BAB 19: MINYAK WANGI

Romance Series 11121

Naura tiba dirumah Zuyin tepat pukul lapan malam.Selepas terluka dengan kenyataan dari Qaisara Tengku Khaizuran mengambil inisiatif membawanya ke salah satu rumah anak yatim.Sepulang mereka melawat anak yatim Naura pulak yang membawa lelaki itu melawat butiknya.Kira harini banyak sesi melawat jadinya.

Dari jauh Zafran melihat Naura keluar dari kereta milik Tengku Khaizuran dilihatnya lelaki itu turut keluar menghtar isterinya hingga ke depan pagar.Zafran menyeringai geram stereng kereta dihempap kasar dengan lengan kekarnya.Agak lama mereka berdua berbual sesekali Naura akan tergelak dihadapan Tengku Khaizuran lagi membakar api cemburunya.

Naura melambai kecil hanya memerhati kereta milik Tengku Khaizuran pergi.Niat Naura membuka pagar terurung mendengar bunyi enjin kereta berhenti tepat dihadapan pagar rumah Zuyin.Dikenal sangat dan pasti pemilik kenderaan jenama Ford itu laju tanganya membuka Kancing pagar belum sempat Naura membuka pagar tanganya direntap kasar refleks tubuhnya diputar lalu dipeluk erat.

"Lepaskan sayalah..!"
Naura meronta dalam pelukan Zafran.Zafran membiarkan sahaja Naura memukul bahunya.Dihirupnya aroma Naura yang sangat dirinduinya itu.
Ditatap nya mata Naura yang memandang dirinya penuh dengan rasa terluka.

"I hate you!. let me go jangnmmmppp."
Zafran mengunci bibir Naura dengan ciumannya,tidak membenarkan Naura berkata.Zafran melepaskan ciuman mereka bila sudah kehilangan nafas.Naura mengatur Nafas memandang Zafran dengan ke tidaksukanya dengan perlakuan Zafran sebentar tadi.

"Jangan pernah sentuh bibir saya lagi dengan bibir kotor awak ni! saya jijik.."
Dada Zafran ditolak kuat tapi tetap sahaja dia akan kalah dengan kekuatan yang dimiliki suaminya yang sengaja mengeraskan diri.

"I'm so sorry!.I didn't mean to hurt you,I miss you so much.Let me explain everything.."
Pelukan dieratkan lagi tidak membiarkan Naura beranjak walau seinci.

"You don't have to explain anything!,saya dah tahu kebenarannya..!"

"No!..You must listen to my explaination sayang!."

"Penjelasan apa?. penjelasan yang abang akan ceraikan Aura dan pergi pada perempuan tu.?"
Marahnya pada Zafran.Kali ini Zafran meleraikan pelukan mereka dan menatap wajah Naura dengan lama Naura menunduk bila matanya bertentangan dengan mata Zafran.
Lagi Naura meronta bila Zafran mencempung tubuh nya masuk kedalam kereta,pintu terus di tekan loceked ketika berjaya membawa Naura masuk dalam keretanya.
Naura dalam pangkuannya terus memukul dadanya dengan kuat.Sehinggalah Naura berasa lelah pukulannya makin lemah dan terhenti.

"Boleh tak Kau berhenti berlakon dengan Aku!.Dan tunjuk wajah kau yang sebenar!Aku dah penat hadap semua ni.."
Telunjuknya menunjal- nunjal dada Zafran.

"Can You stop call me 'Kau' I'm your husband sayang! not a stranger in your life."

"From now on,yes you are.."
Wajah Zafran memerah menahan kesal bila Naura agak kesat bercakap dengan nya.

"You..dah pun buat perempuan tu mengandung,So let's get divorced!."
Katanya lagi membuat Zafran terkaku,bukan perkataan mengandung itu yang membuatnya terasa dia tahu sangat itu semua tidak betul.Tapi melainkan ayat terakhir dari Naura membuat dadanya terasa sesak.

"Tolong jangan cakap macam tu!.abang tak sanggup berpisah dengan Aura untuk kali kedua.!Abang tak pernah melakukan perkara terkutuk tu bersama Qaisara, mahupun rosakkan butik or mengkhianati sayang,Aura cuma salah faham,.Perempuan tu memang sengaja nak bagi kita gaduh dan berpisah..Kalau Aura rasa sakit Abang jugak sama macam Aura,Abang hanya sayang dan cintakan Aura sorang.. Only you sayang!."
Zafran menjelaskan dengan panjang lebar.Tangan Naura dicapai lalu dikecup hangat dibibirnya.
Naura terisak kecil,sedikit sebanyak hatinya terusik dengan penjelasan yang diberikan Zafran padanya.

"Abang tak pernah menolak pun ketika perempuan tu cium abang."
Dagunya diletak pada bahu Zafran tidak sanggup melihat wajah Zafran,hatinya sangat sakit.

"Abang minta maaf biarkan Sara cium abang,abang buat macam tu sebab dia nak ugut cederakan sayang."
Belakang Naura diusap lembut.

"Abang boleh je menolak dan lindungi Aura!.abang dah janji takkan sakitkan Aura lagi.."

"Susssh.. don't cry!, I'm sorry sayang! abang salah bertindak melulu macam tu."
Bahu Naura ditolak lembut memandang wajah nya.

"Kenapa biarkan orang luar kuca-kacirkan rumah tangga kita?.Kenapa Aura nak undur diri untuk pertahankan abang sebagai hak milik Sayang?.Aura nak usaha Aura selama ni hanya terbuang begitu sahaja hanya kerana ulah Qaisara."Dia tahu benar usaha Naura bersusah payah meraih cintanya.Dan kini Zafran ingin meyakinkan isterinya agar tidak mengalah mempertahankan ikatan mereka agar tidak terlerai.

"Bagi masa pada Aura!Bila Aura dah berjaya pujuk hati yang sakit ni, Aura sendiri akan balik pada abang.."

"Tak! Aura kena ikut abang balik.."
Air mata Naura diusap lembut dengan jarinya yang kasar.

"Tolong jangan paksa Aura untuk maafkan kesalahan abang pada Aura,tak semudah tu.."

"Ok,take your time!. Abang harap sangat Aura jangan merajuk dengan Abang tidak terlalu lama,jika sayang tak balik abang sendiri yang akan datang pada Aura."
Perlahan Naura mengangguk,Zafran mengecup dahi licin itu lagi.Naura pejam mata dia juga ingin memeluk Zafran tapi sebaik mungkin dikawal rasa rindu itu.

* * *

Perlahan matanya mengerjap,badan ditegakkan lalu bersandar.Telefon yang berada di atas meja dilekap ketelinganya,.Hampa panggilan nya hanya disambung pada peti mel suara.

"Huh.."
Keluhan berat dilepaskan.

"Abang miss You so much sayang!."
Zafran mengatur langkah menuju ke bilik sebelah.Pintu dibuka,kelihatan ruang yang gelap
suis ditekan serta merta ruang itu menjadi terang.

Diperhatikan bilik milik Naura dengan penuh rasa rindu.Matanya jatuh pada koleksi minyak wangi Naura,lalu didekati meja solek Naura.Tersusun rapi minyak wangi pelbagai jenama tapi hanya dengan satu aroma iaitu aroma bunga rose.Minyak wangi jenama Miss Dior Rose N'Roses diambil,senyuman terukir penutup dibuka lalu dihidu dengan mata yang terpejam.Bau perfume itu akan lebih mengasyikkan tika isterinya yang memakai,sejak dahulu lagi Naura menyukai aroma bunga rose.
Matanya terusik pada gambar masa akad nikah mereka.Zafran tersenyum sendiri mengingat hari bersejarah dalam hidupnya disaat dirinya dan Naura disatukan.Gambar bingkai emas itu dipegang lalu diusap.

"Macam mana sayang boleh bertahan dengan abang selama ni?.Macam mana sayang melepaskan rindu pada abang dalam bertahun lama berpisah dengan abang?. Sedangkan abang baru semalam jumpa dengan Aura abang dah rasa rindu dan sesak nak jumpa sayang..!"
Zafran meletak potret gambar nikah mereka kembali.Air mata dibiarkan sahaja tanpa dikesat,Minyak wangi yang tadi dipegang dibawa bersama melangkah keluar dari bilik Naura.

"Zaf asal bau perfume kau lain macam kau tukar minyak wangi eh?."
Soal Iskandar ketika Zafran duduk menyertai breakfast di cafe tempat mereka selalu melepak.

"Tak' ni bukan isu tukar minyak wangi ni Is, Aku tahu ni bau perfume perempuan.Kau jumpa dengan perempuan mana Zaf?,Kau jangan buat hal! Kau kata kau belum berjaya pujuk Naura kan.?"

"Aku pakai perfume Naura."
Jawabnya selamba lalu mengangkat tangan memengil pelayan.Meloppong panjang jadinya dua sahabat nya itu.
Selesai Zafran membuat pesanan, keduanya mengekek ketawa.

"Parah sangat sakit rindu kau ni Zaf,patutlah Aku rasa macam nak peluk kau aje tadi."
Zafran memandang kosong kata-kata Naim.Yang ada difikirkannya cuma Naura.

"Petang ni aku akan pergi Penang, outstation dua hari.Aku nak korang tolong tengok-tengok kan Naura untuk Aku!.Orang Aku tengah siasat butik Naura so Aku tak boleh harap kan sangat mereka selalu tengokan Aura."
Pintanya pada Iskandar dan Naim, Cappuccino yang baru dihidangkan beberapa minit lalu dibawa kebibir lalu dicicip.

"Kau jangan risau lah Zaf dengan senang hati kami akan tengokan Isteri Kau."
Zafran angkat kening memandang Naim yang tersenyum sumbing padanya.

"Aku suruh tengok-tengokkan bukan ambil kesempatan nak beramah mesra dengan Naura."

"Kau jangan layankan sangat si Naim ni Zaf! dia saje nak sakat kau tu.,Dia kan tak cukup matang, tu yang semua awek dia lari tinggalkan Dia."
Naim cebik bibir melihat Zafran dan Naim galak mentertawakan nya.

"Soal Tengku tu macam mana?."
Iskandar menghirup teh nya yang sudah kian suam.

"Mamat tu korang jangan usik biar Aku yang handle,."
Iskandar dipandang sekilas lalu pandangan mata dijatuhkan kembali pada skrin telefon, dilihatnya semua pesanan whatsapp yang dihantar pada Naura hanya bertanda bluetick tidak dibalas walau sepatah.

"Tengku tu tak tahu lagi ke yang Naura tu isteri Kau?.Satu Malaysia dah tahu kut..Entah-entah Dia dah lama tahu tapi saje nak kacau bini orang.."

"Kalu betul macam tu bukan biasa-biasa test Tengku ni,kau kena lebih berhati-hati Zaf."
Iskandar meyakinkan Zafran dengan kata-kata Naim agar lebih berwaspada.

"Asal korang berdua ni dah mengalahkan perempuan yang suka bergosip.."
Kedua sahabatnya itu tersenyum mengetap bibir.
Zafran merengus bila Naim membuat simbol dua jarinya sambil sunging gigi.

"Zaf tu bukan Qaisara ke?."
Zafran mengikut kearah pandangan yang dimaksudkan Iskandar padanya.Dilihatnya Qaisara berjalan dengan seorang lelaki sambil berpelukan mesra.

"Perghh.. Bergaya sunguh dia jalan dengan pakwe baru dia,macam takde apa yang berlaku lepas dah buat Kau dan Naura gaduh.."
Zafran berdiam diri sahaja mendengar kata-kata Naim padanya.Walhal dalam hatinya sudah cukup terbakar dengan apa yang perempuan itu telah lakukan.
"Kau tak nak buat perhitungan dengan perempuan tu ke Zaf?."
Soal Naim melihat Zafran yang begitu tenang.

"Buat masa sekarang aku akan bagi advantage pada dia,tapi lepas ni kalau dia berani kacau rumah tangga aku dengan Naura,tahu lah aku nak kerjakan dia macam mana.!"

"Nampaknya bau perfume isteri kau bagi efek yang kuat pada minda Kau..,pemikiran Kau nampak rasional hari ni,Aku salute lah.."
Zafran tersenyum tipis, lalu angkat bahu dengan acuh bangga diri mendengar pujian Naim.

"Zaf..Betul ke Kau tak pernah terlanjur dengan Qaisara?."
Iskandar garu lehernya yang tidak gatal, takut nak tanya tapi rasa ingin tahu lebih tinggi.

"Aku bukannya apa,tengok gaya Qaisara tu macam tu takkan kau tak tertarik atau tergoda. Kau sendiri cakap sebelum kau dan Naura Khawin Qaisara banyak kali goda kau dengan tubuh dia kan.Takkan kucing nak biar ikan depan mata kan Im."
Iskandar pandangan Naim meminta sokongan,lalu Naim angguk-angguk kepala.

"Korang nampak rupa aku ni macam kucing ke?.Dan Aku takkan bagi teruna Aku selain pada Naura."

"Hahaha...Teruna lah sangat,"
Naim seperti biasa diantara mereka akan menjadi kontra yang bertentangan.Zafran hanya membiarkan sahaja Naim mentertawakan nya,.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience