Sudah hampir satu bulan Isterinya menghilang.Zafran sudah seperti orang yang kehilangan akal mencari isterinya yang tidak tahu dimana keberadaannya.Dirinya sudah tidak terurus Datin Salwa kerap membebel dengan keadaan dirinya yang teruk itu.Manakala Tan Sri Khalid mendesak agar segera mencari dan memujuk isterinya pulang.Sebenarnya Tan Sri Khalid seakan tahu dimana Naura berada namun sengaja tidak memberitahu pada Zafran,biar cucunya itu berusaha sendiri.
Sejak kejadian dia menuduh Naura curang dan memaksa isterinya melakukan hubungan badan secara paksa.Zafran tidak sanggup pulang ke kondo mereka dia pasti akan terbayang tangisan Isterinya.
Kali ini Naura betul-betul merajuk pergi tanpa khabar mahupun jejak.
Urusan syarikat sudah tidak dipedulikan kerap kali dia meradang memarahi stafnya meskipun itu hanya kesalahan kecil.Mujur ada Dato' Nasir mengawal induk syarikat dan orang-orang lama kepercayaan syarikat mereka.
Satu fasa mencari isterinya lalu macam mana reaksi isterinya jika sudah ditemui.Tentunya Zafran akan memerah otak mencari kata memujuk isterinya.Dia yakin tidak semudah itu Naura akan memaafkan kesalahan yang telah dilakukan oleh dirinya.
Berhubung soal Dato' Zackery.Dia sudah menghantar orang suruhannya memberi peringatan pada lelaki itu.Seperti kata Tengku Khaizuran Naura tidak ingin membuat laporan polis.Yang mungkin akan mengakibatkan keaiban terhadap Naura.
Zafran membuka mata bila telefon bimbitnya berbunyi,dilihatnya nombor Naim tertera di skrin.
Badannya ditegakkan seraya mengangkat telefon.
"Aku dah jumpa mana Qaisara pergi.."
Lain yang diharapkan lain yang muncul.Tapi tidak apa dia perlu membuat perhitungan dengan perempuan itu.
"Mana betina tak guna tu sekarang?."
Zafran berdiri dengan bercekak pinggang api kemarahan nya seakan membara.
"Sebuah homestay kat Pahang.Aku dah agak lepas dia buat sesuatu dengan rumah tangga Kau dengan Naura dia akan menyorok.Lepas tu bila keadaan dah reda dia akan datang kembali.Betul licik fikiran perempuan tu."
"Ok Kau jemput Aku kat ofis.Aku tak ada mood nak memandu.Aku nak buat perhitungan dengan perempuan iblis tu."
"Ok."
Setelah perbualan ditamatkan Zafran keluar dari bilik pejabatnya.Lin yang baru hendak masuk dengan buku catatannya terkebil-kebil lalu mengejar bosnya itu.
"Tuan nak pergi mana?.Kejap lagi Tuan ada meeting dengan wakil syarikat Persada holding."
Lin sudah kelihatan cemas.Alasan apa lagi yang dia nak karang nanti.Kerap kebelakangan ini Zafran sering membatalkan meeting.Bosnya itu masuk ofis tapi kerja tidak.Lebih banyak termenung seperti orang kemurungan.
"Saya ada hal.. Cakap saya ada emergency."
"Tuan..!."
Belum pun sempat Lin menjawab Zafran sudah menghilang kedalam perut lif.
* * *
Zafran dan Naim tiba di sebuah homestay yang berkonsepkan suasana kampung.Ketika mereka sampai Qaisara sepertinya hendak pergi melihat perempuan itu masuk kedalam kereta.Zafran keluar dari perut kereta dan meluru menuju ke arah Qaisara.Pintu kereta Qaisara dibuka lalu lengan perempuan itu direntap kasar.
"Zaf apa awak buat ni?.Awak buat apa kat sini?."
"Berhenti berlagak bodoh lah..Puas hati Kau sekarang..."
"Apa awak cakap ni saya tak faham.."
Zafran berdongkol geram.Kalau makhluk didepanya ini bukan berjantina perempuan,sudah lama disepak terajang hingga lunyai.
"Wah,.Kau tak rasa bersalah ke tunjuk muka tak berdosa Kau ni..Lepas Kau burukkan nama isteri Aku dan tunjuk gambar yang kau dah edit.,Kau blah macam tu je.."
"Huh..Tak percaya Awak datang dari jauh hanya nak jumpa dengan saya ke Zaf?.Nampaknya rancangan saya dah berjaya.So macam mana keadaan isteri kesayangan awak tu?."
Qaisara tersengih sinis tanganya dilingkari pada leher Zafran namun segera ditepis.Naim yang sudah keluar dari kereta tergeleng kepala jijik dengan sikap Qaisara itu.Dasar pelakor..
"Awak dah ceraikan..kita dah boleh kahwin?."
"Berhentilah!.Tuhan memang tak merestui rancangan keji Kau ni.Dalam hati Aku hanya letak nama Naura tak mungkin ada ruang untuk orang lain...terutama perempuan macam Kau ni."
"Jangan berlagak sangat Zaf.Takut kemudian hari awak akan merangkak berlutut di kaki saya."
"Tak kiralah sejuta kali untuk saya buat rancangan untuk sakitkan hati Naura.Janji satu hari nanti awak akan jadi milik saya."
Tanpa berselindung lagi Qaisara berkata jujur.
Bahu Qaisara ditolak hingga tersandar pada kereta perempuan itu.Matanya tajam menikam memberi amaran pada Qaisara,.
"Apa yang susah sangat Kau nak move on ni Sara.Aku tak pernah cintakan Kau..,Kau hanya orang yang tak penting dalam hidup Aku untuk Aku mengelak dari Naura dulu."
"Baik awak tarik semua kata-kata awak tadi!.Saya akan pastikan Naura menderita dah rampas awak dari saya."
"Aku bagi Kau amaran terakhir.. Jauhkan diri dari isteri Aku atau Kau berakhir dengan penjara besi."
Qaisara ketawa besar membuat Naim dan Zafran berkerut dahi.Pada pandangan mata mereka berdua perempuan itu dah macam orang tak betul.
"Tak ada sorang pun yang boleh miliki awak selain saya.Tempoh awak dengan Naura dah makin tipis so bersiap lah untuk kehilangan."
Zafran menekup mukanya lama nafas ditahan.Dia boleh naik gila bercakap dengan orang tak betul macam Qaisara ni.
"Kau ingat dengan gambar bodoh tu,Kau boleh pisahkan Aku dengan Naura.Jangan harap."
"Kita tengok siapa akan menang."
Zafran tersengih mendengar kata dari Qaisara.Lalu pandangan mengejek diberi sebelum jarinya dipetik,jari telunjuk dihala kemuka tidak tahu malu itu.
"Kau tak rasa ke yang Kau ni gila.Aku cadangkan Kau buat appointment dengan pakar psikiatri chek keadaan Kau sebelum melarat."
Setelah mengatakan itu Zafran mengorak langkah meninggalkan Qaisara.Qaisara memandang tubuh Zafran yang menghilang kedalam kereta.Nafasnya turun naik menahan amarah.Zafran labelkan dia gila dan itu dia tak boleh terima.
"ZAFRAN IZZMIR...AKU BELUM HABIS LAGi..."
Teriak nya nyaring.Namun itu hanya sia-sia kereta Ranger milik Naim sudah berlalu pergi meninggalkan kawasan homestay itu.
"Kita datang jauh dari Kuala Lumpur itu aje yang Kau buat?. bertikam lidah dengan perempuan tu.?."
"Habis tu Kau nak Aku belasah dia..Dayuslah kalau Aku buat macam tu.."
"Dayus?.Habis dengan Isteri Kau dulu..Kau siap bagi penampar Jepun high kelas punya."
Zafran terdiam.. Betulkah sebegitu kejamnya dia terhadap Naura dulu.Agaknya dia hilang ingatan rasanya.
"Kenapa Kau tak buat laporan polis.Dah banyak kali dia ugut Kau."
"Bukti Apa yang Aku Ada?.Saman fitnah dan beri bukti gambar aib isteri Aku dengan Tengku Khaizuran.Walaupun gambar tu hanya edit tu tetap aurat isteri Aku..Cakap Im Aku kena buat macam tu ke?."
Naim menghela nafas panjang.Berat ujian sahabatnya sorang ni.Dari jauh Mata Naim tertarik kepada sebuah banner menjual cendol.
"Ada cendol lah..Nak berhenti tak.."
"Terpulang Aku ikut je.."
Kereta Naim berhenti disebuah warung menjual cendol itu.
Mereka mengambil duduk lalu meminta pesanan.
Lama mereka melepak disitu.Zafran tidak menyedari yang Noah juga ada di warung yang sama.
"Sedap jugak cendol pulut ni kan Zaf."
Komen dari Naim hanya bagi angin lalu baginya.
Tiada rasa nikmat yang dia temui dalam cendol itu seperti yang dikatakan Naim padanya.Suara gelak tawa dari belakang amat mengangu telinganya.
"Lambat lagi ke Kau nak habis?.Dah dua mangkuk Kau bedal tak kenyang lagi ke."
"Sedap ni, mana nak dapat benda sedap macam ni kat KL."
"Kau ni dengan Iskandar memang satu kepala bila bab makan."
"Apa gunanya ada mulut."
Naim mengerutkan dahi lalu mengecilkan matanya bila melihat Noah berdiri dari duduknya bersama sekumpulan pelajar.
"Eh' tu bukan Noah ke?."
Zafran mengikut arah mata Naim bila nama adik lelakinya dipetik.
"Noah!.."
Noah yang mendengar namanya diseru terkaku seketika sebelum disedarkan oleh seorang pelajarnya.
"Sir terima kasih dah belanja Kami!.Kami gerak dulu Sir."
Lima orang pelajar lelaki itu berpamitan.Setelah melihat cikgu mereka itu sepertinya akan menemui orang yang memanggil cikgu mereka itu.
"Apa Noah buat Kat sini?.Siap melepak dengan budak sekolah lagi."
Zafran angkat bahu dengan pertanyaan Naim dia juga musykil dengan adik lelakinya itu.Noah mendekat kearah mereka berdua dengan pamer senyum seraya menepuk bahu Naim.
"Buat apa kat sini?."
Soal Zafran tapi otaknya seakan sudah mengetahui sesuatu.Noah yang menghilang lalu berada disini bersama sekumpulan pelajar dengan memakai baju seakan seorang guru.
"Makan cendol lah buat apa lagi."
Jawabnya tanpa berdosa.Loyar buruknya itu langsung tidak menarik bagi Zafran yang sudah memasang wajah datar.
"Kerja yang Kau sorok tu jadi tenaga pengajar kat sini ke?.Tadi tu student Kau?.."
Noah diam tidak terkata.Begitupun dengan Naim.
"Keluarga kita ada company besar.Tapi kenapa Kau memilih untuk jadi seorang guru wahai Noah Izham?"
Terkebil-kebil Naim memerhati keadaan tegang itu.Mulutnya tidak henti menikmati Cendol.
Noah menarik nafas panjang wajah Zafran dipandang sekilas,sebelum melarikan pandangannya.
"Aku ada sebab sendiri."
"Sebab Aku Ke?."
"Bang biar Aku tentukan masa depan Aku sendiri.Aku nak Kau rahsiakan benda ni dari mummy."
"Jangan buat keputusan melulu Noah.Kau belajar tinggi sampai luar negara kau dah habis belajar kau berkampung kat sana lepas tu bila Kau balik buat kerja tak setaraf dengan ijazah yang kau ada.Macam mana kalau tok ayah dapat tahu."
Noah menghela nafas panjang.Rendah sangat ke jadi seorang tenaga pengajar,biarpun kerja itu tidak setanding dengan pola kehidupan elit mereka tapi kerja yang dia lakukan tetap mulia.Kalau sebab duit dia tak kisahkan.Jauh dari Naura buat masa ini hatinya semakin terhakis dengan nama sepupunya itu.
"Aku akan bagitahu mana Naura tapi tolong rahsiakan perkara ni."
"Macam mana Kau tahu soal Naura?."
Soalnya penuh selidik.Noah tergelak kecil dengan pandangan cemburu abangnya itu.
"Amalin terserempak dengan Naura kat KLIA."
"KLIA?.Dia pergi mana?."
"So nak rahsiakan tak?."
Noah sudah buat tawar-menawar dengannya.Tentunya bagi Zafran dia akan memilih isterinya.Zafran memutar bola mata keatas dengan berat hati dia terpaksa mengalah.
"Ok deal.."
Noah tersenyum dengan kemenangan yang berpihak padanya.Huh buat sementara waktu rahsianya masih selamat.
"Bali.."
"Bali?..Maksud dia pergi pada keluarga arwah papa dia."
"Yup.."
Zafran tersedar yang dia terlepas pandang.Macam mana dia tak boleh syak Naura berada di bali.Sedangkan keluarga datuk isterinya itu adalah pemilik villa terbesar di Indonesia.Zafran mengariskan senyuman dibibir seperti kanak-kanak yang menerima ais krim matanya berbinar penuh kegembiraan.Kenapalah tempat itu tidak langsung terlintas di fikirannya.
* * *
"Ok saya memang surrender dengan orang lama yang berpengalaman macam Tan Sri."
Lelaki paruh abad itu tergelak dengan pujian Tengku Khaizuran padanya.Mereka berdua naik ke atas bugi dan dipandu oleh Tan Sri Khalid.
Manakala alatan golf mereka menyusul dari bugi belakang yang dibawa oleh orang Tan Sri Khalid.
Tengku Khaizuran membuka cap yang menutupi kepalanya dari terik matahari sebentar tadi.Jelas wajahnya kelihatan kemerahan menahan panas.
Rambutnya diraup beberapa kali sebelum memakai semula cap putihnya.Sesekali pandangannya dibuang pada padang golf yang kelihatan luas dan menghijau.
"Tengku nampak berpotensi dalam sukan golf ni."
Sempat Tan Sri mengagumi cara permainan ala profesional anak muda itu.Hapir kesemua pukulan score.Dia bukan suka-suka mengganggu masa lapang anak tunggal lelaki Tengku Mokthar,tapi ada yang ingin dipastikan dari anak muda itu.
"Saya sebenarnya peminat sukan polo,golf kira teman ayahanda untuk ada geng ajelah.Selalu masa kat overseas menonton secara live kejohanan PGA ni hanya hilangkan bosan."
Tan Sri Khalid angguk perlahan.
"Apa pendapat Tengku tentang Naura.?"
Tiba-tiba sahaja soalan itu yang dilontar,ada sedikit perasaan kurang senang dengan pertanyaan Tan Sri Khalid padanya.Namun demi menjaga air muka dia cuba berlagak tenang.Dia tahu Tan Sri Khalid bukan suka-suka mengajaknya bermain golf begini.
"Ohh, maaf jika Tengku kurang selesa.Saya hanya nak tahu tanggapan orang lain tentang cucu saya yang sorang tu.Dengar cerita Tengku dan Naura rapat."
"Maaf jika Tan Sri kurang senang jika saya mendekati Naura.Macam apa yang saya bagi tahu pada semua orang,saya ikhlas untuk berkawan dengan dia."
Ada betulnya dan ada bohongnya.Dan Tengku Khaizuran tidak mahu isi hatinya terlalu didedahkan nak lagi pada lelaki disebelahnya ini.
"Maaf sekali lagi jika saya menyinggung perasaan Tengku.Mungkin saya terlalu khuatir rumah tangga Zafran dan Naura tak berjaya macam pasangan suami isteri yang lain."
Nah kan,jelas yang Tan Sri Khalid cuba untuk mengorek rahsia nya.Jika rumah tangga keduanya tidak berjaya maka dia lah puncanya, begitukah..Kembali Tengku Khaizuran bertenang.Dia dari keturunan baik-baik dan ternama tata tertib adalah kewajiban dalam keluarganya.Dia tidak akan mudah melatah.
Sukar dia dalam keadaan begini,semua orang menidakkan rasa cintanya pada Naura.Kenapa dari awal dia tidak pernah tahu yang Naura adalah isteri Zafran,bila dia sudah terlalu menyimpan perasaan terhadap Naura tuhan patahkan hatinya yang berbunga mekar terhadap keikhlasan cintanya pada Naura.Bunga yang cantik ditaman larangan.Penuh dengan duri boleh dilihat tapi untuk menyentuh hanya dalam igauan,boleh dipandang tapi untuk dimiliki dalam mimpi pun dia tidak akan mampu.
Sangat menyedihkan, lelaki itu menyangka Naura adalah insan yang tertulis untuknya.
"Tengku."
Dia tersedar dari khayalan yang panjang bila mendengar suara Tan Sri Khalid.
"Dia ada personaliti yang menarik, senang untuk didekati.Seorang yang happy go lucky,rendah diri."
Lelaki paruh abad itu sedikit lega jika Tengku Khaizuran beranggapan begitu.Bimbang sahaja jika Tengku Khaizuran mengatakan ada perasaan pada Naura.Jujur secara peribadinya dia tidak setuju cucu-cucunya itu bernikah tapi bendah dah nak jadi dan tidak boleh untuk ditidakkan.Jika Naura bukan isteri Zafran dan bukan milik siapa-siapa Tan Sri Khalid dengan senang hati akan menjodohkan Naura pada anak Tengku Mokthar itu.Ia,meskipun belum dilihatnya dengan mata sendiri Naura dan Tengku Khaizuran bertemu secara nyata.Melalui cerita anak muda itu dia yakin kedua mereka sangat rapat jadi tidak heranlah jika Zafran cemburu.
"Orang yang tak kenal dia mungkin takkan kenal sifat sebenar dia."
"Dari segi luaran Naura Cantik dan berdikari"
Sambung Tan Sri Khalid disambut dengan garis senyum Tengku Khaizuran.Siapa yang tidak bangga memuji cucu yang cantik.Cantik luar dan dalam, itulah Naura.Hanya yang betul-betul mengenali sahaja akan tahu siapa Naura Rosse si bunga harum.
Hehe,sorry salah letak nombor :) penat punya pasal^°^
Share this novel