BAB 9: PERTEMUAN

Romance Series 11121

Naura kenyit kening hingga kedua alisnya hampir bercantum,teranya-tanya kenapa kereta Zafran berhenti di bahu jalan.

"Turun!"
Naura toleh kepala memandang Zafran,ingin kepastian.

"Kau tak paham ke maksud T.U.R.U.N?.Nak aku cakap bahasa nenek moyang kau kat Indonesia tu."

"Tapi kenapa?"
Naura menahan geram mengigit bawah bibirnya.Zafran di pandang dengan rasa tidak puas hati.Siapa yang kalut sangat bawak dia keluar dari rumah Tan Sri bukan lelaki ni!.Habis kenapa pulak sekarang ni jadi macam ni.

"Aku ada hal,aku nak jumpa sara.Kau kan bijak pandai!kau cari lah texi atau telefon crabcar ke whatever semua tu."

"Awak tak boleh jumpa perempuan tu! buat apa awak jumpa perempuan rupa king kong tu malam-malam macam ni.Kalau saya tak nak keluar awak nak buat apa?."

"Non your business...Awak tak nak keluar?. tak ada hal lah!."
Zafran sengih jahat, lalu keluar dari kereta pintu belakang dibuka lalu ditutup kasar.Bagasi Naura dicampak keseberang tempat.Naura ketap gigi geram, tanganya direntap bila Zafran membukakan pintu,lalu tubuh langsing nya dicampung keluar dibawa dekat dengan bagasi tadi,tak semena-mena punggung Naura menghempap jalan tar ketika Zafran melepaskan nya.

"Auchh.."
Naura merintih sakit mengusap punggung ,sebelum berdiri.
Kalau tahu begini baik naik kereta asing-asing.

"Apa awak ni sakit lah!ingat saya ni batu?."

"Kau tahu kan jalan nak pergi kondo!Aku nak kau sampai sebelum aku sampai! jangan nak menyimpang tempat lain!"

"Abang!. janganlah tinggalkan Aura macam ni!."
Zafran melangkah pergi meninggalkan Naura,
Naura yang terpinga-pinga dengan sikap TBD kalau tak boleh dia SPSH.Tak beritahu dulu dan sediakan payung sebelum hujan.
Tak sampai 24 jam jadi isteri dah jadi macam ni,sabarlah wahai hati.

Gergasi porsche milik Zafran berdesup pergi meninggalkan Naura sendirian.
Keadaan jalan yang renggang hanya diterangi lampu neon.kelihatan beberapa buah kereta yang lalu,itu pun seperti lori mungkin jugak kereta orang-orang yang baru selesai berkerja..Naura mendongak ke langit lalu berguman,bulan pun bersembunyi tidak sudi menemani kesunyian nya.

Skrin telefon dinyalakan tepat jam sepuluh setengah angka yang dipaparkan.Naura mendongak bila menangkap bunyi kereta berhenti.

Tiga lelaki keluar dengan tatapan sukar di artikkanya.Langkah mereka makin mendekat membuat Naura panik.

"Hai cik adik sorang je ke?."
Tegur lelaki yang lebih tinggi dari dua orang bersama lelaki itu.

"Tak lah dengan mak tiri korang sekali!.Bapak korang tak ada kat sini sila berambus.!"
Kata Naura dengan bengang.Membuat ketiga lelaki itu ketawa sumbang.

"Weyy dia buat lawak pulak!..boleh kami teman!".
Lelaki baju kelabu itu menepuk bahu rakanya yang memakai jaket hitam.

"Korang nak apa ni?.tolonglah pergi jangan kacau aku!.Korang nak duit berapa korang nak? aku boleh bagi."
Tawar Naura,ketiga lelaki itu mengelilinginya dengan sengihan jahat.

"Kami tak nak duit!. Melainkan kau nak bagi tubuh kau pada kami tanpa paksaan.!"
Lalu lelaki berbaju merah itu cuba memegang lengan Naura.
Segera ditepis nya, lengan lelaki itu diputar lalu ditarik nya sebelum ditendang menyembah tanah.Salah seorang lagi dari mereka memegang lengan Naura dari belakang,Naura mengangkat tubuh nya sebelum menghempap kaki lelaki itu dengan kasut tumit mujur dia pakai seluar senang bergerak.Segala teknik mempertahankan diri yang pernah dituntut dikeluarkan.

"Ganas juga minah ni!boleh tahan."
Kata lelaki jaket hitam itu.

"Woii korang buat apa ha,."
Satu suara maskulin menerjah pendengaran mereka.Suara lantang itu makin mendekat lalu meninju salah seorang dari mereka.

Naura tidak tinggal diam dia turut mengangkat tangan hingga percikan darah keluar pada orang yang ditinju.
Melihat mereka seakan tidak mampu melawan ketiga lelaki itu lari lintang pukang menuju kereta.

"Are you okay miss?."
Kata lelaki yang membantu nya tadi.

"Terima kasih encik!."
Naura mengutip bagasinya lalu beg silang di sandang ke bahu.

"You!" Kata lelaki itu saat memandang wajah Naura.Dia seakan tidak percaya berjumpa dengan Naura lagi.Dia baru perasan bila melihat wajah cantik itu lebih dekat.

"Excuse me!encik kenal saya ke?."

"Of course,you yang bagi I makanan percuma dalam lift beberapa bulan lalu remamber?."
Lelaki itu ketawa lepas,memerhati wajah terkejut Naura dalam kesamaran lampu malam.

"It's you?.Oh my god."
Naura menekup mulutnya dengan kedua tangan kerana terkejut.Dia sendiri tidak jelas dengan wajah lelaki yang pernah dia jumpa beberapa bulan lalu.

"Thanks,tolong I tadi kalau tak ada you tak tahulah."

"My pleasur,I tengok you tadi boleh tahan manypacio jugak!."

"Apa cio?."
Tanya Naura kurang jelas dengan kata-kata lelaki itu.Membuat Tengku Khaizuran gigit pipi menahan tawa.Alahai asal cute sangat ni,tak pasal-pasal dia pulak yang jadi setan macam samseng tadi.

"You nak pergi mana malam-malam macam ni?. lari rumah ke?."
Naura geleng kepala seraya tersenyum hambar.
'Bukan lari rumah,tapi laki tinggal kat pinggir jalan' Teriak suara hatinya.

"Naura Rosse just call Aura."
Naura menghulurkan tangan,salam perkenalan itu disambut baik Tengku Khaizuran dengan sengihan meleret.

"Tengku Khaizuran Idris."

"Just call me Khai!"
Sambungnya lagi.

"Actually I nak pergi K residence."

"Kebetulan I pun nak pergi sana,boleh tumpangkan you."
Naura masih ingat dia terserempak dengan Tengku Khaizuran ni kat kondominium,kemungkinan besar lelaki itu tinggal di sana.

"Tengku tak keberatan ke?. I tumpang kereta tengku?."

"Don't call me Tengku please!."
Pintanya dengan lembut,membuat Naura serba salah.

"Bukan I yang angkat you tapi kereta I!."
Naura hambur ketwanya,boleh tahan loyer buruk Tengku ni.

"Let me help!"

"Thanks."

Tengku Khaizuran mengangkat bagasi Naura masuk ke dalam keretanya.Naura menyandarkan tubuhnya berasa lega,namun dia menghidu sesuatu yang kuat.Khai jadi bungkam menyedari sesuatu terbantut aktiviti nya memasang seatbelt.Habislah jatuh saham nya didepan Naura.Khai sebenarnya baru balik dari Club dia meneguk alkohol walaupun sedikit tapi bau itu tetap kuat.

"Sorry!"
Ucapanya segan pada gadis disebelahnya ini.

"For?."

"Emm.."

"Tak bahaya ke memandu dalam mood alkohol?.you tak rasa mabuk.?"
Soal Naura spontan,melihat Khai seakan teragak-agak berkata.

"Dah biasa."
Lagi dia bertambah malu pada Naura bila berkata jujur.

Naura mengganguk faham,dia tidak akan bertanya mengapa kerana dia tiada hak.Lagi pula mereka baru kenal menilai lelaki itu bukan kewajipan baginya.kereta Khai pergi meninggalkan tempat yang membawa kepada pertemuan mereka berdua untuk kali kedua.

* * *

"Bodoh!"

Kutuk Zafran pada anak buahnya,membuat ketiga lelaki itu tertunduk kecut perut kerana melakukan tugas tidak menepati bos mereka.

"Aku suruh korang takutkan bukan buat betul-betul!.Korang nak mati di tangan aku ha!."

"Maafkan kami bos!,"

Rasa bengang nya bukan sahaja pada anak buahnya yang berani menyentuh Naura.Makin bertambah sakit melihat Naura dengan lelaki itu.Sebenarnya dia tidak pergi jauh meninggalkan Naura,hanya dari kejauhan Zafran memerhati.Dan dia juga tahu benar jika Naura pandai dalam seni bela diri,dia puas melihat wajah ketakutan yang terpampang di wajah Naura.

"Siapa lelaki tu?."

"Tak tahu bos!."
Zafran mengacak rambutnya dengan geram.

"Satu kerja pun tak boleh harap!harapkan duit je lebih."

"Aku nak korang siasat siapa lelaki tu!.Faham tak ni?."
Tegas suara Zafran pada mereka bertiga.

"Faham bos!."
Angguk mereka bertiga,bukan niat mereka menyentuh Naura, kata bos bagi takut nak bagi real mereka bagi lah isteri bos mereka itu takut betul-betul.Tak sangka pulak bini bos mereka itu
luar jangkaan mereka bertiga lah yang mendapat bala dalam hal ini.

"Dah berambus."
Telefon Zafran berbunyi nyaring, membuatnya merengus melihat nama yang tertera 'Sara'.

"Macam mana malam pertama awak dengan perempuan tu.?."
Rajuk Qaisara di hujung talian.

"Awak nak telefon saya ni nak cari gaduh ke?.Kan saya dah kata Naura biar saya uruskan jangan masuk campur.!"
Zafran menamatkan panggilan.Malas melayan Qaisara,kenapa perempuan itu makin hari menjadi-jadi perangai.Mana perempuan yang polos yang pernah dia selamatkan dari kena jual oleh ayahnya sendiri.

* * *

Naura tergelak sakan dengan pengakuan Tengku Khaizuran padanya.Membuat air matanya berair,
bagasi yang dibawa ke dalam lift bersama Khai di sorong lembut.

"Sehari jugakah lah I buat pelaburan dalam tandas,."

"Sorry I ingat nasi lemak tu tak pedas sangat.You tak tahan pedas ke?."
Soalnya dengan wajah memerah menahan tawa,dibalas dengan anggukan kepala Khai.

"You orang pertama rasa masakan I,dan you jugak yang terceret kerana I."
Lagi dia ketawa terbahak-bahak.Membuat Khai memandang nya tidak berkedip.
Tidak satu orang pun yang dibenarkan merasa masakan nya melainkan Zafran ketika itu.Dia ingat Nasi lemak tu pedas sebab Zafran suka makan pedas-pedas, dia rasa boleh tahan sedap tapi salah bagi perut orang lain makan.

"Sorry tau buat you macam tu,next time I belanja!"
Ada senyuman terukir dibibir Tengku Khaizuran.Dah boleh ni dia ambil langkah kanan.

"You tak salah I yang salah timing masa tu,but I akan tunggu date tu!."
Wajah Naura seakan ada tarikan magnet yang sukar untuk tidak dipandang.Dia yakin pertemuan ini adalah takdir,takdir untuk mengenali Naura dengan lebih jauh lagi.

"Ok blok you dah sampai, see you again!.tak nak I hantar ke.!sampai depan pintu?."
Tawarnya dengan penuh semangat,.

"It's ok, you dah bagi I tumpang rasa terima kasih sangat."

"You boleh bawak tak ni."
Naura mengganguk tersenyum tipis.

"Bye.."
Pintu lift tertutup semula.Naura melangkah menuju penthouse,membawa dua bagasi yang dari tadi menyusahkan berat nak mampus.

Lonceng ditekan,tapi pintu masih belum dibuka mungkinkah Zafran belum pulang.Kenapa lelaki itu tidak memberitahu fasal password kan dah macam tunggul menunggu kat sini.
Telefon di capai,lagi parah Zafran masih memblock nombornya membuat bibir mungilnya mengeluarkan keluhan berat.
Sepi kian mencengkam ke Sukma,dingin dan terlalu sepi dari saat bertukar ke minit hingga menjadi jam-jam yang membosankan.
Naura sudah lelah duduk mencangkung, matanya sudah berat,jam ditangan di kerling sekilas lima setengah suku.Itu berarti sudah enam jam Naura menunggu Zafran.Matanya yang berat perlahan mulai terpejam kerana mengantuk yang menyiksa mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience