Naura simpul senyuman manisnya melihat Zafran yang tengah tidur pulas diulit mimpi.
Hujung rambutnya mengulas-gulas telinga milik suaminya.Naura tergelak tanpa mengeluarkan bunyi,berasa lucu melihat Zafran berkerut wajah.
"Abang milik Aura sorang je!."
Lagi sekali tanganya naik menyentuh wajah Zafran.Namun terlebih dahulu tanganya disambar laju oleh suaminya membuat Naura terdiam dengan mata terkebil-kebil.
"Hurmm..Dah nak serah diri ke."
Soal Zafran dengan suara serak perlahan matanya yang tertutup terbuka memandang kearah wajah Naura.
"Jangan nak mengada!Aura cuma nak bangunkan abang untuk solat subuh cuma tu je."
Dali Naura dengan cuak berdebar melihat pandangan Zafran yang penuh makna tersirat.Lagi Naura terkejut, dengan refleks tubuhnya ditindih oleh Zafran.
"Abang..buat apa ni?."
Soalnya dengan riak sebal, Zafran hanya tersengih miring.Alis isterinya disentuh lalu jemarinya turun kehidung mancung milik isterinya hingga ke bibir.
"Sekarang giliran abang untuk denda sayang."
"Abang nak bagi dua denda."
Ujarnya lagi memandang ke arah anak mata menawan milik isterinya.
"What denda?."
"Pertama I don't want you call me 'abang' anymore!. Sebab bila sayang panggil dengan 'abang' macam tak sesuai"
"Habis tu,Aura kena panggil abang apa?.kakang,mas,atau a'a.."
Zafran ketawa kecil mendengar kekesalan Naura.Lalu tanganya naik membelai wajah cantik isterinya.
"Hubby!."
"Ok my hubby cyg.Boleh tak hubby sayang ni pergi kerjakan solat sekarang!."
Naura mengiakan sahaja karenah extra mengada suaminya itu.Zafran geleng kepala garis senyum tidak lekang diberi.
"Kejap,nak bagi denda kedua."
Bulat mata Naura bila wajah Zafran mendekat kearah wajahnya.Lalu segera wajah Zafran ditahan dengan telapak tangannya.
"Nak buat apa?."
Soalnya dengan kening kanan terjungkit keatas.
Zafran mengeluh kecil melihat isterinya menolak.
"Nak sikit aje tak lebih.."
Isterinya cuba dipujuk dengan melunakkan suara.Peluk satu malam mana cukup.Rindu dah terubat tapi keinginan nya sebagai suami yang normal belum dipenuhi.Nak lagi tetamu isterinya itu sengaja datang tak bagi chance pada dirinya.
"Tak baik lambat kan solat!."
Naura menolak dada suaminya hingga jatuh terlentang disebelahnya lalu Naura bangkit. Zafran menutup mata dengan belakang telapak tangannya lagi keluhan halus terdengar pada bibir lelaki itu.
Cup...
Laju matanya terbuka mendapat ciuman sekilas dari Naura.
"Jangan berjauh hati please!.Hanya untuk beberapa hari ni aje.Kalau abiy nak yang ringan-ringan malam ni sayang boleh bagi.."
Naura tersenyum lalu meletak jari telunjuk pada bibir suaminya.Kata dari Naura turut membuat Zafran senyuman lebar.
"Ringan-ringan tu cium bibir sayang,leher jenjang sayang dan.."
Katanya terhenti disitu bila matanya memerhati apa yang tertutup oleh baju tidur Naura iaitu aset berharga milik isterinya.Naura angguk mengiakan permintaan suaminya yang kelihatan gersang.Naura katup gigi kuat mengenang nasib encik suami, tulah siapa suruh buat hal kalau tak dah lama dapat hadiah tika malam pertama.
"Tapi sekarang sayang nak abiy solat.Aura tahu abiy dah lama tak solat."
Zafran menatap sayu wajah Naura.Sunguh dirinya bersikap jahil memikirkan nafsu semata.Sedangkan Naura sibuk membimbing dirinya kearah yang wajib, Zafran buka bicara sedikit bersalah.Betul kata isterinya sudah lama dia tidak mengerjakan solat.
"Sibuk nak betulkan panggilan antara kita.Tapi hubby sayang ni lupa nak betulkan hubungan dengan yang pencipta."
Zafran bangun dari pembaringan nya lalu bersandar pada dinding katil.Bahu Naura ditarik lalu kepala isterinya itu dilentok pada bahu lebarnya.Umbun-umbun kepala isterinya dikucup lembut.
"Pergilah solat!. sayang nak turun bawah."
Serunya pada encik suami seraya mengusap dada suaminya.Zafran gigit pipi lalu memandang wajah Naura pergelangan isterinya ditahan.
"Nak suruh orang solat dalam masa yang sama nak mengoda hurmm?."
Ujarnya, Naura kerut dahi mendengar kata dari suami tercintanya.Hidung nya dicuit perlahan oleh Zafran.
"Sayang tahu tak jari-jemarinya sayang ni buat suami awak ni terangsang."
Naura mendongkol geram cubitan pedas diberikan pada Zafran.Suaminya itu mengaduh sakit lalu mengusap perutnya yang terasa panas.
Sempat lagi nak menyakat.
* * *
"Wow madam hot datang lah.."
Teriak seorang lelaki yang berkerja di bangkle kereta itu.
"Cik Aura, lama tak nampak ingat dah tak sudi nak jenguk kami."
Naura menghulurkan dua plastik bungkusan makanan pada salah satu pekerja bangkle.Lalu tersengih memandang ke arah tiga pekerja yang berada di situ.
"Terima kasih cik Aura."
"Saya ada je,cuma sibuk sikit, uncle Man mana..?"
Matanya melilau mencari kelibat Norman yang tidak kelihatan.
"Ada tu ha kat belakang.."
Naura berjalan kearah yang ditunjukkan salah satu pekerja tadi.Naura tersenyum seraya geleng kepala memerhati gelagat Norman yang khusyuk dengan kabel-kabel wayar kereta.
"Asalamualaikum.."
Lelaki itu menoleh ke arah suara yang memberi salam.Segaris senyum terukir di wajahnya.
Norman berdiri kearah Naura.Sambil tanganya membersihkan minyak hitam dengan tuala lusuh.
"Walaikumusalam..huh'...ingatkan dah lupa kat uncle Man."
Naura duduk di kerusi yang berada disebelah nya berdiri.Norman turut duduk disebelah Naura.
"Harmm..jangan kata merajuk erk,Aura dah jemput datang majlis resepsi,jual mahal."
"Uncle Man bukan tak nak datang,cuma segan nak datang hadiri majlis resepsi perkahwinan kamu yang gah tu."
Perli orang memang dia lah orangnya.Naura jeling Norman.Lelaki itu buat dek je bila melihat reaksi Naura terhadap dirinya.
"Macam mana dah dapat clue tak?."
Soalnya pada pada Norman lagi dengan wajah penuh kepastian.Norman mengangguk dengan isyarat jari thumbs up pada Naura.
"Hahaha..Ni uncle Man lah, setakat nak cari tikus menyorok uncle Man boleh cari."
"Cakap besar, Orang Zafran tu orang terlatih.Tapi takde jumpa jejak bukti.Ni uncle Man..."
Tik...
Jari dipetik,membuat Naura terdiam seketika mendengar kata dari lelaki itu.
"Cup..cup..Kamu jangan lupa uncle ni dulu samsing dikehendaki banyak kenalan kat pasaran
gelap."
"Gelap lah, sangat yang lunyai kena belasah tu apa kes?."
"Nak kutuk uncle lah ni?.Ok uncle takkan bagi tahu siap yang sabotaj butik kamu."
Naura geleng kepala.Orang tua ni nak buang tebiat dah pandai terasa dan merajuk dengannya.
"Uncle Man cepatlah!.Nak bagi tahu ke tak?.Kalau tak lepas ni Aura takkan datang jumpa dengan uncle lagi tau."
Norman terkekeh ketawa melihat gelagat muncung Naura.
"Ok lah uncle Man mengalah.."
Lelaki itu tarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus.
"Tunggu sekejap."
Norman berdiri menuju kearah satu pintu bahagia bangkle mengambil sesuatu,Naura hanya memerhati sahaja sehingga lelaki itu kembali dengan membawa satu amblope warna coklat lalu dihulur pada Naura.
"Apa ni?."
Soal Naura tanganya asyik membuka isi kandungan amblope.Naura melihat beberapa keping gambar yang kelihatan kabur serta beberapa butiran yang tertulis pada kertas putih itu.
"Orang ni yang sabotaj butik kamu dia tak berkerja sorang diri.Ada info mengatakan dia sering ulang alik dari Malaysia ke Thailand.Apa motif orang ni pada kamu pakcik tak tahu."
Dahinya berkerut halus dan berfikir panjang.
wajah Norman dipandang ringan sebelum memandang kembali ke arah butiran yang tertulis.
"Zarul,Z,Zarul,Z..Hem' patutlah malaun ni tulis sebesar alam huruf Z kat butik Aura.Dia kat mana sekarang?."
Norman angkat bahu membuat Naura terkilan dengan jawapan dari lelaki itu.Orang bernama Zarul ni memang membuat rancangan licik dengan teliti sekali hingga membuat Naura bersangka buruk pada suaminya hanya dengan simbol huruf Z yang yang ditinggalkan.
"Uncle dah anggap kamu macam anak pakcik sendiri.Uncle tak nak sesuatu yang buruk terjadi pada kamu.Dan kamu kena hati-hati mungkin lepas ni dia akan kembali lagi nak kacau kamu.Lebih baik kamu bagi tahu Zafran dan bawak suami kamu pergi buat report polis!."
Cadangan dari Norman ada betulnya.Patutkah dia memberi tahu hal ini kepada Zafran atau mendiamkan buat sementara waktu kepalanya pusing memikirkan lelaki bernama Zarul ni.Apa yang telah diperbuatnya sehingga lelaki ini menyimpan dendam terhadapnya.Persoalanya lagi adalah mengapa lelaki ini kerap mengganggu sejak dia dan Zafran sudah menjadi pasangan suami isteri.
"Uncle Man nak tak Aura kenalkan dengan Zafran?.Tengah hari ni makan tengahari hari dengan kitorang."
Naura tersenyum memerhati
"Cukup uncle yang kenal dengan suami kamu.Dia tak usah tahu kewujudan uncle Man.Uncle bantu Aura sebab rasa terhutang budi sebab itu uncle tak pernah keberatan nak tolong kamu."
"Uncle Man dah macam ahli keluarga Aura.Aura dah tak ada papa,apa salahnya Aura anggap uncle Man macam ayah Aura."
Katanya jujur pada Norman.Matanya seakan dimasuki habuk yang terasa berair,lelaki itu menyedari riak air muka Naura.Namun sengaja buat tidak tahu.
"Orang macam uncle ni takkan layak nak dianggap keluarga dalam keluarga berada kamu."
"Bencilah uncle Man ni.Asyik nak rendah diri sahaja kerjanya."
Norman tersenyum geli hati melihat gelagat Naura.Dagunya diusap dimana tumbuh jambang yang lebat berfikir sejenak.Ia Norman berfikir bagaimana jika Naura adalah anaknya,.
Share this novel