"Bukan permintaan ini adalah arahan!"
Datin Salwa bersuara tegas manakala Tuan Latiff selaku peguam keluarga arwah Tan Sri Khalid tersenyum sinis dengan niat yang telah disampaikan wanita itu tadi.Arahan apa kebendaan nya dia bukan berkerja untuk datin Salwa ingat dia ni orang suruhan yang nak diarah-arah.
"Jangan macam ni datin.Datin buat saya rasa bersalah sekaligus rasa berdosa jika saya ikutkan kehendak datin ni."
"Adakah tuan Latiff menganggap permintaan saya adalah sesuatu yang remeh?. Easy cuma gugurkan nama Naura Rosse dalam wasiat ayah mertua saya takkan benda kecik macam ni tuan Latiff tak mampu nak buat?."
Benda kecik dan remeh?.Tuan Latiff merasa jengkel riaknya berubah sedikit datar.
"Saya tak boleh pecah amanah datin tak berhak manipulasi kandungan wasiat yang Tan Sri Khalid dah amanah pada saya."
"Bukankah firma guaman tuan Latiff berada dalam tuduhan keris rasuah yang berpunca dari anak perempuan tuan Latiff sendiri?."
Tuan Latiff kekal tenang dia tahu datin Salwa ada muslihat tersembunyi terhadap Naura.Kehadiran datin Salwa datang ke pejabatnya terlalu drastik sedangkan tuan Latiff tadi sudah bersiap berangkat ke syarikat PH untuk bertemu dengan suami wanita di hadapannya ini.
"Itu hanyalah khabar angin yang tak berasas datin jangan nak ganggu privasi keluarga saya.Firma guaman saya tak ada kena-mengena dengan hal keluarga datin."
"Macam nilah,saya ni bukan seseorang yang suka berkias-kias.Tuan Latif tak perlulah nak jadi lelaki yang jujur sangat saya akan..."
Kata-kata datin Salwa tergantung bila Tuan Latiff mencelah bicaranya begitu tegas.
"Maaf datin saya ada hal lagi mustahak nak diselesaikan.Harap datin jangan terlalu ikutkan marah hati tu hingga bertukar jadi barah ini khidmat nasehat percuma"
Tuan Latiff bangkit dari kerusi pejabatnya lalu berjalan ke muka pintu membuka pintu untuk wanita itu agar segera keluar.Dia tidak punya waktu untuk dibuang bersembang perkara yang tidak mendatangkan faedah.Datin Salwa mendengus kasar beg tangan dicapai dan berlalu tanpa sepatah kata hatinya terlalu membahang.
"Tuan Zafran baru meninggal tak berapa hari.Ingatkan dah tua seseorang tu makin nak muhasabah diri,ini dah bertolak ke belakang."
Tuan Latiff geleng kepala apa perempuan itu ingat dia lelaki yang tak berpendirian ke apa?memandai nak buat tawar-menawar mengarut sebegitu rupa.
* * *
"Pengerusi mempunyai saham sebanyak 14.6%.Ketua pengarah mempunyai 9% jumlah keseluruhan saham yang dimiliki adik-beradik pengerusi adalah sebanyak 5.2% mereka mempunyai saham terkumpul sebanyak 18.1%.Manakala saham Cik Tasya dan Tuan Noah 22.7%,bandingannya Tuan Noah memiliki lebih berbanding Cik Tasya yang hanya separuh.Ketika pengerusi mendapat perkhabaran CEO dah meninggal pengerusi dah pindahkan saham bekas CEO keatas nama puan Naura jika kedua saham mereka dicampur adalah sebanyak 24%.Dato jangan terkejut jika saya katakan separuh dari saham Tuan pengerusi juga dipindahkan diatas nama Puan Naura.Manakala separuh ditetapkan lagi dibahagi kepada dua aitu penamaan atas Tuan Noah dan Cik Tasya."
Encik Imran berhenti sejenak bagi memberi ruang kepada Dato'Nasir menghadam dengan baik perkiraan draf saham yang dibentangkannya pada skrin bilik mesyuarat.
Dato'Nasir menghela nafas berat.Jika melihat angka ketika ini Naura adalah pemegang saham terbesar syarikat Perkasa Holding,jika jumlah saham Naura diumumkan terjual pasti harga akan melambung tinggi dan akan menunjukkan draf perubahan pada bursa saham-saham syarikat.Kadang terkilan dengan sikap arwah ayahnya yang terlalu berat sebelah.Seperinya Tan Sri Khalid hanya menitikberatkan keadaan Naura seorang, begitukah.
Mesyuarat jawatankuasa pemegang saham yang sepatutnya diadakan hari ini juga terpaksa dibatalkan akibat wasiat yang ditinggalkan Tan Sri Khalid.
"Manakala adik Dato', puan Suraya Jaslina memiliki nilai saham sebanyak 3%."
Dato'Nasir mengetuk-ngetuk meja dengan jari telunjuknya.Mengigat adiknya Jaslina yang telah memberikan saham miliknya separuh kepada Naura jadi tidak heran mengapa Jaslina mempunyai kuantiti saham begitu sedikit.
"Sekali dengan saham syarikat induk sebanyak 6.28%.4% saham pengerusi berada di bawah nama orang lain.20% saham asing,dan 27% adalah pemegang saham domestik."
Encik Imran selaku ketua setiausaha syarikat menyudahi perkiraan melalui paparan skrin LED. lalu memandang Dato' Nasir dan Tuan Latiff silih berganti.Tuan Latiff hanya menjadi pemerhati kedua interaksi dua lelaki itu.
Dato'Nasir harus mencari jalan bagaimana menjadikan Noah sebagai chef executive officier agar mempertahankan hak pengurusan syarikat dibawah nama keluarga mereka.Kemungkinan besar pasti ada yang menentang memandang kan anak lelakinya yang satu itu jarang menonjolkan diri.
Nak lagi dalam situasi sekarang CFO syarikat ini adalah anak kepada sepupu nya sendiri.
"Bagaimana jika kita dapatkan sokongan untuk melantik Tuan Noah menjadi CEO melalui pemegang saham asing.Tapi terlebih dahulu Dato' kena pujuk Tuan Noah melakukan bisnes trip bagi mendapatkan tandatangan pemegang saham dari luar negara.Berkenan puan Naura saya yakin dia pasti akan menyokong sepenuhnya."
Dato'Nasir terdiam sejenak memikirkan sesuatu,kata-kata Encik Imran itu ada benarnya.
"Awak dah hubungi Noah?."
"Saya dah hubungi Tuan Noah tapi sepertinya dia mengelak menjawab panggilan dari saya Dato"
Tuan Imam jadi serba salah atas pertanyaan Dato' Nasir.
"Takpe Imran awak dan buat kerja awak."
Keluhan berat terluah berbanding Noah dan arwah anak sulungnya Zafran Noah lebih banyak berahsia lebih senyap orangnya susah nak baca apa yang difikirkan anak nombor duanya itu.
Dato' Nasir mengalih pandangan pada Tuan Latiff.Rasa bersalah pada lelaki itu setelah Tuan Latiff memaklumkan padanya Datin Salwa datang menemuinya pagi tadi.
"Tuan Latiff mengenai pembacaan wasiat arwah ayah saya hujung minggu ni.Apakata kita tangguhkan sehinggalah Naura benar-benar sihat."
"Baiklah Dato' itu sudah semestinya sebaiknya perkara ini dirahsiakan sehingga tempoh puan Naura habis edah."
Mereka semua sedia maklum akan nasib yang sedang Naura alami ketika ini.Apa yang ditakuti Dato'Nasir adalah Naura akan meroyan setelah kehilangan bayi dan suaminya dalam sekelip mata.
Bererti mereka harus merahsiakan perkara ini dari pengetahuan Naura selama empat bulan selagi wanita itu dalam tempoh edah.Atau lebih tepatnya sudah reda dengan ketentuan Allah SWT terhadap kehilangan suaminya.
Tidak mungkin tempoh itu cukup, Dato'Nasir menarik nafas berat.Luka pasti memerlukan waktu untuk sembuh dan jika ianya sembuh pasti meninggalkan parut.
"Dan sekali lagi saya minta maaf atas sikap isteri saya."
"Takpe saya faham keadaan keluarga Dato'.Kalau macam tu saya minta diri dahulu."
Dato'Nasir bangkit menghantar peguam keluarga mereka ke muka pintu.
* * *
Naura berjalan menyusuri kaki lima dalam keadaan tidak menentu dia tidak tahu hendak ke mana kaki sudah jauh melangkah meninggalkan hospital swasta merawatnya.Matanya meliar ke segenap arah penuh ketakutan bahunya dipeluk sendiri air mata sahaja tidak mampu menggambarkan bertapa hancurnya dia saat ini.Tadi ketika ingin menaiki teksi dirinya diusir keluar oleh pemandu teksi menganggap bahawa dia tidak siuman melarikan diri dari hospital.
"Arghhhh.."
Naura berhenti melangkah lalu mencangkung melihat ibu jari kaki nya terluka kesan terpijak serpihan kaca.Pergi dari hospital tadi dia tidak sempat menyarungkan apa pada kakinya kaki putih itu sudah kelihatan kemerahan dan kotor.Rambutnya juga sudah serabai akibat tanganya yang mencengkam akibat terlalu buntu.
"Kenapa Ya'allah engkau ambil dia dari aku?"
Matanya tidak henti mengalirkan air mata tiap saat teringat suaminya sudah pergi meninggalkan dirinya buat selamanya.Dia cuba untuk redha namun itu sangat menyakitkan menerima hakikat pahitnya hidup tanpa Zafran.Orang lalu lalang memandang dirinya seperti orang gila terlepas dari rumah sakit jiwa.
Betul, jiwanya terlalu sakit.Sakit yang teramat hingga dia tidak tahu hendak menghambur tagisan pada siapa semua orang tidak ingin memahami apa yang dirinya rasakan.
Naura kini kembali berdiri tidak mengendahkan kakinya yang tercedera dia perlu pergi menziarahi pusara Zafran dia tidak ingin jadi orang terakhir menziarahi suaminya.Tangan kanannya memegang dada manakala tangan kiri mengusap perutnya dimana hampir ada kehidupan yang akan dibawanya lahir keduniaan.
Bibirnya bergetar ingin mengungkapkan perasaan atas kehilangan suami dan bayinya rasa yang sangat menyakitkan.
Naura berjalan menuju jalan besar bunyi hon bergema akibat dirinya yang meghalang jalan.
"Woii gila ke apa?."
Kereta itu melentasinya sambil melupakan makian.
Jalan raya hampir mengalami kesesakan dibuatnya pandangannya berpintal seakan terumbang menjadi gelombang.Ketika ini dia ketakutan seakan kakinya terpasung tidak mampu beranjak terbayang peristiwa beberapa hari lalu peristiwa detik hitam itu seakan menghantui fikirannya.
Bunyi hon yang begitu kuat semakin mengema bersahut-sahutan membuatnya ketakutan.
"Nak mati pergi terjun bangunan lah buat apa menyusahkan orang kat sini."
Empunya kereta itu juga mencemuh sebelum merentasi tubuh Naura yang kaku bergetar hebat.
"Naura!."
Naura menoleh dengan penuh lirih pada gerangan suara memanggil dirinya.
"Khai.."
Lelaki itu datang menghampiri lalu dengan tergesa-gesa membawa Naura masuk ke dalam kereta melihat jalan yang sudah mulai kelihatan sesak akibat ulah dari Naura.Setelah selesai memakaikan tali pinggang pada Naura Tengku Khaizuran memandu kembali dengan tatapan penuh terluka melihat keadaan Naura.
"I hantar you pergi hospital balik ok."
Tengku Khaizuran tahu melihat Naura masih lengkap berpakaian hospital mesti Naura telah melarikan diri.
Naura menggeleng terdengar esakan kecil memenuhi ruang kereta membuat Tengku Khaizuran serba salah hendak berkata apa.
"I nak pergi jumpa Zafran tolong bawak I pergi jumpa dia,."
Dia merayu penuh kesayuan.
"Naura keadaan you tak stabil,emosi you.."
"What do you mean by that?.You said I was crazy and insane.?"
Naura tiba-tiba sahaja melenting mendengar apa yang Tengku Khaizuran katakkan padanya dada turun naik begitu marah dengan tatapan mencerlung tajam kepada lelaki itu.
"I guess you're my friend who always wants to help me.But it turns out you are just like everyone else."
"Naura you misunderstood with what I want to said,I was just worried about seeing your pale face, which looked lifeless.I tak larang you ziarah kubur suami you tapi you kena kawal emosi you terlebih dahulu."
Tengku Khaizuran menarik nafas dalam dia hanya fokus memandu tidak mengerling Naura meski hanya seketika.Dia yakin Naura pasti meraung dan meratapi pusara Zafran jika dia membawa Naura menziarahi kubur Zafran sekarang juga.
"Tak usaha buat-buat ambik kisah akan I!semua orang hipokrit tak faham apa yang I rasa.Turunkan I.!!"
"Ok I minta maaf if you tersinggung dengan apa yang I cakap dengan you.,I takan hantar pergi hospital but apa kata I hantar you balik rumah.I nak singgah nak ucap salam takziah pada family Zafran."
Tengku Khaizuran cuba memujuk dengan tutur yang lebih lembut lagi.
"Habis I ni siapa kenapa tak cakap salam takziah pada I."
Naura membentak tidak pernah sekali wanita ini bersikap keras hati dan kasar.Naura yang dia kenal seorang perempuan yang selalu bersikap manis.Tengku Khaizuran menggengam erat stereng kereta dia harus bertutur bait kata yang tidak akan melukai perasaan Naura namun sepertinya wanita ini hanya ingin salah faham apa yang keluar dari mulutnya.
"I harap dalam keadaan macam ni you tolong bertenang,I ada untuk you."
Naura tidak menjawab hatinya begitu marah entah marah sebab apa rasanya dia ingin membenci semua orang.Naura sedar dia tidak sepatutnya melampiaskan amarahnya pada Tengku Khaizuran untuk meminta maaf dia tidak mampu.
Dirinya dibelenggu rasa penyesalan dan rindu atas kehilangan Zafran.
Menyesal kerana dia mengikut sahaja kata-kata Zarul lebih tepatnya rela diculik.
Dan rindunya pada sang suami cinta pertamanya.
Lelaki yang selalu ada dalam doanya berharap cinta akhir usia hingga ke jannah.
* * *
Setelah pagar rumah agam itu terbuka Tengku Khaizuran dapat merasakan perasaan yang kurang enak.Dia terus sahaja memandu melalui jalan lapang pemandangan landskap pokok renek yang menghijau menjadi sajian mata langsung tidak mampu memberi ketenangan kepada mereka berdua.
"Thanks sudi hantar I balik."
Lambat-lambat Naura membuka seatbelt kepalanya yang tertunduk diangkat menoleh kesamping.
"Why."
Tengku Khaizuran bertanya begitu bimbang melihat Naura masih diam tidak ada tanda-tanda ingin melangkah keluar.
"I minta maaf sebab terkasar bahasa dengan you tadi.I tak tahu kenapa I rasa macam ni tak tahu nak buat apa lagi.I dah tak nak hidup,I tak boleh teruskan hidup I tanpa adanya Zafran."
Tengku Khaizuran menelan liur pahit mendengar apa yang Naura katakkan padanya janganlah ada terlintas di fikiran Naura untuk membunuh diri.Tengku Khaizuran memandang lekat wajah sugul Naura yang kelihatan kelopak mata wanita itu sering mengalirkan air mata.
"Naura boleh tak you berfikir secara rasional sikit.Yang pergi biarkan pergi kita yang hidup ni kena teruskan hidup."
"I hidup hanya untuk Zafran.I bertahan lamanya tunggu dia balik dari luar negara,I bertahan menanggung rindu dan benci dia pada I berharap dia kembali.Sekarag apa yang perlu I pertahankan?, hati I dah retak dan mati.I cintakan dia sangat Khai...dulu kini dan selamanya hati ini hanya untuk dia."
"Hati I selalu berdetak untuk suami I tapi.."
Jeda.. Telapak tanganya dibawah keatas dada, memukul-mukul dadanya yang terasa sakit.Sesak sungguh hatinya.
"Sekarang I tak dapat rasakan detakkan yang hebat"
"You salah! Kita hidup kerana Allah.Jangan jadikan alasan orang yang dah pergi untuk you berpaling dari tuhan."
Naura mengucap panjang dalam hati terkesan akan kata-kata Tengku Khaizuran padanya.
Air mata yang menitis jatuh diusap lembut dengan belakang telapak tangannya.
"I pernah rasa berputus asa untuk hidup bahagia bila I dua kali kecewa kerana cinta pada manusia.I sia-siakan kebebasan dan kebahagiaan dengan mengurung jiwa I dalam lembah kesakitan.Tapi kerana bimbingan my dad I terus melangkah ke arah yang lebih baik."
Beberapa bulan kebelakangan ini Tengku Khaizuran lebih mendekatkan diri pada maha pencipta meski tidak dinafikan kadang dirinya jua tewas terhadap dirinya sendiri.
Tertekan dengan kemunculan semula Diandra Tamara yang sering mengganggu, yang lebih parah lagi harus melihat Naura dari jauh bahagia bersama Zafran.Dan kini... adakah tuhan ingin dirinya menyambung semula angan-angan itu.
"Tarik nafas dalam-dalam redha dengan apa yang dah jadi."
Naura menarik nafas seperti saranan lelaki itu padanya.Namun itu hanya sia-sia ketika liur yang ditelan melalui kerongkong begitu susah payahnya ada rasa sakit yang begitu menyesakkan pahit untuk ditelan.Kesakitan atas kehilangan begitu sulit untuk diterima.
"I ikut you masuk dalam ok."
Naura angguk kepala mengiyakan mereka berdua keluar dalam perut kereta bersamaan.
Ketika kakinya melangkah selangkah dimuka pintu terdengar suara nyaring datin Salwa.
"Berhenti di situ!."
Naura membantutkan langkah kakinya bila suara datin Salwa menyergah menuruni anak tangga, terkesan lain dari biasanya.
"Mommy!.."
Panggil Naura lirih.
"Siapa mommy kau?."
Naura berkedip-kedip mata terkejut serta terkilan dengan sikap dingin ibu mertua nya.Datin Salwa tidak peduli dengan keberadaan Tengku Khaizuran wanita itu tidak memikirkan apa lagi ketika ini melainkan rasa marahnya.
"Perempuan jenis apa kau ni hah' Naura Rosse?.Anak aku baru sahaja meninggal kau sedar tak yang kau ni dalam tempoh edah tapi dengan murahan nya kau balik dengan skandal kau ni.Kubur suami masih merah dah gatal cari jantan lain"
Luka yang berdarah kini dihiris-hiris lagi kian menyakitkan sungguh pedih tutur kata ibu mertuanya itu.
"Datin jangan salah faham saya boleh jelaskan.."
Tengku Khaizuran tidak dapat meneruskan niatnya menjelaskan perkara sebenar bila saat datin Salwa terlebih dahulu memotong bicaranya.
"Saya tak bercakap dengan Tengku tolong jangan mencelah.Ini antara saya dengan perempuan tak sedar diri ni."
"Mommy kenapa cakap macam ni?.Aura hanya kebetulan terserempak dengan Khai tadi."
Datin Salwa mencibir tidak menunggu lama untuk air mata Naura membasahi wajahnya yang pucat.Dia tidak menyangka kata-kata kesat itu keluar dari mulut ibu mertuanya sendiri.Seorang ibu yang sudah dianggap seperti ibu kandung sendiri begitu dikagumi dan disayangi sepanjang hidupnya membesar di rumah ini.Namun mengapa berubah dalam sekelip mata.
"Tak perlu jatuhkan air mata kau untuk tagih simpati dari aku.Sampai mati aku takkan maafkan apa yang dah jadi pada Zafran.Atau perlu aku ingatkan yang kau adalah punca anak aku meninggal.Kau dah tak ada apa-apa hubungan dengan keluarga ni.Orang-orang yang berkait rapat dengan kau dah tak ada untuk kau terus ada dalam keluarga ni.Kau pembunuh..."
Naura meraih tangan datin Salwa namun tangan nya yang cuba meraih itu telah ditepis dengan kasar.Hingga membuat Naura terkilan diruntun sedih lagi dan lagi.
"Takkan ada ruang lagi untuk kau dalam keluarga ni.Keluar!."
Datin Salwa menengking dengan suara seoktaf seraya jari telunjuk diangkat tinggi mengusir Naura.
"Datin maaf mencelah,datin tak boleh layan Naura macam ni jangan berkasar dengan dia.Naura sedang dalam tempoh edah rumah ni rumah dia juga dia berhak."
Ujar Tengku Khaizuran membela perempuan yang dicintainya itu tidak sanggup Naura dilayan kasar sebegitu rupa.
"Baguslah memandangkan Tengku bela dan berminat sangat dengan balu anak saya ni apa kata Tengku kutip dia bawak berambus dari rumah ni.Sampah ni terlampau busuk."
"Mommy jangan buat Aura macam ni please.Aura sayang pada keluarga ni."
Datin Salwa ketawa sumbang membuat Naura kecut perut seperti dia tidak berhadapan dengan ibu mertuanya.Adakah wanita dihadapannya ini adalah jelmaan yang ingin menghalangi dirinya biarlah apa kata tomahan yang keluar dari mulut datin Salwa dia tidak akan angkat kaki.
"Kenapa Kau nak goda Noah lagi ke?.Kau memang takkan pernah puas buat keluarga ni berpecah belah disebabkan kau."
"Aura tak pernah berniat macam tu demi Allah tak pernah terdetik dihati ini untuk mengoda Noah.Mommy Aura sayang abang Zaf dan Cinta pada anak mommy setulus hati Aura jangan buat Aura macam ni.! Rumah ni banyak kenangan antara Aura dan suami Aura mommy percayalah cuma abang Zaf yang Aura cintakan."
Seperti angin lalu pada pendengaran satin Salwa langsung tidak mengubah niat hatinya untuk berlembut pada Naura.
"Untuk pengetahuan Kaulah,Kau dah tak dialu-alukan untuk kembali dalam keluarga ni.Tok ayah kau dah meninggal sekarang yang ada dalam keluarga ni hanya ada suami dan anak-anak aku."
Naura bungam tak terkata suara tangisannya tidak kedengaran mendengar apa yang baru menyapa deria telinga nya.
"Jangan buat keluarga ni bermasam muka hanya untuk menangkan Kau yang pembawa sial ni.Tok ayah kau dah meninggal dan kau adalah penyebab utama kematian tok ayah."
Naura terundur dua langkah ke belakang dia hampir jatuh rebah mendengar tok ayahnya telah meninggal mujur ada tangan kekar Tengku Khaizuran yang memaut bahunya.
"Mommy apa mommy cakap ni.?"
"Kenapa kau tak percaya?.Tok ayah kau meninggal akibat serangan jantung terkejut bila dapat tahu Zafran meninggal disebelah kau.Dia rasa bersalah kahwin kan kamu berdua.Kau adalah punca semua ni terjadi kau dah bunuh Zafran..kau dah..."
"Cukup datin!."
Datin Salwa tersentak apabila suara Tengku Khaizuran begitu kuat menengkingnya membuat wanita itu menahan nafas lalu terkebil-kebil.
"Saya dah hilang rasa hormat pada datin.Sanggup datin layan Naura macam ni, jangan salahkan Naura dia langsung tak salah."
"Jom..."
Tengku Khaizuran memaut pergelangan tangan Naura namun ditepis laju empunya badan.Air mata tak payah cakap,Apa yang tak kena? satu persatu insan paling berharga dalam hidup Naura pergi meninggalkannya.
"Saya takkan pergi dari rumah ni."
Tengku Khaizuran mengetap bibir mendengar penolakan Naura.Datin Salwa tersenyum sinis,Kau degilkan Naura.
"Nampaknya aku tak ada cara lain selain bagi kesedaran pada perempuan tak tahu malu macam kau ni"
"Sarimah,Jamilah...!."
Panggilan pada kedua pembantu rumah mengema diseluruh pelosok ruang rumah agam itu.
"Ya datin.."
Muncul wajah dua pembantu rumah itu dengan wajah cuak hiba melihat keadaan Naura diperlakukan begitu.Bagaimanapun sayangnya mereka pada Naura keduanya tidak ada kekuasaan menengah.
"Mana barang tu?."
Kedua-duanya diam menguis tangan sesama sendiri membuat datin Salwa berang lalu bersuara dengan sedikit keras lagi.
"Kamu berdua ni nak kena pecat ke apa?..aku tanya mana barang yang aku suruh kemas sumbat dalam kotak tu."
"Ada datin."
Mereka menjawab serentak lalu terkedek-kedek berlari anak menuju ke satu ruang mengambil barang yang dimaksudkan majikan mereka.
Wanita itu ersenyum miring bila kotak putih berukuran besar itu sudah berada ditangannya lalu melontar kotak besar berwarna putih itu keluar dan seterusnya mengambil pemetik api yang disembunyikan dibelakang salah seorang pembantu rumah.
"Kau tahu apa dalam kotak ni."
Melihat kebisuan Naura datin Salwa bertindak membuka penutup kotak putih tersebut mengeluarkan isi kandungan kotak tadi.Terbuntang mata Naura dan Tengku Khaizuran bila isi kandungan yang berlonggok di atas lantai marmar adalah gaun pengantin dan sebuah potret pernikahan Naura dan Zafran.
"Mommy jangan... please jangan bakar mommy."
Naura mencapai gambar dan gaun pernikahannya menggeleng kepala memohon pada datin Salwa dengan tagisan menyakitkan.
"Baik kau tepi sebelum aku bakar kau sekali dengan barang bodoh ni."
"Kenapa mommy buat Aura macam ni.Aura sayang dan hormat mommy macam ibu kandung Aura sendiri.Salah ke jika Aura terus jadi sebahagian dari keluarga ni?.Aura tak boleh tinggalkan rumah ni.!"
Dia tidak mampu pergi menjauh dari rumah agam ini disinilah tempatnya membesar bersama Zafran banyak kenangan yang mereka cipta bersama tdak bolehkah ibu mertuanya ini bersikap lembut hati sedikit.
"Salah ke jika Aura mencintai anak mommy.?"
Naura menyoal dalam tagisan yang tersekat-sekat.Saat bersama sebuah kereta warna merah memasuki perkarangan rumah agam itu disusuri sebuah lagi kereta ford mondeo warna putih Datin Salwa kenal sekali dua jenis kenderaan itu adalah kepunyaan anak lelakinya dan adik iparnya Jaslina.Datin Salwa berdecit kesal dia akan kelihatan seperti orang jahat didepan semua orang.
Tergesa-gesa Noah keluar dalam kereta menuju keributan yang berlaku.
"Mommy apa mommy dah buat ni?."
Noah menarik bahu Naura untuk bangkit berdiri lalu memandang wajah mommy-nya dengan tatapan dingin.
"Why Naura kau suka ke Noah melawan cakap aku sebagai ibu yang telah melahirkan dia.Ini ke apa yang kau harapkan agar anak-anak aku derhaka pada aku.Kau takkan faham aku,kau tak pernah dibesarkan dengan kasih sayang sebenar dari seorang ibu sebab itu anak kau mati..Mati sebab perangai penting kan diri kau ni."
Nada benci dan membentak lebih parah berbanding tadinya.Datin Salwa tidak suka jika anak lelakinya lebih menangkan Naura berbanding dirinya.
"Kak Long.!"
Jaslina mencelah dengan nada dingin bercampur marah.
"Kenapa Jas kau pun nak bela sangat budak ni ke?."
"Apa hak kak long cakap macam tu pada anak arwah adik saya?.Apa hak kak long buat Naura macam ni.?."
"Aku nak dia keluar dari rumah ni."
"Naura takkan kemana-mana mahupun keluar dari rumah ni selagi saya hidup.Rumah ini rumah peninggalan arwah ayah saya."
Naura memicit kepala pusing melihat kedua wanita itu mertegang urat hanya kerana dirinya.
Naura menarik nafas dalam sepertinya pintu rumah ini sudah benar-benar tertutup untuk dirinya.
"Jas kau dah lupa ke rumah ni diletakkan atas nama siapa.Rumah ni atas nama abang kau,abang kau suami aku."
"Kak Long tak boleh buat Naura macam ni kak long!.Dia isteri Zafran,dia dah macam anak kita sendiri kak long."
"Suraya Jaslina Binti Tan'sri Khalid adik ipar yang sangat aku hormati dan sayangi pilihan sekarang cuma ada dua.Sama ada aku yang keluar dari rumah ini atau perempuan ni dengan rela hati melangkah pergi.Aku tak boleh duduk satu atap dengan orang yang punca aku kehilangan anak lelaki aku."
Noah tidak terkata dengan tingkah-laku
mommy nya saat ini.Kenapa boleh jadi begini sekali.
"Sudahlah aunty Su..Biar Aura keluar dari rumah ni."
Naura menyekah buliran air mata yang mengalir.Melihat ketegangan yang terjadi lebih baik dirinya pergi jika itu yang terbaik untuk semua orang.Dia tidak ingin ibu saudaranya yang bermasam muka dengan ibu mertuanya itu nanti.
"Naura I takkan biarkan you pergi.Rumah ni rumah you jugak."
"It's ok Noah,betul apa yang mommy cakap I cuma pembawa malang dalam keluarga ni."
Noah bercekak pinggang dengan sebelah tangan kirinya sedang mengusap pelepis.Argh..dia sudah buntu hendak bertindak bagaimana.Tersepit ditengah-tengah begini membuatnya sesak nafas dibuatnya.
"Mommy tolonglah jangan buat Naura macam ni.Mommy tak kesian ke tengok keadaan dia sekarang ni."
Noah cuba memujuk mengharap ada sekelumit rasa kasiha mommy-nya pada Naura.Namun ternyata kata-kata nya juga tidak disengajakan.
"Lambat-laun muka yang kesian ni akan buat semua orang saling membenci jika terus berada dalam rumah ni.Mommy takkan benci dia jika dia mampu untuk hidupkan abang kamu kembali."
Jaslina tergelak sakit hati mendengar kata-kata datin Salwa yang bercakap seperti orang tak berotak.Naura memegang bahu ibu saudaranya itu dengan menggeleng kepala mengisyaratkan cukuplah.Melihat wajah kesayuan Naura membuat Jaslina luluh akhirnya mengalah.
"Kak long ni dah melampau tau tak,..dah jom biar Aura tinggal dengan aunty Su."
"Aku ingat kau akan lebih berperikemanusiaan biarkan Naura tinggal kat sini sepanjang dia tempoh edah.Rumah seumpama istana ni tak sesuai dengan kak long yang berhati pendendam macam ni."
Sempat Jaslina membidas sekali sebelum menarik tangan Naura yang sedang menutup box putih itu.
"Biar I tolong bawakan."
Naura melirik sekilas kotak yang sudah bertukar tangan pada Tengku Khaizuran lalu mengikuti langkah Jaslina menuju kereta wanita itu.Berat hatinya meninggalkan rumah agam ini, namun bagaimana kehendak takdir sudah tiba masanya Naura meninggalkan tempat yang tidak menerima kehadirannya.
"Kau ni buat aku risau lah.."
Zuyin memeluk Naura begitu kejap bila sahabatnya itu sudah menghampiri.Tidak ada yang mampu Naura lakukan selain menghambur tagisan dibahu Zuyin.
Noah melepaskan keluhannya melihat kereta yang sudah bergerak keluar dari laman rumah lalu memandang nanar pada mommy nya.
"Mommy kenapa mommy buat Naura macam tu,dah kehendak Allah abang Zaf pergi dulu.Noah juga takkan pijakkan kaki pada rumah ni selagi mommy tak boleh bawak Aura kembali."
"Kenapa semua orang nak menangkan perempuan tu.Salah ke apa yang mommy buat."
"Sangat salah mom tapi mommy tak sedar sebab apa?. Mommy tak ikhlas Allah dah panggil abang Zaf tapi mommy letak ketentuan Ilahi menyalahkan Naura."
Setelah itu Naura mengatur langkah ingin pergi tanpa pamit dari Datin Salwa.
"Noah...Noah nak kemana tu?."
Datin Salwa segera menghalangi jalan Noah tidak sanggup jika anaknya yang satu ini juga akan pergi meninggalkan dirinya.
"Pergi jauh dari mom.."
Ujarnya dingin.
"Noah pun nak tinggalkan mommy ke?, cukuplah abang kamu tinggalkan kita.Noah stay, keluarga kita perlukan Noah."
"Dah lah tu mommy!.mommy jangan ingat Noah tak tahu yang mommy larang Aura beritahu perkara sebenar pada abang.Tentang apa yang jadi antara Noah dan Naura dalam bilik hotel sebelum arwah abang pergi luar negara sambung belajar."
Datin Salwa mati kata mendengar ocehan mulut Noah yang tahu kebenaran beberapa tahun lalu.
"Kenapa buat Aura macam tu?.Mommy biarkan Naura hidup dalam rasa kebencian abang Zaf.Mom lebih pentingkan anak-anak mom sendiri sedangkan masa tu Noah yang bersalah."
"Anak mommy..,apa yang Noah fikirkan tak seperti yang Noah jangkakan.Mommy tak nak anak-anak mommy bergaduh hanya disebabkan Naura."
"Mommy tak rasa bersalah ke pada arwah mama dan papa Naura.Mommy tak ada rasa sayang pada Aura macam anak sendiri?.Bayangkan mommy jika Aura adalah Tasya mom sanggup ke tengok anak mom macam tu?"
"Sebab dia adalah Naura bukan Tasya jangan samakan adik kamu dengan perempuan macam tu."
Noah melurutkan perlahan-lahan genggam mommy-nya pada lengannya yang begitu kejap digenggam.Dia juga tidak tega besikap begini pada ibu kandungnya sendiri.Tapi kali ini tindakan mommy-nya sudah diluar jangkauan.
"I love you, but I'm sorry mommy"
Noah mengecup dahi Datin Salwa lalu berlalu pergi.
"Noooo... jangan pergi,Noa..jangan pergi anak mommy!.."
Datin Salwa terduduk longlai hanya tangisan hiba mengiringi pemergian Noah.
Kedua pembantu rumah yang tadinya menjadi pemerhati datang menghampiri majikan mereka itu.
"Bersabarlah datin mungkin tuan Noah tengah serabut tu."
"Saya cuma nak yang terbaik untuk anak-anak saya.Saya tak nak Noah berharap kembali pada Naura,saya tak nak sorang lagi pergi tinggalkan saya cukupkah Zafran yang pergi."
Sesungguhnya dia rasa bersalah atas apa yang telah dirinya katakan pada Naura.Namun hatinya terlalu ego untuk memaafkan, seseorang perlu dipersalahkan dan orang itu adalah Naura.Dia sayang pada Naura tapi benci dalam hati sudah kian merebak mengikis kasih sayang yang pernah ada.
Enjoy Reading My Novel Dear Readers>>>..... ^-^
Share this novel