BAB 17: PROMISE AGAIN

Romance Series 11121

Naura membuka mata yang masih terasa pedih mengigat kejadian semalam membuatnya koyak senyum.Comforter tebal yang menutupi tubuh polosnya diselak,dengan langkah yang malas dia menuju ke bilik air,mencuci muka dan melakukan rutin seharian bila bangun tidur.Selesai melakukan aktiviti nya pili air ditekan,towel kecil dicapai memerap butiran air pada wajahnya.

"Buruknya muka sayang."
Zafran terkekeh ketawa bila Naura baru selesai keluar dari bilik air.

"Ni semua salah abang!."
Dengan manja Naura mencubit perut Zafran,lagi Zafran mengekek ketawa.Melihat wajah cemberut Naura laju sahaja pinggang isterinya dirangkul.

"Sakit lagi tak?"
Luka Naura disentuh penuh perhatian.

"Luka tu tak sakit,Aura sakit hati bila abang tak nak tidur dengan Aura semalam.Aura nak peluk abang tidur dalam dakapan abang!."
Luahnya sebal dengan wajah cemburut.

"Abang bukan tak nak tidur dengan Aura.Tapi abang takut tak boleh tahan diri dari sentuh sayang..Sayangkan tengah sakit."

"Orang cakap malam pertama lagi banyak sakit dari nikmatinya.."
Zafran kenyit mata mengoda isterinya.

"Eh' apa cakap benda tak senonoh ni.?"

"Tak senonoh apa nya,Tahu tak betapa tersiksanya abang mandikan sayang semalam. Abang baru cakap kias-kias dah malu macam ni."
Naura merintih manja saat Zafran mengigit pipinya dengan lembut.

"kenapa abang gigit pipi Aura?.Dah lah tak gosok gigi lagi."
Zafran tersenyum sahaja mendengar omelan isterinya.

"Muka sayang dah merah macam tomato ranum kat kebun sayur.Buat abang geram nak gigit."

"Nak mandi sama- sama tak?."
Tidak puas rasanya melihat wajah isterinya bersemu merah.

"Aura ingat dulu abang selalu cakap Aura gedik suka menggatal dengan abang,.Tengok sekarang tak sangka abang lagi gatal dari Aura."
Naura mencium bibir Zafran singkat Sebelum menghilang di balik pintu bilik air.

"Naura Rosse.!!"
Akhirnya ketawa Naura pecah bila Zafran mengetuk pintu dengan penuh rajuknya di luar.

"Sayang buka pintu! Aura buat abang sesak nafas tahu tak.Aura nak balas denfam ke ni."

"Me too..I can't breath if you're too close to me."

"Aura nak mandi kejap."
Sambungnya lagi,namun tiada sahutan dari Zafran.Naura angkat bahu lalu pipinya dikembungkan kiri dan kanan.

Rasanya hari ini dia akan banyak tersenyum.Wajanya ditilik pada pantulan cermin lagi, kulit yang sangat sensitif pantang kena sentuh pasti merona.

"Haisshh..Alang-alang dah masuk balik, mandi ajelah."
Butang pyjama nya dibuka,terhenti kegiatannya bila terfikir akan butiknya.

"Siapa yang sabotaj butik aku.?"
Peristiwa semalam mana mungkin dilupakan begitu sahaja.Zafran sudah berjanji akan mencari tahu dalang disebalik semuanya.Naura yakin setiap gerak-geri nya kemana sahaja ia pergi ada mata-mata yang memerhati.

"Qaisara!."
Spontan nama itu keluar dari bibirnya.Naura tidak menolak kemungkinan besar perempuan itu adalah dalangnya.

"Tapi simbol Z tu apa?."

"Sayang mandi ke tu?.Boleh tak buka baju tu?.. nak abang tolong.!"
Naura tersentak dari lamunan.Ya ampun suaminya itu masih tetap setia berada didepan pintu.Nak tolong apanya bukanya Naura cedera teruk, ambik kesempatan dalam kesempitan kan Zafran ni.

Sofa single panjang warna putih itu menjadi saksi menampung dua tubuh manusia yang sedang hangat saling berkasih sayang.

"Hahaha..Terima kasih dengan adik abang sorang tu!. Disebabkan peristiwa tujuh tahun lalu yang Noah buat terlintas di fikiran Aura nak ikat abang dengan cara macam tu."
Zafran mengecilkan mata lalu angat kening,pelukan pada tubuh isterinya dieratkan dengan ketat.Dari tadi Naura tidak henti ketawa,Rasa bahagia bila Naura selalu ketawa begini dihadapannya.

"Ikutkan sangat Noah tu..hurm..Aura masih marah pada Noah?."
Idea nya memerangkap Zafran sedikit sebanyak diikutinya dari Noah.

"Aura ada cakap dengan dia Aura akan bagi kemaafan bila abang dah terima Aura sebagai isteri abang."

"Ok abang faham."
Ubun-ubun kepala Naura dikecup terselit senyuman pada bibirnya.Wangi sungguh isterinya ini boleh mabuk dibuatnya.

"Sampai bila kita nak terbaring kat sini?.Tak nak sarapan ke?."

"Tengok muka sayang abang dah rasa kenyang.."
Mengada betul..Naura menutup mata sejenak, sebelum bersuara lagi.

"Abang menyesal tak kahwin dengan Aura?."

"Abang yang akan menyesal jika sayang terlepas pada genggaman abang dan pergi pada yang lain."

"Masih marah kan Aura.?"
Lagi Naura bertanya,pelukan dilongarkan sedikit lalu menatap wajah Zafran.

"Abang tak marah sayang dah,cuma abang rasa terkilan.Aura selalu buat benda yang merendah kan diri sendiri.Rasa bersyukur Allah dah takdirkan Aura untuk abang."

"Maaf selalu mengganggu hari-hari abang..abang pasti terganggu dengan kehadiran Aura sejak balik Malaysia kan."

"Abang tak terganggu malah perasaan abang bercampur aduk."

"Maksud abang?."

"Abang rasa benci tapi bila sayang hilang pada pandangan abang,..abang rasa kehilangan dan rindu yang teramat.Tapi abang sakit hati bila sayang suka pakai sexy jadi tontonan umum,Ketika itulah terbayang peristiwa tujuh tahun lalu akan muncul menguasai minda seakan menjadi pengkhianat pada hati abang."
Naura memegang pipi suaminya,diusap penuh kasih wajah tampan itu.Senyuman diukir melembutkan hati si suami agar tidak bersedih.

"Aura ingat abang akan suka perempuan sexy,.Abang kan belajar kat overseas.. Tak sangka idea bodoh tu buat abang benci pada Aura."
Terdengar keluhan panjang pada bibir mungilnya.

"Sebenarnya abang suka Aura pakai sexy tapi.."
Dah agak dah lelaki mana tahan dengan godaan seorang wanita.Nak lagi dengan orang yang dia sayang.Naura mengigit lengan Zafran kesal membuat Zafran terkekeh ketawa berasa geli.

"Padan muka abang."
Ejeknya manja.

"Tapi apa?."
Naura bertanya menanti ucapan Zafran.

"Hanya untuk abang sorang aje.Bila Aura keluar,pakai-pakaian yang sopan!.Ok isteri ku."
Naura mengangguk faham.

"Sorry for ever hurting your physical and mental.Abang will always be there by your side.. abang janji lepas ni abang takkan sakitkan Aura lagi."

"Aura akan pegang janji abang tu."
Tangan Naura dikecup penuh sayang.Ini adalah janjinya untuk kali kedua,dulu dia pernah berjanji menjaga dan melindungi Naura tapi janji itu dimungkirinya.

"Abang perasan ada orang tu tiap hujung tahun bawak Tasya intip abang kat California?."
Naura gelak kecil semakin mengeratkan pelukannya pada Zafran.Mukanya sudah merah kerana malu.

"Siapalah orang tu agaknya kan?."
Zafran geleng kepala dengan sikap luar dugaan isterinya ini.

"Esok majlis resepsi dah,tapi luka sayang.."

"Jangan risau Aura boleh cover."
Naura cuba meyakinkan Zafran bahawa dia baik-baik sahaja.

"Tak sangka isteri abang ni membesar jadi bunga ros yang paling cantik dan berdikari,.. dulu time kecik suka nagis sampai hingus melelehhh.."
Zafran memekik sakit bila Naura mengigit telinganya.Dalam memuji boleh pulak dia menyakat.Aduhhai..suami siapa lah ni.

"Ok..ok.. sorry.. sayang memang cantik."
Ya Allah, isterinya ini suka mengigit.
Pelukan dieratkan lalu tersenyum simpul memandang wajah Naura.

"Abang saje kan nak kenakan Aura."
Pipinya melekap pada dada suaminya, mendengar degupan jantung yang begitu mengasyikkan.

"Lepas majlis resepsi sayang kena bersiap!."

"Bersiap untuk apa?."
Zafran tersenyum lebar,Naura angkat kening, otaknya aktif berfikir maksud ucapan Zafran sebentar tadi.

* * *

Semua mata tertumpu pada pasangan sama cantik sama padanya.Berkonsepkan taburan bunga-bungaan serta campuran hiasan kristal adalah pilihan datin Salwa yang bertungkus lumus turun padang sehingga perkahwinan anak sulungnya ini nampak great dan perfect.
Zafran dan Naura berjalan bergandingan turun melangkah dari singgahsana lengan saling berpaut dengan senyuman yang dihamburkan keseluruh tetamu yang memenuhi ruang hotel.

Tetamu yang datang malam hari ini lebih banyak berbanding majlis akad nikah mereka.Repoter juga banyak yang hadir membuat liputan mengenai cucu ahli perniagaan yang terkenal ini.

KLIK..KLIK...

Jurugambar disetiap penjuru tidak henti menangkap gambar mereka berdua.Disetiap langkah mereka menjadi tumpuan.Naura sudah selesa dengan situasi sedemikian tapi Zafran pasti kekok menjadi tumpuan,sebaik mungkin cuba ditutupinya rasa kekoknya.

Tan Sri Khalid tersenyum bahagia melihat dua cucunya itu yang kini sah bergelar suami isteri.Dilihatnya Naura sungguh cantik dengan busana pengantin biru lembut,tidak ubah seperti ketika anak perempuannya berkahwin suatu ketika dahulu.
Dato'Nasir memandang wajah isterinya dan anak perempuannya dengan gelengan kepala.Perempuan kalau berdrama mengalir kan air mata memang win.

"Ayah harap sangat anak kamu tu boleh jaga Naura dengan baik!."

"Ayah jangan risau,kita tahu apa yang terjadi antara mereka berdua.Takkan Zafran Sangup bawak diri jauh,jika bukan kerana salah faham dan kecewa pada cucu ayah yang sorang tu."
Luah Dato'Nasir pada ayahnya.Tan Sri Khalid tergelak kecil dengan sikap cucu- cucunya yang suka merajuk dan bermasam muka.
Mereka berempat duduk di meja paling hadapan dikhaskan untuk keluarga pengantin.

"You look so beautiful tonight sayang."
Lagi Zafran memuji isteri cantik nya ini.

"Abang tak bosan ke asyik cakap benda yang sama?.

"Untuk bidadari abang ni..Abang takkan pernah bosan untuk memuji.Kalau perlu abang repeat berjuta kali abang akan buat."

"Mulut pedas dah tukar manis hemm..Aura suka sisi abang yang sekarang ni..Noah tak datang ke?."

"Semalam Noah ada call cakap minta maaf sangat tak boleh hadir ada urusan penting yang kena satele kan."

"Abang dah berbaik dengan Noah?."
Soalnya dengan penuh penantian,Wajah isterinya dipandang sekilas dengan senyuman lembut.

"Dah.."
Jawabnya pandek.

Zafran menyambut huluran jabat tangan yang mengucapkan selamat pada mereka berdua ketika menghampiri meja tamu.

"Selamat pengantin baru moga kekal hingga ke Jannah.."

"Semoga dapat anak cepat.."

"Tak sangka Naura ni sepupu you kan?."
Pasangan suami isteri itu saling berpandangan lalu tergelak kecil.

"Tak ada angin tak ada ribut korang berdua ni..."
Mereka berjalan lagi menyapa kemeja seterusnya.

"Cantiknya isteri you..till jannah guys.."

"Selamat pengantin baru,cepat-cepat dapat Zafran jr' dan Naura Jr!. yer.."

"I doakan semoga hubungan korang hingga ke hari tua.."
Itulah antara ucapan yang mereka berdua terima.
Semoga sahaja doa-doa para undangan yang datang diangkat keatas langit dan diaminkan para malaikat.

Selesai majlis resepsi mereka.Zafran terlebih dahulu naik ke bilik hotel.Kerana Naura ada urusan penting perbincangan ringkas bersama Zuyin mengenai butik.Macam takde hari esok aje nak berbincang.

Zafran menanggalkan coat biru tuanya lalu membuka butang bajunya satu persatu.
Zafran tersenyum bila ada tangan melingkari pinggangnya dari belakang.

"Cepatnya sayang jumpa dengan kawan sayang tu?."

"Zaf I miss you so much."
Zafran memutar tubuhnya laju tangan yang melingkar tadi dihempas kasar.

"Sara awak buat apa kat sini?. macam mana awak boleh masuk?."
Qaisara tersengih,dunia zaman sekarang hanya perlukan akses duit dengan mudah.

"Kenapa awak mesti buat saya macam ni?."

"Sara please go!.Nanti Kalau Naura masuk dia akan salah faham."
Zafran sudah cuak,harap sangat Naura takkan naik Sebelum Qaisara keluar.

"Saya rindukan awak..kenapa awak tak nak faham bertapa saya sakit rindukan awak Zaf.Yang awak tahu hanya nak jaga perasaan perempuan tu habis saya ni?."

"Yang awak cakap perempuan tu status dia my wife!..Dan awak tak ada kena mengena dengan saya."

"Wow...Dah mengaku status perempuan tu sebagai isteri,awak nak ke saya cederakan isteri kesayangan awak tu.?"
Ugutnya pada Zafran dengan mata dijegilkan.Membuat Zafran mendongkol geram.

"So apa kau nak? supaya tak ganggu dan sakitkan Naura lagi."

"Bagi saya peluk awak cukup lima minit saya akan pergi selamanya dari hidup awak."

"Baiklah!.Tapi lepas ni awak tolong pergi jauh dari hidup kami berdua!."
Harap sahaja perbincangan Naura dan sahabatnya itu belum berakhir.
Qaisara angguk kepala faham dengan manja dia mula memeluk Zafran.Qaisara tersenyum licik,sangkaanya Qaisara hanya memeluk nya sahaja tapi salah yang teramat.Qaisara menciumnya, Zafran tidak menolak mungkin cukup kali terakhir ini agar perempuan ini puas dan pergi jauh.
Qaisara bersorak dalam hati melihat Naura kaku dihadapan pintu,sengaja pintu itu tidak ditutupnya ketika masuk.Qaisara tersenyum dicelah ciumannya bersama Zafran.Dia juga sengaja mendesah ingin membuat Naura cemburu dan marah.

"Penipu!."
Zafran tersentak mendengar suara Naura, laju tubuh Qaisara didorong menjauh darinya.
Ini kah yang Zafran maksud kan berjaga sepanjang malam.Ingin membuatnya mengalirkan air mata dengan kenyataan suaminya curang dengan perempuan licik ini.
Mungkin saja bukan satu malam.. mungkin juga berbulan untuk merawat hatinya.

"Sayang dengar dahulu apa abang nak cakap semua ni hanya salah faham!."
Zafran menapak kearah Naura.Namun isteri nya itu mengundur setapak menjauh.

"Jangan dekat!.jangan berani dekati saya!."

"Abang lelaki jahat.. so betul lah abang yang hancurkan butik Aura.Apa yang abang cakap dengan Aura tu semua tipu.Abang berpakat dengan perempuan ni untuk buat Aura merana."
Laju sahaja dia berkata dengan juraian airmatanya.Zafran menggeleng menidakkan apa yang Naura katakan adalah salah.

"Sayang,abang.."

Tanpa menunggu penjelasan dari Zafran.Naura berlari sekuat hati menjauh dari Zafran.Pergi jauh dari kesakitan yang Zafran telah berikan padanya.

"Ni semua salah kau! puas hati kau perempuan licik!."
Zafran menunding jari ke arah Qaisara lalu keluar dari bilik hotel mengejar isterinya.

"Ini baru permulaan."
Qaisara gelak jahat.Hanya memerhati bayang suami isteri itu berlalu pergi.

"Kau boleh dapat semuanya!. sedangkan aku.. hanya manusia yang dicampakkan.."
Tidak adil baginya jika hanya Naura yang mendapat kebahagiaan.Oleh dari itu Naura harus rasa sakit sama seperti dirinya.

Naura mengangkat sedikit gaun pengantin nya yang menyukarkan untuk melangkah.Belum sempat kakinya melangkah kedalam lift kakinya terkehel.Naura terduduk merintih sakit, dilihatnya Zafran makin mendekat terpaksa jua Naura menggagahi diri untuk berdiri melarikan diri.Sebelah kasut tumit nya yang tertanggal cuba disarungkan dengan geram aduh time macam ni lah kau nak buka babak Cinderella dengan aku.Naura diserang gelabah Oh..tidak Zafran makin mendekat habislah,dia tidak sanggup berhadapan dengan Zafran untuk saat ini.
Dengan langkah terhincut-hincut Naura masuk ke dalam kabel emat segi itu,Naura menarik nafas lega bila pintu tertutup.

BAMM...

Dengan kesal Zafran menghempap pintu lift dengan buku limanya.Terpaksa dia menggunakan kaedah tangga melihat hampir kesemua lift sedang digunakan.

Belum sempat Zafran melangkah untuk berlari dia tersedar sebelah kasut Naura tertanggal.
Pasti isteri nya berasa sakit ketika ini, Cinderella telah pergi meninggalkan prince charming nya.
Zafran turut kecewa membiarkan Qaisara memeluk dirinya,.Memang patut Naura berasa kecewa dan benci padanya.
Zafran meraup wajahnya kesal kasut tumit isterinya dipungutnya dengan rasa sakit.Dia dan Naura baru sahaja berbaik pelbagai rancangan dan impian telah dipasang indah,namun kerana Qaisara semuanya harus dipendam lagi.Mungkin begini sakit perasaan Naura ketika dirinya tidak mempercayai Naura suatu saat dahulu.

~Hai..harap korang faham pengguna bahasa Melayu saya yer..Kalau ada yang tak betul tu sila lah betulkan..:) Love you all dear darlings.~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience