"Kenapa datang dengan teksi, Zafran tak hantar Aura datang sini.?"
Tanya datin Salwa.Naura dipeluk erat dengan penuh kasih membuat Naura merindui belaian seorang ibu.
"Mummy sihat?.Macam biasalah abang Zaf tu sibuk kat ofis. Aura datang cuma nak ambik kereta."
Nak datang dengan Zafran jangan haraplah.Suaminya itu dah dua hari tak balik sejak Noah datang bertemu dengan Zafran.
"Mummy sihat alhamdulillah.Macam mana kehidupan lepas kahwin anak mummy tu ada buat hal yang menyakitkan Aura tak?."
"Abang Zaf layan Aura baik sahaja"
"Jangan tipu dengan Mum,mum boleh lihat kat mata kamu."
"Mummy jangan risau.Aura ok aje berada disis abang Zaf."
Datin Salwa angguk kepala faham, tahu Naura sedang berbohong tapi tidak ingin dipertingkatkan.
"Lagi berapa hari lagi majlis resepsi kamu berdua nak berlangsung ni yang buat mum risau ni.Ikutkan hati mummy lepas akad nikah tu terus langsung kan aje!..tak nak tangguh.Tapi tulah tak menyempat nak buat persiapan."Ada keluhan halus keluar dari wanita paruh baya itu.Naura mengengam erat jari jemari datin Salwa,membuat wanita itu bertenang.
"Takpe mummy jangan risau insyaallah semuanya berjalan dengan lancar.!."
"Mummy."
Teriak seorang lelaki menuruni anak tangga.
Naura jadi bungkam mendengar suara Noah.Langkah kaki yang kian mendekat membuat Naura mengeluh berat.
"Mummy kat ruang tamu ni."
"Tu'..Noah dah balik, Aura bolehlah sembang dengan dia perbaiki hubungan persaudaraan kamu berdua.!Mum harap sangat yang Aura dapat maafkan kesalahan Noah pada kamu."
Naura hanya tersenyum menyenangkan datin Salwa.
"Mummy Noah dah nak pergi ni."
Noah memandang wajah datin Salwa namun mencuri pandang pada Naura.
"Cepatnya nak pergi baru semalam sampai.Tak nak tunggu daddy dan yang lain balik dulu?."
"Noah dah dapat panggilan dari syarikat yang nak ambik Noah kerja tu."
Akhirnya itulah kebohongan yang terpaksa Noah buat.Noah mengatakan pada daddy-nya yang dia ingin berkerja pada syarikat lain untuk menimba pengalaman.
"Kalau macam tu Noah sembang lah dengan Aura..mummy nak sediakan bubur kacang untuk Noah bawa ok."
Datin Salwa mengusap lengan Noah memberikan kekuatan pada anak lelakinya,Lalu berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.
"Aura apa khabar?. ..sihat?."
Wajah Naura dipandang lama,Naura tidak selesa lalu menunduk sedikit.
"Sihat!"
Jawabnya pandek.
"Cik Aura ni kunci kereta."
Jamilah yang baru tiba dari bilik Naura menghulurkan kunci pada cucu majikannya.Membuat Noah katup mulut meneruskan perbualan.
"Terima kasih kak Jah."
Jamilah menunduk hormat lalu pergi meninggalkan mereka berdua.
"Aura masih marah pada abang?"
"Maaf saya kena pergi."
"Naura tunggu!dengar dahulu apa yang abang nak cakap ni!."
Naura memandang pautan lengan nya yang dipegang kejap.Lalu ketawa sinis memandang tepat ke anak mata Noah.
"Abang Noah dah cerita semuanya dengan abang Zaf.Abang minta maaf atas segalanya.!"
"Baru sekarang nak cerita?.Setelah bertahun lamanya awak berjaya buat abang Zaf benci pada Aura."
"I'm so sorry biar abang betulkan keadaan."
"Tak payah,jangan nak keruhkan lagi keadaan yang awak dah berjaya huru-harakan.Saya akan maaf kan awak bila Zafran dah boleh terima saya sebagai isteri.Saya minta diri dahulu."
Naura pergi meninggalkan Noah dengan perasaan kesal.Noah menunduk kecewa semoga satu hari nanti Naura akan memaafkan dirinya.Kalau sahaja Noah tidak membuat onar sekurang-kurangnya dia dan Naura masih menjadi sepupu serta sahabat yang baik.
* * *
Zuyin sudah ketar lutut melihat Naura berdiri kaku tanpa tangisan.Inilah pemandangan yang paling menakutkan dan menyakitkan bagi Zuyin.
"Naura kalau kau nak nangis nagis ajelah!. Janganlah diam macam ni kau buat aku takut tau tak."Bahu Naura digoncang kuat tapi Naura masih kekal tanpa riak wajah.Ain dan Zara sudah berjuraian air mata,mana tidak melihat keadaan boss mereka seperti itu.
Cermin butik dah pecah.Dinding penuh dengan contengan sprey merah,lain lagi ceritanya baju-baju costomer yang sengaja dikoyakkan.
"Naura kalau kau nak meraung nak marah kami marahlah.Kelauarkan air mata kau."
Bentak Zuyin pada Naura namun tiada tanda-tanda yang Naura akan menangis.
"Cik Aura."
Panggil Ain dan Zuyin menghampiri Naura.
"Butik ni peninggalan mama untuk Aku Yin.Kau sendirian tahu macam mana aku dapat kan butik ni kembali untuk berjaya dikenali ramai."
Akhirnya Naura menunduk menitiskan air mata dengan penuh rasa terluka.
"Apa salah aku Allah hukum aku teruk macam ni?.Butik ni satu-satunya benda yang aku rasa buat mama bangga pada aku dan tersenyum kat sana."
Naura menyeka air mata dengan bahu terhinjut-hinjut.Meramas bajunya kasar lalu memukul dadnya sakit.Zuyin yang melihat itu segera mendapatkan Naura yang terduduk lemah untuk ditenangkan.
"Naura jangan cakap macam tu!Jangan cakap macam orang tak ada tuhan.Allah tahu kau kuat sebab tu kau diuji."
Naura ketawa dalam tangisan menggeleng kan kepala.
"Naura jangan lah ketawa!kau buat aku kecut perut tau tak."
"Kenapa kau ingat aku akan jadi gila.No way aku takkan hilang kewarasan selagi aku tak tahu siapa buat semua ni."Naura tersenyum miring memandang Zuyin.
"Aku akan pastikan orang tu menyesal buat benda macam ni pada aku."
Entah apa dosanya pada orang yang berbuat begini terhadapnya.Sebenci apa orang itu padanya.
"Kalau ada benda tak Pusa hati cakap dengan aku.Bukan hancurkan aku macam ni."
"Naura apa kata kita buat report polis!.mungkin ada orang dengki busuk hati dengan kau ni."
"Kau nak report polis?.Apalah sangat yang polis tu boleh buat.Sampai sekarang pihak yang kau panggil polis tu tak tahu lagi siapa yang bunuh mama dan papa aku."
Zuyin mendengus kasar nampak sangat Naura ni anti dengan PDRM.
"CCTV dah kena sabotaj.Nak tanya orang rasanya benda ni berlaku semalam.Mana ada orang buat kerja gila macam ni pagi buta."Zuyin mengutip cebisan kain mengemas apa yang patut dibantu Zara dan Ain.
'Z'
Naura mengecilkan mata melihat simbol salah satu contengan pada dinding butik,dah berapa kali dah simbol itu mengganggu nya.Naura segera berlari keluar dari butik.Namun Naura merintih sakit apabila bahunya terkena retakan cermin tajam pintu yang pecah.
"Auch."
"Ya Allah'..Naura."
"Cik Aura.."
Segera mereka mendapatkan Naura yang berlumuran darah.
"Kau ok tak ni?jom pergi klinik! "
Terpampang Naura sedang berkerut dahi dengan rasa sakit.Membuat Zuyin dan dua pekerja mereka cemas.
"Sikit je ni,korang balik dahulu."
Naura menekup lukanya dengan telapak tangan.
"Asal kau ni degil sangat.."
Marah Zuyin pada Naura.
"Biar aku uruskan."
Naura tetap berdegil, akhirnya ketiga gadis sunti itu mengalah.Mana boleh nak lawan perempuan degil ni.Kalau dia dah kata tidak maka itulah jawapan bulatnya.
* * *
"Senang dapat berkerjasama dengan Tengku."
Senang kau kata ikutkan hati nak sahaja Tengku ni dilenyapkan dari muka bumi.Tengku Khaizuran menyambut jabat tangan dari Zafran dengan senyum lebar.
"Saya harap sangat tander bernilai tujuh juta ni berjalan dengan lancar.."
Pap...
Kedua lelaki itu refleks memandang ke arah pintu,mendengar pintu dibanting dengan kuat.
"Naura.."
Serentak mereka menyebut nama Naura.Lalu saling berpandangan.
"Maaf tuan saya dah larang tadi.Tapi.."
"Awak boleh Keluar Lin"
Perempuan itu menunduk mendengar ucapan dari majikan sebelum berlalu pergi.
PA baru itu pasti tidak tahu yang Naura adalah isteri nya.
Zafran segera mendapatkan Naura dengan perasaan cemas.Melihat pergelangan bahu Naura berbalut.
"Aura kenapa ni?.Apa dah jadi? sakit kat mana?"
Soalnya cemas.
"Jangan berpura-pura tak tahu.Awak menghilang beberapa hari ni hanya nak rancang semua ni?"
Naura sempat melirik Tengku Khaizuran sebelum kembali memandang wajah Zafran.
"Kalau nak sakitkan saya silakan saya terima dengan berlapang dada.Tapi jangan hancurkan saya dengan apa yang tak patut awak buat.Aura cintakan abang tapi kenapa buat Aura macam ni?."
"Awak nak sakitkan saya luar dan dalam saya boleh bertahan.But why?."
"Aura cakap apa ni?.abang tak faham?"
"Abang..? abang nak try berlembut agar rancangan abang tak diketahui Aura.Kenapa nak libatkan harta berharga peninggalan arwah mama pada Aura kenapa.,.kenapa?
Naura menunduk dengan tangisan.Tengku Khaizuran terkebil-kebil dengan perasaan yang sukar ditafsirkan oleh dirinya sendiri.
'Apa hubungan mereka berdua?.Kenapa rasa sakit sangat hati ini melihat Naura menangis.'
Apa yang tidak boleh diterima lelaki itu adalah,mendengar Naura mengungkapkan cinta pada lelaki lain.
"Besar sangat ke kesalahan yang saya buat sehingga awak sanggup buat saya macam ni.?.Dosa apa yang kena saya tanggung agar awak puas hati?."
Tengku Khaizuran sudah tidak diendahkan bersetan dengan pandangan lelaki itu padanya.Untuk saat ini biar alam semesta menjadi miliknya dan Zafran bertikam lidah.
Naura memukul dada Zafran dengan sekuat hati namun di biarkan sahaja.Zafran tidak tahu apa yang terjadi biar Naura bertenang dan bercerita bila dah reda.
"Why? tell me what happened?"
Lengan Naura di pegang kejap.Dagu Naura ditarik agar mendongak menatap wajahnya,mencari anak mata Naura.Tengku Khaizuran sudah terhimpit nak keluar ke,tak, tapi rasa panasaran dalam dirinya sedang menggunung.
"Ya Allah."
Naura meramas wajahnya dengan tangisan tersedu-sedu.
"You ask me why?"
Naura ketawa lepas.
"You did a good job,tahniah awak berjaya campakkan saya ke jurang yang paling gelap dan menyakitkan."
Naura menepuk tangan lalu mengaduh sakit.Tengku Khaizuran tergerak sedikit namun langkahnya mati menyedari Zafran ada disitu.
"Sayang."
Zafran memegang balutan Naura dengan cemas.
"Jangan panggil saya sayang!abang jahat..Aura benci abang."
Naura memutar badannya membelakangi Zafran lalu pergi dengan perasaan marah.
'Kenapa abang cakap? ..masih tak nak mengaku'
"Maaf saya kena pergi,Harap kita boleh berjumpa lagi dalam masa terdekat ni."
Tengku Khaizuran meminta diri seraya menepuk bahu Zafran.Dia tahu pasti lelaki itu ingin mengejar Naura.Bukan dia tidak ingin mengejar Naura namun untuk saat ini biar Naura bertenang.
* * *
Ok darlings semua jangan lupa bagi comment ya.!Love you guys..Muah sikit.
Share this novel