"Diandra Tamara! seperti kita dah persetujui dalam talian minggu lalu akan gantikan model Rusia cedera kaki tu untuk show event empat bulan berbaki for this year."
Ilya menyerahkan surat penandatangan kontrak yang baru sahaja ditandatangani bersama Diandra pagi tadi pada Zuyin sejak Naura tidak masuk ke butik dan Zuyin menemani Naura dilah yang bertanggungjawab akan hal-hal berkaitan butik Rosse.Naik stress dibuatnya berdepan model bernama Diandra Tamara itu cerewet sungguh nasib lah Zuyin segera pulang dari Indonesia setelah menghantar Naura seminggu yang lalu jika dia seorang sahaja haru biru dibuatnya.
"Oh my,I know her bukan ke dia ni yang baca berita malam-malam kat channel berita kat tv tu so dialah Diandra Tamara cantiknya weii."
"Yeah, dia anak tiri owner channel tu zaman sekarang ni anak-anak Dato' ke Tan Sri memang suka conquer bidang broadcasting.Kau boleh nampak sendiri dalam details tu sebelum ni Diandra jadi hot modelling pentas peragaan kat Paris kira kita ni bertulah dapat ikat kontrak dengan dia senag sikit nak buka marketing lebih luas.Kau tahu tak Yin dia pernah jadi penghias muka depan majalah gandingan model terkemuka kat luar negara, bikini style giteww.."
Panjang lebar Ilya menerangkan details Diandra pada Zuyin.Sosok model itu mempunyai daya tarikan yang sangat memukau.
"Wow mengancam tu, islam tak islam dia dah tayang tubuh kat public tak takut dosa langsung.So kenapa dia balik Malaysia dia dah kat puncak karya dah kan?."
Kening Zuyin terangkat jemarinya menyelak fail lembaran kertas putih berukuran A4 dimana tertera butiran peribadi Diandra Tamara.
"Dah nama model sedangkan model muslimah tu tergelek sana sini posing tubuh kau rasa model hot macam Diandra ni nak fikir dosa pahala.Faktor usialah kut maybe dia nak kahwin so dia fokus dalam industri peragaan kat Malaysia ni kita husnuzon ajelah."
"Banyak je branded terkenal kenapa nak join butik yang tak berapa tahun pun ada nama.Yelah tapak butik ni pun dulu pernah lingkup."
"Banyak tanya pulak makcik ni ingat aku ni Diandra Tamara ke pergilah tanya dia sendiri.Ni kalau Naura tahu kau mengata butik peninggalan mama dia kau ingat dia tak kecik hati."
"Eh mak budak ni datang bulan ke apa orang tanya pun tak boleh.Aku bukannya maksudkan apa yang aku cakap tadi kau ingat Naura tu macam kau ke Ilya cepat nak terasa hati.Naura tu macam penapis air Coway kalu kau cool dia akan cool lah but if you hit her kau siapp.."
Huh'tak ada kena mengena langsung nak disamakan dengan penapis air Coway Ilya mencebik dibalas jelingan tajam dari Zuyin.
Ain dan Zara main kata melalui isyarat mata sudah masak dengan perangai dua perempuan itu jika sudah bersua muka cakap manis sekejap sahaja yang selebihnya perang mulut.Langsung tak sebulu kalau ada Naura dialah yang menegah dua orang manusia bertamadun itu.
"Huh.. macam lah Naura tu kawan dia sorang."
"Aku kenal dia dulu."
Zuyin mencebik membuat Ilya hanya menahan rasa.Ingat comel buat muka macam tu tak padan dengan tua, Ilya segera bangkit dari duduknya.
"Apa-apa ajelah Zuyin malas aku nak layan orang tua tak sedar diri macam kau ni."
Sejak bergelar seorang ibu melayan loyar buruk Zuyin sudah bukan menjadi keutamanyak kes-kes orang single memang macam ini lah perangai kurang perhatian.
Zuyin termenung fail yang ada pada tangannya sudah tidak ada hati untuk diselak lagi biarlah kalaupun Ilya nak kata dia tua ke apa.
Perasaan terujanya tadi hanya dibuat-buat rindu dia sebenarnya risaukan Naura jika bukan kerana Jaslina yang mendesak dia tidak sampai hati meninggalkan Naura disana.Tanpa sedar dia kerap kali mengeluh teringat akan Naura nun jauh di sana.
* * *
Noah menutup buku teks yang berada ditangannya lalu menanggalkan spec mata putih.
Mata sedikit dikecilkan lalu alis sebelah terangkat langkah diatur menuju barisan belakang dimana seorang pelajar perempuan sedang tidur lena mencipta alam tersendiri.Pantang! paling tidak suka adalah ketika dia sedang tekun mengajar ada pelajar membuta.
"Nik Hanim Syairah"
Tiada sahutan dari anak muridnya itu seakan angin lalu bertiup sepoi-sepoi menyapa deria telinga pelajar bernama Hanim masih tidak berkutik.
"Fatimah tolong kejut sahabat kesayangan awak ni."
Perintahnya pada murid bernama Fatimah yang duduk disebelah Hanim.
"Entahlah Sir waktu-waktu Sir lah dia suka nak tidur."Beritahu gadis itu padanya dengan mengangkat bahu lalu mengguncang lengan Hanim.
"Weii Nim Sir panggil tu."
Tiada sahutan dan sekali lagi si sahabat mencuba mengejutkan.
"Hanim."
Sedikit keras suara Fatimah pada Hanim kali ini nak cakap lembut-lembut mana nak jalan.
"Ermmm...kacau lah orang nak tidur."
Noah menarik buku teks yang Hanim gunakan menutup wajah gadis itu.Selesa!, nak tutup bagai kenapa tak bawak tikar bentang kat belakang.
Noah menelan liur membasahkan tekak untuk mengejutkan Hanim.
"Nik Hanim Syairah Nik Huzair."
Strett...
Bunyi deretan kerusi Hanim segera bangkit dalam keadaan mamai hampir sahaja dia terkena heart atack disergah begitu.
"Saya.."
Mata gadis itu bergedip-kedip tangan begitu lincah membersihkan wajah jika terdapat sebarang tahi mata atau liur yang akan membuatnya malu lalu ditertawakan.
"Task...task..task.."
Noah berdecit dengan gelengan kepala melihat gelagat anak muridnya itu.
"Sekarang ni subjek ekonomi yang awak buat lakaran peta geografi kenapa?.Ke dah cukup kilang tahi mata awak tu nak import"
Bergema bunyi tawa lantunan kelas pelajar tingkatan lima itu mentertawakan seorang rakan kelas mereka.
"Suka sangat lah ketawakan orang lain.,ingat korang budak darjah satu ke nak gelakkan kawan sendiri."
Pelajar-pelajar itu menahan tawa bila Noah menunjukkan wajah datar.
"Mereka semua ni memang tak sedar diri sir, kawan derhaka."
Noah menacap pandangannya semula pada Hanim dengan mata terpicing bila Hanim berkata begitu.
"Kamu ni ketua kelas ke apa perangai tak semengah langsung.Siapa yang lantik kamu jadi kepala kelas ni?."
"Lantik diri sendiri."
Seorang pelajar menyampuk mengundang tawa kecil dari angkatan pelajar dalam kelas itu melihat tatapan amaran dari Noah masing-masing senyap tanpa suara semula.
"Saya tak tidur lah Sir saya cuma membayangkan pertumbuhan ekonomi negara agar lebih maju mampu bersaing dengan negara Asia yang lain"
Hanim menjawab kesedarannya sudah hampir pulih.
"Negara takkan maju dapat rakyat yang suka tidur ketika belajar.Dah cukup dengan mengarut kamu tu buat formula kiraan kat papan putih biar hilang mengantuk tu!."
Hanim menyeluk laci meja mengambil buku latihannya bersama kalkulator setelah itu kaki diatur menuju papan putih.
"Saya boleh dengar"
"Dengar apa?."
Hanim berhenti melangkah badan dipusingkan ke arah cikgu itu.
"Jangan mengata cikgu sendiri dalam hati tak berkat ilmu."
"Apa Sir ni bila masanya saya mengata?"
"Tak nak mengaku,kalau Sir nak tahu Hanim ni dia Queen of mengata dalam hati,saya nampak bibir dia tu terkumat-kamit dah serupa baca mantera."
"Eh kau diamlah sotong! tak padan dengan jantan kepoo je dia ni."
Melihat kedua pelajarnya saling menjengil mata membuat Noah tergeleng kepala berasa lucu menyembunyikan senyum Noah berdehem beberapa kali dengan nada yang agak perlahan.
"Dah-dah tak payah jengil-jengil mata macam tu tak sempat nak ambik periksa nanti urat mata dah habis putus."
Hanim mendengus kasar macamana kakaknya Amalin boleh suka dengan lelaki macam mak nenek ini.
'Nak jadi tunang kakak aku konon harapkan muka ajelah yang handsome perangai mengalahkan ikan jerung.'
Hatinya mencemuh tidak suka dengan keberadaan lelaki itu dalam hidup Amalin.
Tanpa berlengah lagi Hanim mulai menulis pada papan putih melihat kepada jawapan yang gadis itu berikan Noah tersenyum lebar.Budak bijak! nampak tidur tak ingat dunia tapi otak boleh tahan genius.
Sementara pelajarnya yang sorang itu menulis pada papan putih Noah membuka skrin telefon bimbitnya yang terasa bergetar dalam kocek seluar.
Nafas lelah dihembus melihat pesanan yang masuk rasa bersalah kian menggunung di hati
pasti daddy nya tidak menang tangan mengurus hal syarikat sejak pemergian abangnya.Namun dia sudah jatuh suka dengan kerjayanya sekarang Noah sudah bertekad untuk tidak bersaing dengan Zafran.Dia tidak ingin terlibat dengan hal-hal bisnes keluarga mereka namun kini semuanya sudah tidak relevan dengan kehendak yang Noah inginkan mahu tidak mahu dia harus kembali ke Kuala Lumpur.Tapi Naura?..
Dia tiada akan menjejakkan kaki kerumah selagi Naura tidak kembali.
* * *
Bali, Indonesia
…Now as I stand here alone on the beach,
It is so hard for me to have you out of my reach. There is nothing I could do,
To bring you back into my life.
So I would cry on the shoreline here,
And go back home to fake a smile.…
Biasan cahaya senja didada langit kian samar.
Pengunjung yang tadinya begitu meriah kian beransur pergi meninggalkan pantai.
Hanya Naura yang tidak beranjak duduk dilantai pantai membiarkan kakinya dibasahi hempasan ombak.
Seketika kelopak matanya terpejam saat bayu samudera yang begitu nyaman menyapa lembut pipi putihnya seraut wajah yang dulunya berisi kian cangkung ketika ada sepasang pengunjung villa melaluinya Naura hanya melemparkan senyuman yang terkesan begitu tawar.Mungkin pada pandangan orang lain Dia tersenyum tapi dalamannya menahan tagis jika satu hari nanti Naura bisa tertawa siapa tahu jauh disudut hatinya diasebenarnya ingin teriak lalu meraung sepuasnya atas pemergian Zafran.
Sejak waktu asar berlalu Naura masih belum beranjak dari pantai melihat matahari terbenam hatinya dijentik rasa sayu kehilangan matahari disiang hari membuatnya selalu teringat atas pemergian Zafran tanpa kerelaannya.
Bibirnya mengukir senyum melihat dua sejoli yang melalui nya tadi kini sedang menari diiringi alunan muzik dari radio yang mereka bawakan.
"Sayang.."
Lambat-lambat Naura memalingkan muka kebelakangan mendengar suara Zafran sedang memanggil nya.Melihat lelaki yang begitu dicintainya sedang tersenyum dengan tangan kanan terhulur membuat sekujur tubuhnya kaku.
Tuhan..., Katakanlah ini bukan mimpi jika memang ini adalah mimpi tolong jangan ada sesiapa mengejutkan dirinya dari mimpi indah ini.
"Kenapa Isteri biy kursus sangat ni?."
Zafran mencondongkan badan lalu mencuit hidung isterinya lelaki itu tersenyum kacak pada si isteri.
Lantas Naura bangkit keterujaan yang tak bisa dibendung melihat Zafran muncul semula dalam hidupnya.
"I miss you so much."
Tubuh sasa suaminya dipeluk erat menghambur tangis rindu pada insan dirindui.
"Sayang rindu tu perlukan tenaga macam mana rindu nak sampai kalau sayang tak makan asal kurus sangat ni."
Naura lorek senyum mendengar Zafran berkata begitu.Lama mereka dalam keadaan berpelukan
"Jangan tinggalkan Aura lagi please cukup kedua kali jangan untuk ketiga kali ini.Sangat sakit rasanya kehilangan biy and our baby."
"Sayang janganlah sedih sangat bayi kita selamat dengan hubby,bila tiba saatnya sayang pasti akan bertemu dengan dia."
"Almost four months...four, keterujaan i hilang manusia-manusi iblis tu buat Aura hilang anak kita..Semua ni takkan jadi kalau Aura tak bodoh sangat masa tu."
Dengan esakan kuat wajahnya ditenggelamkan pada dada bidang suaminya tubuh itu terasa dingin tidak hangat seperti dulu lagi.
"Sayang tak salah.."
Bahu isterinya ditarik didakap erat-seeratnya tanpa ada ruang zahrah yang memisahkan dalam pelukannya,tidak ingin Naura terus-terusan menyalahkan diri sendiri.
"I tak kuat.. mommy benci i sangat dia dah tak boleh terima i sebagai menantu dia."
"Sayang hey...sayang look at me,."
Zafran menekup pipi isterinya membawa anak mata Naura bertentangan dengan bebola matanya.
"You kena kuat untuk diri you sendiri kalau you sakit terluka tak ada siapa yang akan nampak and faham dalam kalbu you tu.Hubby dah tak boleh jadi penawar luka you coz I salah satu insan yang membuat luka calar-calar terbesar dalam hidup sayang."
Naura menggeleng kepala laju tidak suka dengan apa yang Zafran katakan padanya Zafran adalah nadi kehidupan nya.
"Biy jangan lah cakap macam tu you are my nyawa.I tak rela hilang you,you jangan tinggalkan I."
"Okey kita jangan cakap tentang meninggalkan or yang ditinggalkan hubby tak suka dengar sayang,masa biy sangat limited."
Naura berlipat dahi kebingungan hatinya dijentik rasa sedihan yang kian berganda-ganda.
Namun kata ajakan seterusnya dari Zafran membuat sedih yang dirasakan tadi melayang dibawah angin lalu.
"Honey, will you dance with me?"
Naura mengukir senyum lebar lalu angguk kepala bersungguh-sungguh saat tanganya menyambut huluran tangan Zafran tangan itu digenggam erat tidak ingin dilepaskan lagi.
"Don't cry I'm here,"
Usapan jemari kasar suaminya menghampus airmata yang menitis membuat Naura benar-benar berharap ini bukanlah mimpi.
Seperti pasangan tadi mereka berdua turut menari diiringi alunan muzik yang sedang diputar melalui radio.
Rentak kaki begitu seirama, kombinasi angin bertiup nyaman begitu romantis berdamai menyatukan suasana senja kian malap.
How do I love,how do I love again?
How do I trust,how do I trust again?
I stay up all night
Tell myself I'm alright
Baby, you're just harder to see than most
I put the record on
Wait 'til I hear our song
Every night I'm dancing with your ghost
Every night I'm dancing with your ghost
Never got the chance,to say a last goodbye
I gotta move on
But it hurts to try...
Setiap bait-bait lirik lagu itu menyentak relung hati nya.Sehingga langkah tarian Zafran terhenti dan meleraikan rangkulan pada pinggang nya lalu tangan kekar itu beralih memegang kedua pipi Naura pandangan mereka saling bertaut menghantar pandangan saling rindu yang begitu dalam lagi dan lagi.
"It's time for me to go honey take good care of yourself."
Satu kucupan suci diberikan pada dahi isterinya.
Seperti petir menyambar Naura ingin menutup kedua belah telinganya Naura menggeleng tidak rela Zafran pergi meninggalkannya.
"Biy nak pergi mana please jangan tinggalkan sayang."
"Don't torture yourself too much!.You deserve to be happy but not with me honey.Seluruh jiwa ini hanya untuk Aura tolong bahagia hanya itu yang biy nak."
"Jangan pergi please! jangan....no,no..jangan"
"Aura bangun..."
Ayunda terus-menerus mengguncang bahu cucunya tidak sedap hati melihat Naura meracau-racau.Tadi seorang pekerja villa menemui Naura terbaring di pantai bagaimana boleh cucunya itu tertidur ditempat begitu.
"Naura...!"
Mendengar namanya diseru begitu kuat Naura tercelik secara mendadak dadanya turun naik mengatur nafas.
"Kamu kenapa sayang..mimpi lagi ya?, kamu mimpi apa ayo ceritain sama eyang"
"Bagaimana bisa kamu ketiduran dipantai?.Mujur ada Glenn yang nolongin."
Ayunda mengusap peluh yang mengalir di dahi Naura lalu membantu Naura duduk tergeleng-geleng wanita usia senja itu dengan keadaan cucunya.
"Kamu baik-baik aja kan?"
Naura menganguk perlahan kecewa bila menyedari apa yang dilaluinya hanyalah sebuah mimpi.
"Terima kasih eyang.Tapi.. bagaimana Aura boleh ada dibali?"
Melihat alis Naura seakan hampir bercantum membuat mata Ayunda bulat keheranan cucunya ini lagi tidak sedang hilang ingatan kan.
"Kamu gak ingat ya atau pura-pura lupa,waduh cucu eyang ini."
Ayunda tergelak kecil dengan gelengan kepala macam mana Naura boleh lupa sudah seminggu berlalu.
"Eyang.."
Naura memanggil lemah dia inginkan penjelasan.
"Beneran kamu kagak ingat ni?."
Wanita itu mati senyum bila melihat wajah Naura tanpa expresi menanti pertanyaan nya terjawab.Ya-Allah apa yang jadi dengan Naura.
"Minggu lalu eyang sama kakek membawamu ke sini kamu diusir dari rumah oleh ibu mertua mu teman kamu sama itu tante Jas juga ikut kok.Aura itu mahu tinggal di kondo yang ditinggalkan oleh suami Aura sahaja eyang sih gak keberatan...Toh malah kakek memaksamu kembali ke Indonesia untuk sementara waktu, kondisimu sangat lemah sayang."
Naura mengerutkan dahi mengapa dia tidak ingat dengan peristiwa itu.
"Aunty Su erm.. mereka?."
"Mereka udah kembali ke Malaysia cuman dua hari temanin kamu."
"Aura tak ingat kenapa memori mereka ada di sini takde dalam kotak fikiran Aura eyang?."
Dia ragu cuba mengingat namun pastinya tidak ada yang akan ditemukan dalam ingatannya minggu lalu.
"Kamu capek jangan difikirkan."
Rambut cucunya diusap lembut penuh kasih tangan tuanya yang bergetar cuba untuk dikawal.
"Ya udah kamu istirahat tapi jangan tidur loh udah magribe eyang masakin kamu sup ya."
Naura hanya memerhatikan sahaja langkah neneknya berlalu pergi memasuki ruang dapur setelah itu dia termengu seketika mengenang mimpinya tadi Naura bersyukur meski hanya sekadar mimpi itu sudah memadai Zafran mengucapkan selamat tinggal.Hatinya belum redha sepenuhnya atau hatinya patah mungkin kerana itu dadanya terasa sesak,Naura merasakan sedang bermimpi dan yang malangnya dia lupa cuba diingati namun gagal total.
"Ada apa nonya?."
Tanya Marta pelik melihat melihat wajah majikan nya itu
"Aku lagi khuatir sama Naura akhir-akhir ini bisa aja ketiduran dimana-mana terus mimpi buruk tika tidur menurut kamu apa Marta?.Apa ini karena peristiwa penculikan, suaminya yang meninggal atau karena bayinya."
"Iya loh nonya tingkah Aura itu sesuatu deh, Menurut cerita tantenya yang nonya bilang sama saya itu bisa jadi."
"Dia terlalu muda untuk hadapi semua ini."
Ayunda mulai terisak-isak menahan tagis sudah pastinya dia tidak mampu melihat cucunya begitu menderita terlalu berat perasaan melihat keadaan Naura.Hatinya tidak enak akhir ini jiwa tuanya mengatakan ada perkara buruk akan berlaku menimpa Naura.
"Non Aura itu kuat dia pasti bisa,Non bukan wanita lemah."
"Dia tetap seorang wanita Marta..dia rapuh kamu tidak tahu itu"
Pelbagai andaian yang menerjah alur fikirannya akhir-akhir ini.
"Saya tidak menyangka pria yang saya harapkan untuk melindungi cucu saya ternyata sudah meninggal, padahal baru beberapa bulan yang lalu mereka berdua datang ke sini dengan penuh suka cita bersama calon momongan mereka.Aku harap cucuku mampu melewati segala macam rintangan kedepannya."
"Aku takut dia gi.."
"Astaghfirullahalazim nonya jangan gomong nya begitu husnuzon setiap kata adalah sebuah doa."
Bila Marta berkata begitu Ayunda mengucap panjang dalam tangisan pilu sedar akan keterlanjuran kata yang ditutur maka makin kuatlah tangisan wanita paruh baya itu membuat Marta bingung harus memujuk meredah tangisan majikannya.
* * *
Tengku Zabrina mengatur langkah laju menuruni anak tangga demi tangga melihat anak lelakinya sudah ke luar dalam perut lif lalu menghampiri pintu utama.
"Where do you want to go,?."
Mendengar suara bondanya Tengku Khaizuran memutar tubuh lalu meleretkan senyuman kacak.
"Khai nak balik kondo nak siapkan paper work esok kena outstation pergi Beijing."
"Bonda perlukan your time now,kejap aje boleh tak?."
Rosak rancangan nya jika anak lelaki nya ini tidak menampakkan muka pada makan malam nanti.
Tapi jika tanpa persetujuan Tengku Khaizuran, Tengku Zabrina tetap akan melaksanakan rancangan nya.
"Bonda..Khai dah bagitahu petang tadi kan,Khai tak dinner dengan bonda dan ayahanda."
"Bonda dah ajak keluarga datuk Saifuddin dinner datang rumah.Kalau Khai balik kondo takkalah cuma ayahanda dan bonda layan mereka.?"
Tengku Khaizuran menarik nafas berat wajah bondanya dipandang rasa bersalah.
"No excuse..just for an hour please jangan malukan bonda dan ayahanda depan tetamu."
Tengku Zabrina masih tidak berputus asa bagaimana juga dia harus memujuk anak lelakinya ini.
"Bonda I'm sorry ok,Khai tak boleh nak tangguh kerja projek ini bermakna buat Khai."
Sengaja Tengku Khaizuran mencari alasan bukan dia tidak tahu jika bondanya sudah mengajak orang-orang penting datang ke rumah pasti merencanakan sesuatu.Tidak berlengah tangan bondanya dikecup lalu berlalu pergi meninggalkan wanita itu.
"Tengku Khaizuran Idris."
Geretak bunyi gigi si ibunda bila anak lelakinya tidak mendengar kata tanpa sedar ada yang memerhati wajah merah padam nya menahan geram.
"Tak guna nak paksa anak teruna awak tu.Dia dah ada pilihan lain, kita tahu siapa penangannya."
Tengku Mokthar menghampiri isterinya yang berwajah monyok dengan penolakan anak lelaki mereka.
"Bila abang balik?."
"Kejap tadi awak cakap dengan Khai abang perhatikan aje"
Perhati je?..Tak membantu langsung biarkan anak dia tu ikut kepala sendiri.Tengku Zabrina mendengus geram lagi dan lagi.
"Abang suka lah nak bermenantukan Naura Rosse tu?.Kalau saya tak paksa anak abang tu sampai berubanlah dia takkan kahwin-kahwin tau."
"Kalau mereka dah berjodoh awak yang berpangkat ibu melahirkan Khai pun tak boleh nak halang ketentuan Allah sayang kena Ingat tu!."
Kata-kata suaminya sangat menyakitkan hati tak beragung patutpun anak bongsu mereka itu keras kepala, suaminya ini selalu memberi sokongan moral.
"Saya tak kira, keputusan saya muktamad!."
Selesai mengatakan itu Tengku Zabrina mengorak langkah meninggalkan suaminya.
Dia tidak rela bermenantukan Naura Rosse dia tidak akan pernah kisah jika perempuan itu adalah cinta mati Tengku Khaizuran sekalipun.
Tengku Mokhtar tergeleng kepala dengan sikap berlebihan isteri nya itu jika ditakdirkann anak lelakinya berjodoh dengan Naura Rosse dia sebagai ayah tidak akan menghalang justeru beliau akan menyokong pilihan anak bongsu mereka itu.
Asallam sorrry terlalu lama menghilang Sky mengalami kesukaran log masuk tak tahu novel+ ni kena up to date.
Share this novel