Naura selesai keluar dari tesco membeli barangan dapur,.Setelah selesai meletakkan barang-barang pada bahagian bonet kereta,Naura menuju ke pintu bahagia pemandu.Naura balik awal hari ini memasak untuk Zafran, bagi memujuk suaminya yang kuat merajuk itu.
Lelaki berkulit hitam manis yang dari tadi merenung kearah Naura ketika perempuan itu keluar dari kedai besar itu sehingga lah melangkah menuju kearah parking kereta.Riaknya nampak terkejut bila menyedari perempuan yang beberapa hari lalu dilihatnya pada muatan gosip digital.
Keluhan berat terdengar pada bibirnya.Lelaki berbaju lengan panjang warna kelabu itu nampak teragak-agak sebelum meyakinkan diri untuk menyapa Naura.
"Naura Rosse!."
Tegur nya pada Naura.Naura yang sudah siap membuka pintu keretanya menoleh ke arah suara yang memanggil namanya.
"Ye saya, encik ni siapa?."
Tanyanya pada lelaki itu.Ada rasa takut yang menyelinap masuk ke dalam dirinya.Takut sahaja kalau orang dihadapannya ini adalah Zarul atau orang suruhan lelaki itu.Perlahan tanganya mencari telefon bimbitnya dalam beg tangan.
Melihat Naura yang seakan tidak mengenali nya.
Membuat nya rasa bersalah dan segan untuk membuka bicara.
"Aku Wan,.."
"Siapa Wan saya tak kenal..Maaf saya kena pergi.."
"Muhamad Haikal Ridwan Bin Azim.Kau tak kenal Aku ke? Kita pernah satu kelas dulu."
Naura melihat lelaki itu dari atas kebawah lalu meneliti kembali wajah itu jika pernah hadir dalam masa lalunya. Perlahan mata yang dikecilkan meneliti terbuka luas dengan riak terkejut.
"Kau Ridwan?.."
"Ya ni Aku.."
Ridwan mengiakan kepastian dari Naura.
"Kau apa khabar?,"
"Aku khabar baik.Boleh kita berbual sekejap?."
Naura tersenyum lalu kepala di angguk.Apa salahnya nak berbual dengan rakan lama walaupun Ridwan suka menyakitkan hatinya.Dia tidak boleh bersikap sombong atau berdendam apabila orang itu telah mula bersikap baik padanya.
Ridwan mengajak Naura ke cafe terdekat untuk minum petang.Naura tidak keberatan melihat kepada air muka lelaki itu seperti ingin menyatakan sesuatu.Naura setuju,sempat jam tangannya di tilik.Harap sahaja suaminya balik lewat dengan itu Naura boleh buat surprise memasak masakan pertama untuk Zafran memandang sepanjang mereka jadi suami isteri Naura belum pernah memasak untuk suaminya itu.
"Ya,Aku khawin awal usia perkahwinan kami dah masuk empat tahun.Alhamdulillah kami dikurniakan seorang anak lelaki yang comel sekarang umur dah tiga tahun."
Jawab Ridwan pada pertanyaan Naura kepadanya.Naura melihat mata Ridwan agak berair menceritakan hal rumah tangganya.
"Alhamdulillah mesti comel sangat dah ayah kacak macam ni.."
Ridwan hanya senyum tipis mengangapi pujian Naura sebentar tadi.
"Terima kasih..tapi.."
Ridwan tidak meneruskan kata-katanya,dirinya mulai terasas sebak.
"Tapi apa? semuanya baik-baik je kan?."
"Mungkin Tuhan nak balas balik semua kejahatan yang pernah Aku buat termasuk saat Aku jahat dengan Kau dulu.Jadi tuhan uji Aku bila doktor sahkan anak kami menghidap kanser tumor otak.."
Naura menekup mulutnya mendengar kenyataan yang memilukan dari Ridwan.Matanya seakan mula berair sama seperti Ridwan yang mulai terisak.
"Mika mula menunjukkan tanda-tanda sering mengaduh sakit kepala,kerap muntah sampai lah satu saat tu anak kami tak sedarkan diri.Bila doktor sahkan anak lelaki kami menghidap tumor,hati aku luruh dan remuk."
Ridwan mengusap airmatanya lalu tersenyum kearah Naura.
"Macam mana keadaan Mika sekarang?Berapa kos rawatan untuk biaya rawatan Mika?."
"Mika sekarang dalam proses menjalani kemo selain bergantung pada ubat-ubatan.Terima kasih sudi ambil berat tapi Aku masih mampu, keluarga mentua Aku banyak membantu kami."
"Aku bersimpati dengan apa yang terjadi pada anak kau dan Atikah.Kalu kau tak keberatan dalam waktu terdekat ni Aku nak jumpa Mika,emmm..macam mana kalau hari esok?."
Naura sudah berniat untuk melawat Mika.Ingin mengenali dengan lebih dekat anak kepada Ridwan.Perasaan sebak serta simpati kian bersarang dalam dirinya.
"Aku berbesar hati terima kasih.Sebab tu bila Aku nampak Kau dari jauh tadi Aku tegur.Aku nak minta maaf dari Kau sebab pernah sakitkan hati Kau mungkin apa yang Aku dapat sekarang ni balasan sebab aku menzalimi anak yatim aitu Kau Naura."
"Wan Aku tak pernah simpan dendam dengan Kau.Semua yang dah lepas tu Aku dah maafkan malah Aku dah tak ingat pun."
"Tak Kau dengar dulu apa Aku nak cakap ni!."
Naura mengiakan memberi laluan kepada Ridwan berbicara.
"Aku minta maaf sebab guris perasaan Kau.Dah lama Aku simpan benda ni hari-hari Aku berdoa pada tuhan agar mendapat kemaafan dari Kau,Sebenarnya ada orang upah Aku dan Abdul untuk malukan Kau dulu.Dan orang yang belasah Zafran sampai masuk wad ICU tu bukan orang tua kami."
Seperti mana jangkaan Ridwan Naura pasti akan terkejut.Naura mengigat kembali saat hari dimana dia menjadi anak tanpa kedua orang tuanya,dan saat Zafran melindunginya sehingga terlantar sakit di hospital berhari tidak sedarkan diri.
"Aku rasa orang tu mungkin ada kena mengena dengan pembunuhan mama dan papa Kau.Dan seperti Kau maklum lepas ayah Aku buat kenyataan dengan pihak sekolah Aku dah pindah macam tu juga dengan Abdul."
"Kau ok tak ni?."
Ridwan renung wajah Naura yang hambar.
"Aku ok,Kau masih ingat tak muka orang tu?."
Soal Naura dengan penuh berharap.Ridwan menganguk dan itu membuat mata Naura berbinar.Ridwan meneguk air kopi nya sedikit lalu berkata lagi.
"Ingat,nanti Aku cari seorang pelukis untuk lakar muka orang tu."
Ada rasa lega yang terluah dihatinya setelah mendapat kemaafan dari Naura.Dan Naura bersyukur sepertinya klu- klu disebalik pembunuhan kedua orang tuanya sudah semakin jelas.
* * *
KLIK...
Pintu penthouse tertutup,Naura melangkah menuju ke ruang dapur menyimpan bahan barang dapur yang dibawanya.Pertama yang menyapa penglihatannya adalah encik suami yang sedang meneguk air kosong yang baru selesai mandi itu Naura dapat pastikan melihat kimono putih yang dipakai Zafran.Nampaknya tak jadilah nak buat surprise.
"Awalnya Abiy balik?."
Soalnya pada Zafran tanganya cekap membuat kerja memasukkan bahan basah kedalaman peti ais.Lalu melangkah menuju ke singki mencuci sayur dan bahan basah untuk dimasak.Zafran tersenyum melihat gelagat isterinya.Selesai minum gelas kosong tadi diletak di atas meja.Lalu melangkah kearah Naura,isterinya dipeluk dari belakang dagunya mendarat pada bahu isterinya dan lengan berurat itu melingkari pinggang Naura.
"Because,I already miss you."
Naura tersenyum mendengar ungkapan rindu dari suaminya.Perlahan tubuhnya diputar menghadap ke arah Zafran.
"Rajuk tu dah lari kat mana?,Dah tak merajuk ke?."
Zafran geleng kepala.Lengan Isterinya dipaut pada lehernya lalu memeluk pinggang isterinya.
Naura dapat menghidu bau maskulin yang terbit pada bau badan suaminya yang begitu segar.Dia sahaja yang melekit dan bau masam baru balik beli barang.
"Tak boleh merajuk lama-lama.Takut sayang yang merajuk pada Abiy dan tak dapat tuntut janji sayang tadi pagi."
Katanya dengan suara yang penuh syahdu ditatapan si isteri.
"Janji apa?."
Sengaja Naura menyoal ingin melihat riak wajah suaminya yang kuat cemburu itu.
"Jangan buat-buat lupa sayang dah janji dengan Abiy."
"Yelah janji apa?."
Geram punya pasal bibir isterinya dipagut dan digigit geram Naura tersentak hingga terjerit kecil.Ciumannya menjalar ke leher jenjang putih dan halus milik isterinya Naura sempat terbuai seketika dengan sentuhan bibir seksi milik suaminya.Bila tersedar laju dada si suami ditolak lembut.Zafran tersengih melihat dada Naura turun naik mengatur nafas,bibir isterinya diusap lembut dengan ibu jarinya.
"Huh..sayang belum mandi lagi ni.Nak masak tahu tak nak masak."
Tegasnya pada si suami yang dari tadi tersengih-sengih memandang wajah nya
"Sekarang dah ingat?.atau nak Abiy ingatkan lagi sekali hurmm?."
"Ingat, saja nak test Abiy.Sayang nak mandi jap, Abiy pergi pakai baju dan tolong sayang masak ok."
"Sayang tak payahlah masak! perut Abiy tak mintak isi pun, tapi tekak ni haus."
"Bukan Abiy baru minum air ke tadi?"
Soalnya polos tidak faham apa yang dimaksudkan suaminya.Gelas kosong diatas meja dipandang sekilas lalu memandang wajah suaminya.
"Rasanya tekak Abiy ni.."
"Ok jap,sayang ambik kan air sejuk."
Belum pun kakinya terangkat Zafran sudah memaut pinggang nya kembali membuat Naura kebingungan.
"Nak tu!."
Bibirnya memuncung memaksudkan aset berharga milik isterinya.Naura mengikut arah pandangan si suami,bila tahu apa yang suaminya maksud kan terangkat rahangnya.
"Solat pun belum dah nak menggatal.Tak kira lepas dinner time baru boleh."
Naura menjarakkan diri dari suaminya takut suaminya itu bertindak lebih lagi.
"Mengatal pun dengan Isteri sendiri kan bukannya orang lain."
"Tolong sayang masak!..Kita makan bersama anda sayang bagi apa yang Abiy nak."
"Tengok tangan lah, setakat masak Abiy siap tutup mata tau.Jangan risau gandingan menu kasih sayang kita akan sedap hingga menjilat jari."
Zafran membelek kedua tangannya dihadapan si isteri.Membuat Isteri cantik nya itu juih bibir dengan alis terangkat.Dah start dah perangai berlagak dia tu.
Share this novel