Sepanjang perjalanan pulang keduanya hanya membisu tanpa suara, Naura lebih memilih membuang pandangan keluar jendela dari melihat wajah suaminya.Sampai sahaja dipenthouse Zafran yang terlebih dahulu keluar dari lift jadi kaku melihat sosok seorang lelaki berdiri didepan pintu.Marah benci dan kesal menjadi satu.
"Noah."
Naura berhenti melangkah mendengar nama itu,lalu mengikut arah pandangan kefigura yang dimaksudkan.Laju sahaja lengan Zafran memaut pinggang isterinya,Naura tersentak namun membiarkan sahaja.Mereka berdua melangkah bersama.
"Noah Izham anak lelaki kedua Dato'Nasir yang sekian lama menghilang akhirnya muncul jua.Untuk apa?"
"Abang dan Naura apa khabar?."
"Seperti yang kau nampak masih bernyawa malah kami dah jadi pasangan suami isteri yang sah!."
Noah memandang wajah Naura sekilas,
menghantar rindu yang terpendam yang harus diurung dan segera menghampus cintanya.
"Abang can we talk.."
"Aku tak ada masa nak bercakap dengan kau.lagipun tok ayah nak dapatkan cicit segera!so aku dan Naura ehem..kau faham kan maksud aku."
Naura tersedak air liur mendengar ucapan Zafran.
"Aura masuk dulu!"
"Naura!"
Zafran segera menahan tangan Noah dari memaut lengan isterinya.Tanpa menoleh lagi Naura berlalu pergi meninggalkan mereka berdua, Sehingga ke saat ini dia masih engan membuka mulut berbicara dengan Noah.Rasa marah dan terkilan sangat sukar dihapus.
"Kau nampak kan isteri aku tu dah tak sabar so sila berambus dari sini!."
Terdengar renyai tawa dari Noah membuat Zafran menatap wajahnya tidak suka.
"Dia isteri kau tapi aku aku yang pertama rasa dara dia.Sepatutnya aku yang khawin dengan Naura bukan kau bang!."
"Kau nak jadi yang pertama ke atau kesepuluh sekalipun aku kisah apa.Sekarang dia dah jadi hak aku!..Kau sendiri tahu Naura cintakan siapa,yang menguasai tubuh itu hanya nafsu,tapi yang berjaya bertakhta di hati Naura adalah nyawa aku."
"Kau tak payahlah nak jadi hipokrit bang!..aku tahu kau masih bencikan Naura dengan kejadian beberapa tahun lalu antara kami berdua."
"Kau memang bangsat."
Dengan kasar Zafran mencengkam bahu baju Noah.
Tik..
Zafran tersentak mendengar petikan jari Noah tepat di hadapan wajahnya.
"Bang kau ok tak ni?."
Noah cuba melepaskan cengkaman Zafran dari bajunya,Membuat Zafran salah tingkah.
"Emm kau nak cakap apa.?"
"Aku nak cakap tentang aku dan Naura tujuh tahun lalu ,Sebenarnya..."
* * *
Selesai mandi Naura mundar-mandir dalam bilik.Dia tahu sudah dua jam berlalu itu bererti Noah sudah balik takkan mereka nak bersembang hingga ke subuh.
Naura takut jika Noah berkata perkara yang tidak-tidak dengan Zafran yang akan membuat suaminya lagi membencinya.Naura membuka wardrobe menukar pyjama tidur dengan memakai lingerie sexy warna merah hati.Sekali lagi idea gila muncul di benaknya.
Zafran tersentak mendengar pintu biliknya diketuk.Air mata yang dari tadi mengalir dihapus,begitu Zafran membuka pintu membuatnya kerut dahi melihat Naura terangguk-angguk dengan mata terpejam lagi Zafran menelan liurnya yang terasa kelat melihat Naura atas ke bawah.
'Ah'tidur berjalan sejak bila.?'
"Hey!you buat apa depan bilik I ni?."
Zafran menepuk pipi Naura perlahan namun tiada
respon dari sang isteri.
"Naura!"
"Naura wake up!"
Zafran mendengus kecil.Detik kemudian Naura merasa sekujur tubuhnya melayang Zafran sedang mencempung nya.Lalu meletak Naura perlahan pada tempat tidur lelaki itu, selimut di tarik menutupi separuh tubuh Naura.Rambut yang menutupi wajah isterinya diselak perlahan tanganya membelai wajah Naura
dengan lembut.
Naura tahu Zafran sedang memerhati.Naura terkedu bila ada titisan air jatuh pada pipinya.
'Abang Zaf menangis but why.?'
"Jika apa yang Noah katakan adalah benar belaka, I tak layak jadi suami you!.I tak layak untuk you cintai!.,"
'Apa pulak yang Noah dah cakap ni.'
Cup..
What Zafran mencium dahinya wajahnya terasa membahang.Naura ketap gigi kuat menahan rasa.
'I nak dengar semuanya dari mulut you!,Selama ni I rasa sakit tapi I tak tahu you lagi sakit dari I.Abang pernah janji nak lindungi Aura dari disakiti sesiapa pun,menjadi malaikat tak bersayap untuk Aura!tapi pada akhirnya abang yang sakitkan Aura dengan teruk sekali.'Zafran terus menerus bersuara dalam hati mengutuk kebodohan nya sendiri.Tipu jika dia tidak merasa cemburu dengan tindakan Dato' Zackery memeluk Naura.Dia juga tidak percaya tindakan dramatik Naura menampar lelaki itu.
Cup..
Lagi Zafran mencium Naura tapi kali ini dibibirnya.Naura menjadi kaku ciuman singkat yang terasa hangat berjaya membuat detak jantungnya tak beraturan.Naura cuba bertahan dari membuka kelopak mata dan bertanya mengapa.
'Eh' apa ni ambik kesempatan, kata jijik..tapi ada hati curi-curi kiss bibir orang.'
Naura membuka mata bila mendengar pintu ditutup.
"Nak pergi mana malam-malam macam ni?."
Naura menyentuh bibirnya lalu koyak senyum.Dia tahu apa pun yang Noah telah katakan pasti sesuatu yang baik.
"Tak kisah berapa lama masa yang abang kena ambil Naura akan tunggu!."
Naura kembali berbaring menghirup aroma jejak bau perfume Zafran yang melekat pada bantal.
"Betul lah orang kata! bau badan dan minyak wangi bila bercampur akan memberi aroma yang berbeza."
Naura tersenyum memejam mata menghirup aroma yang sangat ia rindu hingga menusuk ke kalbu.
"Tengku Khaizuran Idris Tengku Mokthar Razi.?."
Zafran mengeluh berat dia kenal Tengku Mokthar salah satu pemegang saham terbesar dalam syarikat mereka.Tapi dia tidak tahu yang lelaki itu ada seorang anak lelaki yang nak rapat dengan Naura.
"Ya bos!Tengku Khaizuran ni ada beli kondo kat are situ jugak."
"Apa lagi?."
"Tengku ni suka pergi kelab tapi tak suka mabuk teruk,mahupun berkepit dengan perempuan.Banyak perempuan nak berkepit nak himpit dia tapi dia tolak semuanya..Jual mahal kut bos."
Zafran berdecak geram,rambutnya diraup kasar.
"Tak suka berkepit dengan perempuan..ceh cari tahu lagi! sampai semua keburukan dia terbongkar."
"Kami dah habis cari bos!tu jelah yang kami dapat.. Sebelum tu Tengku ada upah penyiasatan untuk cari tahu tentang isteri bos jugak."
Tut..
Segera Zafran memutuskan talian.Panas! Zafran dapat rasa aura negetif yang lelaki itu nak cuba try Naura.
"Aku tengok sejauh mana kau boleh pergi,ingat Naura nak kat kau."
Zafran melangkah menuju keretanya.Untuk sementara ini dia ingin menjauhkan diri dari Naura,tidak sanggup rasanya berhadapan dengan Naura,.
* * *
Noah membuka peti ais, segelas jus oren diteguk.
"Kenapa dengan muka kamu?kamu gaduh dengan samsing mana ni?"
Jaslina membelek wajah tanpan Noah dengan rasa cemas.
"Noah dah bagi tahu semuanya dengan abang Zaf."
"Sampai teruk pecah macam ni."
"Salah Noah..memang patut abang buat macam ni."
"Jom aunty Su hantar pergi klinik."
"Tak pe,sikit aje ni."
Noah menarik kerusi melabuhkan punggung disusuli Jaslina.Noah dipandang dengan gelengan kepala.Asal semua anak sedarnya perangai kepala batu asyik nak ikutkan telunjuk mereka sahaja.
"So macam mana dengan Naura dia masih marah kan kamu tak?."
"Tak sempat nak sembang tadi, keadaan tak mengizinkan aunty sendiri tahu perangai abang macam mana."
"Noah ada melamar jadi cikgu kat Kuantan."
"What cikgu?."
Noah dipandang dengan tidak puas hati.
"Yup..kenapa?"
"Noah belajar bertahun lamanya ambik pentadbiran dan pengurusan perniagaan tau!.Tapi Kenapa jadi cikgu pulak ni?."
"Aunty tolong faham Noah please !. Kan Noah dah cakap tak nak abang Zaf rasa tergugat dengan kehadiran Noah."
Noah tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan yang akhirnya Zafran yang akan mengalah dan undur diri cukup sekali,biar untuk kali ini Noah yang mengalah.
"Soal perasaan yes dia akan rasa tergugat tapi takkan dengan masa depan adik sendiri tak nak ambik kisah."
"Noah dah tak nak jauh lagi dari family,tapi Noah kena ubah suasana hati dengan kesibukan mengajar.Mungkin dengan membimbing dan mendidik menjadi seorang pengajar mudah bagi Noah lupakan Naura.Sekurang-kurangnya Noah pernah try nak lupakan Naura dan sedikit sebanyak ianya berkesan."
Noah meneguk jus oren membasahkan tekak yang kering, entah mengapa sejak balik Malaysia liur nya menjadi pahit dan kelat.
"Aunty Su akan sokong apa pun keputusan yang kamu rasa adalah jalan terbaik untuk diri kamu.Tapi tak tahu dengan mummy dan daddy kamu terutama sekali tok ayah."
"Kebetulan salah satu cawangan restoran aunty Su kat Pahang ada masalah pengurusan.Kamu tolonglah ambil alih!.Bila kamu start nak mengajar ni.?"
"Next week,Noah akan balik rumah sebelum pergi Pahang."
"Betul ni tak nak pergi klinik?."
Noah hanya mengangguk dan tersenyum ala kadar, sakit tidak larat rasanya membuat senaman bibir dengan lebar.
"Siapa Amalin?"
Soalnya penuh selidik.
"Mana aunty kenal Amalin?."
"Tadi kamu keluar telefon tertinggal atas sofa.Telefon kamu banyak kali bunyi atas nama Amalin?"
" Dia Kawan Noah"
"Betul ke kawan?.mana kenal? tak pernah dengar pun nama tu."
"Kat airport..masa balik sini hari tu Noah tak sengaja langar Amalin dia tengah bawak satu cup
coffee kena kat baju Noah."
Jaslina tersenyum lebar membuat Noah putar mata malas.Dah tahu dah apa yang aunty Su nya fikir.Nak dia dengan Amalin berjodoh lah tu.
Share this novel