BAB 6:I'LL PROTECT YOU

Romance Series 11121

Imbas kembali~Bahagian Dua...

Setelah hampir satu bulan tidak datang ke sekolah.Puas dipujuk Tan Sri Khalid akhirnya Naura hadir meski sisa kesakitan atas kehilangan orang yang tersayang masih terpacak menikam hati.
Lemah sahaja kakinya melangkah menuju kelas.

"Abang Noah hantar Aura sampai depan kelas."
Langkah Naura mati seketika memandang Noah.

"Tak apa Naura boleh! jangan buat Aura macam budak sekolah rendah!."

"Jangan degil boleh tak.!"
Noah merengus perlahan mengecilkan mata memandang Naura.Sejak orang tuanya meninggal tahap degil Naura dah tak terkata,dah lah sikit-sikit nak nangis kerjanya.Nak lagi bila dengan Zafran.

"Kalau abang Zaf tak ada ujian periksa SPM!korang berdua berpakat nak terpacak ke depan kelas Naura!"
Noah tersengih mempamerkan deretan giginya yang putih.Puas tadi bertekak dengan Zafran sebelum Naura memutuskan Noah untuk mengiringi Naura memandangkan bangunan kelas mereka hanya bersebelahan.

"Bukan Abang Noah ada Exam jugak ke?. Pergilah buat persiapan ulang kaji ke apa.!"
Naura mengingat Noah akan pentaksiran menengah rendah minggu ini.Kenapa pulak abang sepupu nya itu menyebok jadi balangkas kat sini.

"Depan tu je abang hantar.!"
Noah masih berdegil mahu menghantar Naura hingga ke hadapan pintu kelas.Membuat Naura jengkel dengan perangai abang sepupunya itu.

"Abang!"

"Ok lah, tapi time rest tunggu abang kita pergi kantin sama-sama."

"Pergilah!"

"Nak pergilah ni!."
Noah cebik bibir dengan langkah yang malas dia pergi meninggalkan Naura yang masih memerhati.Melihat Noah sudah berlalu pergi,Naura mengorak langkah menuju kelas dengan fikiran yang entah apa-apa.

"Eh' Naura kau datang jugak! ingat kan kau nak berkabung sampai mama dan papa kau boleh hidup balik."
Pertama kali suara Ridwan menyapa Indra pendengaran Naura sebelum duduk disebelah Mila.Mendengar itu hati Naura seakan diramas pilu.

"Woi! Ridwan kau jaga sikit mulut kau eh!Kau jangan nak celupar sangat jadi lelaki."
Marah Mila pada Ridwan,tapi Naura menarik tangan Mila agar tidak memulakan sebarang pertengkaran.Naura menggeleng kepala mengisyaratkan jangan pada Mila,membuat Mila mengeluh kasar.

"Kau diam lah buntal!.Aku tak cakap dengan kau,"
Ridwan tidak peduli dengan Mila yang sudah melipat lengan panjang baju kurungnya.Peduli apa dia dengan si minah gemuk itu.

"Naura betul ke mama dan papa kau kena bunuh?.Aku rasa tu lah berita yang paling epik aku pernah dengar."
Kali ini suara Abdul cuba mencelah saling berpandangan dengan Redwan lalu tersengih jahat.

Naura merasa pipinya mulai menjadi panas.Terdengar bisikan-bisikan dari rakan-rakan kelasnya yang lagi menambah sengatan sakit pada hati Naura.Tapi dia tetap diam membisu kenapa cikgu tak datang lagi dia sudah tidak sanggup mendengar benda-benda yang menyakitkan hati.
Bukan dia tidak ingin menjawab atau melawan,tapi Naura berasa tidak kuat bertekak dengan mereka semua,air mata sudah penuh pada kelopak mata hanya menunggu masa untuk jatuh.

"Korang berdua ni dah kenapa? tak ada rasa simpati dengan classmate sendiri ke?."
Mila tetap membela bagi pihak Naura.Dia tahu kawannya Naura terluka dengan dua jembalang itu,tapi tidak ditunjukkan.

"Tak baik lah korang cakap macam tu!"
Kedengaran suara pelajar lain membela Naura.

"Betul tu!Coba kalau korang letak diri kamu berdua kat tempat Naura."

"Suka hatilah orang ada mulut!bukan kami aje yang mengata tapi satu Malaysia dah tahu."
Ridwan masih tetap dengan modal nya.Hantu apa yang merasuk dua pelajar itu pagi-pagi lagi sudah cari pasal,membuat rakan kelas yang lain jengkel dan jijik terhadap dua manusia yang terkenal dengan sikap samsing tahi kucing mereka.

"Cerita dah lepas kenapa nak ungkit lagi?.Korang berdua memang sengaja kan.!"
Mila bercekak pinggang memerhati wajah-wajah tidak berhati perut Abdul dan Ridwan.

"Banyak bunyi betul lah mulut si Milah ni! eh Mila kau tak ingat ke berita tu!.mesti motif dendam punya kau nak dekat-dekat dengan si Naura ni tak fasal-fasal kau yang kena tempias."

"Betul tu Dul!tapi tak best lah berita tu lenyap lepas tersebar luas mesti datuk Naura dah tutup mulut rangkaian berita dengan duit berkepuk-kepuk. Eh' maklumlah orang kaya.Aku masih ingat tajuk berita tu'Arkitek dibunuh bersama isterinya yang merupakan anak kepada ahli perniagaan terkenal' perghh.."

Abdul ketawa jahat kedua pelajar lelaki yang duduk pada bahagian belakang itu menepuk-menepuk meja sambil terkekeh.

Naura berdiri sehingga kedengaran deretan bunyi kerusi yang menyakitkan telinga.Dia sudah tidak mampu terus bertahan disitu lagi.

"Eh' anak Serangga kau nak pergi mana kami belum habis borak lagi dengan kau ni!"
Teriak Ridwan pada Naura yang sudah berlari kencang keluar dari kelas.

Mila ingin mengejar tapi langkah nya mati melihat Cikgu bahasa inggeris yang sudah menerpa ke arah kelas.

"What's going on here?"
Semua pelajar diam mendengar suara garau itu.
Abdul dan Ridwan sudah kecut perut.Habislah!pasti Mila akan mengaduh dengan cikgu bahasa inggeris merangkap guru disiplin itu.

Naura berlari sekuat hati menuruni tangga demi anak tangga.Langkah nya terhenti pada taman sekolah lalu menyorok di bawah pokok bunga raya.

"Papa mama kenapa tinggal Aura sendirian macam ni?."
Naura menangis tersedu-sedu hampir tiga jam.Duduk mencangkung memeluk kedua lutut nya, lonceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba tidak diendahkan.

"Dik kenapa nangis ni!"
Soal seorang lelaki yang berbaju kebun, sedang berdiri terpacak di hadapan Naura.
Naura diam membisu tidak berkutik
tukang kebun berbaju merah itu turut duduk mencangkung di hadapan Naura yang tengah menikus di bawah pokok bunga raya.

"Kalau ada masalah boleh cerita dengan abang lega sikit rasa hati tu!"
Naura mendogak melihat wajah pekebun dihadapannya Naura boleh mengagak lelaki itu berusia dalam pertengahan dua puluh tahun.

"Nah!"
Terkebil-kebil mata nya melihat bungkusan berwarna coklat di tangan pekebun itu.

"Orang cakap kalau seseorang tu tengah sedih kena bagi hadiah untuk buat dia tersenyum."

Meskipun rasa pelik dan was-was Naura tetap menerima pemberian itu.

'Muda-muda macam ni pun nak jadi pekebun.'
Bisik hati Naura melihat wajah pekebun,rupa pun boleh tahan.

"Terima kasih!"
Ucapanya dengan wajah sugul,air mata disekah dengan lembut.

"Kawan buli ke?."
Terkebil-kebil mata Naura melihat wajah lelaki dihadapannya itu dengan tanda soal.

"Macam mana uncle tahu?"
Menurut Naura lebih sesuai panggil begitu,nak panggil abang dia rasa janggal pulak.Lelaki itu tersenyum mengetap bibirnya.

"Uncle boleh teka je..Kenapa tak bagi tahu cikgu pasal kawan yang membuli tu?"

"Saya tak tahu nak buat apa.Saya rasa malu,terkilan dan marah.Saya rindukan arwah mama dan papa!.saya rasa kehilangan."
Airmatanya menitis lagi untuk kesekian kalinya.

"Apa yang terjadi dengan adik adalah takdir yang Allah tulis kan untuk masa hadapan.Yang menanti untuk dijalani dengan lebih kuat dan tabah,percayalah pada ketentuan Allah SWT!"

"Naura!"
Naura panggung kepala melihat gerangan yang memanggil dirinya dan sudah pasti orang itu adalah.

Brukk...

Satu tinju hinggap pada pipi tukang kebun yang tidak diketahui sebab munasabah kenapa dia diperlakukan sedemikian.Tak pasal-pasal jatuh menyembah bumi.

"Abang Zaf! kenapa tumbuk uncle ni?"

"Dia buat apa dengan Naura sampai nangis macam ni?..kan tok ayah dah pesan jangan bercakap dengan orang yang tak dikenali asal degil sangat ni."
Marah Zafran pada Naura dengan wajah udang rebus nya.Tukang kebun itu dipandang sinis yang sudah berdiri memegang bibir nya yang pecah.

"Uncle ni tak salah!dia cuma nak tenang kan Aura.Budak kelas Aura kutuk caci arwah mama dan papa.Aura sedih, sebab tu Aura ada kat sini.!"
Jelas Naura tidak puas hati dengan tindakan abang sepupunya itu yang menonong meninju orang lain.

Bukan minta maaf,pekebun itu dijeling nya tanpa rasa bersalah.

"Jom!"
Zafran menarik lengan Naura meninggalkan taman sekolah tidak peduli dengan rengekan adik sepupu nya itu.Sempat lagi Naura melaung meminta maaf pada tukang kebun itu.Tiba di tangga barulah Zafran melepaskan tangan Naura.

"Abang ni kenapa ha?,dah lah tak mintak maaf.Tak sopan lah pukul orang yang lebih tua macam tu!."
Naura memandang tepat ke arah mata Zafran dibalas dengan kening terjungkit keatas.

"Siapa cakap?biar abang Zaf ajar diorang yang berani buat kesayangan abang menangis?."

Deg..
Jantung Naura berdetak tidak terkawal berlari marathon tidak menentu.Zafran cakap dia adalah kesayangan abang sepupunya itu.

"Cakap siapa?."
Kali ini suara garau milik Zafran agak menekan memegang kedua bahu Naura.

"Abdul dan Ridwan."
Naura menunduk tidak berani bertatapan mata dengan Zafran.

"Nak kena budak dua ekor tu!.Nanti korang."
Zafran mengepal buku limanya tidak puas hati.Tahu lah dia nak kenakan dua budak hingusan itu macam mana.

"Macam mana abang tahu Aura kat sini?."

"Abang ada pergi kelas Aura tadi, nak ajak rehat sama-sama!,Tapi kosong,puas cari-cari rupanya tengah bercekerama dengan tukang kebun."
Entah mengapa dia seakan cemburu tak faham dengan diri sendiri.Dia tidak suka Naura rapat dengan orang lain bukan setakat abang kebun, kadang dengan Noah pun dia rasa kurang selesa.Yang penting Zafran tidak suka Naura rapat atau berbual dengan lelaki selain darinya.

"Apa abang Zaf cakap.? bercekerama?"
Kenapa pulak dia kena tuduhan macam itu.Main sedap mulut dia aje cakap macam tu.Perasaan Naura tidak difikirkan nya.Naura diam membisu malas bercakap dengan lelaki ini.

"Lain kali tak payah sembang dengan orang yang tak dikenali faham!.Abang ada terserempak dengan Noah tadi,Noah tengah tunggu kita tu."
Zafran bersuara melihat Naura seakan merajuk dengan kata-kata nya.Naura putar bola mata malas,Zafran sekarang ni perangai sebijik macam emak-emak bagi nasihat.

"Nanti Aura tak masuk kelas.Aura ingat nak lepak kat surau sekolah aje."
Zafran mengganguk ,faham apa yang dimaksudkan Naura.Dia pasti tidak mahu berjumpa dengan dua monyet itu.

* * *

"Aura ingat nak pindah sekolah!"
Hatinya bukan sahaja sakit kerana dikutuk,tapi bertambah sakit melihat muka Zafran yang tengah duduk dibelakang dengan muka lebam.Pasal nya acah-acah nak jadi Tom Cruise hadap sekumpulan samsing di belakang sekolah.Nasb baik ada mamber lain yang tolong kalau tidak I see you in hospital lah jawabnya.

"Cik Naura nak pindah sekolah mana?"
Soal pak Hamid pemandu keluarga yang menjemput mereka dari sekolah.

"Indonesia!"
Jawabnya pendek.Membuat kedua lelaki dibelakangnya jadi bungkam dengan pernyataan Naura.

"Abang tak izin."

"Abang Noah pun."
Naura memusing badan menoleh dua abang sepupunya.

"Aura tak kisah!.yang penting izin tok ayah!."
Gadis itu menjelirkan lidahnya lalu membetulkan kembali duduk nya.

"Macam lah tok ayah izinkan."
Suara Zafran Kedengaran jengkel bagi Naura membuatnya cebik bibir.

"Apa hal pulak ni!"
Sugut pak Hamid melihat lima buah motor menghalang pemanduannya.Apa mereka ingat jalan ni bapak dorang punya ke buat litar lumba motor.

"Kenapa pak Mid?"
Soal Noah melihat pak Hamid memberhentikan kereta.

"Tu ha!rasanya cari Zafran tu, siap bawak kayu bagai."
Mereka bertiga sudah cuak,saling berpandangan sesama sendiri.

"Jangan risau!,penting kita jangan buka pintu.Dorang pecah ke letak bom penting jagan buka pintu!.pak Mid telefon Tan Sri dulu."

"Telefon polis je terus."
Zafran sudah siap membuka pintu dihalang oleh Noah.Membuat Naura mengangkat rahangnya tidak percaya.Nak cari bala pun pilih tempat lah bro.
Sempat lagi pak Hamid gelak kecil melihat tindakan Zafran.Yang tiga ekor kat belakang ni dah dup-dap,dup-dap.

"Kau gila ke bang?."
Noah memandang Zafran dengan wajah bengisnya.Membuat Zafran mendengus kasar.

Kedengaran bunyi ketukan dan suara-suara pasar di luar kereta.

"Buka pintu."
Ketuk suara itu dengan lantangnya.Zafran pasti ini orang-orang tua budak yang dia belasah kat sekolah.Tak cukup dengan guru disiplin kat sekolah,maha guru pulak yang datang menyerang.

"korang jangan panik!,pak Mid dah telefon tok ayah korang, tahu lah Tan sri nak buat apa."

Yang sebenarnya Pak Hamid pun dah ketar lutut.Tapi takkan dia yang tua ni nak tunjuk depan budak-budak ni.

'Jangan panik dia cakap? orang dah berpeluh macam ni menggigil,biar betul orang tua ni?."
Zafran melirik ke arah Naura yang sudah berpeluh ketakutan.Zafran mendekat kearah Naura serentak itu.

BAMMM..

Orang-orang di luar cuba memecah kan cermin
dengan kayu yang ada pada mereka.Sehingga cermin mula kelihatan retak berakar-akar.

Naura menjerit kerana takut menekup telinganya dengan telapak tangan.Membuat Zafran hilang rasa Sabar nya.

"Abang akan lindungi Naura jangan takut."
Zafran merangkak menuju pintu bahagian depan di sebelah Pak Hamid.

Mereka bertiga menegah Zafran tapi sudah terlambat,Zafran sudah menerpa keluar membuat Naura diselubungi ketakutan bergegar seluruh tubuhnya.

Apa guna dia jadi lelaki kalau tak jantan.Wajah-wajah bengis itu dipandang satu persatu.
"Korang Nak buat perhitungan dengan aku kan marilah!."

"Huh'orang kaya berlagak,baru setahun jagung dah jadi samseng mak bapak kau tak beri didikan yang baik ke ha?."
Zafran meludah ke bawah lalu membuka langkah mempertahankan diri.Pak Hamid turut keluar membantu Zafran.

Naura berteriak histeria melihat Zafran dan pak Hamid sudah blur terkulai di belasah ramai-ramai.Noah masih tetap disisi Naura melindungi Naura meskipun dia tahu Naura akan selamat.Kerana yang dicari oleh orang-orang itu adalah Zafran bukan mereka.

"Abang Zaf!."
Teriaknya dalam kereta tangisan yang merembes tidak diendahkan lagi.

"Naura kekal di sini dengan abang Noah!."
Tegas Noah menahan bahu Naura dengan kuat agar tidak terlepas.
"Tap..tapi..abang Zaf.."
Suaranya tersekat-sekat.

Noah menarik nafas lega melihat dua kereta putih berhenti di hadapan semua.Sepertinya orang-orang tok ayah mereka telah datang.Turut serta adalah Dato' Nasir yang masih dengan baju pejabat nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience