BAB 40: AKU HANYA INGIN DIA!

Romance Series 11121

"Puan Naura mengalami keguguran,pendarahan terlalu banyak memandangkan trimester puan Naura masih dalam peringkat awal kehamilan."

"Rahim puan Naura terlalu lemah untuk menampung bayi yang dikandung because the initial condition of Mrs.Naura brought here was too weak.Dalam keadaan puan Naura yang mengandung anak pertama dan mengalami keguguran,pasca trauma dan fasa depresi harus dititik beratkan.Harap pihak keluarga pesakit memberi dorongan dan kata-kata semangat.Berhati-hati ketika bercakap dengan pesakit sebolehnya jangan menyinggung perasaan pesakit."

Kata-kata dokter wanita yang memberi ulasan mengenai keadaan Naura masih terngiang-ngiang ditelinganya Tengku Khaizuran menekup wajahnya lama.Dia bangkit menuju tingkap wad melihat keadaan Naura yang masih belum sedarkan diri ditemani Zuyin didalam sana.

Perlahan-lahan kelopak matanya tercelik.Kepala terasa berat ditekan beberapa kali ,bau ubat-ubatan begitu menyengat.Naura menoleh ke samping dilihat Zuyin sedang tertidur dalam keadaan duduk dengan kepala mendarat di sisi katilnya.

Dia cuba mengingat sesuatu kepalanya terasa sakit lagi.Begitu sakit hingga membuatnya hampir sukar bernafas

"Biy.."
Kelibat Zafran cuba dicari didalam bilik serba putih itu, perutnya juga diraba yang terasa kempis.Dia bangkit selimut menutupi tubuhnya diselak.

"Where is my baby?."
Zuyin yang terganggu dengan suara serak Naura segera membuka mata.Dengan panik dia memeluk Naura, air mata tidak mampu ditahan dari mengalir dari kelopak.

"Yin anak Aku mana, Zafran mana?. Pulangkan anak aku! kau pun jahat tak nak tengok Aku bahagia..."

"Naura bertenang,Kau tak boleh macam ni!. Allah lebih sayangkan Zafran kau kena redha dengan ketentuan Allah.Kalau kau betul sayang dan cinta pada dia kau kena ikhlaskan dan berlapang dada atas pemergian dia."
Zuyin tergeleng-geleng memeluk Naura.Tagisan tak tertahan melihat keadaan sahabat nya itu.

"Pulangkan anak Aku..Pulangkan Zafran!..."
Dalam keadaan nya yang tidak menentu Naura cuba bangkit dari katil tapi dihalang keras sahabat nya.Zuyin tidak berputus asa tagisnya ditahan, begitu tenang dirinya memujuk Naura.

"Kau masih dalam keadaan lemah, bertenang!.."

"Semua orang jahat pulangan anak Aku.."

"Aku nak anak Aku,Aku nak suami Aku.,"

"Istighfar, bawak mengucap.."
Naura menggeleng tidak mengendahkan kata-kata Zuyin padanya.Dia lebih rela buta seumur hidup tidak melihat wajah Zafran dari kehilangan Zafran seumur hidup disisinya.

"Jangan macam ni kesian pada diri kau,"

"Aku nak anak aku,aku nak Zafran,pulangkan balik,aku nak mereka berdua Yin.!."

"Aku ada,aku tahu kau kuat,. Bertenang okey..Shuusu...Shuusu..,Allah ada, bertenang ini ujian untuk hambanya yang kuat..kau kena sabar."
Perlahan Naura bertenang usapan-usapan tapak tangan Zuyin padanya mungkin sudah membuatnya bertenang.Bahunya dijatuhkan menenggelamkan wajahnya dalam pelukan Zuyin.

"Kenapa.. kenapa,..dia tak salah.Kenapa tuhan tak ambik sahaja nyawanya aku.Kenapa mesti dia?."

"Aku tak sanggup lagi hidup dalam keadaan macam ni Yin,. Hidup aku takkan ada ertinya lagi tanpa ada Zafran."

"Naura jangan lah cakap macam tu!. Percayalah disebalik semua ni mungkin ada hikmahnya.Tuhan tahu kau hambanya yang kuat,sebab itu kau yang terpilih untuk lalui semua ini."

"Apa lagi yang aku perlu nantikan, orang yang selama ini aku tunggu-tunggu,hanya sebentar ada untuk aku.Dia dah pergi, Zafran tak sayangkan aku,.Dia pun pergi tanpa ucap selamat tinggal,dia tak ajak aku sekali,dia hanya bawak bayi kami.Sakit..aku sakit..Dia janji akan lindungi aku tapi kenapa dengan cara macam ni.."
Dadanya dipukul-pukul.Sunguh!..Ini lagi menyakitkan dari Zafran pernah tinggalkan dirinya dulu.Bergenag tangisannya dalam pelukan Zuyin.

Tengku Khaizuran hanya mampu melihat Naura dalam keadaan begitu dibalik tingkap kaca.Akhirnya air mata yang sak dari tadi di tahan jatuh jua.
Mengapa emosinya selalu kalah bila berkaitan dengan Naura.
Mengapa begitu sakit rasanya melihat si dia terluka.
Segera lelaki itu menghampus air matanya bila Fadhli datang menghampiri.

"Tengku saya baru dapat makluman dari ayahanda Tengku."

"Apa dia?."
Fadhli kelihatan teragak-agak,.Tengku Khaizuran menyedari perubahan air muka pembantu peribadinya itu.

"Tan Sri Khalid dah meninggal."

"Kau merepek apa ni?."
Terlihat dahinya berlipat halus,rambutnya dikuak kebelakangan lalu bercekak pinggang memandang ke arah Naura seketika.Dia yang mendengar sahaja tidak percaya lalu bagaimana penerimaan Naura nanti.Satu persatu orang yang disayanginya pergi meninggalkannya.

"Tan Sri mengalami serangan jantung.."
Fadhli berujar semula bila melihat wajah bosnya sudah sedikit tenang.

"Saya bercakap benda yang betul Ku.Jenazah akan dikebumikan esok bersama jenazah Tuan Zafran.Dengar cerita datin Salwa tak nak anak dia dibedah siasat."

"Macam mana dengan mayat orang yang culik Naura?."

"Jabatan forensik masih melakukan kerja mereka."
Lagi sekali lelaki itu menarik nafas beratnya.Dia tidak pernah tahu yang selama ini Naura bergelut dengan ketakutan selain terpaksa menghadapi perempuan saiko seperti Qaisara.

"Ku belum rasa nak balik ke dah tiga pagi ni?."
Fadhli tidak senang dengan pakaian kotor dan selekeh bosnya itu.Kalau ia pun risau takkan nak seksa diri begini,.Tengku Khaizuran yang dia kenal bukanlah seorang yang begitu.

"Lepas subuh saya akan balik.."
Pandangannya dibuang semula ke arah Naura.Entahlah dia seakan tidak percaya semua ini akan terjadi.

* * *

Pagi ini suasana alam kelihatan kelam matahari juga tersembunyi di balik awan.
Angin begitu nyaman namun terasa begitu syahdu.Noah memasuki perkarangan rumah agam milik Tan Sri Khalid, kelihatan begitu banyak kereta yang diparkir dikawasan depan laman itu.
Dia melangkah ke dalam rumah dengan langkah yang longlai.Bacaan-bacaan yang terdengar hingga keluar rumah seakan membuat hatinya menebak sesuatu.
Degup jantungnya begitu kencang berirama tidak selesa,.

"Abang..!"
Tasya yang melihat kelibat abangnya didepan pintu segera mendapatkan lelaki itu.Lalu memeluk tubuh Noah dengan esakan.

"Abang Noa pergi mana menghilang,Call tak dapat?."

"Abang...tok ayah dah takde,abang Zaf jugak dah tak de mereka dah tinggalkan kita."
Telinganya seakan berdesing kuat,Noah memandang dua tubuh manusia itu yang tertutup rapat, dengan perasaan yang hancur.
Tok ayahnya sudah tiada?..
Abangnya juga sudah tiada?..
Mereka pergi bersama tanpa mengucapkan selamat tinggal,pergi tanpa keizinan semua orang.
Membuat mereka semua merasakan mimpi yang begitu ngeri.
Dipandang wajah Tasya yang kelihatan sembab dan menghantar pandangan kearah kedua orang tuanya yang tengah khusyuk membaca surah yasin.Dia dapat melihat mummy nya menangis pilu disamping Jaslina yang sedang membaca surah.

"Abang Noa dengar tak apa Sya cakap ni.?"

"How can this be?,Kak Aura mana?."
Suaranya seakan timbul tenggelam.

"Still in the hospital.Zuyin ada tolong tengokkan dia."
Noah memeluk tubuh Tasya begitu erat.Terdengar esakan gadis itu tenggelam di bahu nya.Rasanya ini bukan masa yang sesuai untuk bertanya apa yang telah berlaku.

Noah membantu mengusung jenazah abangnya manakala,Dato' Nasir berada di hadapan mengusung jenayah ayahnya yang dibantu kenalan rapat mereka.
Iskandar dan Naim seperti tidak punya jiwa menghantar jenazah Zafran untuk ditanam ke liang lahad.
Zafran adalah brotherhood mereka dari zaman sekolah menengah, melanjutkan pelajaran hinggalah sahabat mereka itu hampir bergelar seorang ayah.Ternyata semua itu hanyalah sebuah mimpi yang tidak akan menjadi nyata bagi sahabat mereka itu.

Datin Salwa menangis sesungukan melihat sekujur tubuh anaknya perlahan-lahan ditimbus tanah merah.Perasaan sayu memenuhi suasana tanah perkuburan bukit kiara ,Jenazah Zafran dan Tan Sri Khalid berjaya disemayam kan dengan jayanya.
Kematian adalah sesuatu yang menyakitkan, pergi tanpa ada tarikh luput nya.
Tanpa ada amaran, ianya akan datang bila sudah ajal itu sudah tertulis dan malaikat akan datang melakukan tugas terhadap hamba-hamba Allah yang telah dikehendaki.
Hilang takkan terganti,pergi jauh ke alam kematian dari pandangan mata kasar hanya pusara sebagai tanda peringatan ke atas kesyahduan atas kehilangan yang menyakitkan.

(Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.Dan kami akan menguji kamu dengan keburukan serta kebaikan sebagai cobaan.Dan hanya kepada kamilah kamu akan dikembalikan_Q.s: Al-Anbiya ayat 35)

Setelah usai pengebumian satu-persatu tetamu yang menghadiri acara pengebumian berpamitan pergi.Datin Salwa yang pada mulanya engan untuk pergi namun setelah puas dipujuk suaminya akhirnya wanita itu luluh untuk pulang.
Kini tinggallah Noah seorang diri merenung
dua kuburan yang bertaburan kelopak bunga.
Didepan semua orang dirinya berlagak tenang dengan tidak menjatuhkan walau setitis air mata.
Dan di saat dirinya sendirian tagisan yang ditahan begitu dalam lolos.Noah duduk mencangkung menggengam kuat tanah merah itu dengan bahu terhinjut-hinjut.

"Noah minta ampun tok yah,aku minta ampun bang.Bahkan saat Noah pulang Noah jarang luangkan masa ada kat rumah.Hadirnya tok yah dan abang dalam hidup Noah adalah satu anugerah yang terindah,."
Air mata yang mengalir dibiarkan begitu sahaja,malah setitik air mata yang ada pada bibirnya ditelan dengan begitu sukar,sangat menyakitkan untuk menerima kenyataan bahawa abang dan tok ayah nya sudah tiada lagi.

"Maafkan aku bang sebab dah banyak sakitkan kau.Terima kasih selalu jadi abang yang terbaik untuk aku dan Tasya, terima kasih dah jadi anak yang bertanggungjawab yang membanggakan mummy dan daddy."

"Aku akan jaga isteri kau dengan baik sekali,aku takkan mampu gantikan tempat kau pada hati dia tapi aku akan jadi abang yang baik untuk lindungi dia."

"You."
Noah menoleh kebelakang, melihat Amalin sedang berdiri tegak dibelakang nya berteduh dibawah payung dari pancaran matahari.

"Sorry I lambat datang."
Noah berdiri lalu menghampiri Amalin dengan kepala tertunduk hiba.

"It's ok, alhamdulillah semuanya berjalan lancar."
Amalin menghulurkan tisu,Noah angkat wajah melihat Amalin seketika lalu menyambut huluran gadis itu padanya.

* * *

"Saya tak izin budak tu pijak kan kaki pada rumah ni mahupun pergi menziarahi pusara anak lelaki saya."

"Mummy.., apa mummy cakap ni?.
abang dan tok ayah baru aje meninggal.Mummy dah buat kak Aura macam ni."
Datin Salwa menjegil memandang anak gadisnya yang duduk disebelah Noah yang tidak berkutik entah apa yang bermain dalam fikirannya ketika ini.

"Mummy takkan maafkan apa yang budak sial tu dah buat,memang patutlah bayi yang dia kandungan gugur.Dia tak layak jadi seorang isteri mahupun seorang ibu."

"Salwa.."
Sedikit meninggi suara Dato'Nasir menegur kelancangan mulut isterinya.Dimana sifat keibuan wanita itu yang penuh kasih sayang dan kelembutan.

"Boleh tak awak istighfar, jangan salah kan qada'dan qadar yang Allah dah takdirkan untuk jadi dalam keluarga ni.Awak bukan malaikat yang menentukan baik buruk seseorang."

"Awak seorang ibu, pantas ke awak cakap benda-benda macam ni."

"Abang masih nak anggap budak malang tu sebagai ahli keluarga ni ke?.Dia dah layangkan nyawa anak saya dia tu pembawa sial."
Entah berapa kali dia mengatakan Naura malang dan sial.Sudah tidak terkira.

"Saya kehilangan anak lelaki saya dalam sekelip mata.Hanya kerana dendam dari dulu yang tersimpan pada budak tu.Semua orang takkan faham apa yang saya rasa, selama ini saya memendam rasa hati ikutkan kehendak arwah ayah abang.Abang tak nampak ke malam anak kita tertangkap basah dengan budak tu.Zafran begitu marah mata dia menunjukkan betapah hancur dan kecewanya dia."

"Dan abang sokongan semua apa yang ayah abang nak.Budak tu perangkap Zafran,betul tak Tasya?."
Tasya mengetap bibir,dia memang menceritakan hal itu terjadi pada mummy-nya tapi ketika dia memberitahu hal itu datin Salwa kelihatan tenang seakan merestui dan pasrah menerima perbuatan Naura pada Zafran.
Noah menjeling sekilas adik perempuannya bermulut celupar itu,membuat Tasya menunduk dengan rasa bersalah.Noah akui dia terkejut dengan apa yang dikatakan mummy nya tadi.

"Awak jangan uji kesabaran saya Sal,ayah saya baru meninggal, awak kawal baik apa yang awak tuturkan,"

"Apa?.,tak betul ke apa yang saya perkatakan.Abang anak saya meninggal dalam keadaan macam

"Mudahnya awak menunding jari pada orang yang tak berdosa.Letak kesalahan seratus peratus pada bahu Naura."

"Dia mengalami keperitan dalam hidup, kehilangan kedua orang tuanya.Kehilangan suami untuk bergantung harap dan anak yang dinanti-nantikan tumbuh besar dalam perut.Seorang tok ayah untuk bermanja."
Datin Salwa berpaling angkuh takungan air mata ditahan dari jatuh gugur, tidak terkesan dengan kata-kata suaminya.

"Itu semua terjadi kerana malang yang dia bawak ke dunia sejak dia lahir.Tapi itu tidak bermakna dia boleh jerat Zafran untuk memenuhi keinginan dia.Saya takkan pernah maafkan anak sedara juga bekas menantu kesayangan abang tu."

"Ia anak saya dah mati, macam tulah dia dah mati bagi saya."
Noah berdiri mengorak langkah menaiki tangga meninggalkan ketegangan yang sedang berlaku.Melihat Noah berlalu pergi Tasya juga tidak ingin mendengar apa yang mummy nya katakan.

* * *

Fadhli mengekori rapat langkah Tengku Khaizuran memasuki lif sambil membacakan jadual lelaki itu.

"Pagi ni Tengku tak ada apa-apa meeting.Sebelah petang Tengku akan ada hi-tea dengan wakil World calture dari Dubai."

"Lagi satu Ku,pihak syarikat Perkasa holding ada memaklumkan projek kat pinang 'Megha permata' tu perlu dirombak semula memandangkan tu dibawah kendalian bekas CEO."

"Siapa pengganti bangku CEO Perkasa holding sekarang?."

"Belum diketahui Ku,Tapi dengar kata ayahanda Tengku akan menghadiri mesyuarat ahli perlembagaan syarikat tu."

"Dan lagi satu.."

"Bonda Tengku ada dalam bilik pejabat Tengku sekarang.."

"Bila bonda sampai?."

"Half an hour ago."
Tengku Khaizuran melepaskan keluhan berat lalu melangkah keluar dari lif.Pintu pejabat ditolak,terlihat Tengku Zabrina sedang duduk di ruang tamu pejabatnya.

"Khai."
Wanita itu bangkit lalu menapak ke arah Tengku Khaizuran dengan wajah serius.

"why did you just enter the office today.where did you disappear for three days?.Jangan cakap dengan bonda yang Khai berkampung kat hospital tu.Bonda langsung tak nampak batang hidung you kat pengebumian."
Wanita itu ada menghadiri pengebumian Zafran dan Tan Sri Khalid bersama suaminya pada hari semalam namun kelibat anak lelakinya itu tidak kelihatan.

"Bonda she is my friend.Apa salahnya Khai ada disaat di susah."

"How many times have I told you.Ke Khai suka terpalit dengan gosip-gosip mengarut semua tu."

"What is wrong with that.Dia bukan isteri atau hak milik siapapun lagi."
Tengku Zabrina antara percaya dan tidak apa yang dikatakan oleh anak lelakinya itu.

"Jadi selama ni Khai ternanti-nanti kan peluang sebegini,.Kau begitu gembira bila Zafran dah tak ada?..Jangan berani bermimpi untuk bersama perempuan tu selagi bonda hidup.Jangan bawak sial masuk dalam keluarga kita."
Bahu Tengku Khaizuran dipegang kejap dengan anak mata memanah penuh tajam pada si anak.

"Bonda,What are you talking about.?"
Sejak bila wanita yang melahirkannya itu mempercayainya benda karut sial-sial begini.
Bondanya seorang yang elegan berfikiran jauh dan matang.Tapi takkan lah fikiran jauh itu boleh menyimpang meleset begini.

"Bonda tak suka anak bonda khawin dengan bekas orang.Nak lagi perempuan macam Naura."
Tengku Khaizuran memegang pergelangan tangan bondanya jemari wanita itu diusapnya lalu tersenyum sedikit tawar.

"Bonda apa salahnya kalau bekas orang,dia seorang manusia ciptaan Allah layak disayangi dan dicintai.I love her,Khai akan sembuhkan luka yang sedang Naura alami."

"Apa yang degil sangat ni?..,luka apa yang you nak sembuhkan mengarut semua tu.Khai kena dengar cakap bonda jangan berani dekati perempuan tu.Buang perasaan mengarut you ni!."
Tengku Zabrina melepaskan tautan tanganya.Dia melangkah ke arah meja mengambil beg tangan.

"Ingat untuk Khai bahagia,you perlukan restu bonda."
Barulah Tengku Zabrina keluar dari bilik pejabat Tengku Khaizuran.Lelaki itu mengigit dinding pipinya, Kedengaran nafasnya sangat bercelaru.

* * *
"Esok Naura dah boleh discharge.."
Beritahu Zuyin pada Jaslina yang tengah cuba menyuap bubur pada Naura.Namun apa pun yang mereka lakukan langsung tidak memberi tindak balas pada Naura.

"Dia memang langsung tak bercakap,tak nak makan.Macam tu ajelah keadaan dia termenung memanjang."
Jaslina mengeluh kecewa mendengar kata dari Zuyin,.Dia sendiri tidak bermaya namun digagahkan jua dirinya.Jika dia bersikap lemah dan melayan perasaan atas kematian Zafran dan Tan Sri Khalid siapa yang akan menguruskan Naura.Dia tidak boleh bergantung sepenuhnya pada Zuyin.Melihat Naura tidak berselera Jaslina membaringkan tubuh Naura lalu menyelimuti.
Naura yang seperti kehilangan jiwa menurut sahaja tanpa ada bantahan.

Jaslina dan Zuyin keluar dari bilik wad meninggalkan Naura untuk bersendirian.

"Emosi Naura tak stabil,dia keguguran dan kehilangan suami.Tu belum lagi dia dapat tahu atas pemergian ayah saya.,."

"Aunty tak nak bawak Naura pergi jumpa pakar untuk minta khidmat kaunseling?."

"Aunty tengok keadaan Naura dalam beberapa hari ni.,"

"Naura akan berpantang atas jagaan datin ke?"

"Itu tidak akan terjadi Zuyin,kakak ipar saya salah kan Naura atas kematian Zafran.Saya akan jaga dia,saya dah buat panggilan ke Indonesia memaklumkan hal ini pada atok dan nenek Naura."

"Ya'Allah tapi tu semua salah orang lain, kenapa datin nak salahkan Naura.Dia juga bersedih atas kehilangan suami dia insan yang bermakna dan sangat dia cintai."
Jaslina mengeluh kecil.Kalaulah semudah itu menerangkan keadaan yang sukar.Maka semua masalah yang dihadapi manusia dimuka bumi ini semudah ABC.

"Susah aunty nak kata apa dalam keadaan sekarang ni.."
Jaslina menoleh memandang ke arah derap langkah yang mendekati mereka,Noah mengatur langkah dengan gaya kelihatan begitu segak meski wajah kacak itu begitu kosong tanpa sebarang expresi.

"Noah dah nak balik dah ke?."

"Belum lagi, nak singgah jenguk Aura.How is she now?."

"Noah pergi lah pujuk Aura dia tak nak makan tu.Susah nanti kalau gastrik."
Mendengar apa yang Jaslina katakan padanya,Noah terus melangkah meninggalkan dua orang perempuan itu.
Ketika menolak pintu bilik wad Noah tidak menemui Naura berada di atas katil.Matanyanya berputar tercari-cari keberadaan Naura diruang itu kakinya tergerak menuju bilik air namun jelas bahawa pintu bilik air terbuka berarti.Kosong.

Noah segera berlari keluar semula menemui Jaslina.

"Aunty Su Aura mana?"
Jaslina saling bertatapan dengan Zuyin lalu dengan ragu berkata.

"Why,Aura ada kan baring kat katil dia?."

"Dia tak ada dalam bilik wad,dia pergi mana?."

"Oh my god jangan-jangan..."
Noah terus berlari tanpa menunggu Jaslina menghabiskan bicaranya.Dia harus tangkas mengejar Naura sebelum Naura pergi.
Dalam keadaan adik sepupunya begitu Naura tidak boleh dibiarkan bersendirian.
Jaslina dan Zuyin juga turut berlari dalam keadaan cemas mengejar langkah Noah namun terlambat bagi dua orang itu bila pintu lif sudah tertutup rapat.

* * *
Setiap kesalahan yang dilakukan pasti ada balasannya,jika tidak diakhirat kelak maka di dunialah datangnya peringatan itu.
Penyesalan tidak akan mampu mengembalikan keadaan yang telah dirosakkan kepada sedia kala.

Kerana obsesi dan dendam diikutkan kata hati yang penuh hasad dan dengki.
Qaisara memegang pagar besi yang kini memisahkan dirinya dari dunia luar.Hari esok dia akan dibicarakan atas kesalahan bersekongkol menculik hingga mengakibatkan kematian.
Kini dia menyesal.Kerana kebodohannya dan cerita-cerita Zarul dia bersetuju berpakat meski pada awalnya dia menolak.

"Maaf kan saya Zaf!."
Qaisara tertunduk dengan penuh rasa bersalah.
Mengapa manusia harus menyedari kekilafan setelah melakukan kesalahan.Kadang agak rumit untuk memerlukan masa sedar akan kesalahan diri sendiri.

Meski cinta Zafran padanya begitu palsu namun tetap dirasai kemanisan yang terasa hambar.
Mungkin betul kata Naura ini adalah takdir.

Qaisara tersenyum pahit lalu bahunya terhinjut-hinjut menahan tagis.Dia memang layak dihukum.. manusia jahat sepertinya tidak layak bergaul dengan masyarakat diluar sana.
Bagaimana caranya untuk dirinya meminta kemaafan dari Zafran,dialah punca awal dari semua yang terjadi.Kalau sahaja dia tidak merumitkan keadaan dan menerima Naura dalam keberadaan hidup Zafran.
Seharusnya dia sudah pergi menjauh.
Semuanya adil cuma cara penerimaan nya yang salah.Dia kekurangan pedoman dalam hidup.

Dia membuat Naura cemburu dengan mengugut Zafran lalu mengarang cerita yang dirinya mengandung anak Zafran.Dia juga bersepakat bersama Dato' Zackery untuk meniduri Naura untuk diperangkap.Tidak cukup dengan itu sekali lagi dia mengupah seseorang untuk mencemarkan nama baik butik Naura.Semua itu adalah atas rancangan Zarul.
Dan lihatlah hasilnya dia terpenjara seorang diri atas dosa-dosa itu.Sekurang-kuarangnya dia masih mampu muhasabah diri dan sempat bertaubat.Sedangkan bapa saudaranya tidak sempat bertaubat, pasti seksaan kubur sangat mengerikan di alam sana.

"Semoga syurga untuk awak Zaf,.Dan saya doakan Naura akan temui kebahagiaan atas kepiluan ini.Saya tahu saya tak layak meminta maaf dengan kekejian yang telah saya lakukan.Awak lelaki paling baik pernah saya jumpa.Semoga awak tenang bersemadi di sana."
Qaisara memejam matanya mengingat sosok Naura.Seketika dua sudut bibirnya melebar,.Tidak sangka perempuan yang begitu dia benci selama ini adalah adiknya.
Sekali lagi Qaisara akui kata-kata Naura sebelum ini ada benarnya.Dia adalah anak penzina kalau sahaja ibunya tidak menggoda ayah mereka berdua mungkin dia tidak akan lahir dan tidak perlu melalui semua ini.
Mungkin?. Qaisara tergelak kecil seakan dirinya menyalahkan takdir.Orang-orang yang bertanggungjawab atas semua ini juga sudah meninggal, Ibunya, Rangga dan Zarul.Untuk sekarang dialah yang dipertanggungjawab kan untuk menerima hukuman.
Untuk apa menyesali benda yang sudah terjadi, bukankah ketika melakukan semua kejahatan keatas Naura dirinya bersikap waras jadi apa yang telah dilakukan adalah pilihan.
Pilihan menolak atau menerima dan atas amarahnya dia memilih menerima tawaran Zarul.
Mungkin Naura tidak akan sudi menjenguk dirinya,. Tidak sudi memaafkan malah akan membencinya,biarlah lebih baik mereka tidak bertemu lagi.

Benda yang tak boleh kita ganti!! Kehilangan orang tersayang yang takkan kembali.. Ibu yang melahirkan takkan ada nilai yang mampu mengukur itu. Happy Reading DR❤️,maaf atas segala kekurangannya ya... Sky tengah menghayati sukan olimpik Sorry if lambat hehehe :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience