Naura berjalan masuk kedalam villa setelah penat menyusuri pantai.Semakin hari hatinya makin tenang sejak berada di sini bertambah lagi bila datuknya sudah menerima keberadaan nya.Namun rindukan seakan membuak ingin bertemu dengan suaminya.Aduh kenapa harus rindu jika sudah disakiti,Naura kesal dengan dirinya sendiri.
"Loh kamu kok masih disini.. Bukanya mahu keluar sama Marta?."
Naura tersengih tayang dua baris giginya.Memang dia ingin pergi ke pekan-pekan yang terdekat bersama Marta tapi tiba-tiba badannya terasa lemau semacam.
"Aura tak larat rasa penat sangat.."
Ayunda menyedari keadaan Naura yang cepat penat dan berpeluh kebelakangan ini.
"Sepertinya Kamu harus punya terapi,kamu terlihat sangat lelah."
"Terapi apa eyang?."
"Manjakan dirimu di Spa.."
Saranya pada cucunya itu.
"Tak naklah..Nak tidur.."
Tungkasnya,Tiba dia teringin sesuatu dan itu dia mahu Ayunda yang membuatkan untuk nya.
"Eyang.."
"Ia ada apa?."
"Boleh masakkan nasi padang tak."
Pintanya dengan muka cuba dimaniskan.
Ayunda tersenyum dengan pandangan penuh selidik.Tangan cucunya itu digamit lalu diusap lembut.Kalau makanan bali itu tidak kisah,ini dah melayang selera sampai ke Sumatera tak ke pelik dibuatnya.
"Nasi padang?."
Laju kepalanya dianguk.
"Untuk cucu Eyang apa pun biasa dong."
Setelah itu Naura masuk kedalam suite miliknya.Telefon bimbitnya dicapai banyak panggilan masuk yang tidak dijawab.Pastinya yang banyak menyumbang angka itu adalah suaminya.Kemudian galeri gambar dibuka itulah yang akan dia lakukan bila rindu pada Zafran.Gambar yang terpampang itu dikecup lalu diletakkan pada dadanya.
"Miss you so much.."
Kemudian dia melangkah ke meja solek laci dibuka.Melihat benda alah itu dia tersenyum..
Alat menguji kehamilan yang dibeli oleh Marta untuknya.Naura kerap muntah saat bersama Marta ibu kepada dua orang anak itu mengesyaki Naura mengandung.Naura menidakkan tapi Marta menduga dan benar sahaja ramalan wanita itu untuknya betul.
Setakat ini hanya Marta yang mengetahui,dan terlebih dahulu dia ingin merahsiakan.
* * *
Pagi itu mereka bertiga sarapan pagi bersama seperti lazimnya sejak kedatangan Naura.
Ayunda tidak melepaskan pandangan pada cucunya yang begitu berselera tidak seperti hari pertama datang.
"Ada apa?."
Soal Edward separuh berbisik disisi isterinya,.
"Maksud mas apa?."
"Kamu itu dari tadi lihatin Aura muluh..Emang ada apa?."
"Aku senang lihat dia makan."
Semalam nasi dagang yang dimasaknya begitu menyelerakan cucunya itu.Tadi sebelum sarapan Naura membuat pesanan lagi.Iaitu sayur asem dalam minggu ini bukan sekali diminta tapi sudah masuk tiga kali.Ada keganjilan yang dia rasakan pada perubahan selera Naura.
"Aku juga senang,..Aku pernah membayangkan dia tumbuh di depan mata kita.."
"Tumbuhan apa kek?."
Soalnya setelah menyedari perbualan Edward dan Ayunda, keduanya menahan tawa.Dari tadi dia asyik menikmati santapan pagi hingga lupa pada kedua orang tua itu.
"Cuma omong kosong kok sayang..Emang enak ya nasi goreng nya.."
"Sedap sangat eyang masak kek..Kalu macam ni Aura tak nak balik Malaysia lah duduk sini je.."
Dengan manja dia berujar begitu,dia memang manja kepada Edward dan Ayunda memandang kan hanya dia cucu tunggal kepada pasangan suami isteri itu.
Edward tahu itu hanya gurau dari Naura.Tapi dia tetap berharap suatu hari nanti Naura akan duduk tinggal di sini.Menjadi pewaris villa mereka kalau boleh bersama suaminya sekali.
"Lalu bagaimana suami mu..?"
Edward bertanya menguji cucunya teh hangat dicicip sedikit seraya memandang wajah Naura.
"Biar ajelah dia tu..Dia bukannya kisahkan Aura sangat.."
"Sayang jangan bicara kiakk gitu dong!. Bagaimana pun juga dia masih tetap suami mu..Hormat dong sama dia!."
Naura cemburut dengan teguran Ayunda padanya.Nak juga sebelahkan Zafran.
"Non?.."
"Ya apa dia,Kenapa tengok saya macam tu?.,marilah join sarapan pagi!."
Marta yang berdiri disisi Naura hanya tersenyum lalu geleng kepala.
"Terima kasih Non,Saya cuma mau bilang ada pengiriman bunga didepan atas nama non Aura.."
Naura angkat kening penuh tanda tanya.Suapan terakhir nasi goreng di mulutnya disudahi.
"Kamu memesan bunga untuk Aura?."
Ayunda menggeleng menjawab pertanyaan suaminya.Timbul pertanyaan siapa yang menghantar bunga untuk cucu mereka itu.
Naura berdiri ditaman villa dengan menyilang lengannya.Pandangan pelik melihat dua puluh orang wanita sedang memegang bouguets bunga ros pelbagai warna.
"Non banyak sekali..orang ini sepertinya membeli toko bunga buat non.."
Marta tergelak kecil, begitu teruja melihat pemandangan didepan matanya itu.
"Penghantaran atas nama saya?."
"Ia..Naura Rosse Errangga,."
Jawab seorang lelaki berseragam putih masing-masing tersenyum dengan menutup rahsia dari Naura.
"Siapa yang kirimkan?."
"Maaf embak kami diminta merahsiakan dari embak.."
Naura diam mendengar jawapan yang diberi.Hatinya berdebar seakan ada sesuatu yang bermain difikirannya akan terjadi.
"Terima kasih atas bunganya kalian bisa meletakkannya di ruang depan!."
Ayunda menjawab bagi pihak Naura dilihatnya cucunya itu sudah tertegun tidak terkata.
Berputar-putar matanya kiri ke kanan melihat bunga itu dibawa masuk ke dalam.
Setelah meletakkan bouguets bunga kedalam ruang tamu kesemua mereka meminta diri.
"Bunga ada. . Orangnya takde habis tu siapa yang kirim takkan hantu bali kut.."
"Sayang kamu kok bicara sendirian.."
Ayunda menegur cucunya itu,dia pulak yang risau bila cucunya itu makin hari makin pelik.
Naura menoleh ke kiri dilihatnya Marta sudah tidak berada di sebelahnya lalu menghantar senyuman tersipu pada Ayunda.
* * *
Raykal memandang wajah Tengku Khaizuran dengan memicing mata.Dilihatnya lelaki itu tenang menikmati aroma kopi hangatnya.
"Naura Rosse.."
Sengaja nama itu dipetik melihat reaksi sahabat nya.Tengku Khaizuran kelihatan tenang sahaja.Tapi siapa yang tahu dalamannya bergetar hebat mendengar nama bunga pujaan yang kini menjadi milik orang lain.
"Kenapa dengan Naura Rosse..?."
"Sebab perempuan tu ke kau mabuk teruk?."
Tidak semestinya dia baru balik dari luar negara dia tidak mengambil berat keadaan sahabat nya itu.Apa lagi Sahabatnya sorang itu baru sahaja terpalit gosip dengan isteri orang.Tengku Khaizuran menghantar pandangan yang redup pada Fadhli yang berdiri disisi nya dibalas dengan sengihan kecut perut oleh pembantu peribadinya itu.Tak boleh simpan rahsia betul si Fadhli ni.
"Rasa tu hadir tanpa Aku minta.I fell in love with Naura at first sight tapi tak sangka Aku terlambat untuk memiliki dia."
"Kau memang suka patahkan hati Kau sendiri ke apa ni?."
"Ray Aku tahu apa yang Kau nak cakap."
Raykal terdiam,Dia tahu lelaki itu tidak mahu kisah cintanya yang begitu menyakitkan diungkit kembali.Siapa sangka lelaki yang kelihatan bersahaja dan ramah seperti Tengku Khaizuran tidak pernah terluka.Hanya sahaja lelaki itu mempunyai cara tersendiri menutup kisah cintanya lebih rapat agar tiada siapa yang tahu.
"Kau terlalu banyak terluka, tapi kenapa luka kat hati Kau tu kau nak tambahkan lagi.?"
"Luka tu sakit,tak ada seorang pun yang nak terluka.Macam yang Aku cakap tadi rasa yang Aku tak pinta untuk hadir."
Tengku Khaizuran menarik nafas dalam,.Kalau cinta itu ada amaran untuk tidak jatuh cinta pada hati yang tidak sepatutnya dia akan lebih berhati-hati.
"Ni Kau dah balik terus ni rindu pada Aku ke apa?."
Sengaja dia mengubah topik perbualan,.
"Khai Aku tahu Kau dah banyak kali sakit hati sebab perempuan.Tapi Aku harap sangat Kau tak jadi songsang dengan menyimpang.."
Serentak itu pillow sofa yang ada disisnya dihumban pada wajah Raykal.Laju pillow itu ditangkap oleh Raykal sebelum menyentuh kulit wajahnya.
"Siottt choii betul mulut Kau.."
Raykal terbahak gelak mendengar kekesalan Tengku Khaizuran padanya.Fadhli hanya tergelak berdekah-dekah didalam hati.Tidak berani dia mengeluarkan suara.
"Aku balik nak buka bisnes sendiri,Aku dah penat nak enjoy kat luar negara habiskan duit parent."
"Alhamdulillah dah tua bangka baru nak sedar diri.Do you need help?."
Raykal mencebik.
"No need,papa aku dah bagi modal Aku just jalankan mengikut plan rancangan Aku."
Tengku Khaizuran menganguk perlahan seraya memainkan jambangnya yang kelihatan tipis.Getaran pada coat birunya dapat dirasakan,dia menyeluk melihat nama si pemanggil.Telefon itu diletak pada meja kaca tanpa diangkat.
"Siapa call,asal Kau tak angkat?."
"Nombor luar negara,kerap kebelakangan ni nombor yang sama hubungi Aku.Bila Aku angkat tak bercakap."
"Kenapa Kau tak block?.."
"Aku sengaja tak block,sebab Aku tahu siapa si gerangan si pemanggil.."
"Maksudku Kau Diand.."
"Ray how many times have I told You."
Sedikit kesal dia mengatakan itu, terasa sakit hati nya bila nama itu hampir disebut.
"Ok-ok..sorry,"
Raykal mengangkat kedua telapak tangannya hingga ke bahu.Sedikit heran dengan sahabat nya itu tidak mahu nama itu diungkit didepanya.Tapi dalam masa yang sama melayan pulak bila ex-girlfrend dia call.
* * *
Lama Naura termenung digigi kolam renang fikirannya masih menerawang dengan tanda tanya akan bunga rose itu.
Hampir setengah jam kakinya dilujur pada air kolam.Kini tinggal dia seorang diri Edward dan Ayunda sedang keluar menemui rakan datuknya.
Masa terus berlalu dan terbuang begitu sahaja tanpa disedarinya sudah satu jam dia termenung.
"Non ada yang ingin ketemu?."
Naura tersedar dari lamunan bila suara Wahid salah seorang orang kuat datuknya menegur nya.
"Siapa?."
"Gak tahu Non, pria ganteng itu bilang kalau dia kunci non untuk ke syurga dia lagi nungguin non di pantai."
"Kunci ke syurga?."
Wahid angguk lagi.
Tidak menunggu lama,segera Naura mengorak langkah ke kawasan lapang itu menuruni tangga menuju ke pantai.
Ketika kakinya menginjak ke pasir pantai.Dari jauh Naura melihat seorang lelaki menghadap ke laut yang membiru dari susuk tubuh itu Naura tahu siapa.Langkahnya terhenti dia berpusing kembali ke belakang membelakangi lelaki yang berkemeja putih panjang itu.
Zafran toleh kebelakang bila menyedari ada orang yang datang.Kehadiran Isterinya yang sepertinya ingin melangkah pergi lalu segera berlari mendapatkan Naura.
Naura tersentak bila tanganya direntap dari belakang.
"Sayang let's talk.."
"Baru sekarang nak bercakap lepas awak dah tuduh saya macam-macam tanpa mendedahkan penjelasan dari saya."
"Miss you so much.."
Isterinya dipeluk erat tidak ingin dilepaskan.Naura meronta dengan menolak kuat bahu suaminya,namun sedikitpun Zafran tidak melepaskan dirinya malah pelukan itu diperkemas.Puncak kepala isterinya dikecup penuh rindu.
"Lepaskan saya!.Bukan awak jijik ke degan saya.."
"Sayang Abiy minta maaf dah sakitkan sayang.Biy terlalu ikutkan amarah dari akal kewarasan."
Naura ketawa dengan penuh rasa sakit hati.
"How many sorry..?.Salah minta maaf, salah lagi minat maaf."
"Suami mana yang tak cemburu bila tengok isteri dia dengan lelaki lain dalam keadaan macam tu.Suami mana yang sanggup lihat isteri dia rapat dengan lelaki lain.."
Jelas dia sebagai suami pasti akan cemburu dengan apa yang dirasakan.
"Ya' saya mengaku saya rapat dengan Tengku,Tapi saya tahu jaga batas saya sebagai isteri saya tak pernah cerita hal rumah tangga saya dengan lelaki lain.Dan kalau bukan sebab Tengku yang tolong saya dari lelaki durjana tu jangan harap awak boleh tengok sekujur tubuh yang bernyawa ni berdiri depan mata awak."
Air matanya disekah laju,sakit hatinya,rindu,cinta semua itu sedang berlawan antara satu sama lain untuk mengusai hatinya.
Disisi lain dia ingin Zafran kekal, sisi lain lagi dia ingin lelaki itu pergi..
"Kita sama-sama terluka dalam ikatan ni.Untuk itu biar ikatan ni terlerai agar cepat kita mengubati luka di hati masing-masing.."
Tangan Naura cuba dicapai untuk digenggam namun malah tangkas Naura menjarakkan diri.
"Awak baliklah, biar saya mulakan hidup baru kat sini.Saya rasa awak tak perlukan saya dalam hidup awak,Saya yakin awak takkan menyesal dengan perpisahan ni.Bukankah dulu awak hidup bahagia jauh dari saya."
"No sayang..Abiy takkan lepaskan sayang,.."
Zafran berlutut didepan Isterinya kaki jinjang yang berbalut skirt merah itu dipeluk dengan tangisan.Naura tersentak dengan tindakan suaminya itu dia juga turut berlutut menarik bahu suaminya berdiri.
"Apa awak buat ni?."
Naura sudah menahan malu bila ada pengunjung memerhati gelagat mereka berdua. Mujur keadaan pantai agak renggang memandang keadaan tika ini adalah pagi.Jika tika ini adalah waktu senja boleh jadi tontonan berjemah jadinya.
"Berdirilah malu lah orang tengok.."
"Abiy takkan berdiri selagi sayang takkan maafkan Abiy.."
"Apa yang susah sangat nak faham ni?.lebih baik kita berpisah.Awak langsung tak percaya saya awak tuduh saya curang.."
Mulut kata lain hati kata lain.Ikutkan rasa rindu suaminya ingin dipeluk, ikutkan rasa sakit dia tidak mahu melihat wajah itu lagi.
"Awak salah,minta maaf..saya maafkan.Tapi bila sesuatu salah faham melibatkan diri saya awak pekakkan telinga.Awak hukum saya ikut kemahuan awak.."
Zafran berdiri tangan isterinya dikecup air mata mata lelakinya menitis tidak dihiraukan.
"Abiy minta maaf dengan tindakan bodoh abiy pada sayang.Tolong jangan tinggalkan suami sayang ni please."
"Rasanya kita tidak sesuai jadi pasangan suami isteri.Mungkin saya yang silap melawan takdir tuhan jadikan awak suami saya.Sebab tu sekarang Allah nak hukum dosa-dosa yang saya lakukan pada awak.Ceraikan saya biar kita bawa haluan masing-masing."
Itukah yang bermain difikiran Isterinya selama berada disini.Telah berubah hatikah Isterinya untuk terus mencintainya.
"No!..Abiy ikhlas cintakan sayang.We love each other, sayang jodoh yang Allah dah tuliskan menjadi takdir abiy.."
"Abiy boleh gila kalau sayang tinggal kan abiy lagi.Please jangan minta perpisahan untuk tinggalkan abiy."
Tangan halus itu dicapai namun juga ditepis si tuan empunya.
"Macam mana dengan impian kita untuk ada keluarga yang besar.. Abiy cuma nak sayang jadi ibu pada anak-anak kita."
"Anak-anak kita?.."
Zafran menganguk dalam tangisan..Matanya penuh berharap agar wanita dihadapan nya ini akan kekal hingga ke akhir hayat bersama dengan nya.Kata dari Zafran umpama lawak baginya dan dia tertawa lepas dengan juraian air mata.
"Forget your dreams,forget everything!.I don't care anymore.. That's it..Jangan ganggu hidup saya lagi."
Naura menyekah air matanya,hatinya yang berbelah bahagi..Dia tidak ingin lagi bertahan dengan Zafran meski rasa cintanya sangat kuat untuk lelaki itu.Untuk apa cinta jika hanya derita.
"Saya ni murahan tidur dengan banyak lelaki.Kenapa awak masih pertahanan perempuan sundal ni jadi isteri awak.."
PARGHH...
Satu saat..,dua saat..tiga saat..
Hanya kedengaran bayu bertiup dan hempasan samudera menyapa pantai.Suasana hening..
Dan setelah itu Airmatanya jatuh penuh duka ke pasir kasar itu.Zafran melihat tanganya yang bergetar menampar pipi isterinya.
Naura tertunduk dengan juraian air mata pipinya yang sakit dipegang.Dia tidak terima Naura merendahkan diri sendiri.
"Sayang I'm sorry abiy tak bermaksud."
Pipi isterinya cuba disentuh,laju ditepisnya saat tangan yang menyakiti itu juga cuba untuk menyentuh.
"Awak hanya tahu menyakiti saya,you're always selfish..Go away..go just go!."
Bahu Zafran ditolaknya hingga terdorong kebelakangan.
"Abiy tak bermaksud,biy tak suka sayang cakap macam tu.."
"Saya dah tak nak tengok muka awak lagi.. Tolong pergi dan jauhkan diri dari saya.."
Naura berpaling airmatanya jatuh lagi entah untuk yang ketitisan keberapa dia sendiri tidak pasti.
"Kalau sayang dah tak nak abiy dalam hidup sayang ok fine.."
"Abiy akan pergi dalam hidup sayang buat selamanya."
"Silakan Tuan yang mulia!."
Zafran sakit hati dengan kata-kata isterinya itu.Naura gigit kuat bibirnya yang bergetar hebat hingga memberi kesan dan terluka.
Dalam tangisan Naura melihat langkah Zafran pergi..Tapi itu..
Matanya terkebil-kebil dengan jantung yang mulai berdegup laju.
Zafran melangkah ke arah persisiran pantai maknanya lelaki itu akan menuju ke hempasan ombak yang sedang berirama.
Naura tidak peduli mahupun untuk menegah baginya Zafran hanya untuk bermain-main sahaja untuk menakutkan dirinya.Dan Naura tidak akan termakan dengan umpan lelaki itu.
Perlahan Zafran masuk ke gigi air dia melangkah ke permukaan yang lebih dalam hingga bahunya tenggelam.
"Awak buat apa tu?."
"Awak jangan main-mainkan saya.."
Naura sudah kelihatan cemas Zafran sudah tidak kelihatan.Segera dia berlari ke gigi air..bila dia melihat sepasang kekasih yang lalu segera Naura mendapatkan bantuan.
"Sir can you help me?."
Naura menerpa kearah pasangan kekasih yang dia yakini merupakan pelancong asing.Mereka berdua saling berpandangan ,Naura masih menanti jawapan lelaki itu.
"Sure..What can I do to help you?."
Kata lelaki asing itu yang mempunyai badan tinggi lampai.
"My husband swam a while ago, and so far he hasn’t shown up. Can you please find him." "
"Where did he swim last time?."
Naura menunjukkan arah Zafran tenggelam tadi.Lelaki itu segera membasahkan dirinya.Perempuan yang bersamaan lelaki itu tadi mengusap belakang bahu Naura memberikan kekuatan semangat.
Naura menekup mulutnya tangisannya sangat memilukan.Takut terjadi sesuatu yang buruk pada suaminya.Tanganya digosok-gosok penuh ketakutan menanti lelaki asing tadi mencari suaminya.
Kerana hatinya yang terlalu sakit dia ikutkan perasaan marah padahal dia dengan Zafran tidak beza bila dah marah.Tak guna otak melainkan emosi yang menggunung setinggi gunung.
Nak Khai ke nak Zaf? :)
Share this novel