10 Bulan Berlalu...
"Kenapa hari ni dokter ajak saya pergi taman bunga.?"
Naura bertanya ingin tahu tidak seperti jangkanya dokter Sari akan membawanya ke klinik mahupun ke sebuah kefe.
Keduanya jalan beriringan menuju pojokan kerusi dibawah rimbunan pokok.Duduk menghadap lingkungan bunga calendula menyaksikan orang-orang disekitar menjalani hidup penuh dengan kegembiraan canda dan tawa.
"Saya hanya ingin mengubah suasana, ya pasti kamu jugakan muak jika harus sering dalam suasana ruangan saya."Jawab dokter Sari yang tak lekang dengan senyuman.Naura juga balas mengukir senyum mungkin rungutannya sebelum ini .Dia pernah mengatakan pada dokter Sari ruangan pejabat dokter perempuan itu terlalu muram juga cafe yang mereka selalu kunjungi terlalu membosankan.Berterima kasih saja tidak memadai pada dokter baik hati yang merawatnya dengan begitu baik sekali ini.
"Bagaimana dengan mimpi kamu kebelakangan ini?."
"Seperti yang saya cakap sebelum ni dah jarang mimpi kalu mimpi tu datang dalam tempoh yang agak singkat je.Aktiviti yang dokter sarankan tu sangat membantu."
Nasihat dan cadangan dari dokter cantik itu semua diikuti secara rutin.Rawatan utama CBT juga telah dicuba dan kaedah yang paling berkesan.Dokter cantik lulusan universiti terbaik dari luar negara pasti sangat menginspirasikan dalam kehidupan pesakitnya.
Menurut saran dokter Sari sakit yang dialaminya perlu dikawal dengan baik sekali mujur Edward dan Ayunda segara mendapat rawatan segera untuk Naura.Dia tidak perlu menyalahkan diri atas peristiwa hitam itu kejadian tragis itu bukan salah dirinya untuk Naura menyalahkan diri sendiri terus-terusan.
Aktiviti lasak mampu membuat tubuhnya terasa penat dan lelah tanpa perlu dirinya bergantung pada ubat-ubatan yang disarankan agar mengatasi depresinya sejak tiga bulan kebelakangan ini Naura sudah kian membaik.
Kerana itu dokter Sari ingin Naura melakukan rutin secara konsisten agar tubuhnya mampu berbohong pada mindanya.
"Bagaimana aktivitas kelas kuliner kamu hari kelmarin?."
"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Dah jadi pro lepas ni dah boleh buat buku resepi."Ujar Naura dengan ketawa kecil menghiasi wajah.Doktor Sari turun tertawa dia senang Naura perlahan-lahan sudah membaik.
"Percaya diri sekali ini anak"
Tawa kecil dokter Sari berseloroh mengusik Naura hanya dibalas sungging senyum dari Naura.
"You must practice what you have learned and believe in your own skills jangan ikutan kelas masakan tapi gak dipraktekan loh."
"Yah saya tahu itu dokter cantik ku,arahan siap diterima."Jawab Naura lagi membuat tawa kecil dokter Sari meletus.Ah'Naura gombal sejak makin membaik hari demi harinya.
"Milly sangat merindukan mu she can't wait to see you again.."
Naura menguntum senyum manis mengenang Milly budak kecil yang comel dan tentunya sangat menenteramkan jiwa dengan telatah mencuit hati memandang anak itu.Walaupun tidak sepenuhnya tapi rindu pada bayinya terubat dengan anak doktor Sari.Anak kecil itu mengingatkan Naura pada Uyana,apa khabar agaknya gadis kecil yang mempunyai nasib sama sepertinya itu.
"Saya juga rindukan Ily,sampaikan salam sayang saya buat Ily."Ujar Naura dibalas senyum dari doktor Sari.
Lama mereka diam menikmati suasana sebelum Naura bersuara semula.
"Terima kasih sudi rawat saya,"Menghela nafas sekilas memandang doktor Sari.
"Terima kasih bersabar dalam tempoh merawat saya.Terima kasih sudah sembuhkan saya, terima kasih saja tidak cukup untuk membalas jasa baik dokter kepada saya."
"Terlalu awal terima kasihnya kamu belum sembuh sepenuhnya.Semua ini usahah kamu sendiri bukan aku.Aku hanya membantu selebihnya adalah semangat kamu yang begitu dalem untuk ingin sembuh lagi."
Pundak Naura dipegang menekan dalam gerakan mengurut.
"Kamu harus lebih kuat yang pergi biarkan saja pergi lapangin dada kamu ya.Kamu sudah mencoba yang terbaik jika sesuatu yang kamu inginkan tidak sesuai dengan rencana jangan salahkan diri sendiri serahkan pada yang maha diatas.Jangan tagisin kesalahan yang bukan dipertanggungjawabkan untuk kamu mulai dari saat ini simpan air mata kamu untuk hal-hal yang menyenangkan aja.Nyaman diposisi kamu.!.Mulakan dari nol!."
Panjang lebar doktor Sari bercakap kata-kata pujukan buat Naura.Doktor itu tahu tidak mudah bagi Naura, kita yang tidak mengalami tidak akan pernah tahu seberapa sulit seseorang itu melawan trauma dalam hidup.Tapi dia sebagai doktor yang merawat Naura dia tahu Naura seorang wanita yang tegar meskipun luaran kelihatan rapuh.
* * * *
Naura tiba di villa Samudera tepat jam enam petang.Sudah bersiap sedia menadah telinga mendengar neneknya membebel, Ayunda tidak menggalakkan Naura pulang terlalu lewat limite baginya adalah jam lima petang dan sekarang dia sudah terlebih waktu sejam.Marta datang menghampiri Naura dengan mengulum senyum membuat Naura tidak nyaman melihat senyuman perempuan itu.
"Kenapa senyum."Tanya Naura lalu menyerahkan bahan untuk dimasak nanti malam.
"Tidak perlu takut dimarahi nonnya..,Non, "Ujar Marta dengan senyum meleret seakan mengusik.
"Siapa cakap saya takut,saya cuma malas dengar eyang membebel sebijik nyanyi lagu Itali."
Ujar Naura membuat Marta tergelak lucu terasa perutnya bagai digelatek.Naura sekarang memang pakar jadi pelawak ada saja keluar dari mulutnya yang membuat Marta terhibur.
"Tapi tidak hari ini karna seseorang mencari non dia ada didalam.Tamu special.".Naura yang sudah ingin siap melangkah masuk ke dalam villa terhenti langkah,kepala ditoleh ke samping menatap Marta dengan alis terangkat.
"Siapa?."
"Siapa lagi kalau bukan pria tampan yang selalu datang menemui Non."
"Khai...dia ada kat dalam."Laju nama itu meniti di bibir.Hafal sangat, hanya lelaki itu yang kerap datang menemuinya dan bertanya khabar.
"Eya, lagi mengobrol sama tuan dan nyonya."
Jawab Marta dengan senyuman meleret.Naura hela nafas, dia tidak suka Tengku Khaizuran datang ke sini.Lelaki itu akan menemuinya sebulan sekali atau dua bulan sekali.Puas ditegah tapi Tengku Khaizuran buat pekak malah kedua atok dan neneknya begitu mengalu-alukan lelaki itu.Mahu tidak mahu Naura terpaksa masuk juga bukan dia benci pada Tengku Khaizuran,cuma Naura tidak mahu ada kena mengena dengan lelaki itu lagi.Mengigat Zafran tidak berkenaan dengan Tengku Khaizuran sangat membuat Naura tidak nyaman untuk terus ada kena mengena dengan Tengku Khaizuran.
"Asalamualaikum..."
Tiga pasang mata tepat memandang ke arahnya,Naura melangkah menghampiri Ayunda dia tidak duduk niat cuma menyapa lalu ingin berlalu pergi ke dapur untuk memasak.
"Walaikumusalam..uda pulang kamu sayang."
"Eya,eyang."
"Nak Khai udah lama nunguin kamu loh kok jam segini baru pulang."Kali ini giliran Edward bertanya.Tatapan nenek dan datuknya membuat Naura tidak selesa, senyum-senyum silih berganti memandang nya dan Tengku Khaizuran.
Janganlah yang aneh-aneh dalam fikiran kedua orang tua itu.
"Sebelum pulang bertemu doktor Sari, Aura dan Glen singgah ke pasar kek.."Ujar Naura memberitahu,Naura merasakan seperti pesalah dikandang saksi ditanya begitu.
"Yaudah duduk sini."Ayunda menarik Naura duduk disebelah Tengku Khaizuran namun berdiri semula tidak selesa duduk disebelah lelaki itu.Perbuatanya itu hanya sia-sia Ayunda memaksanya duduk semula.
"Duduk aja sini."Perintah Ayunda pada Naura.Bila Ayunda tetap berkeras Naura tidak punya pilihan lain selain menurut.
"Tapi..Aura nak masak.."
"Gak usah, nanti Eyang dan pembantu villa yang lain akan memasak.Mas Ayo.."
Senyum lebar lalu menghampiri suaminya.
"Kemana.?"
Edward bertanya kebingungan tidak faham dengan maksud isterinya.Namun melihat isterinya memberi isyarat memandang Naura dan Tengku Khaizuran laju menangkap maksud si isteri.
"Oooohh ya,ya...temani tamu kita ya sayang."Ujar Edward sempat mengusap kepala Naura sebelum berlalu pergi bersama isterinya.
Naura hanya diam tidak tahu harus berbual apa dengan Tengku Khaizuran sepertinya hubungan mereka sudah tidak seperti dulu lagi.Rasa canggung,mungkin bagi Naura tapi tidak dengan Tengku Khaizuran.
Naura bergerak pindah duduk menghadap tengku Khaizuran.Tidak selesa bila aroma wangian yang dipakai Tengku Khaizuran menyapa deria hidung walaupun perfume yang dipakai oleh Tengku Khaizuran begitu sedap pada deria hidungnya.
Tengku Khaizuran memandang lekat wajah Naura membuat Naura mengalih pandangan.
"How are you?."
"I'm good"
"Your treatment?."
"As usual"Hela nafas panjang Tengku Khaizuran kecewa mendengar jawapan Naura,sepatah ditanya sepatah juga dijawab.
"Bila you pulang?.I selalu pergi butik you, budak-budak you dah rindukan you sangat.,"Ujar Tengku Khaizuran membuka perbualan yang lebih selesa.
"I akan lama sikit kat sini soal butik I biarkan Zuyin yang uruskan."
"Uyana misses you so much,she always asks about you dia tanya kenapa you dah tak datang jenguk dia."
Memandang wajah Tengku Khaizuran dengan riak teruja soal Uyana.
"What did you say to her,macam mana keadaan dia.I rindu dia tapi I tak sedia lagi nak pulang."
"I cakap you sakit dan sedang dirawat.Dia doakan untuk you cepat sembuh.I taknaklah tipu cakap you sebok nanti dia terkilan anggap sampai takde masa nak jumpa dia."
Jawab Tengku Khaizuran dengan penuh berhati-hati takut Naura tersinggung.Dia tahu Naura begitu peduli dan sayangkan Uyana.
"Thank you.I nak bagi dia hadiah you tolong sampaikan bagi pihak I boleh?."
"My pleasure."
Senyum mekar terukir suka jika Naura meminta pertolongan darinya.Tengku Khaizuran tahu Naura tidak suka dengan kedatangannya namun dikeraskan hati demi tekad di hati untuk selalu ada disisi Naura.Gila memang,tapi adakah dia peduli.Tidak sama sekali,tidak kisahlah jika ada yang mengata dia tidak ingin berputih mata untuk kedua kalinya.
"I dengar you dah bertunang."Tanya Naura tanpa riak.Zuyin pernah memberitahu tentang Tengku Khaizuran bertunang dengan seorang personaliti televisyen yang juga merupakan seorang model sambilan.Tiada khabar yang ingin diterima sehinggalah Naura beransur-ansur pulih Zuyin datang menemuinya menceritakan perihal orang-orang di sekeliling dengan gelak tawa yang dibawa sahabat nya itu.Sebelum. dari itu,Dia bagaikan tidak dan sedang mengalami mimpi ngeri.Hari berganti bulan selama itu jugak Naura bagaikan badan tanpa jasad seperti mayat hidup.Tidak tertarik pada erti kehidupan melainkan rasa ingin mati mengakhiri hidupnya.
Hari-harinya lilalui dengan kelam,dia hidup dalam kegelapan.Menagis meraung meratapi takdir yang sadis.
"Yeah,someone from my past life but we broke up five month ago."Jawab Tengku Khaizuran, pada nadanya sedikiipun tidak terselit rasa kecewa.
Naura menghela nafas panjang, terfikir mungkin berpunca darinya.
"Why, it's because of me,she's jealous because you always come to see me?.."
"No,tak ada kena mengena dengan you sama sekali.Is about our past kami dah tak serasi bersama."
Laju Tengku Khaizuran memotong tidak membenarkan Naura berfikir yang bukan-bukan mahupun menyalahkan diri sendiri.
"Ouh..I think.."
"Naura please stop think blaming yourself.Kalaupun benda tu berpunca dari you just ignore,sekali sekala pentingkan diri sendiri tak apa."
Kepala teranguk perlahan mengiakan nasihat Tengku Khaizuran.Nasihat yang kedengaran lembut tapi begitu tegas ditekankan.Entahlah lelaki ini bila bercakap selalu membuatnya menurut.Naura menatap wajah Tengku Khaizuran seolah mencari sesuatu membuat lelaki itu juga menatapnya dengan tanda soal.
"You still ada hati dengan I ke?."
Uhukkk....uhukk..
Tujuh perkataan yang membuat Tengku Khaizuran tersedak liur sendiri.Memang betul dia masih ada hati dengan Naura,lalu apa yang dia sedang lakukan sekarang bukan kerana cinta.
"Look Naura, apapun yang you pernah dengar lupakan.I nak you cepat sembuh soal hati I or someone else.."
Naura berdiri dari duduknya bila Tengku Khaizuran berkata begitu.Menafikan..
Dia mahu memarahi Tengku Khaizuran tapi lelaki itu tidak menjawab, tanpa berkata sepatah apapun Naura meninggalkan Tengku Khaizuran yang kelihatan tercengang dibuatnya.
Huh'..
Tengku Khaizuran mengeluh berat, belum pun ayat habis diluah Naura sudah pergi.Padahal dia masih ingin bersembang dengan Naura.
Pintu bilik ditutup lalu bersandar pada daun pintu Naura diam tidak beranjak fikirannya jauh melayang ke Malaysia,niat dihati ingin pulang namun disudut lain dia juga berbelah bahagi.Bagaimana datuk dan neneknya,mengapa dia hadir melepaskan duka kesedihan pada kedua orang tua itu.Dan jika dia tidak kembali bagaimana dengan butik peninggalan arwah ibunya.
Arwah ibunya begitu mencintai butik itu, rekaan yang dihasilkan adalah tradisi bali tanda kecintaan ibunya pada tempat kelahiran.Malah walaupun tidak semua sampai sekarang Naura masih mengekalkan konsep rekaan yang ditinggalkan ibunya.
Naura bergerak ke arah meja solek,melabuhkan duduk lalu menarik laci.Segaris senyum terukir melihat cincin perkahwinan yang telah menjadi simbolik kepada ikatan suci antara dia dan Zafran.
"I miss you so much."
Air mata tanpa dipinta laju mengalir membasahi pipi.Rindu dan ingin bertemu dengan suaminya begitu dalam mencengkam.Cincin bertakhta putih itu diambil lalu di sarung pada jari manis.
Terasa tangannya menggigil bila teringat kembali beberapa bulan lalu dia hampir mengerat jari sendiri malah sedikit parut pada jarinya jelas pada penglihatan.
Jika pada ketika itu Marta tidak datang mungkin Naura hanya mempunyai empat jari.
"Tanggalkan cincin itu dan potong jari mu, kau akan mendapatkan suami mu semula."
Bisik satu bayang yang selalu menyuruh dirinya membahayakan diri sendiri.
Bermimpi dicekik bayang-bayang itu sangat ngeri dan terasa nyata walhal Naura sendiri yang mencekik dirinya sendiri.Berharap akan mati untuk dia boleh terus bersama suaminya, namun pegangan agama kedua datuk dan neneknya sangat kuat untuk terus menarik dirinya sedar keluar dari lembah hitam itu.
* * *
Suasana rumah agam peninggalan arwah tan sri Khalid kelihatan suram tanpa seri dan warna walaupun rumah itu dihuni oleh Dato' Nasir dan isteri juga anak perempuan mereka namun mereka sudah tidak mengenal erti bahagia yang sesungguhnya.
Dato'Nasir lebih banyak menghabiskan waktunya di pejabat kadang lelaki itu akan sengaja berkerja lebih masa.
Sama halnya dengan datin Salwa yang lebih menyibukkan diri dengan pekerjaan nya sendiri.
Boleh dihitung dengan jari dalam sebulan mereka anak beranak makan semeja.
Tasya, gadis itu tidak punya waktu untuk menyatukan keluarganya semula.Beberapa bulan lagi dia akan ada exam masanya lebih banyak bersama rakan-rakannya.
Bila terlalu tertekan Tasya akan menemui Jaslina namun tidak pernah sekalipun dia menemui keberadaan Noah .Sejak pertengkaran besar antara Noah dengan ayahnya,Noah hilang jejak.Ketika itu abangnya baru pulang dari Indonesia melawat Indonesia dan berkeras untuk ibunya memujuk Naura pulang semula ke rumah ini malah pertengkaran terjadi bila Dato' Nasir memarahinya.
Terlintas di fikiran Tasya jika Noah telah kembali semula ke luar negara membawa diri.
Sedih,kedua abangnya pergi
rasa hati marah pada Noah, sepatutnya abangnya itu tidak pergi disaat mereka memerlukan kekuatan malah Noah memporak-perandakan keluarga mereka dengan rajuk yang entah apa-apa.
Lima bulan lalu Jaslina memberitahu keadaan kesihatan Naura yang sudah kian membaik sedikit demi sedikit.Pernah Tasya meminta izin dari ayahnya untuk melawat Naura namun bila niatnya itu diketahui datin Salwa, keinginan itu hanya angan-angan terpaksa dilupakan.
Sudah hampir setahun abang dan datuknya pergi menghadap sang pencipta namun tiada tanda-tanda datin Salwa akan berlembut hati pada Naura.
Bunyi ketukan pintu mengalihkan pandangannya dari buku.Ya Tasya sedang belajar sedihnya otak sedang berkeliaran entah kemana-mana.
Tasya bangun dari pembaringan lalu menutup buku.
"Sya."
Suara datin Salwa memanggil di luar.
Tasya dan kedua orang tuanya baik saja namun hubungan ibu dan ayahnya terkesan begitu dingin.Dimata orang luar keduanya kelihatan baik-baik saja namun sebaliknya, siapa tahu.
"Pintu tak kunci."
Pintu ditolak dipandang wajah ibunya penuh kasih seperti biasa cantik dan awet muda selalu.
"Mommy tak kerja ke hari ini."
Tanya Tasya melihat ibunya berpakaian santai saja.Datin Salwa senyum melihat buku-buku berselerakan di atas katil menunjukkan anak gadisnya itu sedang belajar mata sedikit dipicing bila melihat terdapat sebuah novel menjadi sumber bacaan Tasya membuat datin Salwa tergeleng.Anak gadisnya ini suka membaca Novel malah menyediakan rak almari begitu besar bagi menyimpan koleksi novel-novelnya.
"Tak sayang,mommy nak cuti dalam dua tiga hari."
"Mommy tak sihat ke,kan Sya dah pesan jangan try to hard sangat kerja."Ujar Tasya risau seraya memeriksa keadaan ibunya membuat Datin Salwa hanya ketawa kecil dengan sikap anak bongsunya ini.
"Ye, mommy tahu.mommy sihat je ni sayang."
Menarik nafas lega, entah sejak bila mendengar sesuatu yang serius laju Tasya diserang panik dan risau.
"Mommy cuti nak bawak Sya keluar shopping, lagi dua hari mommy nak pergi luar negara."Mendengar perkataan 'pergi' laju riak wajah bertukar mendung.Tidak semena-mena tubuh ibunya dipeluk terasa ingin menagis pun ada.
"Mommy... mommy pun nak tinggalkan Sya ke?.Jahat lah semua orang asyik nak tinggalkan Sya."
"No, sayang mom pergi bercuti dengan kawan-kawan mommy.Sya kan dah nak exam,tak boleh ikut sekali."
Angkat muka dari ibunya,bibir mencebik dari sedih kini teralih rasa ingin merajuk.
"Mommy dah bagitau daddy ke?."
"Dah."
Sepatah dijawab.
"Daddy cakap apa."
Tanya Tasya lagi,dilihat jauh disudut mata ibunya seakan menyiratkan sesuatu.
"Daddy tak kisah."
Muka Datin Salwa kelihatan sedih namun cepat-cepat mengukir senyum takut Tasya terganggu dengan ekspresi muka nya.Bila datin Salwa meminta izin dari suaminya,Dato Nasir seakan tidak peduli mengatakan terpulang padanya seakan memerli bahawa dia suka bertindak sesuka hati.
* * * *
Naura mengikat langsir lalu mengeser cermin menghirup udara segar di waktu pagi.Matanya tertangkap kelibat Tengku Khaizuran yang sedang melakukan senaman pagi disekitar kawasan villa.
Merasa diri sedang diperhatikan laju menoleh ke arah Naura lalu melambai tangan dan melorek senyuman pagi.Naura bagi jelingan mata membuat lelaki itu tergelak kecil lalu meneruskan lariannya .
Ya'Allah kenapa dengan lelaki itu,dia boleh saja terus berkawan dengan Tengku Khaizuran tapi sikap berlebihan yang ditunjukkan membuat Naura tidak selesa.
Mengetahui lelaki itu bertunang lalu putus membuatnya teringat akan Tengku Zabrina,bagaimana jika wanita itu menyalahkan dirinya.Cukuplah sekali dia dihina dan direndahkan oleh Tengku Zabrina dia tidak mahu bersemuka lalu maruahnya diinjak-injak lagi.
"Temanin dong non, kasihan wajah ganteng gitu sendirian."Ujar Marta dengan nada mengusik.Naura hela nafas panjang, sedikit terkejut bila perempuan itu tiba-tiba muncul.Marta tidak habis-habis dengan modal mengusik dirinya.
"Nak kasihan buat apa.., bukannya saya yang suruh dia jogging.Kehendak dia sendiri."
"Cuek sekali non ini,benci ya sama mas ganteng itu.?."
"Mana ada saya benci dia.Cuma saya rimas Khai selalu datang sini, macam saya ni ahli keluarga dia."Balas Naura dengan keluhan kecil lolos dari bibirnya.
"Dia peduli sama non, untung ya kalau jadi orang cantik kaya non Aura.Jangan benci loh nanti sayang,udah jatuh cinta sama orang setampan itu tidur malam juga payah ya, senyum-senyum jadinya salting."
"Marta..."
Geram suara Naura membuat Marta diam masih dengan tatapan sengaja mengusik.
"Ya maaf,orang juga cuma bercanda."Ujar Marta serba salah menggaru kepala yang tidak gatal.Tanpa berkata sepatah Naura melangkah pergi malas terus melayan usikan Marta.
Dia tidak akan menerima cinta lagi dalam hidupnya,cukuplah cinta pada Zafran.
Masih terlalu awal hingga dingin bayu dari laut begitu lembut menyapa paginya.
Berjalan disepanjang pantai adalah rutin yang digemarinya setiap hari.
Sewaktu ingin keluar tadi Ayunda berpesan padanya untuk memanggil Tengku Khaizuran sarapan pagi bila dia sudah ingin kembali semula.Namun bila terlihat kelibat Tengku Khaizuran laju Naura mengelak melarikan diri.Pesan Ayunda itu diserahkan pada pekerja villa yang lain,memang tidaklah dia tergedik-gedik mempelawa lelaki itu sarapan pagi bersamanya nanti.
"No wonder you tak nak balik.Tempat ni sangat nyaman mendamaikan hati."
Hampir jantungnya tergolek masuk ke dalam air dek terkejut mendengar suara husky itu menegurnya 'kalau' tergolek lalu lemas tidakkah sadis bunyinya.
Entah bila lelaki itu ada disebelah seperti putaran angin tornado laju saja mengganggu tanpa sempat melarikan diri.
"Takde tempat lain ke you nak pergi?."
Soal Naura tanpa berselindung malas berbasa-basi, terlalu basi untuk lelaki seperti Tengku Khaizuran.
"Lah, salah ke I datang sini takde pun letak sainboard bagi warning.Jalan-jalan nak hirup udara segar bukan perkara salahkan?."
Balas Tengku Khaizuran tanpa dosa membuat Naura menghela nafas panjang sebelum menoleh kesamping memandang mukaTengku Khaizuran.
"Khai.."
Ucap Nauar berat membuat Tengku Khaizuran sedikit memutar tubuh mendengarkan Naura.
"Yahh."
"You nak tahu someting?."
"Someting what.?"Balas Tengku Khaizuran penuh debar, ah' hatinya sangat suka berdebar bila dengan Naura.
"You buat I murung dengan tengok muka you."Setelah menuturkan itu laju tubuh dipusing lalu menghayun langkah meninggalkan Tengku Khaizuran yang kelihatan blur plus terpempan dengan kata-kata Naura sebenar tadi.
Naura menghela nafas berat ini adalah yang terbaik mengelak semampu yang boleh, bukankah lelaki itu berpesan just ignore.Why not jika Tengku Khaizuran salah seorang yang akan dia abaikan.
Muka diraup terasa sejuk beku,
mungkin silap diri terlalu kerap datang hingga membuat Naura naik rimas melihat mukanya.
Perkataan 'murung' itu umpama tamparan halus baginya tersedar hakikat bahawa dia tidak dialu-alukan.
Sekarang berbual panjang dengan Naura memang agak payah!.Sekerat jalan perempuan itu sudah melarikan diri.
Pasangan suami isteri itu terduduk kecewa di lantai gezebo setelah menyaksikan dari atas melalui kawasan padang luas.
"Mas..."
"Hem."
"Lainkali jangan suruh nak Khai datang sini lagi ya.Kalau cucu kita gak suka jangan dipaksa."
Mendengar isterinya berkata begitu membuat Edward menarik nafas dalam.
Pada mula kedatangan Tengku Khaizuran mereka fikir lelaki itu hanya datang melawat sebagai seorang kawan.Namun melihat cara tatapan dan sikap ambil tahu Tengku Khaizuran terhadap Naura kuat firasat hati memahami bahawa anak muda itu menyimpan rasa suka pada cucu mereka.Maka dengan itu Edward sendiri yang meminta Tengku Khaizuran sering datang ke Indonesia dengan kerap.
Bukan niat Edward dan Ayunda tidak menghormati Naura,mereka ingin cucu satu-satunya yang mereka ada tidak terus hidup dalam peristiwa hitam itu.
Mereka ingin Naura hidup bahagia semula dengan membina kehidupan baru,kalau terus membiarkan Naura berlarutan mendambakan cinta pada arwah suaminya maka sampai bilakah cucunya itu terus mengigat kejadian tragis itu.
"Mas kok bengong gitu sih.?."
"Lagi mikir.."
Jawab Edward lalu berdiri dengan berpeluk tubuh sarat fikiran penuh rencana.
"Mikir apa?."
"Tentang cucu kita."
"Dia masih muda biarkan dia memilih jalan hidupnya sendiri.Aku tahu cucu kita seorang yang kuat masakan tidak dia bisa cepat sembuh.Naura itu titipkan Rangga dan Nurin buat kita jaga sebaiknya.Aku takut dengan kedatangan anak muda itu emosinya kembali memburuk.Cucu kita tidak senang dengan kehadiran temanya itu."
Edward mengakui kata-kata isterinya itu ada betulnya.Namun jauh disudut hati dia berharap Naura akan membuka pintu hati untuk memulai kehidupan baru.
"Yaudah nanti aja kita bahas soal ini.Ayo sarapan mas uda lapar."Ujar Edward mendahului isterinya.
Holla... ;) Ada lagi ke baca cerita ni...lagi beberapa bab lagi dah nak selesai. Teropong ada je baca tapi tak comment hehe.. Enjoy reading DR❤️ Baca jangan ketinggalan esok-esok tergerak hati pindah kat aplikasi lain.Hehe..gurau
Share this novel