BAB 11:KEMBALI

Romance Series 11121

Brukkk...

Naura terjatuh terjelepok di lantai.
Perlahan pandangannya menjadi jelas memerhati sekeliling.

"Arghhhhh...abang nak buat apa ni ha?."
Naura menjerit terkejut sehingga merasakan udara dalam biliknya disedut habis oleh Zafran.

"Tengoklah otak kuning kau tu!,kau ingat aku nak buat apa dengan kau.?,kau serah diri pun belum tentu aku nak."

"Ceh'... abang kata Aura tak boleh masuk bilik abang, sekarang siapa dalam bilik siapa sekarang ni.?."

"Kau ingat aku ni macam kau!,suka ceroboh privasi orang tak tentu pasal."

Naura berdiri di hadapan Zafran,lalu mencubit pipi suaminya.

"Eh!.apa masalah kau ni, Sakit lah.."

"Sorry but I just make sure ni bukan mimpi. Abang tolong jujur dengan Aura!,Aura nombor berapa?."

"Asal makin hari perangai kau ni makin mengarut aje.Kau sengaja kan sebenarnya."
Naura kelu hendak berkata apa.Naura tahu mimpi nya hanya mainan tidur di siang hari tapi dia sekadar ingin memastikan.

"Nah kau pakai ni!.Aku nak bawak kau keluar malam ni kau jangan bersiap lambat sangat eh!"
Zafran memberi kotak besar berwarna putih kepada Naura dengan kasar.

"Asal sexy sangat baju ni?.Tak Aura takkan pakai baju ni."
Naura mencampak dress hitam itu kelantai.

"Come on!.Sejak bila kau memilih baju sexy macam ni.Kau kan designer hot suka tayang badan dengan semua lelaki."

"Tapi ada bezanya dengan sekarang.Sekarang ni Aura dah jadi seorang isteri,dulu yes Aura suka pakai baju macam ni sebab nak pikat hati abang."

"Isteri konon,Kau jangan banyak bunyi kau bersiap sekarang atau nak aku yang tolong pakaikan!."

Naura geleng kepala akur dengan kehendak Zafran.

"Good, jadilah isteri yang baik patuh pada arahan suami!"

Zafran keluar dari bilik Naura dengan senyuman meleret.Jika rancangan nya semalam ada pengganggu, malam ni tak boleh gagal lagi.

Naura mengeluh hampir seharian suntuk dia tertidur hingga bermimpi diluar jangkaan benda yang tidak ingin atau tidak sanggup ia bayang kan jika Zafran benar-benar berkahwin dengan perempuan ular itu.

* * *

"Dah berapa lama kamu balik?."

"Two weaks ago, Sepatutnya minggu depan ingat nak bagi surprise dengan semua orang!tak sangka Noah yang dapat surprise."
Ada keluhan kecil terdengar dari bibir Noah.

"Dan selama tu jugak kamu hanya menginap tidur kat hotel, berbanding tunjuk muka depan aunty Su?."

Jaslina peluk tubuh lalu melepaskan keluhannya memandang wajah Noah.

"Kamu dah tahu kan Naura sekarang dah jadi isteri Zafran!. So ikut saranan aunty talk to him perkara sebenar yang terjadi antara kamu dan Naura.Kalau kamu nak perbaiki dan masih menghormati hubungan kamu sebagai adik-beradik.!"

"Aunty Noah rasa malu nak jumpa mereka berdua terutama sekali nak bersemuka dengan Naura."
Selama Noah pulang pernah sekali dua dia memerhatikan Naura dari jauh.Hingga Noah mendapat tahu dari Tasya yang Naura akan berkahwin dengan Zafran kerana tertangkap basah.

"Aunty Su tahu kamu masih cintakan Naura tak mudah bagi kamu membawa diri dengan rasa bersalah."

"Lepas kejadian tu Naura benci sangat dengan Noah,sampai tak nak cakap dan nak tengok muka Noah pun dia rasa jijik."

"Kalau kamu nak Naura maafkan kamu cakap perkara sebenar dengan Zafran!.."
Noah membatu mendengar saranan Jaslina tidak beraksi mempamerkan air muka nya.

"Kamu dah makan?."

"Dah."

"Aunty boleh tak kalau Noah kerja kat restoran aunty buat masa ni."
Jaslina kerut dahi memandang wajah Noah yang terlalu tanpan untuk ditolak oleh mana-mana gadis di luar sana.

"Boleh tu memang boleh tapi kamu kan ambil kos perniagaan bukan masakan kenapa tak kerja kat syarikat daddy kamu?."

"Noah cuma nak belajar benda baru.Noah tak nak kerja satu bumbung dengan abang takut nanti abang rasa tergugat dengan kehadiran Noah."

"Kerja ajelah kat perhotelan tok ayah!,sekarang daddy kamu tak menang tangan dengan pembukaan banyak cawangan."
Hanya kedengaran keluhan halus dari mulut anak sedara nya.Membuat Jaslina angkat kening mencebik.

* * *

Meleset dari apa yang difikirkannya.Naura sudah teruja bukan kepalang ingat Zafran mengajak dirinya makan malam yang romantik di luar.

"Kenapa abang bawak Aura datang sini?"

"Enjoy lah, kenapa kau tak suka datang sini?"

"Abang ni kelab malam tau tak,jom lah pergi tempat lain sini bising lah.."

"No way!,you must have fun tonight my beautiful wife."

"Abang Aura tak selesa lah."
Tidak mengendahkan pendapat Naura,laju sahaja tangannya menarik Naura masuk ke dalam tempat yang membingitkan telinga itu.

"Dato' Zackery how are you.?"

"Tuan Zafran have a seat!."

"Tahniah atas pingat kebesaran yang Dato dapat."
Bulat mata Naura melihat lelaki pertengahan tiga puluhan itu sedang bersalaman mesra dengan Zafran.
'Apa Dato?'
Rasanya telinganya masih berfungsi dengan baik.

"Naura lama tak jumpa,you sihat?"
Naura hanya tersenyum plastik tidak menyambut huluran salam dari Dato' Zackery,membuat lelaki itu menarik tangan nya kembali

"Sihat alhamdulillah..Puan emm.. maksud I Datin Malya tak ikut sekali.?"

"Pelik bunyinya kalau datin ikut sekali datang tempat macam ni kan, so jawapan nya tidak."

"Babby.."
Naura cuba menahan amarah nya melihat perempuan tidak tahu mana datangnya itu tanpa aba-aba duduk di pangkuan Zafran.Mana Qaisara, setahunya Zafran bukan seorang Playboy.

"Hey'! miss you beb."

"Ehemm..Naura you nak minum apa I boleh pesanan kan."
Dato' Zackery berdehem melihat reaksi Naura terhadap Zafran.

"Thanks Dato' but I tak rasa nak minum."

"Dato' I tinggalkan Naura dengan you!.I ada hal sikit."

"Abang nak pergi mana?."
Zafran menunduk sedikit berbisik pada Naura.

"Aku dah bagi kau chance untuk menyundal malam ni,so berseronoklah!."
Naura ketap bibir menahan sakit hati dengan kata-kata Zafran.Dato' Zackery mengangguk faham memerhati Zafran memeluk pinggang sexy gadis itu dan berlalu pergi.

"Tahniah Dato tak sangka muda-muda lagi dah dapat gelaran terhormat."

"I tak kisah tentang gelaran,yang I kisahkan someone yang tak pernah nak balas perasan I terhadap dia."
Tidak lepas matanya memerhati tiap inci wajah Naura.Naura tahu kemana arah perbicaraan mereka.

"Naura hingga ke saat ini I masih tunggu you untuk say yes."

"Dato' dah ada isteri tolong lah jangan sakitkan hati datin Malya."

"Naura I khawin dengan Malya sebab desakan keluarga bukan sebab cinta.Malya tak dapat nak mengandungkan anak I.Untuk tempoh lima tahun kami mendirikan rumah tangga You tahu kan maksud I apa.?."

"So Dato nak anak?, pergilah cari perempuan lain yang boleh bagi dato zuriat!.bukan saya orang nya."
Naura berdecit kesal.

"Saya nak anak dengan orang yang saya cinta!dan awak lah orangnya Naura!."

"Tapi saya tak cintakan Dato'! dan untuk pengetahuan Dato' saya dah bersuami!status saya sekarang adalah isteri orang."
Dato' Zackery nampak terkejut Naura dapat melihat dengan jelas perubahan air muka lelaki itu.

"Awak bohong saya kan."

"Lelaki yang bawak saya datang sini, dan lelaki yang Dato nampak bermesra dengan perempuan tadi serta tinggalkan saya dengan Dato adalah suami saya sendiri.!"
Naura menekankan suaranya dengan agak kuat kerana suara muzik yang terlalu rancak menenggelamkan suaranya.

"Zafran?."
Soalnya dengan ragu.

"Yes abang sepupu I sendiri."

"You tipu!"

"You sengaja cakap macam tu buat I mengelak dari you kan."

"Itu lah hakikat nya I perangkap Zafran, kami kahwin hanya mengundang kenalan terdekat.Kalu Dato' tak percaya Sabtu ni Dato' boleh datang majlis resepsi kitorang kalau Dato' tak sampai hati jugak nak datang jangan risau reporter banyak nak datang buat liputan."
Naura berdiri meninggalkan dato Zackery,lelaki itu menyedari Naura pergi meraup wajahnya kesal lalu mengejar Naura dengan menyaingi langkah.

"Naura!"

"Lepaskan tangan I!."

"Listen carefully.. I tak kan mengalah macam tu aje.You I punya I akan minta Zafran lepaskan you.!"

"Langkah mayat I dulu."
Naura menghempas tangan Dato' Zackery dengan kasar dari mengengam lengannya.Bukan melepaskan lelaki itu malah memeluk dirinya dengan kejap.

"Apa Dato' buat ni lepas lah!."

"No I takkan lepaskan, I cintakan you Naura!.I tak boleh tengok you dengan orang lain.Kenapa you pilih orang yang selalu sakitkan hati you.."

Plak..

Naura menampar wajah Dato' Zackery dengan kuat lalu memandang nya dengan rasa benci.Hampir semua pengunjung yang berada di sekitar mereka terkejut dengan tindakan Naura.

"Cinta tu memang kejam itu yang I boleh cakap. dan takkan ada manusia kat muka bumi ni boleh faham rasa cinta I terhadap Zafran."

Naura berlaku pergi meninggalkan dato Zackery dan mendapatkan Zafran yang duduk tidak jauh dari tempat mereka.Naura menolak tubuh perempuan yang bersama dengan Zafran hingga perempuan itu terjatuh menyembah lantai.

"Lain kali kalau gatal sangat bagi tahu aku boleh bagi kau berus dawai."

"Eh perempuan kau jan...arghh"
Naura menyiram perempuan itu dengan gelas air yang berada di atas meja entahlah alkohol mungkin.

Lalu menarik Zafran dengan sekuat tenaga keluar dari tempat bodoh itu.Zafran mengikut sahaja tanpa mempedulikan sekitar mereka yang terkesan dengan kekecohan yang Naura buat.

"Kurang ajar punya Zafran kau rampas Naura dari aku.Lepas tu kau ajak aku kat sini nak ucap tahniah konon.. tapi kau sebenarnya nak sakitkan hati Naura."
Sesak hatinya melihat langkah Naura yang menjauh darinya.Perempuan yang berjaya mencuri hatinya juga mematahkan hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience