Zafran memerhati wajah Naura yang tengah tertidur pulas beralaskan lengan diatas lututnya.
Isterinya ini kalau tidur seperti bayi, lembut sahaja.Kejap! dia baru mengaku tadi, Naura sebagai isteri ke.
Zafran tepuk dahi,Naura adalah isteri dan dia adalah suami so mereka adalah suami isteri,Zafran lagi geleng kepala.
"Bangun!"
Zafran menendang perlahan kaki yang bersalut kasut tumit tinggi.Membuat Naura mengerjap terpisat-pisat mengosok mata lalu menguap.
"Awak pergi mana?."
Rengeknya manja lalu berdiri.
"Bukan urusan kau!.Jangan jadi penyebok."
Setelah menekan password pintu dibuka kasar.
"Mestilah kena jadi penyebok.."
"Kau jenis tak faham bahasa ke?,aku kena guna bahasa apa bagi kau faham."
"Bahasa cinta mungkin."
"Eh! Kau ni lempang kang!."
"Dah biasa kena lempang,so apa salahnya kalau kena lempang selalu dengan abang,Aura sudi.!"
"Suka hati kaulah perempuan..aku dah send kat kau password..So kau buat hal kau, dan jangan ikut campur urusan aku!, terutama sekali..."
Zafran petik jari beberapa kali sebelum menunding ke arah Naura.
"Jangan gatal nak masuk bilik aku! kau ni bukan boleh dipercayai sangat..Bilik kau sebelah kiri sana!."
"Kalau nak gatal jugak?,"
Zafran meraup wajahnya serta mengetap giginya geram dengan Naura yang banyak mulut.
Setelah menunjukkan bilik untuk Naura.Zafran menghilang menuju biliknya sendiri tanpa mempedulikan lagi Naura.Membuat Naura cebik bibir.
"Takpe,dah dekat macam ni kira okeylah,senang nak buat rancangan tackle my husband yang hati batu macam ni."
Selesai mengemas apa yang patut.Naura menuju ke dapur untuk memasak,bab masak ni dia tak lah pandai sangat tapi kalau setakat campak-campak boleh masuk mulut.Alhamdulillah masih sedap walau tak power macam chef lima bintang masak.
Menu sarapan pagi yang Naura sediakan adalah
nasi goreng daging steak nasib bahan-bahan ada.Maklumlah perempuan simpanan itu kan selalu datang sini kemungkinan dia yang beli semua bahan dapur ini.Setelah siap menghidang Naura mengorak langkah menuju bilik Zafran.
"Abang!."
Naura mengetuk pintu berkali-kali sebelum pintu terbuka.
"Kau nak apa?."
Suara serak Zafran yang baru bangun tidur dengan rambut kusut masai, tidak mengganggu tahap ketampanannya.
Naura kerut dahi,Zafran seperti tidak tidur semalaman.
"Jom sarapan."
"Aku tak lalu nak makan masakan kau.Entah apa-apa yang kau letak."
"Dan kau jangan panggil aku abang!,aku jangkel,geli dan aku bukannya abang kau yang kau nak berabang-abang bagai."
'Habis tu nak panggil kakak pulak ke?.'
Gerutu hati nya.
"Tapi Aura kan dah jadi isteri abang."
"Kau hanya isteri atas kertas,sila sedar diri sikit!."
Terhinjut bahu Naura bila Zafran menutup pintu secara kasar.
"Abang marah-marah cepat tua,nanti orang ingat suami Aura ni dah tua kerepot."
Kembali Zafran membuka pintu dengan wajah mencuka nya.
"Repeat again.!"
"Marah-marah cepat tua."
"Bukan tu."
"Suami Aura ni dah tua kerepot."
"So kalau aku dah tua, kau sukalah nak cari lelaki yang lagi muda."
"Bunyi macam ada orang cemburu aje,mengaku ke diri tu suami kepada Aura."
Naura mengecilkan matanya memandang Zafran.
"Excuse me,tak kuasa aku nak cemburu."
Zafran menolak bahu Naura dengan kasar lalu menutup pintu semula.
Naura mengeluh kecil,dia jugak sudah tidak lalu hendak makan.Dengan berat hati Naura masuk ke dalam biliknya.
Badanya dihempas ke atas katil dia cuba memejam mata sehinggalah dia tertidur.
* * *
"Bonda nak kenalkan dengan anak kawan bonda."
Tengku Khaizuran mengusap tengkuk,tidak selesa setiap kali perkara ini yang akan dibahas.
"Bonda dan ayahanda suruh Khai pulang hanya nak bahas soal ini?."
"Khai kamu bukan muda lagi,berhenti berseronok dan cari pasangan hidup!."
Seru Tengku Mokthar pada anak terunaya,tiga puluh itu masih muda baginya,dia bukanya perempuan yang nak monopos di angka tiga.
"Bonda aturkan pertemuan,hanya kenal-kenal dahulu."
"Khai dah ada pilihan ,biar Khai yang cari calon sendiri.
"Siapa orangnya?."
Tanya Tengku Mokthar tepat memandang wajah Tengku Khaizuran ketika ini.
"Kami baru kenal siapa orangnya nanti Khai akan perkenalkan bila tiba saatnya."
Ia baru kenal dan rasa ingin mengenali lebih mendalam lagi.Dia jatuh cinta pada pandang pertama,seperti orangnya yang bernama Aura gadis itu membawa aura yang kuat ketika ini.
"Baguslah kalau macam tu,tapi ingat jangan mainkan perasaan orang lain.Jika hanya untuk keseronokan lupakan niat kamu tu.!"
Tengku Khaizuran hanya mengangguk mengiyakan, kata-kata ayahnda nya.
"Ingatkan bonda boleh berbesan dengan kawan bonda.Kalau Khai ubah fikiran cakap dengan bonda sebab bunga di taman kawan bonda tinggal sekuntum,kamu lambat melepas."
Tengku Zabrina mengeluh kecewa,kepunan apabila datin Salwa mendadak mengatakan Naura akan berkahwin dengan Zafran anak Datin Salwa sendiri, Kawannya itu menunjukkan gambar Naura tapi dia sendiri yang membatalkan.
"Kenapa Khai rasa bonda macam ada pendam sesuatu?."
"Bonda berkenan dengan sorang perempuan ni,tapi tak kesampaian anak kawan bonda dah dapat dulu."
"Maksud bonda perempuan yang bonda nak kenalkan dengan Khai ke.?."
"Bukan..,yang sebelumnya lagi tip-top tapi dah jadi isteri orang sekarang.Dah kahwin dengan sepupu sendiri pun."
"Sepupu sendiri?,"
Tengku Khaizuran angkat kening bingung.
"Kenapa?."
"Boleh ke?,Khai ada terbaca satu artikel dari pakar kesihatan ni.Kahwin dengan sepupu menyebabkan kecacatan janetik."
Tengku Mokthar geleng kepala mendengar kata-kata anak terunaya.
"Tengku Khaizuran Idris dengar apa ayahnda nak sampai kan ni hadam baik-baik!., Allah SWT berfirman dalam surah Ahzab ayat 50 yang bermaksud,dan kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu aitu (anak-anak perempuan bapa saudaramu( Sebelah bapa).Dan anak-anak perempuan bapa saudaramu(Dari Sebelah ibu).Serta anak-anak perempuan emak saudaramu(Dari Sebelah ibu)yang telah berhijrah bersama-sama dengan mu.."
"Ada je kan tak kahwin dengan sepupu tapi still dapat anak yang cacat,Khai kena ingat semuanya berlaku bila Allah SWT dah berkehendak.Sedangkan Rasulullah kita sendiri berkahwin dengan sepupu baginda yang bernama Zainab.Khai juga kena ingat Saidina Ali sepupu kepada baginda sendiri telah berkahwin dengan Fatimah puteri Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam.Ilmu agama kamu catek sangat ni lepas ni ikut ayahnda selalu pergi tazkirah dengan ustaz Azizan.!"
Tengku Khaizuran menelan liur susah payah, salah sendiri hadapan aje lah.
"Jangan ingat ayahnda tak tahu apa kegiatan kamu dibelakang kami."
"Ayahnda Khai masih muda lagi!,dan Khai bukanya budak kecil yang kena dengar serta patuh semua kehendak bonda dan ayahanda selalu."
"Ok, Terpulang pada Khai!.Kita tengok sampai kemana perempuan yang kamu kenal tu membawa kamu ke arah kebaikan atau sebaliknya."
Tengku Zabrina berdiri meninggalkan dua beranak itu mungkin terkesan terkilan dengan sikap degil anak lelakinya.
* * *
Terjaga dari tidur yang panjang,Naura meregangkan otot-otot sebelum bangun menuju ke dapur meminum air.Langkah nya terhenti mendengar tawa seorang perempuan yang datang dari bilik Zafran.
Perasaan takut menyelubungi dirinya ketika ini.Takut melihat dan takut menerima apa yang sedang difikirkan.Pintu yang agak terbuka sedikit itu ditolak perlahan.
"Korang buat apa ni.?."
Soalnya dengan dada turun naik terkejut, marah bercampur segalanya melihat kemesraan dua manusia ini.
Zafran melangkah ke muka pintu,baju yang sedikit terbuka dibutangkan.
"Kau rasa dalam keadaan begini apa yang akan suami isteri lakukan?."
Zafran balik bertanya pada Naura,membuat isteri nya makin membeliakkan mata kerana terlalu terkejut.
"Abang merepek apa ni?,isteri abang adalah Aura! perempuan tu hanya simpanan abang aje!."
"Salah!.Sara adalah isteri aku yang sah.Dan kau adalah isteri kedua.Aku dah kahwin dengan Qaisara seminggu sebelum kita nikah."
"Abang tipu!.Abang hanya nak sakitkan hati Aura, ini semua hanya satu sandiwara yang abang ciptaan kan."
Naura merasa sekujur tubuhnya menggigil tidak mampu menerima apa yang telah Zafran katakan padanya.
"Suka atau tidak kau kena terima!.Kau hanya orang ketiga yang hadir merosakkan perhubungan kami.Aku tak cintakan kau tapi kau yang terhegeh-hegeh nak kan aku."
"So berhenti bermimpi yang aku akan cintakan kau.!"
Air matanya mengalir tanpa di pinta,mengapa jadi begini menyiksa mencintai seorang lelaki yang bernama Zafran.
"Abang kita baru nikah abang sedar tak ni?.. majlis resepsi kita belum berlangsung tapi abang dah kahwin dengan perempuan ni.Abang ingat Aura ni apa?."
"Ni semua salah kau!apa yang kau bagi makan dengan Zafran sampai dia bencikan aku begini.?"
Naura melangkah menerpa kearah Qaisara lantas ditahan Zafran agar Naura tidak melakukan sesuatu luar jangkaan.
"Kau buat apa ni ha?.Aku memang bencikan kau kenapa nak salahkan Qaisara."
Berdesing telinga Naura bila Zafran meninggikan suara menengking dirinya.
"Aura nak bunuh perempuan perampas ni!.Biar lenyap dari muka bumi ni!.lepaskan.. lepaskan Aura."
"Kau jangan uji kesabaran aku Naura!."
"Siapa uji kesabaran siapa sekarang ni.?,Kalau abang nak benci Aura silakan tapi jangan buat Aura macam ni!.Perempuan ni tak pantas untuk ada disisi abang, lepaskan Aura!.."
Naura meronta apabila Zafran memeluk dirinya dengan kejap.
"Sara awak balik dulu nanti saya jumpa awak."
Pintanya pada Qaisara.Geram dengan Naura yang menggila tidak terkawal.
Qaisara mencapai beg tangan nya sebelum berlari anak menuju pintu.Tanpa suara dia meninggalkan pertengkaran yang berpunca darinya.
"Lepaskan Aura!,kenapa halang Aura?.Aura nak bagi pengajaran dengan perempuan murahan tu!."
Makin Naura menangis makin sakit rasa hatinya.Zafran melepaskan Naura lalu menghempas tubuh mungil Naura ke atas tilam.
"Kau yang harus di beri pengajaran!."
Zafran tersengih memandang Naura,lalu keluar dari bilik dan dia kembali membawa kerusi yang di bawah dari dapur.Zafran membuka wadrobe mengambil empat helai tali leher.
"Abang nak buat apa?."
Soal Naura cemas,air mata disekah kasar Naura cuba berdiri.Namun pinggang nya di sambar laju oleh lengan kekar suaminya.
Zafran menyeret Naura ke dalam bilik air.Diikatnya kaki dan tangan Naura pada kaki dan belakang kerusi.
"Abang buat apa ni?.kenapa buat Aura macammmpp.."
Mulut Naura turut diikat.Naura merasa Zafran seperti seorang psycho yang kejam memperlakukan dirinya begini.
"Ini adalah balasan untuk kau!,sebab murahan dan suka menyusahkan hidup orang lain."
Setelah mengikat Naura dengan kemas.Air shower di putar membasahi seluruh tubuh Naura.
"Enjoyed my wife!"
Zafran pergi meninggalkan Naura yang mula menggigil ketakutan.Naura hanya mampu berteriak dalam hati dan meronta seperti orang yang bisu.
'Abang jangan buat Aura macam ni!.Abang adalah nyawa Aura, segalanya dalam hidup Aura yang kosong ni..'
Hatinya terlalu sakit diperlakukan begini Naura merasa bangunan Kondominium ini bergegar seakan ingin runtuh.Adakah sedang berlaku gempa bumi,makin lama makin kuat gegaran yang dirasakan.
"Bangun!"
Sayup-sayup dia mendengar suara itu makin lama seakan makin jelas pada pendengaran nya.
"Woii bangun lah!"
Brukkk..
Naura terjatuh terjelepok di lantai.
Share this novel