Ralat tangannya dari tadi menekan butang lonceng,gadis itu seperti menjangkakan kehadirannya tidak disenangi.
Namun dia masih tidak berputus asa selagi pintu itu tidak terbuka.Setelah hampir sepuluh minit Naura koyak senyuman melihat pintu terbuka.
"Morning."
Sapa Naura dengan begitu ceria melihat wajah yang selalu bertakhta dihatinya.
"Aura you buat apa kat sini pagi buta ni?."
Zafran tayang muka malas melayan.Lelaki itu mengeluh kesal dengan kehadiran gadis yang selalu mengganggu hari-harinya.
"Hello..ni dah sepuluh pagi,apa yang butanya ni? matahari dah terpacak kat atas kepala lah abang Zaf."
Ujar Naura dengan bersungguh-sungguh lalu menarik tangan Zafran masuk.
"You nak pergi mana."
Zafran menahan lengan Naura agar adik sepupu nya tidak melangkah masuk ke dalam penthouse.
"Masuklah tak nampak ke Aura bawa bekas makanan ni..ni air tangan I sendiri special untuk abang Zaf.Jom breakfast Aura belum sarapan ni."
Naura melayang kan beg kertas warna coklat di hadapan muka lelaki itu.Naura tersenyum tayang muka paling manis pada sang pujaan hati,haraplah cair walaupun itu agak mustahil.
"Masak ke? bukan beli or suruh pembantu rumah yang masak?."
Pedih hatinya dituduh begitu dua minggu kebelakang ini dia sibuk belajar masak dari pembantu rumah sanguh ketepikan kerjanya seketika demi memikat Zafran.
"Ni Aura masaklah."
Naura ketap gigi geram.
'Buat apa suruh pembantu rumah masak.Baik bawak terus pergi restoran makan berdua-duan orang dah masakan cakap lah terima kasih.'
Sugut-nya geram dalam hati.
"I penat give me some rest please go! jangan ganggu masa I...I serabut lah tengok muka you."
Tanpa berlapik Zafran berterus terang.Cakap kias-kias buang masa nak lagi dengan gadis dihadapannya ini.
"Sayang siapa dat.."
Langkah gadis itu mati melihat figure yang tersenyum sinis memandang terhadap dirinya.
Siapa datang?.Naura pasti mengagak dua manusia ini berpakat tidak membukakan pintu untuk dirinya.Memandang gadis yang baru keluar dari dapur dengan apron yang masih terikat pada tubuh nya.Sakit hatinya tiap kali melihat gadis itu berada bersama Zafran,Naura merasa dirinya seperti orang ketiga atau memang betul dia pengganggu hubungan orang lain.
"Laju betul kau nak potong jalan aku kan gadis kampung murahan tak sedar diri.Selalu ke korang buat maksiat macam ni?."
Naura sudah mulai dengan bahan sindiran nya. Qaisara sudah tertunduk memandang lantai.Tidak berani bertatapan mata dengan sepupu kekasih nya.
"Watch your mouth Naura!."
Zafran tidak terima Naura merendahkan Qaisara,apa yang dilihat gadis itu bukan seperti jangka nya.Sudah kebiasaan Qaisara datang pada pagi hujung minggu membuat sarapan untuk dirinya.Ikutkan diri dia tidak mahu menyusukan tapi gadis itu yang selalu mendesak cakap badannya susut tidak terurus mahu tidak mahu dia terpaksa beralah.
"Kalau nak makan Aura boleh masakan,tak payahlah suruh perempuan ni datang sini.Ke ambil kesempatan nak makan dia."
Sinis sahaja kata-kata Naura membuat mata Zafran bulat tak terkata menahan sabar.
"Terserah aku nak buat apa pun dengan Qaisara, dia kekasih aku.Kau siapa nak tegur apa yang aku buat, kau jangan cakap yang kau cemburu kau tak ada hak!!."
Jerkah Zafran membuat bahu Naura terangkat kerana terkejut dengan bicara yang kasar dari mulut lelaki itu.
"Perempuan ni kalau you nak tahu..pisau cukur sebelum you balik Malaysia I dah banyak kali jumpa dia dengan lelaki tua yang miang."
Naura menunding jari kepada Qaisara yang tidak jauh berdiri di belakang Zafran.
"Cik Naura kalau benci saya di persilakan,tapi tolong jangan fitnah saya dengan merendahkan maruah saya."
Naura memejam mata seketika mengetap giginya.Perempuan ni kalau bagi berlakon agak nya boleh kalah kan Maya Karin dan Nabila Huda.
Kalau bukan dihadapan Zafran ketika ini nak rasanya dia botakkan rambut si Qaisara ni biar perempuan itu lari menyorok.
"Jangan uji kesabaran aku!..Better you go now."
Zafran sudah tidak mampu bersabar dengan karenah Naura.Gadis itu seakan menduga diri nya.
"Tak betul ke? dia memang suka menjaja tubuh untuk dapatkan duit yang kononnya suci pada sem.."
Plak...
Satu tamparan keras hinggap pada pipi mulus Naura dan yang pastinya itu bukan tamparan yang pertama yang diberikan padanya oleh Zafran Izzmir.
"Awak.."
Suara Qaisara menekan tak terkata melihat tindakan Zafran.Naura tertunduk sakit hati melihat wajah sandiwara Qaisara,pasti perempuan itu bersuka ria dalam hati.
"At least dia tak suka tayang tubuh macam you,dia tak berfikiran kotor pada orang lain,dia tahu macam mana nak bawak diri sendiri.Dan yang paling pentingnya dia tak suka mengatal dengan sepupu sendiri."
Tangan telunjuknya dihala tepat ke muka Naura.
Entah mengapa Naura dapat merasakan ayat terakhir sindiran Zafran bukan tentang diri lelaki itu,hatinya bagaikan remuk dikata begitu.
"You Sanggup tampar I sebab nak menangkan perempuan ni..I ni adik sepupu you Zaf!."
Naura mengusap pipinya yang berdenyut kerana tamparan tangan berurat Zafran.Kenapa Zafran sudah banyak berubah dimana lelaki yang selalu melindungi dirinya yang ada dihadapan ketika ini hanya seorang lelaki yang menyakitkan dirinya.
"Sebab You dah melampau berapa kali I cakap jangan pernah rendahkan sara...Huh' sedar pun diri tu cuma adik sepupu,So jangan nak melampaui batas.Yes I akan selalu menang kan dia because you know why I love her so much.I'll protect her especially from monster like you."
Zafran bukan tidak tahu mengapa hingga saat ini tok ayah dan ahli keluarga yang lain sukar menerima Qaisara.Itu semua angkara adik sepupu nya yang suka memburukkan kekasih nya itu.
Monster? begitu burukah tanggapan Zafran terhadap dirinya.Naura bangun pagi tadi dengan mood ceria sudah dirancang dengan baik niatnya memikat hati Zafran,tapi lain yang diharapkan semuanya menjadi keruh.
"You akan menyesal buat I macam ni."
Airmatanya sudah mengalir keluar dari tubir mata yang tidak henti mengepam tanpa henti.
"Kenapa tak puas hati?nak merengek pada tok ayah mengadu go ahead I don't care.Stay away from us."
"Please don't.."
Naura berkata dalam lirik tangis,Zafran mendorong tubuh langsing itu keluar menuju pintu.
"I tak boleh balut luka kat hati you.Sebab you sendiri yang buat so you sendiri yang kena balut luka tu agar tak lebih parah lagi."
Setelah membisikkan kata- kata itu.
Zafran menutup pintu dengan kasar meninggalkan Naura mengerdipkan mata menjatuhkan butiran airmatanya didepan pintu yang tertutup rapat.Dia hanya menagih cinta pada lelaki yang langsung tidak memandang dirinya meskipun hanya sebelah mata.Tidak adakah rasa cinta yang tersimpan hanya sedikit di hati lelaki itu untuk dirinya.
Naura mengatur langkah yang longlai menuju lift.Air matanya masih tersisa pada pipi tiada niat untuk menghapus sisa-sisa kesakitan itu.Ketika berada dalam lift fikirannya masih sarat memikirkan Zafran,walau banyak manapun lelaki itu menyakitinya tetap tidak luak sedikit pun rasa cintanya pada lelaki itu.
Dia cukup membenci peristiwa lalu yang membawa jurang yang besar antara mereka berdua.
Ting!..
Lamunanya lenyap dengan bunyi lift yang sudah terbuka luas.
Naura melangkah keluar beg kertas dipandang kosong lalu dia tergelak kecil.Sehingga seorang lelaki masuk ke dalam lift berkerut dahi memandang gadis yang masih berdiri tidak jauh di hadapan-nya.
ketika pintu lift hampir tertutup.Naura menahan dengan kasut tumit nya hingga pintu itu terbuka kembali.
"For you."
Naura menghulurkan beg kertas kepada lelaki asing dihadapan nya.Naura masih tegak berdiri pada pintu lift menahan pintu agar tidak tertutup.
"Excuse me."
Soal lelaki itu bingung.
"Jangan risau saya bukan orang jahat,yang bagi makanan pada orang dan letak racun.Saya ikhlas."
Tegas Naura takut niatnya disalah erti kan.Naura tidak dapat mengagak pandangan lelaki itu padanya ketika ini,kerana lelaki itu memakai kaca mata hitam.
"Err.. thanks."
Lelaki itu seperti teragak-agak menyambut pemberian dari Naura.Setelah beg kertas yang diberikan selamat berada di tangan lelaki itu,
Naura melangkah pergi meninggalkan lelaki asing yang tidak diketahui siapa gerangan-nya. lebih baik dia bagi orang makan dari buang membazir tenaga kesungguhan nya memasak.
"Agaknya orang yang buat dia nangis tak ada mata menilai perempuan cantik dan baik macam tu."
Lelaki itu sempat melihat wajah sayu Naura dengan riak tangisan yang tersisa.
"Kind and sexy I like that's girl semoga kita ada jodoh untuk bertemu lagi."
Lelaki itu tersenyum lebar,lalu menggeleng kepala melihat beg kertas pada pergelangan tangan kiri nya.Namapak sangat dia ni macam tong sampah menerima barang buangan yang tak sudi diterima,buangan?.. agaknya lah.Kalau yang buang hot macam tu siapa tak nak.
"Well...rezeki jangan ditolak."
Spek hitam ditanggalkan.
"Ni semua salah kau, kalau tak dah boleh dah tengok view hd meletop."
Lelaki itu tergelak kecil dia merasa seperti orang gila yang tak betul bercakap seorang diri.Begitu pintu lift terbuka dia melangkah dengan mood senang diiringi siulan ringan.
* * *
Zuyin membelek pipi Naura kiri dan kanan.Gadis itu tidak berkedip mata memandang sahabat nya,dia dapat melihat berkas telapak tangan pada pipi mulus itu.
"Kenapa kau pandang aku macam tu.?"
Soal Naura tidak selesa dengan pandangan tajam Zuyin,dia Sudah dapat menduga apa yang akan Zuyin katakan.
"Sepatutnya aku yang tanya kau! kenapa dengan pipi kau tu.?."
"Kau masak apa?."
Naura mengusap perut yang dah berirama dangdut mintak diisi.Bodoh rasanya masakan orang yang tak sudi makan air tangan nya,sedang kan diri sendiri belum sarapan menyiksa perut sendiri betul.Zuyin cebik bibir melihat Naura seperti mengelak dari memberi penjelasan padanya.
"Aku tak masak lagi."
Zuyin masih menatap wajah Naura cuba mencerna sesuatu yang masuk akal tapi gila.
"Aku belum sarapan lagi ni!."
Naura tayang muka kebulur dengan manja pada Zuyin membuat sahabat nya itu membeliakkan mata tidak percaya.
"Ya Allah minah ni dah jam sebelas setengah ni nanti gastrik kau datang macam mana?.. kau tahu tak ni dah nak lunch time!..Kau dari mana sebenarnya ni, sarapan tak dengan pipi berbirat dengan mata bengkak macam ni.. Kau jangan cakap kau pergi kondo si hulk tu yer."
Tanya Zuyin penuh selidik,Naura putar bola mata malas mendengar Zuyin membebel.Perempuan itu kalau dah start berleter boleh buat skrip syarahan naik bernanah telinga.
"Aku datang rumah kau ni nak makan,bukan nak dengar kau membebel kalau macam ni baik aku pergi restoran aunty Su.!"
Naura menghempas tubuhnya pada sofa.Jika ketika ini dia pulang ke rumah pasti semua orang akan melihat berkas pada wajahnya.Begitu juga jika dia pergi pada ibu saudaranya tetap soalan yang sama akan dia kena hadap.Naura tidak suka makan sendiri dia benci begitu sebab itu dia pergi pada Zuyin.
Zuyin melepaskan keluhan kecil.Naura dan keras kepala berpisah tiada,lalu berdiri ingin melangkah ke arah dapur.
"Kau nak pergi mana?."
"Aku nak masak,kata lapar!"
Zuyin terus menghilang menuju dapur meninggalkan Naura hanyut dalam fikiran sendiri.Fikiranya ketika ini bukan sahaja pada Zafran tapi terganggu dengan insiden parking,sebelum Naura menuju kerumah sewa Zuyin dia sempat berselisih faham dengan seorang lelaki pada area parking kondominium.
"Siapa mamat tu ha..cepatnya dia upah orang?"
Naura mencubit pipinya yang masih terasa sakit, takkan Zafran mengupah orang membunuh dirinya.Sangupp kah lelaki itu melihat sepupu sendiri mati, takkan setega dan bencinya Zafran padanya.Takkan nak upah pembunuh kacak macam tu!.Naura menepuk dahi membuang fikiran yang tidak-tidak mengganggu benaknya.
Share this novel
Tq dear
Nice stories