Beijing, China
Setelah selesai menandatangani fail kontrak bersama syarikat Galaxy Xuan aitu salah satu syarikat elektronik terkemuka di negara tembok besar China itu Tengku Khaizuran berdiri seraya membutang blazer lalu menghulur jabat tangan atas sebuah kerjasama yang dijalinkan.
"Thank you for signing a contract with us.Our company will promise extraordinary cooperation to your company."
Ujar Tengku Khaizuran penuh keyakinan banyak masa yang diambilnya untuk meyakinkan syarikat gergasi itu.Baik dari segi hartanah mahupun export import barangan elektronik dari Asia ke Eropah semuanya sangat rapi dalam genggaman.
"We guarantee this ten million investment is well worth it."
Tuan Han bersuara penuh berharap atas kerjasama mereka bersama.
"Verry much welcome this cooperation,Mr.Han and your group I am very confident of the beneficial cooperation and investment with Galaxy Xuan group of companies."
"What if tomorrow we play golf.I heard from other investors you are very good at playing."
Tengku Khaizuran tergelek bersahaja dengan pelawaan Tuan Han berbaur pujian bodek padanya.Dia sudah menjangkakan perkara ini akan terjadi setiap kali melakukan trip bisnes keluar negara.
"I'm sorry Mr Han maybe next time if there's a chance.As I informed before this meeting, my work schedule is very busy."
"It's ok Mr.Khai don't feel guilty.Hahaha...I'm already thinking of a beautiful woman to accompany us tomorrow."
Tuan Han tergelak kecil menyenakkan hati Tengku Khaizuran dia tidak lelaki muda itu dilanda serba salah.
"Sorry again for declining your invitation to play golf."
Ujarnya lagi dia sebenarnya bukan tidak punya masa hanya sahaja jiwanya tidak berada di situ.
Setelah kumpulan syarikat Wings Xuan telah mengundurkan diri Tengku Khaizuran menghenyak punggung semula dengan nafas lelah.Dahi ditekan-tekan meregangkan tekanan kerja yang dihadapinya.
"Ku nampak penat,nak saya tempahkan sauna?."
Fadhli bertanya penuh kerisauan bimbang akan keadaan lelaki itu kadang tak menentu sejak akhir-akhir ini bukan dia tidak tahu mengapa majikan nya jadi begitu.
"It's ok aku nak rehat kat suite saja."
Tengku Khaizuran bangkit dari duduknya membuka blazer yang membungkus tubuhnya lalu disandang kelengan.Melekit benar badannya dengan peluh seharian mengelilingi bandar Beijing tiga hari berada di China dirinya langsung tidak mendapatkan rehat yang cukup.
Melihat Tengku Khaizuran ingin melangkah pergi Fadhli bersuara lagi.
"Tengku.."
"Hem..is there anything else?."
"Tak ada benda lagi Ku,cuma..."
Fadhli tersengih menggaru dahi yang kelihatan mengeluarkan peluh dingin meskipun cuaca kini terasa dingin.
"Cuma apa?."
"Cuma nak ucap tahniah sebab dah menang dua tander dari dua syarikat gergasi kat Beijing."
"Lagi.."
Alis kirinya terangkat menyoal penuh selidik.Melihat tingkah pembantu peribadi nya ini seperti sesuatu lagaknya membuat Tengku Khaizuran musykil.
"Lagi?..Dah tak ade apa benda lagi Ku cuma tu ajelah."
"Task... kenapa aku rasa kau macam sembunyikan sesuatu dari aku."
Tengku Khaizuran mendekat setapak kearah Fadhli yang sudah berwajah pucat.Tangan yang berada dalam kocek seluar dibawa kebelakangan pundak PA-nya lalu menepuk-nepuk beberapa kali dapat dirasai tubuh lelaki itu bergetar hebat.
"Eh' mana ada ku."
Dali Fadhil cuak.
"Kau tipu aku,kau siap."
Tengku Khaizuran tersengih sinis lalu berlalu pergi.
Setelah majikannya menghilangkan diri kedalam kabel empat itu Fadhli mengurut dadanya sendiri.
"Kus semangat..saya sayangkan Ku, tapi saya tak sanggup kena tempias kemarahan Tengku bila dapat tahu hal sebenar."
Almaklumlah dah lama kerja dengan lelaki itu sudah masak benar bila bosnya dah naik angin monsun nya tiba-tiba datang.
"Suhu sejuk ni...asal aku rasa panas.Gunung berapi nak meletus ke apa ni?."
Lelaki itu mengusap pelepis terasa seram sejuk seakan merasakan ada aura dingin yang akan membeku.
Sampai sahaja di suite hotel Tengku Khaizuran menyelak kain langsir dengan leluasa menikmati pemandangan senja bangunan pencakar langit yang tersergam indah melalui balkoni hotel Jen Beijing.
Berpeluk tubuh raut wajahnya kelihatan gusar masalah kerja sudah selesai namun fikirannya seakan berat memikirkan sesuatu yang membuat hatinya kurang nyaman apalagi yang belum dirinya kerjakan.
Dua butang baju dibuka lalu melipat lengan kemeja putih nya hingga ke siku jam tangan dikerling sekilas tepat jam enam petang dia menarik nafas panjang jam tangan Rolex silver itu dibuka selesai itu Tengku Khaizuran membuka MacBook memeriksa e-mel yang belum sempat dibaca.Deringan telefon bimbit yang diletakkan diatas katil mengganggu fokus kerjanya.
Dibiarkan sahaja deringan telefon berlalu tanpa niat untuk menjawab gerangan si pemanggil.Kali kedua bunyi deringan menjerit minta diangkat membuat Tengku Khaizuran berdecit kesal tidak ada pilihan dia bangkit untuk melihat pemanggil sialan itu.
"Congratulations boy..."
Suara ucapan tahniah dari kakak nombor duanya itu kedengaran pelik.What the, asal hari ini semua orang nak ucap tahniah padanya tak ada dalam kalendar tertulis hari tahniah sedunia yang memandai nak ucap tahniah apa hal?.
"Kak Lisa nak ucap tahniah pada Khai atas dasar apa?."
Nada suaranya langsung tiada keceriaan membuat lawan bicaranya dalam talian kedengaran mengeluh halus.
"Come on Khai mentang I jauh tinggalkan Malaysia you dah bagi kejutan macam ni, antara kak Deja dan I you lebih rapat dengan I.But why I tak tahu menahu yang you akan bertunang."
"Whattttttt...nonsense kak Lisa cakap apa ni?."
Bentakan adik lelakinya itu benar-benar keras hingga Tengku Khalisah terpaksa menjauhkan telefon pada telinga.Tengku Khaizuran meraup muka terasa tergang bukan itu sahaja aliran darah pada wajah terasa tidak mengalir.
"Hey jangan cakap yang you tak tahu you dah bertunang."
Nada Tengku Khalisah meninggi menyoal adik lelakinya hampir sahaja telinganya putus mendengar nada bicara Tengku Khaizuran sudah pastinya terkejut beruk.Jika Tengku Khaizuran tidak tahu menahu akan hal ini mungkin perkara ini sengaja dirahsiakan dia pulak yang naik bengang dibuatnya ini mesti tak lain tak bukan kerja gila Tengku Khadejah.
"Kak Deja send foto sekitar majlis tunang you dua hari lepas dengan someone girl.Kak Deja cakap you tunang anak tiri Dato' Saifuddin."
Tengku Khaizuran terhenyak mendengar berita duka itu, dengan anak Dato' Saifuddin mana pulak dia bertunang.
"Kepala hotak Khai dah nak pecah fikir pasal kerja
tambah lagi satu bala.Perempuan memang kerja nak rumitkan keadaan ke apa?."
Tidak tahu perempuan siapa yang telah adiknya maksudkan mungkin sahaja ibu dan kakak mereka dimaksudkan oleh Tengku Khaizuran.
"Oh my good...Khai ok tak ni?.Apa cakap macam tu,hey listen ni semua rancangan bonda dan kak Deja you jaganlah tegang sangat macam ni."
"Ok apanya?.Bonda and Kak Deja dah rancang semua ni buat Khai rasa manusia tak ada perasaan macam ni."
"Come down Khai!.It's ok jangan terburu-buru.I akan cakap benda ni dengan bonda later."
Apa lagi yang ingin dibincangkan sepertinya bondanya tidak ingin bertolak ansur dengan dirinya lagi.Tengku Khaizuran menarik nafas panjang dia cuba menenangkan hati yang terbakar amarah.
"Thanks faham Khai."
"Siapa lagi yang nak faham Khai kalau bukan akak you sorang ni.I have to go Fatteh dah bangun tu cari susu dia.Yer..kejap sayang anak mommy."
Terdengar suara tagisan anak kecil itu merengek Tengku Khaizuran tersenyum mendengar suara meriah dihujung talian.Sepertinya orang-orang disekelilingnya begitu bahagia namun bagaimana dia ingin bahagia jika perempuan yang dia cintai sedang terluka.
"Bye see you soon."
Selesai menamatkan panggilan Tengku Khaizuran menghempas tubuh ke atas katil terlantang memandang langit-langit kamar hotel tanganya terkempal erat.Sepertinya pulang sahaja ke tanah air dia harus mempersiapkan diri terutama sekali mantelnya.Pelepisnya dipicit -picit tertanya-tanya dengan siapa dirinya bertunang.
* * *
"Aunty Su dapat panggilan dari bali malam semalam."
Jaslina angkat bicara melihat Noah diam membisu muka masam sahaja sepanjang hari.
"Aura apa khabar?."
"Nenek Naura cakap Naura mungkin mengalami traumatic stress disorder.Aunty susah hati memikirkan keadaan Naura dekat sana tapi lebih baik naik dia duduk sana buat sementara waktu."
Tangan Noah yang ligat mengupas kulit udang terhenti serta merta.Wajah ibu saudaranya dipandang lama.
"Traumatic?."
Tidak percaya dengan apa yang baru disampaikan Jaslina padanya sebentar tadi Noah ingin penjelasan lebih lagi.
"Aunty rasa tak mustahil bila sebelum ni apa yang Naura alami akan menjadi mimpi terburuk setiap hari bagi dia.Semua tanda-tanda PTSD dah terlalu ketara sangat kelihatann,mereka akan coba rujuk pada pakar."
Noah masih belum menangkap inti utama maksud kata-kata Jaslina padanya.
Dia tahu apa itu ptsd tapi otaknya seakan tidak berfungsi dengan baik sekali saat ini.
"Maksud Aunty Su?."
"Naura sering meracau-racau bila tidur,teriak macam orang tak betul and dia tak cukup tidur padanya Aura boleh tertidur kat mana-mana.Kadang-kadang tu dia boleh terlupa dengan beberapa perkara"
"Pembantu vila ada terjumpa ubat tidur dalam bilik Naura.Puan Ayunda cakap Naura ambik ubat tu sebab insomnia dorang tak alert ke buatnya Aura terlebih dos"
Jaslina mengeluh berat mengenag nasib anak saudaranya yang satu itu tak sudah dengan ujian beratnya.
"Noah akan pergi bali esok."
Noah sudah bersiap melangkah pergi dengan gerakan cepat Jaslina memegang lengan Noah menghalang lelaki itu.
"Eh-eh' budak ni."
Jaslina geleng kepala seraya menggerak jari telunjuk mengisyaratkan jangan sesekali berbuat apa yang terlintas di fikiran anak saudaranya itu.
"Nanti mommy kamu dapat tahu macam mana.Boleh tak Noa jangan keruhkan keadaan kesian pada Aura kamu nak ke Naura jadi mangsa kemarahan mommy kamu."
Ujar Jaslina penuh kerisauan.Bila lah keluarga nya akan aman harmoni kalau semua orang asyik bertindak melulu.
"Habis tu takkan kita nak berdiam diri tak buat apa."
Ikutkkan hati sekarang jugak dia akan terbang ke Indonesia.
"Tolong jaga batas!. Lupakan Aura carilah perempuan lain untuk dicintai.Jika Noa teruskan niat Noa untuk memiliki Aura kamu bukan sahaja menyakiti Aura, mommy malah Amalin juga turut terluka."
"Aunty Su Noa tak berniat apapun selain nak tolong Aura."
"Mulut mungkin kata tidak tapi mata kamu adalah yang sebaliknya.Aunty Su tahu Aura cinta pertama Noa tapi itu tidak berarti dia mampu untuk Noa milik.Tak apa jika terluka sedikit kelak Noa akan berterima kasih pada cinta pertama Noa.Ternyata selain dia ada cinta yang lebih indah untuk nyaman menjadi pemilik hati sebenar seorang Noah.Kita semua bertanggungjawab atas Naura tapi tolong jangan bertindak terburu-buru."
Panjang lebar Jaslina memberi nasihat.Noah mengeluh perlahan mendengar apa yang Jaslina katakan tapi adakah diri akan termakan ayat makan dalam itu.
"Jangaan terlalu mendesak dari cinta pada akhirnya menjadi sebuah obsesi kelak akan saling menyakiti."
Sekali lagi Noah menarik nafas panjang.
"Tak perlu risaukan Naura sangat atok dan nenek dia boleh jagakan Aura.Lebih baik dia tinggal dibali buat sementara waktu Malaysia ni penuh dengan kenangan pahit dan hitam buat Nau...eh kamu nak kemana?"
Cemas Jaslina bila melihat Noah terburu-buru mencuci tangan pada singki dan bersiap untuk melangkah pergi.
"Bali!..sorry Aunty Su..Noah tak boleh biar Aura dalam keadaan macam tu."
Nada penuh penekanan terhadap bicaranya meyakinkan Jaslina bahawa dia tidak main-main dengan ucapannya lalu mengatur langkah pergi keluar dari ruang dapur.
"Noah."
Panggil Jaslina dengan penuh kerisauan bercampur geram.
Memang anak saudaranya semua dilahirkan berketul-ketul keras kepala ke apa.
* * *
"Tidkkkk.... jangan sentuh dia!..jangan apa-apa anak aku!.. lepaskan Zafran.. lepaskan suami aku!."
"Aku akan bunuh kamu semua...mati,pergi mati manusia iblis.."
Naura melibas-libas gunting yang ada ditangannya ke arah cermin.Begitu jelas pada pandangannya suaminya berlumuran darah sedang mengendong bayi mereka.Deras air mata mengalir tidak sanggup melihat Zafran ditikam sekumpulan lelaki berseragam hitam itu.
"Kau tak layak jadi seorang isteri mahupun seorang ibu.Kau malang terbesar dalam keluarga kau sendiri, Terlalu malang hingga orang tua kau sendiri menjadi mangsa nasib buruk yang ada dalam diri kau Naura Rosse."
Ucap lelaki seakan lembaga hitam yang kian membesar pada pantulan cermin dihadapan nya kini.
"Kau punca anak dan suami kau meninggal..kau perempuan pembunuh,kau tak layak untuk apapun yang ada dalam dunia ini."
Naura geleng kepala dengan tangisan tanpa suara.Dia berjalan menapak perlahan hilang terasa kudrat diri umpama tulang-temulang dalam tubuhnya telah dipatahkan.
"Ambik nyawa aku lepaskan mereka...jangan...jangan.. tidak aku bukan pembunuh,bukan.!"
Lututnya terasa longlai dijatuhkan kelantai Naura berlutut memukul-mukul dada yang terasa sesak mencengkam jiwanya..
"Naura!."
Panggil Edward dan Ayunda serentak setelah berjaya membuka bilik cucu mereka itu menggunakan kunci pendua.
Kedua mereka beriak terkejut seakan ingin pitam melihat keadaan Naura berlumuran darah dilutut kesan serpihan pecahan pasu.
Tangkas Edward merampas gunting yang ada pada tangan Naura manakala Ayunda segera memeluk kejap tubuh yang kelihatan pucat seperti mayat itu.
"Mereka dah bawah pergi bayi Aura...tidak.. orang jahat dah ambik suami Aura..."
Naura meraung keadaan dirinya begitu agresif tidak seperti selalu mampu mengawal emosi sendiri.
"Bayi....mereka ambik anak Aura eyang,tolong ambil balik anak Aura dari mereka!."
"Tenang... ini cuma mimpi. Aura lagi sedang bermimpi tenang tutup mata kamu sayang!."
Pujukan Ayunda tidak memberi kesan malah membuat Naura terasa hilang kendali.
"Pulangan anak Aura, pulangkan dia..dia terlalu kecil, kesian bayi Aura dia nak susu.. dia dahaga,dia nagis nak susu..."
"Dia kecil dia tak boleh dengan iblis-iblis itu... Zafran ya Allah tolong suami Aura...."
Ayunda menepuk-nepuk belakang bahu Naura. Ingin membuat cucunya tenang, tuhan dia sudah tidak sanggup melihat cucunya seperti ini biarlah separuh derita Naura diberi padanya agar Naura mampu tenang.
"Dengar tak tu...dia panggil Aura,eyang dengar tak?"
Kata-kata kurang waras yang Naura ucapan hanya Ayunda iakan lalu melirik suaminya.
Melihat keadaan Naura seperti itu membuat Edward terisak pilu.Pil-pil ubatan berselerakan dilantai kamar begitu banyak bertaburan menghiris hati Edward.
Cucunya terlalu bergantung pada ubat tidur mungkin Naura mengkonsium pil itu secara berlebihan hingga mengakibatkan cucunya berhalusinasi secara kerap peristiwa hitam itu.
"Aku sudah tidak tahan melihat Naura terus-terusan begini aku bisa mati awal sebelum waktunya."
Edward membuka mulut setelah Ayunda menyelimuti tubuh Naura sedang tertidur pulas.
"Mas jangan bicara gitu dong!.Kita adalah kekuatanya dia.Aku tahu semua orang juga terluka Naura keutamaan kita,kita harus kuat demi dia."
Lelaki pertengahan umur itu mendengus kasar memerhatikan isteri nya sedang mengemas bilik tidur Naura yang berselerakan seperti tongkang pecah.
"Aku harus kasih pelajaran sama isterinya si Nasir itu.Ini pasti dia ni yang meracuni fikiran Aura menyalahkan cucu kita atas pemergian anak mereka."
Jemari Ayunda terhenti mengutip pil-pil yang berselerakan menegakkan tubuh berdiri dihadapan tubuh Edward.
"Mas ayolah jangan kekanak-anakan gitu dong apa bendanya mas sama mereka jika melakukan itu semua.Nantinya semua perbuatan mas akan menyakiti Naura."
Pandangannya kasihan melihat tubuh tidak bermaya Naura membuat hatinya terusik untuk berlembut meredahkan amarah.
"Aku akan menghubungi seorang teman yang ada di Jakarta.Katanya dia punya anak seorang dokter sedang ada dibali.Anaknya pak Akbar merupakan psikiater mungkin dia biasa merawat Naura.."
Setelah mengatakan itu Edward bersiap-siap untuk mengorak langkah keluar dari bilik Naura.
Ayunda memaut lengan suaminya dengan expresi kurang senang atas kata-kata suaminya sebentar tadi.
"Mas menganggap cucu kita gila apa?."
"Bukan itu maksudnya,kita perlu merawatnya segera sebelum keadaan lebih memburuk.Kamu lihat sendiri apa yang sedang terjadi."
Setelah mengatakan itu Edward menyambung langkah meninggalkan Ayunda galau memerhati keadaan Naura.
"Kamu yang kuat sayang eyang sama kakek selalu ada untuk kamu.!."
Air mata membasahi pipi tuanya.Mujurlah mereka tidak kehilangan Naura.
* * *
"Saya dengar perempuan tu sakit?."
Dato' Nasir meneruskan suapannya tidak berniat menjawab pertanyaan si isteri.Sudah hamir dua minggu keduanya tidak saling angkat bicara sejak bertengkar besar terjadi antara kedua nya saat Dato' Nasir mengetahui datin Salwa mengusir Naura.
Melihat kebisuan suaminya datin Salwa meletakkan sudu hilang selera dibuatnya.
"Sampai bila abang tak nak cakap dengan saya ni?."
Tasya melirik kedua orang tuanya silih berganti.Nasib baik daddy nya tidak bermulut bechok seperti mommy nya kalau tidak,boleh jadi drama Tamil berperang mulut keduanya.
"Awak sakit hati ke saya tak endahkan awak?."
Dato' Nasir juga meletakkan sudu memandang lekat wajah isterinya.
Dia sedikit mengeluh melihat wajah si isteri yang angkuh.
"Hati saya terkilan.Awak buat anak sedara saya macam itu kalau ada orang yang nak Naura keluar dalam rumah ini hanya saya yang berhak bukan awak Sal."
Datin Salwa mendengus sinis.Apa yang tidak kena dengan orang dalam rumah ini, asyik menangkan budak Naura itu.
"Saya bukan tak nak faham perasaan awak, abang tahu awak terluka atas pemergian anak kita tapi isteri dia sejuta kali terluka awak langsung tak nak bertolak ansur."
"Awak tengok lah keadaan meja makan ini sekarang muram.Satu persatuan orang dalam rumah ini pergi dan hilangkan diri.Noah,dia tak rela awak buat Naura macam tu apatah lagi jika Zafran."
"Abang!.abang jangan sesekali dekatkan budak dua orang itu! jangan sesekali! cukuplah saya hilang Zafran.Saya tak suka anak-anak saya dekat dengan perempuan macam itu."
"Dekatkan apa,Noah dan Naura sepupu dah macam adik beradik.Budak itu sudah tidak ada siapa-siapa lagi untuk bergantung harap."
"Sepupu?. Perkataan itu dah lapuk.Atok dan nenek dia dekat seberang sana boleh tengokkan dia takpayah terhegeh-hegeh nak balik Malaysia semula.Entah bala apa lagi yang dia nak bawa masuk dalam keluarga ini."
"Mommy, daddy dah lah tu!.apa yang bertengkar mengalahkan budak-budak ni.,Depan rezeki gaduh tak baik."
Tasya bangkit dari duduknya.Dia juga turut hilang selera mendengar kedua orang tuanya bertengkar.
"Tasya dah tak nak makan ke sayang?."
Datin Salwa bertanya kecewa, mereka baru sahaja memulai acara makan tengah malam.
Tasya berhenti melangkah nafas berat diluah keluarga ini sudah tidak sempurna seperti dulu.
"Sya dah kenyang."
Setelah mengatakan itu Tasya menyambung langkahnya.
Setelah pemergian Tasya meninggalkan ruang dapur giliran Dato'Nasir mengikut jejak Tasya meninggalkan isterinya sendirian.
"Yelah bagus sangat lah tu."
Hidangan makanan malam ditolak hingga berlaga dengan hidangan yang lain.
Memang petaka betul keluarga mereka disebabkan Naura.
* * *
Sudah kedua kalinya Marta membawa makan malam untuk Naura.Hidangan santapan pada mulanya ditolak Naura hingga jatuh pada lantai berkecai serpihan kaca dibuatnya.
Tidak jemu-jemu Marta memujuk Naura mata wanita itu turut mengalirkan air mata melihat keadaan Naura sekarang.
"Ayolah Non makan sedikit tidak apa, entar asam lembung.."
"Shusss...diam.. boleh tak kamu jangan bising sangat,baby saya nak tidur ni."
Naura meletakkan jari telunjuk pada hidung mengisyaratkan jangan banyak cakap mahupun mengeluarkan bunyi.Lengan yang membentuk seperti sedang mendodoikan bayi ditepuk-tepuk dengan tangan kanan,bibirnya melorek senyum seiring kepala teranguk-anguk.
"Twinkle twinkle little star...how i wonder what you are.."
Naura bernyanyi kecil menidurkan anak dalam dakapannya lebih tepatnya dalam imaginasi sendiri tanpa siapa yang melihat.
Marta yang tidak tega mengganggu lagi memutuskan untuk keluar dalam bilik meninggalkan Naura.Sampai sahaja di dapur dia menemui Ayunda duduk di meja makan dengan bahu terhinjut-hinjut menahan tangisnya.
"Nyonya..."
"Aku melihat segalanya... Ya'Allah kenapa sampai begitu sekali."
Tangannya yang bergetar hebat dibawa menekup wajah tuanya Marta datang menghampiri memegang bahu majikannya itu agar bertenang.
"Jika kita yang melihat saja terasa berat,non Aura lagi jauh lebih sakit menanggung segalanya."
"Saya takut...sangat takut, bagaimana jika cucu ku gila."
"Astaghfirullah nyonya istighfar.."
Ayunda menagis pilu tanpa kata berpaut pada lengan Marta bila merasakan seakan ingin pitam.
* * *
"Kak..."
"Hermm..."
Jawab Amalin dengan mata terpejam nyaman dirasakan, kedua gadis itu sedang membuat rawatan muka.Terlebih dahulu Hanim menampal masker muka pada wajah kakaknya itulah aktiviti mereka dua beradik jika punya waktu terluang.
"Serius ke akak nak bertunang dengan cikgu Noah?."
"Kenapa adik tanya macam itu.Nampak akak dan cikgu Noah main-main.Kitorang dah merancang cuma tangguh buat sementara waktu."
"Sepadan yes tak dinafikan tapi dari segi gaya hidup sangat menidakkan untuk hubungan bertahan lama."
Amalin kesal mendengar itu kenapa Hanim boleh beranggapan begitu atau pada orang lain juga dia tidak secocok digandingkan dengan Noah.
"Apa yang tak kena dengan gaya hidup antara kami berdua."
"Macam ni... cikgu Noah itu graduan luar negara walaupun kadang agak menjengkelkan tapi adik tengok dia tu selalu jaga solat, berbudi bahasa berketerampilan menarik apa yang adik nampak lah kat sekolah tak tahu lah dekat belakang semua orang macam mana gaya kekasih hati akak itu."
Amalina bangkit dari pembaringan masker muka ditanggalkan lagi dan lagi tidak puas hatinya mendengar jawapan Hanim.
"So..."
"Bertolak ke belakang dengan sikap akak."
"Kenapa dengan akak...?."
"Akak kuat marah dan baran sikit,sikit aje tak banyak."
Hanim sengih tayang gigi leher yang tidak gatal digaru-garu.Lupa Amalin tengah datang bulan jangan kakaknya itu bertukar jadi makhluk hijau sudah.
"Akak why so serious adik cuma bergurau.Hahaha lawak tak?."
Amalin jeling dengan gaya kucing parsi semestinya tidak lawak.
"Lawak kelaut."
Dia berjalan ke pintu bersiap keluar dari bilik Hanim.
"Eh' akak nak pergi mana?."
"Nak pergi mana lagi masuk bilik,tidur."
"Habis tu adik macam mana."
Hanim bertanya dengan mimik muncung sedepa.
Dia bagi servis ala spa mahal kot.
"Macam mana apa buatlah sendiri."
"Tak aci lah macam ni."
"Kisah."
Amalina meyibak rambutnya sengaja membuat adik kesayangannya itu kesal.
Padan muka sakitkan hati akak sendiri.
Masuk dalam bilik benda pipi pertama yang dicari memeriksa jika Noah ada menghubunginya.
"Sorry I tak boleh jumpa family you hujung minggu ni.I ada urusan penting nak kena settle kan."
Amalin mengeluh membaca pesanan yang Noah hantarkan apa yang lagi penting setahunya kenduri ke apa sudah selesai adakah Noah akan menyertai syarikat sebagai pengganti arwah abang nya jika betul maka hubungan mereka berada dalam frasa yang tidak baik.Keibukan mereka akan menjadi punca harapnya tidak begitu.
Share this novel