BAB 26: TETAMU

Romance Series 11121

Naura sudah mengeluarkan bahan-bahan masakan yang diperlukan.Lalu telefon pintarnya diperhati seketika dimana tertera cara-cara memasak resepsi yang akan dimasak, seperti biasa apa yang akan dimasaknya itu Naura akan perolehi resepsi dari ibu saudaranya.

"Abiy dah siap solat?."
Tanyanya melihat si suami sudah berada berdiri disebelah kirinya bercekak pinggang memerhati.
Keduanya sudah lengkap memakai apron dibadan masing-masing.

"Alhamdulillah isteri ku sayang dah.So apa menu yang kita nak masak ni?."
Pipi isterinya dikecup singkat,Naura yang menghiris sotong boleh jadi lembut macam sotong jadinya.

"Maggi kari tom yam."

"Wow'.tu Salah satu makanan kegemaran Abiy,sayang masih ingat Abiy suka makan pedas?."

"Mestilah ingat..Abiy je yang selalu lupa kat sayang."
Zafran tersenyum geli hati mendengar curhat si isteri.

"Abiy tak pernah lupa sayang, you always in my heart.Ok sekarang ni masa yang sesuai untuk biy belajar masak,nanti bila sayang dah mengandung
Abiy boleh masakan untuk sayang."
Nampaknya si suami sudah memasang impian yang sangat jauh.Dan Isterinya hanya tergeleng kepala mendengar.

"Hemm yalatu mulut manis sangat..Abiy tolong keluarkan bunga kubis dan cendawan kat peti ais sayang lupalah keluar kan tadi."
Zafran melangkah ke arah peti sejuk setelah peti itu telah terbuka matanya mencari apa yang Isterinya katakan tadi.

"Ini ke cendawan?."
Bungkusan cendawan butang itu ditayang pada si isteri.

"Biy are you sure tak pernah nampak cendawan?"

"Tahu, soalnya cendawan ni sebijik rupa sayang tu yang nak kepastian?."
Naura ketap gigi geram.Apa kena dia disamakan dengan cendawan agaklah Zafran ni pun kalau nak menyakat.

"Biy sabar tu separuh dari iman.Biy simpan dulu yer ayat tak berapa nak menjadi tu,kang tak pasal-pasal masakan kita ni tak menjadi.Sayang ni bukannya pandai masak sangat."

"Tahu lah tengah datang bulan.Janganlah serius sangat muka tu!"
Naura hanya memandang kosong kata dari suaminya.Zafran melangkah dengan kedua tumbuhan yang diminta tadi ke hadapan isterinya yang kini tengah memotong hujung kepala udang.Bila terpandang binatang yang dimakannya tadi tengah hari dia jadi teringat pada Tengku Khaizuran.Lelaki itu dah jadi kawan baik Isterinya, harpa sangatlah rancangan isteri nya untuk bagi Zuyin dan Tengku tu rapat menjadi.Kalau tidak dia boleh jadi kering otak melihat pandangan lelaki itu pada isterinya.

"Ni sayang dah habis hiris semua bahan.Abiy nak tolong apa lagi?."
Dilihatnya semua hirisan bahan untuk ditumis sudah dikerjakan oleh isterinya.

"Abiy tolong masukkan bahan ke dalam ketuhar.! sayang yang kacau semua bahan.Kata nak masak dengan penuh rasa kasih sayang."
Zafran garu dagunya yang tidak gatal.Layankan ajelah karenah si isteri.

"Hummm...dah naik bau lepas tu nak masukkan apa?."
Zafran menghidu bau yang naik dari wap masakan.Naura turut melakukan perkara yang sama mereka berpandangan sesama sendiri lalu tergelak kecil.

"Pes tomyam."
Zafran terus memasukkan bahan satu persatu mengikut apa yang Isterinya katakan.Naura terus mengacau bahan masakan hingga sebati Sebelah tanganya memegang telefon bimbitnya melihat urutan resepi yang diberi ibu saudaranya.

"Kenapa letak cili sikit sangat?."

"Mana boleh Abiy pentingkan diri sendiri.Sayangkan tak suka makan pedas."

"Sayang boleh tahan pedas lah, ni lidah orang Indonesia tau."

"Macamlah Abiy baru kenal sayang semalam,Kita membesar bersama Abiy tahulah sayang mana tahan benda pedas-pedas ni."
Naura tergelak kecil bila terkenang cerita Tengku Khaizuran padanya ketika dia memberi lelaki itu nasi lemak extra pedas kaw-kaw.Kasihan sunguh dia pada lelaki itu.

"Kenapa sayang gelak?."
Senduk pada tangan isteri nya diambil alih.Naura tersenyum seraya menggeleng kecil lalu melangkah mengambil mangkuk kaca sederhana besar dan juga beberapa pinggan mangkuk.Lalu disusun rapi diatas meja makan.

Setelah siap memasak dan menghidang makanan.Keduanya sudah duduk dimeja makan,doa makan sudah dibaca tapi keduanya masih belum mejamah air tangan gandingan kasi sayang antara mereka.Keduanya was-was untuk mengusik apatah lagi untuk dimasukkan ke dalam rongga mulut.

"Abiy rasa sedap tak ni?"
Zafran tersengih lalu angkat bahu.

"Kita dah ikut resepi yang Aunty Su bagi so apa nak dirisaukan.."

"Biy cara masak dan resepi dua benda yang berbeza.Tadi rasa sikit takpe, ni nak masuk mulut satu pinggan rasa tak sedap hati pulak."
Ini bukanlah kali pertama Naura memasak,tapi risau pulak bila Zafran yang makan masakannya buat kali pertama walaupun menu makanan malam itu mereka masak bersama.

"Insyaallah sedap dan selamat.. jangan risau hospital banyak."
Naura pandangan Zafran begitu juga sebaliknya, asyik pandang-pandang bila nak makan pun tak tahulah.Memanglah hospital banyak tapi masalahnya kalau kedua-duanya pengsan tidak sedarkan diri saat yang bersamaan siapa yang tolong angkut.

"Biar Abiy rasa dulu.."

"Eh' jangan biar sayang.."
Naura menegah dengan menahan tangan suaminya.Ketika itulah kedengaran lonceng berbunyi menandakan mereka ada tetamu.

* * *

Tengku Khaizuran tersengih sinis mendengar cadangan gila dari mulut perempuan yang tengah berdiri dihadapan pintu penthouse nya.

"Kalau Naura pun Cik boleh ekori,inikan pulak nak datang rumah lelaki malam-malam macam ni kan.Saya tak begitu terkejut menerima kunjungan seorang gadis terdesak macam Cik Sara ni atau bertanya kat mana dapat alamat saya.Dan saya menolak kerjasama sia-sia ni,Saya dan Naura hanya kawan biasa dan Cik Sara memang dah salah faham yang saya memendam rasa cinta pada Naura Rosse."

"Dan satu lagi janganlah bayar fotografer yang murah sangat,ianya sangat menyedihkan.Saya tahu Cik Sara yang hantar gambar kami pada wartawan untuk digosipkan.Lain kali janganlah pecahan tabung hanya untuk perkara sia-sia.Ini Malaysia bukanya sarkas untuk badut buat pertunjukan."
Qaisara gelak besar,Sakit sunguh hatinya mendengar kata angkuh dari Tengku Khaizuran.

"Nampaknya Tengku menolak kerjasama dari saya.Tanpa Tengku saya masih boleh dapatkan Zafran tapi sayang Tengku hanya mampu memeluk sekujur mayat seorang perempuan yang tengku begitu cinta."
Tengku Khaizuran mengeraskan rahangnya mendengar kata ugutan dari perempuan itu.Qaisara kali ini betul-betul berani tanpa berselindung akan niatnya.

"Jangan uji kesabaran saya awak belum tahu sejauh mana saya boleh bertindak."

"Dan Tengku tak tahu sedang berhadapan dengan siapa,.Duit Tengku takkan boleh mengubah apa-apa bila perempuan yang tengku suka dah tertanam pada tanah yang sangat busuk penuh dengan bangkai haiwan berbisa."
Qaisara tersenyum penuh kemenangan puas hatinya.Muka merah padam lelaki itu yang menahan amarah langsung tidak menakutkan nya lagi dia suka melihat wajah itu berubah.

"I'm giving you a warning stay away from Naura!.Tarik balik apa yang awak dah cakap tadi."

"Dua lelaki yang ego mencintai perempuan yang sama.No wonder Tengku dan Zafran memilih jalan yang sama aitu melihat perempuan tu menderita."
Perempuan itu melangkah pergi namun berhenti seketika.

"Jika bukan saya yang hancurkan rumah tangga mereka.Orang lain pasti akan menghancurkan,dan hati-hati orang itu adalah pembunuh senyap."
Qaisara melambai tangan dengan sengihan meleret penuh dengan kejahatan meninggalkan Tengku Khaizuran yang memandang nya dengan pandangan tajam menikam.

"Perempuan saiko,mana Zafran pungut perempuan hilang otak macam ni.Creepy women,huh'pembunuh senyap.Nyamuk pun dia nak bawak sekali memang sah gila perempuan ni."
Tengku Khaizuran menutup pintu dengan kasar.Tanpa dia sedari bahawa perempuan yang digelarnya gila itu memberi amaran awal dengan maksud tersirat.

* * *
"Ya Allah sedap sangat ni, betul ke Kau Aura dan abang Zaf yang masak?."
Puji Tasya pada kedua pasangan suami isteri itu.Tidak henti mulutnya memuji tahap nikmat kesedapan maggi kari tom yam yang pertama kali rasanya lain dari yang lain.
Zafran dan Naura hanya pasrah melihat Tasya menyudahi suapan terakhir pada mulut gadis itu.
Boleh tahan adik perempuan nya itu menghabiskan satu periuk apa punya selera tak tahulah.Patutlah mulut tak boleh control bila bercakap.

"Ya Allah kenyang nya."
Tasya tersandar pada bangku meja makan dengan memegang perutnya yang kenyang.Kedua pasangan suami isteri itu yang tadi melopong tidak percaya kini hanya menelan liur kepunan dan menongkat dagu beralaskan lengan pada meja makan.

Zafran berdiri dari duduknya dan berlalu pergi meninggalkan mereka detik kemudian kembali semula membawa jaket hitam miliknya lalu dipakainya pada isterinya.Naura yang dalam kebingungan menurut sahaja.

"Abang dan akak nak keluar ke?."

"Hemmm ..nak pergi makan sebab ada orang tu makan tak ingat dunia entah saka jenis apa yang dia bela."
Tasya memuncung mendengar kata dari abang sulungnya itu.Dah bagi orang makan tak ikhlas pulak nak perli orang bagai.

"Belum makan lagi? tapi bukan abang ke yang cakap you all masakan special untuk adik."

"Dah makan tu tolong cuci pinggan mangkuk ni semua.Ingat awak tu bukan budak kecik,dah besar dah pun anak dara kena rajin tak boleh malas-malas."

"Mana aci adik kan tetamu abang.Nanti bagi tahu mummy abang buli adik."
Naura hanya geleng kepala memerhatikan gelagat dua beradik itu.Zafran memegang pergelangan lengan Isterinya dan bersiap untuk melangkah.

"Nanti..nanti..."
Tasya berdiri menghalang jalan keduanya lalu tersengih bila sudah berada didepan Naura dan Zafran.

"Hati-hati bila kat dalam lif nanti,tadi Adik terserempak dengan lagusir."

"Adik merepek apa ni?."
Zafran berkata sepatah sebelum betul- betul melangkah pergi bersama Naura.
"Orang cakap tak nak percaya."
Tasya memutar matanya kiri ke kanan memerhati ruang dapur dengan perasaan cuak lalu Tasya bergerak kesingki dengan bulu roma yang menegak.

"Ha' celupar lagi mulut tu kan dah takut sendirian"
Tasya terus melakukan kerjanya tanpa berfikir yang bukan-bukan lagi.

Naura dan Zafran keluar dalam lif menuju ke basement.Naura memandang jemarinya yang digenggam erat,dia tersenyum sejak dari tadi pautan itu tidak dileraikan malah makin hangat digenggam.

Qaisara yang menyaksikan itu makin sakit hatinya.Malah dia terpaksa menundukkan kepalanya bila Zafran dan Naura lalu dihadapan keretanya.

"Kau nikmati lah saat kebersamaan Kau dengan Zafran sementara kau masih berpeluang.Anak dan mak sama je dua-dua tak tahu malu suka sangat merampas hak orang lain 'perampas."

Dari jarak yang dekat Qaisara dapat melihat betapa beruntungnya Naura diperlukan dengan begitu manis oleh Zafran.Siap bukakan pintu,semua itu dia belum pernah rasai ketika bersama dengan Zafran.

"Kita nak makan kat mana?."
Naura menyoal ingin tahu seraya membetulkan jaket Zafran yang menutupi pyjama tidur nya sebelum memakai tali pinggang keledar.

"Adalah, rahsia mana boleh bagi tahu."
Zafran memandu sesekali melirik Naura disebelahnya,sebelah tangan isterinya digenggam lalu mendarat di paha Isterinya.

"Lepas makan kita terus balik."
Dah tahu sangat apa yang terus balik tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience