"Mana Naura?sejak ayah balik ni tak nampak budak bertuah tu."
Datin Salwa angkat muka memandang ayah mentua nya.Lalu mengukir senyum melihat wajah tua paruh abad itu.
"Biasalah cucu kesayangan ayah sorang tu.Designer lah katakan mesti banyak fashion show yang dia kena hadiri,untuk ketengahkan bakat hasil rekaan sendiri."
Ujar Datin Salwa dengan lembut,Wanita yang mempunyai tiga anak itu tetap anggun menjaga penampilan.
Dato' Nasir yang berada di sebelah isterinya hanya diam menikmati teh sesekali dia akan melirik ayahnya.Tan Sri Khalid tersenyum mengingat sosok cucu perempuan nya yang manja itu.Di usia dua puluh lima tahun sudah berjaya menempah bakat dalam bidang rekaan pakaian tanpa campur tangan darinya sendiri.Sudah tentu Naura mengikut jejak arwah mama nya.
"So macam mana dengan sorang lagi tu?masih berkepit dengan pisau cukur tu."
Kali ini seperti ada nada kecewa yang terluah pada pertanyaan Tan sri Khalid.Lama bercuti mengambil angin di negara Filipina
bermain golf dengan bekas rakan bisnes nya,membuat nya merindui cucu-cucunya yang suka buatnya pening,masing-masing dengan ragam tak menentu.
"Zafran ke?."
Soal Dato' Nasir ingin kepastian.
"Siapa lagi anak kamu yang ada test rendah tak berkelas dalam keluarga ni,takkan Noah yang jauh kat benua Amerika tu."
Dua pasangan suami isteri itu saling berpandangan Dato' Nasir melepaskan keluhannya.
"Ayah biar Zaf buat pilihan sendiri!.Kalau kita terus menghalang mengongkong kebebasan Zafran membuat pilihan itu hanya mengeruhkan lagi hubungan kita dengan dia."
Dato' Nasir berkata dalam hati-hati takut ayahnya tersinggung dengan kata -katanya.Nak cakap dengan orang tua tak boleh main lepas, hati mereka mudah terasa.Nak lagi ayah nya kebelakangan ini banyak makan hati dengan anak sulung mereka.
"Kamu nak titik peluh aku selama tiga puluh tahun di buang pada perempuan kaki kikis itu.!Kamu jangan nak bela sangat anak kamu nanti makin besar kepala budak tu!.Aku boleh terima dia nak ada hubungan dengan siapa pun.Budak kampung ke, anak yatim ke aku boleh!.Tapi jangan suruh dia pilih perempuan tamak."
Tan Sri Khalid melepaskan garfu ditangan berserta keluhan,memandang wajah anak lelakinya dengan tenang.
"Ayah janganlah terasa hati dengan Zafran,Nas tahu dia akan buat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri."
"Dari soal kerja ayah tak pertikai dia memang berkaliber.Tapi soal memilih pasangan hidup ayah tak boleh berpeluk tubuh biarkan aje,dia cucu sulung keluarga ni!menjadi tanggungjawab dia tunjukkan tauladan yang baik."
Dato' Nasir diam,tidak tahu beraksi seperti apa lagi.Dua-dua tak nak mengalah Zafran memang sengaja mencabar tahap kesabaran datuknya.
"Selamat pagi."
Tasya menyapa mendekati meja makan dengan wajah ceria tidak kebiasaan tahap keterujaan gadis itu.
"Hem..baru bangun.?"
Tegur Datin Salwa pada anak gadisnya yang manja itu.Tasya tayang muka tidak mengubris kata-kata dari mummy nya.
"Mom guess what!"
Tasya mengambil duduk menyertai acara sarapan pagi yang terasa bahang panas.ketika dia melangkah menuju ruang dapur gadis itu mendengar suara Tan Sri Khalid yang agak tidak puas hati terhadap abang sulungnya.Tapi
Gadis itu tidak dapat menyembunyikan rasa teruja nya di hadapan semua orang.
"Apa dia?."
Datin Salwa geleng kepala tidak puas hati dengan anak daranya.Muka tak boleh go betul dengan muka bantalnya ni mesti tak gosok gigi lagi.
"Sya ada video call dengan abang Noah semalam.. Mummy abang nak balik Malaysia bulan depan.!"
Berita kepulangan anak lelaki kedua Dato' Nasir bagaikan mengubah riak wajah semua orang menjadi ceria.
'Seperti selepas hujan lebat menghadirkan pelangi setelah puas berdebat akhirnya berita gembira hadir.'
Tasya koyak senyum dengan perumpamaannya sendiri.
"Oh ya ke ni? my god it's a good news! kenapa tak telefon mummy terus."
Datin Salwa memerhati tingkah anak dara nya yang menyapu jem pada roti bakar.Wanita itu tidak lekang dengan senyuman mendengar anak lelakinya akan pulang,lima tahun terpisah bukan lah mudah baginya. Hanya setahun sekali sahaja mereka akan melawat anak kedua mereka itu.
"Abang nak buat surprise tapi.."
Tasya agak terbata-bata berkata, ragu dengan diri sendiri.
"Tapi yang sebetulnya kamu tak boleh nak simpan rahsia."
Potong Dato' Nasir sengaja mengusik anak dara nya.Membuat wajah gadis itu cemburut sebal.
"Daddy!"
Tasya cebik bibir seakan merajuk dengan kata-kata daddy-nya.
"Balik jugak budak bertuah sorang tu ingat nak jadi Mat Salih celup kat sana."
Tan Sri Khalid menyimpan senyum.Akhirnya keluarga besarnya akan lengkap semula,dapat melihat wajah cucu-cucunya diusia senja adalah sesuatu yang membahagikan dirinya.
"Mummy ingat nak buat majlis raikan kepulangan Noah! macam mana bang.?."
Datin Salwa memandang wajah suaminya meminta pendapat.
"Terpulang pada awak saya ikut kan aje."
Ayat pasrah dari Dato' Nasir menyerahkan bulat-bulat keputusan pada isterinya.
"Lebih baik tak payah buat Sal.!"
Sergah Tan Sri Khalid terpampang jelas riak tidak sukanya dengan usul menantu nya.Membuat pasangan Suami isteri itu terkedu.
"Betul kata tok ayah tu tak pasal-pasal kejadian lain pulak yang jadi!.Mum tak ingat ke abang Zafran tolak kak Aura jatuh dalam pool sampai.."
Tasya tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana dia sendiri malau mengingat kejadian yang mengaibkan Naura pada malam itu.
Lagi gadis itu geleng kepala mengingat kejadian tiga hari lalu ketika melihat pipi kakak sepupu nya yang berbekas merah.Bila ditanya kenapa?, kata terlebih pakai blusher,nampak sangat sikap Juliet kakak sepupu nya itu.
"Kamu ada kelas tak hari ni?."
Akhirnya Dato' Nasir mengubah topik perbualan.
Namun ada kerisauan yang bertanding dalam benaknya ketika ini.Bagai mana hari yang mendatang ketika kedua anak lelakinya bertembung,lambat laun pasti dua teruna itu akan bertemu jua.
"Sebelah petang,why dad?"
Soal Tasya dengan mulut masih mengunyah sisa makanan.
"Good hari ni daddy tak masuk ofis.Kamu singgah ofis pujuk abang kesayangan kamu tu balik.Mummy dan daddy dah puas call tak nak angkat.Dah sebulan tak balik rumah."
Anak sulungnya itu sudah jarang balik rumah setelah berlaku pertengkaran antara ayah nya.Di ofis Zafran akan mengelak membahas masalah keluarga.Bukan dia tidak kenal sikap anak sulung nya itu jika dia kata hitam maka hitam lah begitulah sebaliknya,nampak sangat mana turun perangai keras kepala nya itu.
"Sukalah Abang tu duduk sorang-sorang kat kondo dia kan.!tak ada orang nak sibuk hal dia."
"Abang tu nak kena basuh telinga dengan tok ayah agaknya.Nak merajuk mengalah kan Kak Aura! Kak Aura tak apalah perempuan, tak ada orang tua kat tok ayah tem.."
"Tasya!"
Tegur Dato' Nasir pada anak gadisnya membuat gadis itu serba salah memandang wajah semua orang.
"Sorry Sya tak sengaja."
"Tasya don't say like that anymore!macam mana kalau Kak Aura dengar kecil hati dia nanti."
Kalau ikutkan hati Datin Salwa nak aje cili mulut anak bongsunya itu.Dah lah suka membebel culapar tak berpadah-padah.
Tan sri Khalid hanya diam dengan riak selamba menikmati sarapan pagi.Namun jauh di sudut hatinya mengingat peristiwa berdarah sebelas tahun lalu yang meragut nyawa anak perempuan keduanya bersama menantu lelakinya menggores luka lama.Yang paling membuatnya rasa terkilan dan marah sehingga kini pihak polis masih belum menemui pembunuh dan motif pembunuh itu,sehingga pihak polis memutuskan siasatan di tutup.
Pasti penjenayah-penjenayah itu masih berkeliaran dengan licik kerana itu dia tidak membenarkan Naura menyambung pengajian di luar negara.Bukan sahaja itu Tan Sri Khalid juga meminta kedua cucu perempuan nya, belajar segala bela diri dari takewondo hingga kesilat membuat Tasya merungut lain ceritanya dengan Naura Cucunya itu seorang yang penurut.
* * *
Jaslina berkerut dahi sesekali tangannya memicit kepala yang terasa mulai berdenyut.Permintaan Naura padanya boleh buat wanita itu pengsan kalau tak cukup tenaga mengawal diri.
"Aunty su minta maaf sangat sayang,I can't help you this time.Itu perkara paling gila yang aunty Su pernah dengar dari mulut Aura."
Sesak nafas wanita lingkungan pertengahan lima puluhan itu melihat keadaan anak kepada arwah adiknya.Setiap kali Naura bertandang berjumpa di restoran miliknya. Pasti mood gadis itu dalam keadaan sedih,bilakah wajah cantik Naura rosse akan ada seri pada wajah jika gadis itu tiap hari dirundun masalah yang sama.
"Please aunty!..I need your help!"
Mata Naura sudah berkaca-kaca memohon agar ibu saudara-nya mahu perpihak padanya untuk mendapatkan Zafran.Dia tidak sanggup lagi berpisah mahupun melepaskan Zafran pada orang lain.Cukup untuk empat tahun lelaki itu meninggalkan dirinya ketika Zafran melanjutkan pelajaran di luar negara dia tidak sanggup lagi.
"Aunty janganlah buat Aura macam ni!"
"Aunty tak boleh,you anak sedara I Zaf pun anak sedara I jugak.Aunty tak boleh berpihak pada Aura."
Jaslina perlu bertegas dengan pendiriannya.Dia tidak akan biarkan Naura hancurkan diri sendiri,mana ada hubungan yang akan berjaya tanpa rasa cinta yang hanya disulami rasa benci.
"Aunty Su harap sangat yang Aura takkan buat rancangan gila tu.Jangan biarkan Zaf lagi bencikan you dengan buat rancangan gila Aura tu pada dia.Its not fair to him Aura.!"
Suara Jaslina agak menekan, wanita itu melepaskan keluhannya memandang lekat wajah sayu Naura.
"Aura sanggup dibenci! dari lihat abang Zafran hancurkan diri sendiri... dalam kepalsuan cinta Qaisara Aur.."
Suaranya mulai serak kerana tangisan yang ditahan.Membut Jaslina makin tak keruan dibuatnya.
"Aura tahu apa yang Aura buat akan membuat Zafran benci pada Naura tapi tu aje jalan yang Aura nampak buat masa ni!."
Akhirnya airmatanya menitis jua.Naura sudah tidak mampu menahan airmata merembes dari kelopak matanya.Jaslina jadi serba salah melihat wajah Naura.
"Aura look at me!Stop crying hey enough ok!."
Jaslina memegang kejap pipi gadis melayu-Indo itu.Lalu jemari lembut menyekah air mata Naura.Bola mata Naura bergerak ke setiap inci wajah ibu saudaranya lalu terpejam rapat.
"Kalau Allah SWT dah tentukan yang Zafran tertulis untuk you,hanya maut yang boleh pisahkan korang.Tapi jika sebaliknya you kena pasrah,jangan biarkan diri you terus macam ni please do Someting for yourself.Aunty Su dah hilang your mother tolonglah jangan hancurkan diri sendiri! bangunlah dari mimpi yang tak indah tu hadapi kenyataan."
Nasihat Jaslina dengan panjang lebar pada Naura membuat anak sedara nya berdecit.Jadi semua orang menganggap dirinya suka bermimpi dan tidak menerima kenyataan.
"Aura pernah rasa kehilangan dan Aura tak sanggup lagi nak hadap benda yang sama.!mama dan papa pergi bawa separuh jiwa Aura.Rasa sunyi dan kosong tu sedikit sebanyak abang Zaf dah isi tapi bila Aura mulai percaya semuanya hanya ilusi."
"Aura tak sendirian sayang!tanpa Zafran you masih ada aunty Su dan tok ayah yang setia di sisi Aura menyayangi dan melindungi.,"
Jaslina mendekatkan kerusi duduk disamping Naura,lalu merangkul bahu gadis itu diusapnya agar Naura lebih sabar dan bertenang.Naura sudah seperti anaknya sendiri walaupun dia tiada pengalaman melahirkan anak,sejak kematian adiknya,dia sudah bertekad menjaga gadis itu dengan baik.
"Aura hanya nak abang Zafran simple kan!,tapi kenapa semua orang tak nak faham.I cant.. jangan paksa Aura untuk lupakan cinta ni.I love him so much more than myself,what should I do tell me aunty apa yang..."
Naura tidak terkata menahan sakit sesak pada hatinya.Zafran langsung tidak memandang dirinya apatah lagi mahu mendekat sekadar mahu bersembang kosong dengan-nya lagi.
"A single leaf does not fall without his permission.Do you really think that he hasn't thought about your future?.Doa banyak-banyak minta pada Allah SWT lembutkan hati Zafran terima Aura.Ingat kita hanya merancang tapi sebaik-baik perancangan hanya dia yang satu yang maha esa."
"Jangan biarkan biskikan jahat mengusai akal waras kita,bila mana Aura suka bersedih disitulah setan suka take over membisikkan sesuatu yang jahat!."
Ujar Jaslina dengan lembut giat mengusap pundak Naura agar lebih kuat dan tabah.
"Aura selalu minta dan memohon pada Allah setiap kali selesai solat.Tapi kenapa doa Aura tak makbul lagi aunty Su.."
Rengekan tangisan manja Kedengaran sayu seperti seorang anak meluah kepada ibunya.Mujur ketika ini Jaslin sudah menutup restoran para pekerjanya sibuk di dapur giat dengan tugas masing-masing.
"Tawakal sayang berserah pada Allah!.."
Naura sudah berazam meskipun tanpa bantuan dari ibu saudaranya.Dia akan tetap lakukan rancangan menakhluk lelaki itu menjadi milik nya.
Sejak Zafran menamparnya beberapa hari lalu dia cuba untuk tidak bertemu dengan Zafran.Rasa terkilan dan sakit masih berbekas dalam hati.
Share this novel