BAB 37: BETRAYAL OF LOVE

Romance Series 11121

Hari berganti bulan hitungan hari demi hari tidak sabar menantikan saat itu tiba pastinya.Kandungan Naura sudah memasuki tiga bulan,ikutkan suaminya Naura hanya perlu berehat saja dan tidak perlu susah-susah datang kerja.Tapi dia tidak sampai hati meninggalkan butik peninggalan mamanya terlalu lama.

Belum sempat Naura menolak pintu kaca.Telefonya sudah menjerit minta diangkat.
Tertera di skrin nombor tidak dikenali.
Dengan rasa yang heran Naura menjawab panggilan berkenaan.

"Hello.."

"Kau dengar cakap Aku baik- baik.Kalau Kau nak tahu siapa Aku dan siapa yang bunuh mama dan papa Kau."
Suara garau yang menerjah ke deria telinga nya seperti dikenali.Tapi segera ditepis tidak ingin bersangka buruk.Gigil di hati cuba di usir,dia tidak boleh lemah tika ini demi bayi yang ada dalam kandungan nya.

"Hello Kau siapa,Kau nak apa dari Aku?."

"Kau tak nak tahu perkara sebenar,punca mama dan papa Kau mati dengan tragis."
Lelaki itu ketawa sumbangan menyakitkan telinga Naura.Debaran dihatinya kembali dirasai meski telah diusir.

"Kau jangan ganggu Aku,Kau ni manusia jenis apa ha.?.Baik kau serah diri,mengaku semua perbuatan keji kau."

"Kau jangan berani bertindak bodoh atau nak telefon siapa- siapa.Orang-orang Aku ada disekeliling Kau sekarang."
Naura menelan liurnya susah payah.Dilihatnya dari hujung bangunan ada dua orang lelaki yang memandangnya dengan aneh.Juga dilihatnya block bangunan sebelah juga ada dua orang lelaki bertopi sabil menghisap rokok tersengih padanya.

"Kau nak apa?."

"Ok sekarang Aku nak Kau masuk dalam kereta Kau."

"Kalau Aku tak nak."

"And ucap selamat tinggal pada suami tercinta Kau tu."

"Tolong jangan apa-apakan Zafran.Aku...aku akan dengar semua cakap Kau."
Dia merayu,takut yang teramat.Ketakutan terbesarnya adalah kehilangan Zafran.Lelaki itu tertawa sumbang dihujung talian,ya..umpannya telah mengena.Dia suka bila Naura merayu dalam nada ketakutan.

Meski takut dia beranikan diri mendengar arahan si pemanggil misteri.Dalam hati sudah berdoa agar tidak terjadi sesuatu yang buruk.
Ketika Naura menghenyak punggung di bangku pemandu lalu menutup pintu.Dan ketika itulah ada sesuatu yang hangat terasa pedih yang dihidu rongga hidungnya saat ada tangan melekapkan kain pada hidungnya.
Perlahan kesedaran dirinya beransur hilang dan pada akhirnya menjadi gelap.

* * *
Zafran tidak keruan duduk dalam ruang pejabat miliknya.Isterinya cuba untuk dihubungi,.
Sebentar tadi Zuyin ada menghubunginya Naura belum tiba di butik walhal Naura sudah memaklumkan hari ini dia akan masuk.

Jam tangan ditilik hampir menginjak dua petang.
Rasa hati makin tak sedap dan gelisah,dia berkali-kali cuba menghubungi isterinya namun tetap gagal.

Wajahnya diraup kasar.
Mengapa hatinya gundah-gulana dengan perasaan yang tak tentu arah.

"Ya'Allah lindungi lah isteri hamba,jangan sampai sesuatu yang buruk terjadi padanya ya'Allah."
Doanya bersungguh meminta pada sang pencipta yang maha esa.
Tiap kali irama jantung nya bertukar rancak, pasti ketika itu jugak sesuatu akan terjadi.

Tali leher seakan ketat membuatnya sesak nafas lalu dilonggarkan.Orang suruhannya dihubungi untuk mencari keberadaan isterinya.Dulu dia mengupah untuk menyakiti isterinya tapi tika dan saat ini orang suruhannya itu bertanggungjawab mengawasi Naura.Dek kerana Naura tidak selesa dengan tindakan over nya secara automatik arahan itu ditarik.

Tidak menunggu lagi Zafran segera berlari keluar dari bilik pejabat.Tindakanya yang tergesa-gesa itu melanggar siapa sahaja yang menghadang jalanya.

Lif yang penuh digunakan,membuatnya geram seraya menendang pintu lif.Dia seakan dikejar ketakutan lalu berlari mencari tangga,tika kakinya memijak anak tangga demi tangga telefonnya berbunyi tanda ada panggilan masuk.Kalut dia menjawab.

"Hello.."
Senyap dan hening teras dari si pemanggil, Zafran mengerutkan dahi skrin telefon ditatap.

"Hello Kau tak ada mulut ke apa ni?."
Merah padam mukanya menengking si pemanggil.

Tut..
Panggilan dimatikan,Dia merengus geram.Detik kemudian satu pesanan masuk melalui aplikasi Whatsapp.Segera dia membuka isi kandungan berisi video itu,.

Matanya terbuntang luas dengan tangan yang menggigil menggenggam penumbuk.
Hampir sahaja iphone miliknya terlepas dari genggaman.Itu video Naura, Isterinya sedang diculik tapi tidak tahu siapa yang menculik isterinya.

'Say good bye untuk isteri Kau.'
Lututnya terasa gigil membaca kapsyen video itu.
Ya Allah apa lagi ujian untuk isterinya itu kali ini.
Nombor orang yang menghantar video juga adalah si pemanggil bisu tadi cuba di hubungi.

GAGAL...
Penumbuk hinggap di dada dinding bertubi-tubi,sakit?.Tidak,itu tidak sesakit yang hatinya rasakan.

Dia berlari sekuat tenaga.Zafran perlu mencari keberadaan Naura dengan kadar segera.Hatinya tidak enak mengingat perbualannya dengan Naura beberapa bulan lalu.

Kemungkinan besar orang yang menculik isterinya adalah pembunuh sebenar arwah mama dan papa Naura.

Pedal minyak ditekan dengan kelajuan tinggi.Ford ranger miliknya meluncur laju membelah jalan.

* * *

"Cik Yin fotografer dah sampai.."
Hampir sahaja jantungnya melompat keluar mendengar suara Ain yang sudah terpacak didepan matanya.

"Ya' Allah budak ni Kau tak reti nak ketuk pintu ke apa?."
Ain garu kepala yang tidak gatal,Dah ketuk mungkin telinga Zuyin mengalami masaalah.Entah mana sesat fikiran melayang buat orang jengah mengetuk pintu.

"Dah ketuk tadi,."
Zuyin melepaskan keluhannya.Lama dia duduk di bilik kerja Naura, menanti tuan badan sampai yang tak kunjung tiba.Risau tak payah cakap kalau dah telefon tak berangkat, Zafran mengatakan tadi Naura dalam perjalanan yang peliknya..Kenapa sampai sekarang tidak muncul.

"Itik-itik tu dah bersiap.."
Tersengih Ain bila Zuyin mengutuk para model yang banyak songeh itu.

"Cik Yin jangan risau semuanya dah complete."
Zuyin menganguk perlahan tapi sedikit pun hatinya tidak tenang.Telefonnya berbunyi lantas diangkat sangkanya itu adalah Naura.

"Zuyin Kau boleh tolong check CCTV kat bangunan dan luar butik tak sekarang.."
Terdengar suara Zafran penuh kerisauan di hujung talian.

"Er' Kenapa ada masalah apa?.Dah tahu Naura pergi mana?."
Cemas dia menanti jawapan lelaki itu,

"Naura kena culik, Tolong cepat Aku kena cari siap culik isteri Aku.."

"Kena culik?.."
Sontak badannya berdiri begitu pun Ain yang terkejut sama.

"Lapor bomba..eh..takk hosp,polis..polis.."
Zuyin menampar mulutnya sendiri yang tergagap-gagap, boleh pulak melatah yang bukan-bukan dalam cemas begini.

"Don't worry I will,but now I want you to check the CCTV for any clues.

"Ok Aku akan chek sekarang,"
Setelah mematikan telefon Zuyin seperti kucing kehilangan anak bergerak kehulu-kehilir.Kuku telunjuk tanpa sedar digigit.

"Cik Yin betul ke puan kena culik.."

"Awak sendiri dah dengar.Sekarang saya nak Awak pergi pada Ilya suruh dia handle semua model tu dan sesi fotografer sekarang.."
Tidak menunggu jawapan dari Ain segera Zuyin berlari keluar.

"Kenapa dengan kak Lion tu?"
Zara yang melihat Ain keluar dari bilik pejabat Naura pergi merapati sahabat nya itu.
Lion adalah gelaran yang mereka beri pada Zuyin bila gadis itu tiada disitu.
Ain memandang Zara sekilas dengan tatapan sayunya.

"Puan kena culik.."
Terkebil-kebil mata Zara mendengar apa yang Ain katakan padanya.

* * *
Langkah Tengku Khaizuran yang begitu teratur perlahan-lahan terhenti melihat sosok seorang perempuan berdiri dihadapan kereta nya.Luka yang lama kini berdarah kembali dadanya ditekan seakan dirinya menekan hati yang berparut belum sembuh sepenuhnya.

"Diandra Tamara."
Diandra segera mengangkat wajah dengan senyum yang diukir begitu manis hatinya masih bergetar untuk lelaki yang sama setiap kali lelaki itu menyebut namanya meski tidak ada lagi kelembutan seperti dahulunya.
Sudah beberapa bulan sejak pulang dari luar negara Diandra menguatkan diri untuk bersemuka dengan lelaki dihadapannya ini.

"Khai.."
Tengku Khaizuran melangkah dengan senyuman sinis di bibir.Melihat kedinginan lelaki itu padanya membuat Diandra mati kata.Ayat yang disusun rapi sudah hilang dari kepala otak membuat lidahnya bagai diikat kelu mengeluarkan kata-kata.

"Berapa tebal bedak you oles pada wajah you hingga tak ada sedikit rasa malu yang tersisa.I dah cakap jangan pernah tunjuk muka you depan I lagi.Ouhh..I baru teringat yang you ni manusia kotor dan menjijikkan tak ada rasa bersalah mahupun penyesalan."

"Jangan tunjuk muka kau depan mata aku.. Jangan cari aku apa yang kau tak faham.Kalau Kau nak balik Malaysia ni silakan tapi untuk kembali berada disisi aku jangan harap."
Diandra merasakan jantungnya melompat keluar, semangat dalam diri terasa melayang bila diherdik kasar begitu.

"Khai dengar dahulu apa yang I nak cakap ni.."

"Apa lagi yang aku nak dengar dari mulut kotor kau ni,depan mata aku sendiri kau begitu seronok mendesah dibawah kekuasaan seorang lelaki."
Jika wanita ini menagis air mata darah sekalipun.Baginya Diandra Tamara penuh dengan sandiwara.Gadis yang kononnya dari keluarga kenamaan ternyata adalah dari keluarga serba kekurangan mendekatinya hanya untuk duit.

"Berhenti menagis depan aku.!Aku boleh rasa air mata palsu kau ni tak terasa begitu ikhlas untuk menyesal.Ya,aku boleh kategorikan kau curang versi murahan kelas atasan satu malam boleh melayan lebih dari satu lelaki hanya untuk duit.."

"Khai you sendiri tahu macam mana keadaan I masa tu,."

"I sendiri tahu?."
Tengku Khaizuran menyoal semula,Sakit sungguh hatinya melihat wajah perempuan dihadapannya ini.

"Tak Dian, tuhan tunjuk dan buka mata aku untuk lihat bertapa jijiknya perempuan yang aku cinta bergelembung dengan dosa."

"Khai I minta maaf I cintakan you sangat,I terpaksa buat semua tu."

"Dalam peraturan cinta yang setia tak ada istilah terpaksa untuk mengkhianati cinta."

"Khai bagi I peluang kedua untuk tebus semua salah silap I pada you."

"So kau nak apa perempuan?."
Diandra menahan tagis yang hampir pecah dihadapan Tengku Khaizuran,.Air mata yang mengalir terasa murah sama seperti dirinya langsung tidak bernilai pada lelaki seperti Tengku Khaizuran.

"Pungut kau yang kaki zina dah kena tebuk entah aku tak tahu dah berapa lelaki yang kau layan kat luar negara tu.Kau je yang tahu berapa jumlah jantan dalam koleksi ingatan kau untuk kau ratapi dalam dosa-dosa kau seumur hidup."

"Jangan jerat aku dalam dunia gelap kau cukup sekali aku takkan ulang kekilafan yang sama."

"Khai adik I perlukan duit untuk sembuh,ayah I akan jual mak I kalau tak kasih duit pada dia.I malu nak cerita semua benda tu pada you, sedangkan dah banyak you nak berabis untuk I."

"Datuk apa jual isteri dia macam tu,datuk bangkrap?."
Diandra tertunduk malu.. Ternyata kebohongan nya tidak pernah luput dari ingatan Tengku Khaizuran.Dia pernah menipu lelaki ini, yang dirinya dibuang keluarga kerana tidak mahu dijodohkan dengan lelaki pilihan keluarganya lalu memilih sambung belajar bersama Tengku Khaizuran.Lelaki inilah yang menanggung hidupnya sepanjang berada diluar negara.
Hinggalah satu saat ibunya membuat panggilan dari tanah air.Adik lelaki nya mengalami kemalangan Diandra harus mencari duit untuk proses penyembuhan adik lelakinya.Tidak cukup dengan itu ayahnya pulak yang mengugut untuk menjual ibunya.
Kerana malu untuk menceritakan hal sebenar dirinya memilih jalan yang salah.

"Cukup Diandra lakonan kau dah basi,.Aku dah lama bakar kisah cinta bodoh yang kau pernah khianat."

"Khai bagi I peluang untuk tebus semua kesalahan yang I buat pada you."

"Kenapa kau suka ulang ayat yang sama,dan kenapa kau tak faham apa yang aku cakap.Aku tak terima barang yang dah kotor, kalau kau nak cakap soal ganti rugi lupakan aku juga takkan ambik duit haram, anggap ajelah semua yang aku pernah bagi pada kau adalah sedekah.Menyedihkan, Selama aku bersama dengan perempuan pisau cukur macam kau.Kau hanya jadikan aku mesin duit."
Diandra meraih tangan Tengku Khaizuran namun segera ditepis dengan kasar.

"Khai I cintakan you,I tak boleh lupakan you."
Tengku Khaizuran terus melangkah menuju kereta tanpa mempedulikan Diandra yang mengekori langkah nya, pintu kereta ditutup kasar hingga bahu Diandra terangkat.

* * *

Happy Reading semua ya❤️ Typo maafkan ya tak sempat nak edit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience