BAB 38: PENEBUS DENDAM

Romance Series 11121

Dia tersedar dari pengsan.Naura tidak sedarkan diri akibat penangan ubat yang ditekup pada nya.Matanya tidak mampu melihat apa-apa lebih tepatnya lagi matanya ditutup,hendak bercakap mahupun teriak dia tidak mampu,.Bukan setakat mata,mulut dan kakinya.Tangan yang diikat pada kerusi.Terasa begitu sakit..

Naura seperti dapat meneka dimana dia berada tika ini.Bau gudang itu sangat meloyakan tekak penuh dengan habuk.Air matanya tertahan, mengapa dia diuji bertubi-tubi begini.Dapat Naura dengari derap kaki melangkah kearahnya,Dia ketakutan dahinya mengeluarkan peluh dingin.Tidak,derap kasut itu kedengaran seperti berkumpulan.

Perutnya yang sudah kelihatan menonjol secara ketara diusap satu tangan yang Naura tidak ketahui siapa.

"Ummmppp...umppp."
Suaranya tersekat di balik kain hitam yang diikat pada mulutnya.Dia cuba menolak dengan menggerakkan tubuh.

"Ssstttt..duduk diam-diam nanti jatuh,kesian kat baby."

"Mesti kau rindu aku kan sebab aku dah lama tak muncul dalam hubungan kau dengan Zafran,kau suka tak dengan kemunculan semula aku dalam hidup kau."
Wanita itu gelak kuat,bergema lantunan setiap penjuru ruang dengan gelak jahat yang terhasil.

'Qaisara.'
Ya'Allah...Dia kenal sangat suara wanita itu.
Tanpa disedarinya dia sudah dikelilingi tujuh orang lelaki.

"Macam mana best tak rasa takut yang sedang kau alami Naura."

"Aku dah cukup bagi Kau masa untuk berbahagia bersama Zafran.Kau rampas Zafran dari Aku kau ingat seronok buat macam tu."

"Mppppp..mmmm"
Qaisara gelak lagi begitu terhibur dengan sikap melawan Naura padanya.Tak boleh nak keluarkan suara tetap nak bercakap.

"Tak best lah berbual dengan orang bisu ni,macam mana agaknya kalau lidah kau ni Aku potong tak usah banyak bunyi."
Dia gelak lagi.Naura betul tidak sangka sejauh ini Qaisara akan bertindak.Dia tidak kisah akan keselamatan dirinya yang dia kisahkan nyawa yang sedang dia bawak ketika ini.Dia yakin perempuan itu tidak akan melepaskan nya begitu sahaja tanpa perempuan gila itu berpuasa hati.

'Biy tolong selamatkan sayang,I need you now for our baby'
Batin nya menjerit dalam kebisuan hanya tuhan yang tahu.Betapa takut nya dia berdepan dengan Qaisara ketika ini.

"Buka ikatan pada mulut dan mata perempuan tu!."
Qaisara mengarahkan salah seorang orang suruhannya membuka ikatan pada Naura.
Begitu ikatan pada matanya terbuka matanya menahan sakit silau dari lampu yang terpasang pada ruangan itu.

"Apa masalah Kau sebenarnya ha perempuan licik, sampaikan nak culik Aku.?"

PARGHH..
Pipinya ditampar dua kali kiri ke kanan.
Kepalanya terteleng sakit di pipi dibiarkan.Dia tidak mengalah malah Naura beranikan diri melawan pandangan mata Qaisara.

"Mata,huh..takutnya."
Qaisara menepuk-nepuk pipi Naura sedikit keras.

"Masalah semuanya berpunca dari Kau.Kau rampas kebahagiaan Aku dengan Zafran.Perempuan tak malu."

"Aku hanya ambik hak Aku balik.Zafran dan cerita semuanya dia tak cintakan Kau dia.."

PARGHH...
Sekali lagi tamparan kuat menyapa pipinya yang mulus.Lalu Qaisara mencengkam kuat dagunya malah lehernya juga.

"Hak?..Hak apa yang kau ada?,hak untuk kucar-kacir kan hubungan orang lain.Kau perangkap Zafran sedangkan kau tahu kami sedang bercinta dah merancang untuk kahwin.Tapi kau musnahkan segalanya."

"Perempuan yang sangat menyedihkan,ini balasan untuk perampas macam kau,kau menangis air mata darah dan meraung sekalipun aku takkan benarkan kau untuk bertemu dengan Zafran semula.."
Qaisara melepaskan cengkamannya lalu menegakkan badan semula,satu botol yang dihulur orang suruhan diambil lalu tersenyum penuh makna.

"Kau tahu apa benda ni?."
Naura hanya diam membisu,air matanya tidak dapat dikawal lagi.Dia hanya melihat gerakan tangan Qaisara yang membuka penutup botol kaca.

"Asid..Kalau aku simbah satu isi botol ni pada wajah munafik kononnya suci ni.Kau rasa bila wajah kau dan melecur buruk dan busuk Zafran akan terima kau."

"Tak...dia akan jijik dan buang kau dalam hidup dia sama macam dia pernah buang kau dulu mungkin lebih sadis dari itu."

BLUSSS...
Tanpa teragak-agak Isi botol tadi disimbah pada wajah Naura.

ARGHHHH....
Lantas Qaisara ketawa besar melihat wajah Naura berteriak ketakutan.

"Itu cuma air garam yang kau teriak macam orang kena sampuk hantu dah kenapa."
Qaisara ketawa lagi sungguh begitu puas hatinya melihat Naura begitu.Naura menunduk dengan tagisan hiba matanya yang terasa pedih dipejam seketika mujur dia sempat memejam mata ketika Qaisara menyimbah air garam tadi.Betul perempuan saiko Qaisara jika yang disimbah padanya tadi adalah asid.

"Kau dengan Mak kau sama sahaja dua-dua perampas hak milik orang lain.Kenapa kau nak kacau hubungan aku dengan Zafran,kau tak boleh ke biarkan aku dengan dia ha.."
Qaisara berteriak kuat membuat telinga Naura merasa sakit mendengar suara mak lampir itu.Kau makan apa teriak-teriak,sakit pipinya ditampar tadi sakit lagi hatinya tika ini.

"Kau jangan kutuk mama Aku macam tu."
Esaknnya begitu benci pada Qaisara.

"Itu memang kenyataannya Naura Rosse Errangga."
Satu suara garau menyampuk perbualan mereka dari arah kiri.Lelaki itu berjalan dengan menyeluk tangan pada kocek seluar diiringi dua lelaki berbadan tegap.Menghampiri kedua wanita itu.

"Un..cle Ma..an..??."
Tersekat-sekat suaranya menyebut baris nama itu.Apa yang sedang terjadi,Naura keliru yang teramat.Macam mana Norman boleh berada di sini.Adakah lelaki itu juga terlibat sama.Tapi kenapa?.

"Apa uncle man buat kat sini?."

"Bukan uncle man sweety,tapi uncle Zarul."
Melopong mulut Naura mendengar nama itu dengan dahi berlipat seribu.
Norman menanggalkan rambut palsu panjang paras bahu yang dipenuhi uban,lalu salah seorang lelaki yang berada di situ menghulurkan tisu basah untuk menanggalkan jambang buatan pada dagunya.Begitu juga dengan wajah lelaki itu seperti mempunyai kesan khas untuk memperlihat wajah tuanya.
Dan bertukar menjadi Zarul yang kejam bukan lagi seorang lelaki bernama Norman yang baik hati.Hilang sudah dimatanya lelaki yang berusia yang ada cuma lelaki kacak penghujung usia tiga puluhan.Ya dia ingat wajah itu, lukisan yang Ridwan berikan padanya.Meski orang dalam lakaran lukisan jauh lebih muda tapi Naura yakin lelaki berwajah matang ini adalah orang yang sama.

Zarul duduk di kerusi yang disuakan padanya oleh anak buahnya.Hari ini dia akan bercerita semuanya pada Naura memandangkan dia sudah bosan bermain dengan anak Errangga dan Nurin itu.

"Aku sengaja nak rapat dengan Kau.Aku tak hutang along seperti jangkaan Kau selama ini.Aku meraih simpati untuk rapat dengan Kau malah Aku lebih kaya dari along."
Pembukaan cerita yang membuat Naura kebingungan terkejut luar biasa.

"Kenapa,..kenapa kau buat semua ni?."
Remuk hatinya lelaki itu selama ini sudah dianggap seperti ayahnya sendiri.Menjadi tempat meluahkan segala kekesalan dihati.Namun itu semua hanya lakonan semata.Dia mengutuk kebodohannya sendiri, sepatutnya dia mendengar kata tok ayahnya untuk tidak mempercayainya sesiapa.

"Aku Zarul,lebih tepatnya orang yang bertanggungjawab melayangkan nyawa mama dan papa Kau."

"Kau bukan manusia, Kau syaitan bertopengkan manusia.Binatang liar pun tak macam Kau ni."
Merah padam mukanya dengan amarah yang menggunung.Lahar yang membara seakan ingin meletus melimpah ruah.

"Ya terima kasih,Aku pernah dengar ayat tu dari Rangga masa dia hidup dulu sebelum meninggal.Kau tak tahu,selain jadi Norman Aku juga perhatikan Kau kat kondo dengan membeli satu block kat situ.Bijak tak?."

"Kau bukan manusia, kau iblis kau dah rogol mama aku apa salah mama dan papa hingga kau sanggup bunuh mereka,.Mama mengandung kau tak ada hati nurani dan balas ehsan sebagai seorang manusia."

"Baik kau pergi mati biar tuhan hukum perbuatan kau..."
Kata-kata dari Naura langsung tidak mengubris hatinya.Tangisan esakan itu sungguh satu kepuasannya.Tenang Norman menghadapi Naura.Tidak seperti Qaisara yang suka melenting.Perempuan itu dari tadi berpeluk tubuh memerhati Zarul dan Naura.

"Aku dah bersumpah akan hancurkan keturunan Errangga dan orang itu adalah kau.Aku nak seksa papa kau kat sana melihat penderitaan anak perempuan yang begitu dia sayang."
Zarul tersenyum dengan setiap bait kata yang terluah dari mulutnya adalah satu kepuasan menyakitkan Naura.

"Kau nak dengar cerita tak?.,Kisah yang panjang..."
Pipi Naura yang kelihatan berbirat kemerahan akibat ditampar Qaisara diusap lembut,segera Naura memalingkan mukanya tidak rela disentuh wajahnya walau seinci oleh lelaki iblis seperti Zarul.

"Aku tak berminat nak dengan cerita bodoh kau ni."

"Aku yakin Kau takkan bosan dengar cerita Aku.Ini kisah cinta tiga segi yang berpaling pandang."
Tergelak lelaki itu dengan kata-kata yang diutarakan sebentar tadi.

"Seorang lelaki yang merupakan warganegara Indonesia menyambung pelajarannya ke Malaysia.Di sebuah universiti di bertemu seorang gadis bernama Zarina dan mulai jatuh suka antara satu dengan lain."
Zarul berhenti seketika matanya memandang wajah dan anak mata Naura yang berkaca-kaca.Dapat Naura meneka siapa lelaki yang diceritakan itu,tapi wanita bernama Zarina itu tentunya bukan mamanya.

"Setahun menjalin hubungan semuanya tampak baik sehinggalah kemasukan pelajar baru.Lelaki itu jatuh suka pada gadis cantik bernama Nurin anak bongsu kesayangan Tan Sri Khalid."

"Betul tak apa Aku kata kau dengan mama kau dua-dua perampas hak orang lain."
Sedikit keras suara Qaisara begitu benci pada arwah mama Naura.

"Tak,mama tak macam tu..Papa cintakan mama Aku.Mereka saling jatuh suka antara satu sama lain."
Tidak,dia tidak boleh terima mamanya dikatakan begitu.Cukup dia yang dihina,dia tahu sebesar apa cinta papanya terhadap mamanya.Dia sendiri membesar dan melihat cinta itu disemai dalam keluarganya.

"Qaisara tolong jangan mencelah bila uncle Zarul bercakap.At least dia tahu perkara sebenar sebelum dia tutup mata."
Qaisara mencebik,apa susah-susah tamatkan ajelah riwayat si Naura tu.Dan dia boleh pergi kepada Zafran semula.

"Ok,kita berhenti kat mana tadi."
Naura mendengus wajah Zarul dijelingnya.Jijik sungguh dia dengan manusia itu.Manusia?..Bukan selayaknya dia digelar syaitan sahaja.
Kalau boleh dia tutup telinga dia akan tutup.Dia tidak akan percaya dengan pembohong untuk kali kedua.

"Lepas masing-masing dah habis belajar papa kau ambik keputusan untuk kahwin dengan mama kau.Tapi apa kan daya cinta seorang Zarina tak pernah padam untuk lelaki yang mencuri hatinya itu.Aku tak tahu apa yang ada dalam kepala otak kakak Aku tu dengan beraninya dia menggoda papa kau untuk tidur dengan dia.Lelaki,mana tahan godaan,aku tak tahulah sama ada Rangga menyesal dengan kejadian tu atau tak.Lepas kejadian tu, masa terus berlalu.Mama kau disahkan mengandung dan bayi itu adalah kau."

"Tapi papa kau memang lelaki tak guna.Lepas dah pakai dia buang kakak Aku macam tu sahaja.Setahun membawa diri besarkan anak sorang tanpa tanggungjawab dari seorang lelaki.Kau tahu kakak Aku mengandung dan bayi itu adalah Qaisara."

Naura seperti menerima tamparan telinga nya seakan berdengung.Bibirnya bergetar sesak nafas dadanya ingin dipukul tidak berdaya.
Qaisara...Dia dan Qaisara adalah adik beradik.
Tidak dia tidak percaya itu.Qaisara kakaknya mereka satu ayah berlainan ibu.Lelaki itu pasti berbohong ingin memanipulasi keadaan.Pasti keduanya sudah menyusun strategi bersekongkol untuk mengenakannya.

"Tutup mulut Kau lelaki tak guna.Berhenti burukkan arwah papa Aku dengan carutan mengarut Kau tu."
Lelaki tinggi lampai itu tersenyum sinis tidak menghiraukan Naura yang memintanya menutup mulut.Dia tidak kisah biar perempuan itu tadah telinga mendengar semua keburukan Rangga.

"Sebenarnya Aku tak pernah hilang jejak Kau.Dari kejadian kat sekolah saat Aku menyamar jadi tukang kebun.Sampai Kau bukak butik habis belajar Aku sentiasa ikut perkembangan Kau.Dan masa orang suruhan Aku dapat tahu Kau bermusuhan dengan seorang perempuan, Aku siasat perempuan tu."
Lelaki itu diam sejenak.Zarul menarik nafasnya yang agak panjang, sebelum meneruskan bicaranya lagi.

"Aku tak sangka Kau boleh hidup senang lenang dan anak kakak Aku hidup dalam keadaan begitu hina sekali.Qaisara anak saudara Aku tak payah nak cerita Aku rasa kau dah tahu.Kau tak heran ke kenapa suami Kau tu boleh tertarik dengan Qaisara.Cuba kau perhatikan betul-betul ada iras papa kau tak,muka anak kakak Aku ni.?."
Ada senyuman sinis yang terbit pada bibirnya.

"Pasti Zafran dibayangi wajah Kau pada rupa Qaisara masa mula-mula jumpa kan."

"Uncle jangan samakan rupa Sara dengan perempuan ni boleh tak"
Qaisara mencebik bila wajahnya disamakan dengan Naura.

"Diam!,Kau yang kotor terhasil dari benih yang tidak sama taraf,.Penzina."
Naura menjerit menghentikan kata- kata yang menyakitkan hati itu.

PARGHH...

* * *
Ketika berada diatas lebuh raya.Telefonya berbunyi,Earbuds yang berada ditelinganya itu mengeluarkan suara Zuyin dihujung panggilan.

"Hello Zuyin so.."

"Seorang staf butik ada perasaan Naura datang tapi tak sempat masuk.Aku dah check CCTV yang berada diluar bangunan, semuanya rosak disabotaj.Tapi ada satu yang berfungsi mungkin mereka terlepas pandang.Ada orang masuk kereta Naura selepas Naura keluar,dan bila Naura masuk kereta semula kereta tu bergerak pergi.Dan lagi aku tak boleh fikir sekarang ni ada kereta lain follow kat belakang."
Penerangan dari Zuyin membuatnya tidak senang untuk memandu.

"Jelas tak nombor plat kereta tu.."

"Jelas nanti Aku send pada Kau.Tolong selamatkan Naura cepat Zaf!."
Bermohon Zuyin dihujung talian pada Zafran dengan penuh kerisauan.Dia pasti akan menyelamatkan isteri dan anaknya.Meski harus nyawanya menjadi taruhan.

"Aku minta tolong satu perkara lagi, tolong buat laporan polis."

"Don't worry yang tu kau serahkan pada aku, sekarang ni kau fokus cari keberadaan Naura.Aku takut orang yang culik dia apa-apakan Naura."

Setelah perbualan dengan Zuyin selesai Zafran berhenti didepan sebuah kafe.
Pesanan masuk melalui aplikasi WhatsApp dibuka dan meneliti plat kereta itu seterusnya dihantar pada orang suruhannya.

"Korang dah dapat pesanan dari Aku.?."

"Dah bos?."

"Korang dengar baik-baik.Itu plat kereta orang yang culik isteri Aku.Aku nak korang cari si tak guna yang culik isteri Aku tu sampai ke lubang cacing kalau perlu ke lubang naga cari! faham."
Suaranya penuh dengan emosi memberi arahan kepada anak buahnya itu.

"Baik bos kami akan laksanakan dengan kadar segera"
Terlintas difikirannya untuk meminta bantuan dari Naim.Naim mempunyai kenalan rapat yang berkerja di jabatan lebuh raya Malaysia.Perlu kah dia buat begitu berkesan kah buat semua itu.Kalupun kereta isterinya berjaya dijejaki belum tentu Zafran tahu kemana arah kereta itu berhenti.

Zafran menghela nafas berat dahinya dihempuk ke stereng kereta penuh kesal.Air matanya menitis penuh kerisauan dan ketakutan.
Dia tidak akan memaafkan dirinya sendiri atas semua kejadian ini.
Dia tersedar bila suara azan berkumandang di telefon bimbitnya menandakan telah masuk waktu Asar.

Masjid wilayah persekutuan Kuala Lumpur, menjadi tempat persinggahannya menunaikan solat Asar.
Begitu lama sujud yang dilakukan menghadap yang maha esa.
Setelah selesai solat dia menadah tangan berdoa meminta pada sang pencipta agar isterinya berada dalam keadaan baik- baik sahaja hendaknya.
Air matanya mengalir membasahi pipi jatuh satu persatu menyapa sejadah.
Bersungguh-sungguh Zafran memohon.Para jemaah masjid yang beransur pergi hanya memandang simpati padanya.
Hingga keadaan menjadi hening dia duduk bertakafur muhasabah diri hanya kedengaran suara kipas yang berpusing menyapa pendengaran.

Wajahnya diraup kasar.
Sungguh dia tidak kuat berada dititik terlemah begini.

"Assalamualaikum Zaf.."
Zafran menoleh ke belakang mendengar suara yang begitu dikenalinya itu.
Tengku Khaizuran tersenyum dengan pandangan damai wajahnya begitu bersih.Ia dia juga seperti Zafran baru usai solat dan lama dia memerhatikan Zafran dari belakang menunggu lelaki itu selesai untuk disapa.

"Walaikumusalam..Ku, apa khabar."
Suaranya serak lalu berdiri menyalami lelaki itu.Keduanya masih berpakaian formal kerja hanya kopiah putih terpacak di atas kepala masing-masing.

"Saya khabar baik,tapi tuan Zafran macam tak berapa nak baik nampaknya."
Soalnya melihat air muka yang keruh itu.
Macam kebetulan betul terserempak dalam keadaan begini.Dia tahu Zafran tidak berapa suka padanya,jika bukan atas urusan perniagaan mana mungkin lelaki itu mahu bersikap manis padanya.

"Ada orang culik Naura.."
Jangan ditanya apa riaknya lelaki itu.Walupun lelaki itu tidak pernah menyatakan cinta pada Naura.Dia sebagai lelaki tahu bagaimana pandangan Tengku Khaizuran bukan pandangan biasa-biasa jadi dia tidak begitu terkejut melihat air muka lelaki itu.

"Saya dah buntu Ku, hanya tunggu laporan dari orang-orang saya mencari keberadaan Naura."
Zafran bersuara melihat wajah terkejut yang terpampang di wajah lelaki itu.

"Dah buat laporan polis?."

"Saya dah suruh Zuyin buat laporan."

"Tak pe,saya akan inform pada bodyguard saya untuk tolong sama"
Mereka berdua jalan beriringan keluar dari masjid
menuju kereta masing-masing.
Zafran membuka kereta tika itu telefonnya yang berada di atas dashboard memaparkan nombor pemanggil orang suruhannya.

* * *

Noah merenung dalam wajah Amalin begitu juga sebaliknya.Suasana restoran seakan menjadi kelam tidak sangka Noah akan membuat keputusan begini.Dia yang penat memandu dari Kuala Lumpur ke sini tapi ini yang terpaksa dihadapi, mengecewakan.

"Kenapa you nak tangguh kan.?.Maaf kalau I dah paksa you tapi kita dah buat kata sepakat kan?, setuju nak bertunang tak cukup lagi ke tempoh sebulan yang I bagi?."

"I dah bagi tahu hal ni dengan ayah dan ibu,dan you dah setuju untuk berhenti jadi pengajar balik KL lepas kita bertunang."
Noah masih diam mendengar kekesalan Amalin padanya.Dia menerima cadangan Amalin untuk bertunang agar ada hubungan yang lebih serius untuk melupakan Naura.Jujurnya itu sangat sulit untuk dilakukan,Noah tidak sanggup melukai perasaan Amalin.

"Maaf kan I,tahu you letih baru balik flight.I can't force myself"
Noah menghela nafas panjang,bukan dia tidak mencuba untuk mencintai Amalin namun rasa itu sangat sukar untuk hadir.

"Ok fine,this is the last.I akan bagi you masa lepas ni I tak nak you berdalih lagi akan hal ni."
Akhirnya Amalin memberi nya ruang.Tidak guna memaksa Noah takut nanti lelaki dihadapannya ini jemuh jika terlalu dipaksa.

"Forgive me you and thank you for understanding my situation."
Amalin mengambil beg kertas yang diletakkan di bangku sebelah lalu di beri pada Noah.

"Apa ni?."

"Skincare from Korea,adik I cakap minggu depan sukan sekolah.I tak nak kulit you terbakar berpanas susah nanti you balik rumah family you macam rupa dayang senandung."
Noah tergelak kecil,sempat lagi nak kenakan orang Amalin.

"I serius ni you jangan gelak."

"Don't worry lagi dua hari I balik KL,so after sukan I takkan balik KL.Nak jadi dayang senandung ke orang minyak I tak kisah.Kulit I semula jadi putih so ya takkan lama jadi gelap paling tiga hari dah kembali ke alami."
Amalin mencebik,poyo benar kau ya memuji diri sendiri.Ingat laku ke buat iklan tak berbayar.

"And I dah tak boleh selalu turun KL hantar you pergi airport memandangkan dah banyak kawan abang I yang terserempak dengan I"

"It's ok kawan I boleh tolong hantarkan."

"So you nak tangguh majlis tunang kita,how about keputusan untuk berterus terang dengan family you soal kerjaya you ni.Nak batalkan?."

"For now,yes nampak gayanya macam tulah."
Amalin memicit kepala pusing dengan kerenah kekasih hatinya ini.Nasiblah sayang.
Jika dulu tujuan Noah ingin menjadi seorang guru adalah menjauh dari Naura tapi kini ianya telah jauh dari niat sebenarnya.
Dia suka menjadi pendidik mendengar rungutan dan ragam pelajar-pelajarnya seolah Noah merasakan dirinya ketika berada dialam remaja.Satu kepuasan melihat detik-detik berharga yang tak akan terulang.
Kini dia sedar bertapa besarnya pengorbanan seorang guru nila kesabaran itu harus dititikberatkan dan mempunyai jiwa yang besar.
Dan dirinya masih jauh menjadi seorang pengajar yang baik.

Jenis manusia tak terima kenyataan ni mudah menerima bisikan Syaitan.Semoga kita terlindung dari sifat-sifat keji. Hai DR sekalian, Hari ini Sky update awal,cuti tak boleh jalan pkp so memerah otak menaip lah kan.. Update awal,esok tak tahu lagi. Jemput baca DR semuanya.❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience