahu papanya,mamanya turut memeluknya dengan penuh kerinduan pada sang anak.
Naura tersentak mendengar orang memberi salam dari luar.Perlahan bayangkan kedua orang tuanya menghilang,dengan langkah yang berat Naura menuju ke pagar besi yang sedikit terbuka, dimana terlihat seorang lelaki memakai topi keledar.
"Selamat petang, cik.Ada penghantaran."
"Penghantaran?,maaf rasanya encik dah salah alamat rumah ni dah lama tak ada orang tinggal."
"Tak!,barang ni untuk cik!.dan cik tak perlu nak turunkan tandatangan."
"Untuk saya."
Soalnya ragu,Naura menyambut huluran kotak berwarna putih.Dibacanya kad berwarna merah yang dilekat pada kotak itu.
'Selamat pengantin baru!.from mister Z.'
"Errr.. en.."
Naura melihat lelaki itu sudah tiada,mungkin dia tidak perasan lelaki itu telah pergi.
Perlahan tanganya membuka kotak,begitu dia membuka kotak dan melihat kandungan kotak itu serta merta terlepas pada genggaman tangannya.Badanya menjadi seram sejuk,air mata menitis penuh ketakutan.
"Ini kerja gila!"
Dalam gegelapan Naura menekan nombor Zuyin
sesekali matanya melilau mencari-cari jika ada kelibat manusia yang mencurigakan,namun tiada satu makhluk pun yang dia temui ketika ini.
Dengan tergesa-gesa Naura berlari menuju keretanya.Otaknya tidak mampu berfikir dengan jernih ketika ini.
* * *
Lenguh kakinya melayan tetamu yang hadir, walaupun tidak terlalu ramai tapi cukup memenatkan.Tetamu yang beransur pulang membuatnya menarik nafas lega.Majlis resepi mereka akan diadakan seminggu dari sekarang yang akan berlangsung di hotel.
Pandangan di buang pada Zafran yang sibuk melayan rakan-rakannya, Tidak terniat langsung memperkenalkan sahabat-sahbatnya itu pada dirinya.
Zuyin sudah lama meminta diri untuk pulang,melihat dirinya seperti bahan pameran.Naura meminta diri untuk naik ke atas untuk berehat.
Dengan hati yang berbunga-bunga kembang setaman Naura merebahkan badannya pada katil.Tidak bosan dari tadi tersenyum seorang diri.
"Aku terima nikahnya Nur Naura Rosse Binti Errangga.Dengan mas kahwin tersebut tunai."
Masih terngiang-ngiang di telinganya hanya sekali lafaz Naura sah bergelar isteri kepada Zafran.Cincin ditangan ditilik nan indah,masih lengkap dililit busana pengantin,Naura merasa dia adalah wanita terbahagia saat ini.kebahagiaan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Kesucian akad yang terlafaz berjaya mengikat mereka menjadi pasangan yang halal.Naura akan pertahan ikatan ini hingga ke jannah.
Dia seakan tidak percaya peristiwa tiga minggu lalu membawa dirinya ke alam rumah tangga bersama insan yang didambakan,cinta pertamanya.
Terasa begitu cepat berlalu.Semuanya atas permintaan Tan sri ,tdak ingin sesuatu terjadi pada Naura.Mengandung?.Naura tergelak dengan kebodohan yang dia sendiri buat,macam mana dia boleh mengandung sedangkan tiada apa yang berlaku antaranya dengan Zafran.
Naura tersentak mendengar pintu dihempas kuat.Zafran melangkah mendekat ke arahnya.
Naura yang sedang duduk di ranjang ditarik hingga berdiri.Dagu Naura di pegang menghadap ke wajah nya manakala tangan kirinya memegang pinggang isterinya dengan erat.
"As you wish!. Welcome to your hell my wife and you will not regret choosing me too be your husband!.Are you happy now.?"
Zafran tersengih memandang wajah cuak Naura.
Mereka saling bertentangan mata.Membuat Naura terkedu sudah lama dia tidak serapat begini dengan Zafran terasa hembusan Nafas keduanya menampar pipi masing-masing.
"Aura minta maaf buat abang Zaf macam ni.Biar Aura jelaskan apa yang terjadi antara Aura dan Noah enam tahun lalu.Let me explain everything."
"Jangan pernah ungkit masa lalu yang menyakitkan hati aku.Aku tak nak dengar penjelasan atau pembohongan yang akan kau buat.You are dirty unconscious woman and bitch,kenapa kau tak tunggu Noah balik untuk buat rancangan jahat kau ni!.Kenapa mesti aku yang jadi mangsa kau."
"Aku akan pastikan kau sendiri yang mintak cerai!.Sepanjang kami tak ada kat Malaysia berapa lelaki yang puasa kan nafsu jalang kau ha!"
Zafran separuh menjerit,Naura yang ingin menunduk didongak kan kepala memandang nya.
"Demi Allah aura masih suci!.Tolonglah jangan rendahkan Aura macam ni!.Kalau ada benda yang abang pendam dan tak puas hati bagi tahu Naura!."
Naura menitis kan air mata terluka dengan kata-kata yang dituturkan oleh Zafran.
"You naver say goodbye,you never know that I missed!.You'll never know that I think about you every day!.You'll never know these tears I've cried...Never.."
Bergetar suaranya mengatakan itu,hati Zafran bagaikan ditusuk sebilah pisau tajam tepat mengena ulu hati,mendengar pengakuan Naura air mata cuba ditahan dari jatuh.Namun egonya terlalu tinggi lantas dia ketawa sumbang.
"Kau jangan nak berlakon kat sini!.aku tahu kau pelakon terbaik sampai sanggup fitnah aku rosakkan kau.Aku bagi kau masa satu jam dari sekarang kemas apa yang patut! ,.Kalau kau lambat aku akan tinggalkan kau kat sini."
Zafran menolak Naura hingga jatuh ke atas katil berlapis tilam empuk itu lalu berlalu pergi.
Zafran sudah kemas dan segak menukar pakaian nya.Turun dari tangga membawa dua bagasi Naura.
"Kamu nak pergi mana malam-malam macam ni Zafran?."
Soal Tan Sri Khalid ababila Zafran sudah berdiri di ruang tamu.
"Zaf akan bawa Naura duduk dengan Zaf kat kondo.!"
"Tok ayah tak izinkan!.Apa rumah ini tidak cukup besar?. bahkan kalau kamu ada anak sepuluh Sekalipun masih luas untuk mereka berlari mengelilingi banglo ni."
Zafran tersedak mendengar kata-kata Tan Sri Khalid.Naura yang baru tiba menahan liur gugup.
"Kamu berdua kan baru nikah!.Kalau ia pun tunggu lah hari esok."
Pinta Datin Salwa dengan penuh sikap keibuanya.
"Naura sekarang adalah tanggungjawab Zaf!.Kami nak privacy kami sendiri tanpa campur orang luar."
"Siapa yang kamu maksudkan dengan orang luar?"
Zafran berdehem,bukan itu yang dia maksudkan.Terkilan lah jawabnya orang tua itu.
"Ayah mereka masih muda biar mereka tentukan perjalanan rumah tangga mereka sendiri!.Biar mereka berdikari mungkin dengan cara ni hubungan mereka akan membaik."
Tan Sri Khalid memandang wajah anak lelakinya lalu menarik nafas berat.Betul kah hubungan mereka akan membaik.
"Naura!"
Naura melabuhkan punggung di sebelah kanan tok ayah nya.Tan Sri Khalid mengusap lembut jemari Naura.
"Kamu dah jadi isteri sekarang! ingat apa yang tok ayah nasihat kat kamu petang tadi!."
Naura mengganguk faham.Lalu mengukir senyuman menyenangkan hati tok ayahnya.
"Terima kasih sudi jaga Aura!.Terima kasih untuk segalanya."
"Aura cakap apa ni.?,kamu kan cucu tok ayah!."
Tan Sri Khalid tersenyum simpul memandang wajah Naura dan Zafran silih berganti.
"Tapi sekarang Aura bukan lagi di bawah tanggungjawab tok ayah..kamu dah jadi tanggungjawab Zafran yang seutuhnya."
Zafran hanya diam buat-buat tidak faham dengan maksud tok ayahnya.
Share this novel