Dua hari itu cukup menyiksakan bagi lelaki bernama Zafran Izzmir, dalam hubungannya bersama Naura baru membaik kini rumah tangga mereka diuji dengan kesetiaan masing-masing.Jika telefon bimbit yang berada pada tanganya adalah sekeping kertas sudah lama dikoyakkan menjadi cebisan yang berterbangan di udara.Nampaknya Dia terlalu memandang rendah terhadap Tengku Khaizuran.Lelaki itu bukan sahaja menjadi rakan kongsi dalam syarikat milik keluarganya malah turut mengganggu hal rumah tangganya.
Telefon dimatikan lalu meberi fokus kepada pegawai yang membuat pembentangan. Wajahnya mula kelihatan datar dengan ekspresi kosong dan muram.
"Mengikut purata statistik draf buruh yang diperlukan adalah 70 peratus.Namun ia bergantung kepada tenaga pembinaan yang diperlukan buat masa sekarang.,perubahan dari masa ke semasa dari pihak tuan sama ada mengekalkan buruh asing ataupun pengambilan secara kekal nisbah yang lebih kurang buruh tempatan."
"Pegawai saya dah buat pemakluman lebih awal akan hal ni.Soal pengambilan buruh saya perlu berbincang semula dengan pihak Tengku Khaizuran.Kerjasama kali ni memakan kos yang sangat tinggi.Dan soal rangka kertas kerja yang digubah tu saya rasa tim encik Shukri tahu macam mana nak jalankan."
Lelaki bernama Shukri itu mengangguk faham.Kagum dengan sikap Zafran yang cekap membuat keputusan.Hari yang sungguh memenatkan bagi Zafran baru semalam melawat tapak pembinaan.Sekarang perbincangan mengenai isu rombakan buruh dia ingin melakukan dengan kadar segera agar kerjanya selesai dan bertemu dengan isterinya.
"Seperti kata Tuan,saya akan laksanakan dengan kadar segera."
"Baiklah kalau macam tu sampai disini dahulu perbincangan ringkas kita.Nanti pegawai saya akan buat tinjauan dari masa ke semasa."
Zafran mengakhiri perbincangan yang memakan masa hampir setengah jam itu.Bunyi helaian kertas dan fail mulai mengisi ruangan.
Selesai melakukan tugasnya Zafran terus balik ke hotel tempatnya menginap.Hari ini jugak dia akan pulang bertemu dengan Naura.Dia tidak boleh biarkan lelaki bernama Khaizuran itu terus mengambil kesempatan keatas isteri nya sedangkan dia disini sibuk berkerja.
Zafran berdecit geram merasakan telefon pintar nya bergetar dalam poket seluar.Melihat nama yang tertera membuatnya acak rambut.
"Zaf kat penang ni.."
Jawabnya mendengar suara mummy nya berleter panjang dihujung talian tentulah berasa khuatir dengan keadaan rumah tangga mereka berdua.Yang paling banyak dipersoal kan mummy nya adalah mengenai gosip isterinya bersama lelaki sebijik hantu galah itu.
"Bila kamu nak balik..Tok ayah nak ajak makan malam,malam ni"
Tanya datin Salwa pada anak lelakinya.
"Hari ni.Petang karang sampai lah."
Hampir sepuluh minit bersembang dengan datin Salwa barulah perbualan mereka berakhir.
Zafran berjalan menuju tingkap lalu menarik nafas kasar.
"Abang rindu sayang,tapi kenapa sayang buat rindu abang ni makin menyiksakan dengan gosip murahan tu."
Luahan kesal terdengar dari bibirnya.Dia percayakan Naura tapi tidak pada Tengku Khaizuran.Nampak nya dia tidak boleh biarkan Naura terlaluh lama untuk merajuk dengan dirinya.Mujur sekarang Zafran mempunyai orang tengah untuk mengetahui keadaan isterinya.
Zafran berjalan keluar dari bilik hotel.Sampai dilobi hotel terlihat PA nya sudah menunggu kedatangannya.Pembantu peribadinya yang bernama Lin itu sangat cekap membuat kerja dari tiket penerbangan hingga ke fail-fail semuanya dilakukan dengan tangkas.
"Tuan Zafran.."
Panggil suara seseorang yang datang dari arah kiri.Zafran toleh kepala memandang Dato' Zackery yang sedang melangkah mendekati nya.
"Dato'.."
Sapanya pada lelaki itu dengan sedikit kesal.
Jabat tangan dihulurkan sebagai tanda menghormati lelaki yang juga terlibat dengan perniagaan syarikat mereka.
"Dato' juga ada urusan kat sini ke?."
Tanyanya sekadar berbasa basi.
"Nampaknya macam tulah,. Naura tak ikut sekali?"
"Saya ni outstation Dato',bukan berbulan madu sampai nak bawa isteri sekali.Tapi ikutkan hati saya niat memang macam tu ikat ketat-ketat isteri saya.Soalnya banyak sangat lelaki miang nak dekat dengan isteri saya."
Tanpa berlapik lagi Zafran meluahkan apa yang terbuku dalam hati.Lantak lah kalau Dato' Zackery nak terasa.
"Tengku tu kan.Saya dah baca gosip Naura dengan Tengku Khaizuran,. Lepasan ni awak kena berhati-hati saingan bukan satu.. Takpelah saya pergi dulu."
Ujar Dato'Zackery seakan mengetahui dia juga termasuk dalam kategori zon merah diberi amaran oleh Zafran.Tapi dia tidak akan berundur untuk sukakan Naura.
* * *
"Naura....Naura!...."
Zuyin berlari menerpa kearah Naura dengan raut cemasnya.
"Eh' apa kau ni terjerit-jerit,Aku kat dapur ni."
Naura mematikan api dapur lalu menutup periuk,Laju lengannya ditarik lalu dibawa
duduk di meja makan.
"Naura..Kau,hu'.. Tengku.."
"Coba kau tarik nafas! dan cakap elok-elok."
Zuyin tarik nafas seperti kata Naura lalu dihembus lembut.Jemari Naura dipegang kejap penuh erat.
"Ok macam ni,Aku tahu kau dah berapa hari tak bukak fon."
"Straight to the point tak usah nak buat mukadimah bagai.."
Zuyin Senggeh kecil lalu riaknya berubah serius membuat Naura mengerutkan dahi.Telefon bimbitnya dihulur pada Naura.
"What?."
Itulah ayat yang terpacul dari bibir nya melihat gambarnya bersama Tengku Khaizuran kini tular dimedia digital.
"What apa?..memang tulah yang trending sekarang ni,kau dah terpalit gosip dengan Tengku tu.Ha'siap tulis tajuk besar lagi Tengku K ada hubungan dengan isteri orang."
Zuyin tunjuk kembali pada Naura tajuk besar yang terpampang jelas pada skrin telefon.
"Woii kurang kerjaan betullah orang macam ni perangai.Haishh..Kalau aku tahu siapa ambik gambar ni memang Aku makan dia hidup- hidup."
Naura buat muka cemburut sebal melihat Zuyin ketawa sakan dengan keadaan nya sekarang.
"Kau janganlah gelakkan Aku!."
Zuyin menekup mulutnya menahan tawa.
"Ok..Sorry Aku terhibur sikit.Sikit je tak banyak."
"Yin apa Aku nak buat ni?. Zafran tu dahlah kuat cemburu,masak Aku kalau macam ni."
Rungut nya manja pada Zuyin meminta pertolongan dari sahabat baiknya itu.
"Buat apa Kau nak gelabah kalau kau memang betul tak ada hubungan dengan Tengku tu kan?.Kau cakap aje dengan suami Kau yang tengku tu cuma kawan lelaki biasa.."
"Kalau Zafran marah Kau,Kau marah dia balik!.sebab tak percayakan Kau sama macam Kau tak percayakan dia masa kat hotel tu."
Cadangnya pada Naura lalu menunjuk thumbs up tepat dihidung Naura.Membut Naura juling melihat jemari Zuyin yang bergerak-gerak lalu ditolaknya dialihkan dari pandangan mata.
"Amboi Kau nak ajar Aku jadi isteri derhaka yer.Bukan bagi penyelesaian Kau bagi Aku jalan menuju kederhakaan."
Berdekah Zuyin mendengar kata dari Naura.Kembali tawanya redha melihat Naura mendongkol geram padanya.
"Ops Sorry! Lupa yang bf Aku ni dah jadi bini orang,Aku salah bagi nasihat lah ni.."
Naura menekup wajahnya dengan kedua telapak tangan kepala digeleng kiri ke kanan.
"Kau tak payahlah fikirkan sangat gosip macam tu!.Nanti hilang lah tu Kau bukanya selebriti yang orang kena fokus pada Kau selalu.Hemmm..Sedap bau,Kau masak apa?."
Sengaja Zuyin mengalih perbicaraan mereka.Bau masakan ni macam dia tahu sangat.
"Aku belajar masak tempoyak ikan patin resepi dari Mak Su Aku."
Naura memerhati Zuyin berjalan kearah menu yang dimasak oleh nya sebentar tadi.Zuyin membuka penutup, wap bau haruman masakan Naura sungguh membuka selera nak lagi masakan yang Naura masak adalah makanan kegemarannya.
"Hehehe...Terima kasih masakan makanan kegemaran Aku!"
Zuyin peluk bahu Naura dari belakang dengan rasa girang nya sebagai tanda terima kasih.
"Sama-sama ni tanda terima kasih sebab setia jadi sahabat Aku yang paling baik dan jujur walau kadang Kau ni suka marah-marah macam mak nenek."
"Aku sebenarnya tak lah jujur sangat dengan Kau.Memandang kan Kau dah masakan my fav food so Aku nak bagi tahu Kau satu perkara ni."
Kembali Zuyin duduk dihadapan Naura.Sempat Zuyin garu tengkuk yang tidak langsung terasa gatal.
"Hem apa dia.Kau jangan cakap yang bukan-bukan sudah!."
"Duit yang Kau bagi Aku untuk duit butik.Aku langsung tak guna.."
"Habis tu kau dapat duit dari mana?,Cek dua ratus ribu tu?."
Soal Naura dengan dahi yang berlipat bingung dengan kata-kata dari Zuyin.
"Suami Kau bagi cek empat ratus ribu ringgit pada Aku untuk butik Roses.Dan cek yang Kau bagi pada Aku,Aku masukkan kembali dalam buku cek Kau."
"Zuyin..."
Naura pandangan Zuyin dengan mata yang dijengilkan,membuat sahabat nya itu tayang gigi kecut perut dengan pandangan Naura padanya.
"Sorry..Ra!.Aku terpaksa."
Jawab Zuyin dengan rasa bersalah.Naura pandang Zuyin mengangkat kedua telapak tangannya sebagai tanda minta maaf.
"Bila Kau jumpa Zafran?.Bukan Kau tak berapa nak berkenan ke dengan Zafran.?.,"
Soal Naura penuh selidik pada Zuyin.Ternyata Zuyin dan Zafran berpakat dibelakang tanpa pengetahuan darinya.
"Ada beberapa hari lalu.Masa Kau keluar dengan Tengku K,Suami Kau datang rumah."
Naura tenung Zuyin dengan pandangan mencurigai.Walhal sekadar menguji Dia tahu Zuyin dengan baik sekali.
"Kau jangan pandang Aku macam tu!.Aku tak ajak suami Kau tu masuk yer.Macam biasa dia berdiri depan pagar."
"Kau mengkhianati persahabatan kita Yin.Kau berpakat dengan Zafran.Sepatutnya Kau di pihak Aku bukan Zafran."
Tuduh Naura dengan nada rajuknya pada Zuyin.
Zuyin mendengar itu mendengus kasar.
"Aku cuma nak selamatkan rumah tangga Kau dan Zafran.Sekaligus butik Kau jugak.Harapkan Kau merajuk aje kerjanya.Dah kena pujuk makin mengada-ngada.Aku tak nak ada kawan yang berstatus janda."
Naura jeling Zuyin bila dikata begitu.Zuyin seperti biasa,dah masak sangat dengan perangai Naura.
"Aku pun tak nak ada kawan yang berstatus tak laku macam Kau."
Jawabnya pada Zuyin seakan merajuk lalu paling muka kearah lain dengan lengan yang disilangkan.Zuyin jadi cemburut mencebik bibirnya.
"Eee..Kau ni pun.Orang nak gurau sikit nak sentap."
Zuyin senyum-senyum lalu menguis-nguis lengan Naura seakan memujuk Naura.Dijawab Naura dengan memutar bola mata malas.
* * *
"Gosip aje tu bukanya betul."
Ujar Dato' Nasir tanpa menoleh ke arah isterinya.Dia sedang berkutat dengan tumpukan kertas diselami untuk dikerjakan agar selesai dengan cepat.
"Gosip?.Abang tahu tak sebab gosip ni nama menantu kita tersebar, Naura dikatakan curang dengan suami dia."
Dato' Nasir merengus kecil wajah isterinya dipandang sekilas.Timbunan fail dialihkan kesisi meja dan memberi fokus kepada datin Salwa yang nampak berwajah kesal.
"Awak janganlah pusingkan kepala awak tu!. Pandai-pandai lah macam mana budak-budak tu nak selesaikan masalah mereka.Kita tahu Naura macam mana tak mungkin dia akan buat macam tu sekali."
"Saya tahu bang.Tapi orang suruhan ayah abang sendiri cakap.Naura memang berhubung baik dengan Tengku."
"Berhubung baik maksud cuma sekadar kawan je kan.Awak jangan nak paranoid sangat, takkan lelaki dan perempuan tak boleh nak jadi kawan baik."
"Tapi saya..."
"Dah-dah! jangan nak melalut yang yang bukan-bukan.Anak kita tu bukan kahwin dengan orang lain sepupu dia sendiri juga.Tahu lah dia macam mana nak jaga Naura tu."
"Malam ni anak awak yang sorang tu nak perkenalkan teman wanita dia pada kita kan."
Soal Dato'Nasir mengalih topik perbualan.Tidak mahu isterinya terus-menerus berkata yang tidak-tidak.
"Herman."
"Awak jangan nak bangkitkan isu Naura dan Zafran depan orang luar."
Datin Salwa kerut dahi lalu memberi jelingan tajam pada suaminya yang nampak berwajah selamba.
"Saya tahu lah bang.Orang luar apanya pulak, tu kan teman wanita Noah bakal jadi ahli keluarga kita juga."
"Bakal aje,belum ada kepastian yang mutlak.Jangan percaya orang luar sangat!,Ayah tu payah nak percaya orang luar."
Meyakinkan datin Salwa bahawa Tan Sri Khalid masih meletakkan garis dan batas yang ketat jika ingin masuk kedalam keluarga besar mereka.
"Dah jom teman saya lunch."
Dato' Nasir berdiri dari kerusi kerjanya lalu menghampiri isterinya yang sudah siap berdiri.Lalu mereka jalan beriringan keluar dari bilik pejabat,.
"Kata tadi sibuk."
Dato'Nasir hanya memandang kosong kata dari datin Salwa.Nanti bila menjawab makin panjang pulak isterinya itu membebel.
Share this novel