Bali, Indonesia..
Sudah hampir satu jam Naura berdiri didepan pintu gerbang akhirnya dia terpaksa duduk.Melihat keadaan badannya yang remuk dikerjakan oleh suaminya semalaman mengenang itu membuat nya menangis lagi apa yang Zafran lakukan padanya adalah satu bentuk keganasan rumah tangga.
Penerbangan selama tiga jam berada di atas kapal terbang langsung tidak memberinya rehat yang cukup.
Dari tengahari hingga ke malam berkunjung tiba,Dia masih kekal disitu meski orang didalam sepertinya tidak mengalu-alukan kedatangan nya ke villa itu.Spec hitam ditanggalkan,.Matanya yang bengkak akibat terlalu banyak mengalir kan airmata dikatup rapat ketika disapa angin kerana terlalu pedih.
"Tolong izin dia masuk mas!.Kasihan cucu kita,dia pasti merasa penat berdiri disana."
Edward bangkit dari duduknya surat khabar dilempar kesal belum pun dia melangkah ingin pergi tanganya telah dipaut oleh isterinya.
"Mas Aku mohon.."
Ayunda tidak putus asa memohon pada suaminya.
"Aku tidak akan mengulangi apa yang telah ku katakan berulang kali."
Tegas suaranya tapi tidak setegang ketika isteri memujuk pada mulanya.
"Aku tidak punya cucu setelah anak laki-laki ku pergi.Kalu dia merasakan punya hubungan dengan keluarga ini pantasnya dia lebih memilih kita bukanya yang disana."
Hubungannya dengan Naura menjadi dingin sejak pemergian anak lelakinya.Ketika Edward berkeras ingin membawa Naura balik ke Indonesia untuk diasuh memandang Naura adalah cucu tunggal mereka.Malah Tan sri Khalid juga turut berkeras tidak membenarkan Naura ikut mereka yang paling mengecewakan bagi Edward Naura lebih memilih keluarga mamanya berbanding keluarga papanya sendiri.
"Dia bukan cucu Ku suruh dia pergi."
"Mas dia satu-satunya cucu kita.Jika Rangga masih ada bagaimana perasaan anak mu kalau tahu anak gadisnya yang imut diperlakukan seperti itu."
Edward sedikit terkesima dengan ucapan Isterinya sebentar tadi.
"Kenapa dia harus datang sekarang?.Ohh..Atau mungkin karena dia sudah dicampakkan oleh keluarga kebanggaan nya itu."
Katanya dengan nada tinggi.Ayunda sudah mengis dengan kedegilan suaminya memperlakukan Naura seperti orang asing.
Dia tahu suaminya itu juga merindukan cucu mereka itu tapi kerana ego dan harga diri yang menjadi penghalang.
Ayunda selalu mendapati Edward akan masuk ke bilik tidur yang pernah dihuni Naura ketika cucu mereka itu sering datang melawat bersama kedua arwah mama papanya.Hingga kan suaminya itu pernah menitiskan airmata melihat gambar Naura didalam bilik itu.
"Mas sendiri tahu sejak pemergian Rangga ini bukan kali pertama dia datang kemari bahkan mas sendiri menolak undangan pernikahan cucu mu itu."
Edward diam tanpa kata tidak menyangkal kata-kata isterinya itu.
"Jika memang benar dia dicampakkan.Lalu kita membiarkan sahaja itu.Dia tetap darah daging keluarga ini mas."
"Aku akan pergi pada Aura dan bawa dia kemari."
"Terserah,percuma Aku menghentikan mu.."
Lalu Edward berlalu pergi,Ayunda tahu suaminya sudah mulai berlembut hati.
Ayunda pergi mendapatkan Naura ketika dia membukakan pintu dilihatnya cucunya itu sudah terlelap.Lalu dia mendekat menepuk bahu Naura.
"Sayang bangun.."
Naura mengangkat kepalanya lalu mendongak matanya dikecilkan.Terkejut bukan kepalang wanita paruh abad itu melihat wajah sembab Naura.
"Ya' Allah cucu ku.."
Naura bangkit dari duduknya lalu memeluk Ayunda terdengar esakan keduanya melepaskan rindu.
"Mana suami mu..Apa kamu dibiarin datang sendirian tanpa ada teman.?."
"Kenapa leher mu memar?."
Ayunda menyipitkan mata melihat kesan lebam pada leher dan atas dada cucunya itu.Naura tersedar selendang yang menutupi kesan noda yang Zafran lakukan semalam telah terdedah.Naura segera membetulkan letak hujung selendang ke bahunya yang terjuntai jatuh.
"Eyang.."
Tangisannya makin kuat tidak tertahan.
Membuat Ayunda bersusah hati dengan tangisan cucunya itu.
"Ya sudah kalau kamu gak mahu cerita..,Ayo kita masuk!."
Ayunda membawa Naura masuk ke dalam villa.Edward hanya memerhati dari jauh dengan perasaan berbelah bahagi.
* * *
Seharian suntuk Zafran menyusuri jalan kota Kuala Lumpur tanpa henti mencari Naura keseberang arah.Dia gagal menemui isterinya seakan isterinya itu ditelan bumi menjadi halimunan.Bukan setakat Iskandar malah orang suruhannya juga gagal menjejaki Naura,.Setelah penat lelah mencari isterinya malam itu Zafran pulang kediaman agam Tan Sri Khalid.
"Kenapa balik sorang Naura mana?"
Soal Tan Sri Khalid dia melihat kebelakangan cucunya jika Naura ada dibelakang Zafran.Maklumlah cucunya itu mempunyai badan lebar dan lampai.
Zafran hanya diam sahaja lalu duduk diruang tamu dengan berwajah murung.
"Budak bertuah ni,Tok ayah tanya tu.."
Datin Salwa duduk disamping Zafran seraya menepuk paha anak lelakinya itu.Zafran tersentak lalu memandang wajah mummy nya.
"Ha'..Aura ada event kat Pavillion.,papa mana tak nampak pun."
"Ada kat atas buat kerja sikit."
"Kuala Lumpur fashion week?.Kenapa kamu tak datang bagi support pada dia?."
Zafran menelan liur pahitnya.Tan sri Khalid seakan menghidu sesuatu dari air muka cucunya itu.
"Zaf ada hal nak kena satele tu yang tak boleh nak join."
"Setahu mummy pertunjukan fesyen tu bulan depan.Pelik selalunya kalau ada acara macam ni Tasya dah menghilang tu kat atas berkampung dengan drama entah apa entah.Pusing mummy dengan adik-adik kamu ni yang sorang hilang entah ke mana yang sorang lagi menangis sampai nak berhingus tisu berkotak-kotak."
Mummy tak tahu anak sulung mummy ni lagi teruk dah kena tinggal bini.Zafran berperang dengan perasaan nya sendiri yang sedang merusuh.
"Zaf dah makan?."
"Dah tadi sebelum datang sini.."
Dia sudah berbohong pada mummy nya, macam mana dia nak lalu makan dalam keadaan sekarang ni.
"Abang..."
Teriak Tasya dari atas lalu berlari anak menuruni anak tangga.
Tan Sri Khalid yang tengah menonton berita hampir terbang semangat mendengar suara nyaring cucunya yang seorang itu.Dia mendengus kecil dengan gelengan kepala.
"Abang dah jumpa kak Aura dia kat mana.?."
Sontak mata yang ada disitu memandang kearahnya.Zafran mengusap tengkuk lalu mengetap bibir Tasya dipandang geram.
Jika isterinya sudah ditemui.Zafran berkira-kira untuk membuat ujian DNA dengan Tasya.Mana datangnya mulut murai itu.Kecik besar kecik besar sahaja Tasya didepan matanya.
"Jangan cakap dengan tok ayah yang Naura tinggalkan kamu lagi sebab kesalahan yang kamu buat."
"Semuanya.."
"Semuanya salah faham itu yang kamu nak cakap?."
Tan Sri Khalid bersuara tegas dengan kekal tenang.
"Kenapa kamu selalu sakitkan dia,.Zaf jangan cuba nak uji kesabaran tok ayah dengan berbuat demikian pada isteri kamu."
"Kamu tak nak tok ayah pasang mata-mata.Tapi dalam keadaan begini kamu tetap ulang perkara yang sama terjadi."
"Ayah bertenang!. mungkin Naura tengah tenangkan diri dan tak nak diganggu."
Datin Salwa menenangkan ayah mertuanya.
"Zaf dah cuba cari merata tempat.Telefon langsung tak diangkat."
"Memang padanlah isteri kamu buat macam tu.Kamu ingat dia tu batu yang tak ada perasaan yang bila dicampak berdiam diri tak berkutik."
Zafran diam tidak tahu harus menjawab apa lagi.Tan sri Khalid bangkit lalu berlalu pergi kecewa dengan cucu sulungnya itu.
Ketika Tasya ingin memasuki bilik tidurnya, Zafran segera mendapatkan adik bongsunya itu.Pintu ditahanya agar Tasya tidak jadi masuk.
"Abang ni kenapa?.."
"Kau tanya Aku kenapa?.Yang kau terlampau ringan mulut sangat bagi tahu pasal kak Aura tu pada tok ayah kenapa.."
Tasya tersengih dengan menyatukan kedua telapak tangannya.
"Ampun Tuanku patik tak sengaja.."
"Banyak lah Kau tak punya sengaja,adik bukanya nak tolong abang adik tambah nak kusutkan kepala abang kau ni.."
Zafran berdecak kesal dipandangnya Tasya dengan tidak puas hati.Tasya dari dulu lagi mana pernah menyebelahinya dalam apa-apa hal.
"Apa sebenarnya kesalahan yang abang dah buat sampai kak Aura pergi tak bagi tahu abang.."
Gadis itu memicing mata dengan menyilang lengannya menyelidik Zafran.
"Kau apa tahu hal orang dewasa.."
"Eh' abang ni,orang dah dewasa lah."
"Luaran Kau memang dewasa tapi otak kau macam terencat."
Zafran melangkah pergi setelah mengatakan itu.
Di tinggalkan Tasya yang melogo dengan kata-katnya sebentar tadi.
"Begini ke keadaan lelaki bila ditinggalkan isteri atau akan lebih teruk lagi."
"Adakah patut dia cakap Aku terencat."
Dijelingnya kelibat Zafran yang memasuki bilik lelaki itu,.
* * *
Larut malam adalah masanya kebanyakan manusia untuk melelapkan mata.Tapi tidak dengan suasana kelab malam itu yang begitu membingitkan telinga.Di ruang tengah pentas kelab malam manusia berlainan jantina sibuk menari seolah tiada apa yang mengganggu mereka.Mereka berasa bebas dari fikiran yang memenatkan dari segala kekusutan.
Di meja pelayan.Seorang lelaki duduk di kerusi bar antara separuh sedar dan tidak.Kepalanya ditekup pada meja yang beralaskan lengannya sendiri.
"One more glass!."
Jarinya diangkat,segera pelayan bar itu menuangkan minuman keras berwarna merah pekat.Kali ini dia tidak mabuk seperti kebiasaan,maabuk yang teruk hingga bau alkohol itu begitu menyengat.
"Hi handsome,sorang je.?."
Seorang wanita yang kelihatan tidak cukup kain menghampiri Tengku Khaizuran dengan senyuman meleret.
Dengan mata yang kuyup wanita itu diamati lalu dia mengukir senyuman.
"Naura.."
"Yes.."
Wanita itu mengiakan walau hakikatnya dia tidak tahu siapa gerangan perempuan bernama Naura itu.
Tengku Khaizuran bangkit dari duduknya, susah payah lelaki itu bangkit bila tidak dapat mengimbangi badannya sendiri.Wanita itu tidak tinggal diam lengan Tengku Khaizuran diletak dibahunya dan mencuba memapah lelaki itu.
"I miss you..I love you so much.."
Tengku Khaizuran meracau-racau dengan mata yang makin memberat.
"Kenapa you boleh kahwin dengan lelaki macam Zafran?."
"Tengku..!"
Satu suara lelaki datang dari arah pintu masuk dan meluru ke arah dua manusia itu.
"Sorry,Terima kasih dah tolong jagakan my bos.."
Fadhli selaku pembantu peribadinya,menarik tubuh majikannya itu dari wanita tadi lalu berganti memapah tubuh sasa itu keluar dari kelab malam terbesar di bandaraya Kuala Lumpur itu.
Wanita itu mencebik dan hanya memerhati dua lelaki itu berlalu pergi.
"Ku.. macam mana ku teruk mabuk macam ni.?,Ni kalau Tengku Zabrina tahu habis dunia terbalik dibuatnya."
Setengah jam lalu majikannya itu ada menghubunginya tapi tidaklah teruk sangat mabuknya.
"Naura Rosse..!"
Fadhli merengus kecil seraya menggeleng kepala mendengar nama itu disebut.Parah sangat kes majikannya itu.Bukan setakat cintanya tidak berbalas malah lelaki itu menyimpan perasaan terhadap isteri orang.Tubuh lelaki itu didudukkan di pintu belakang penumpang.
Fadhli memandu meninggalkan kawasan itu,Tengku Khaizuran dihantar kekondominium milik lelaki itu.
* * *
Naura terjaga dari tidurnya dia tidak mampu tidur dengan lena.Lalu dia keluar dari suite dia perlu keluar mengambil udara segar diwaktu malam.
Naura duduk digazebo di bawah rimbunan pokok kelapa.Bayu dingin dari pantai yang bertiup menyapa wajahnya mengamit rindu pada encik suami yang telah menyakitinya.Air mata sunguh jujur sehingga tiada rasa segan untuk mengalir.
Rasa rindu,dia seakan mengutuk dirinya sendiri untuk apa merindui orang yang telah menyakiti diri sendiri.Apa orang kata rindu dalam benci.
Mahu sahaja kepalanya dihempuk dengan batu.
"Ternyata kamu lagi ada disini.."
Dia melihat Ayunda yang berkain batik khas corak bali itu mengambil duduk disebelahnya.
"Eyang belum tidur?."
"Bagai mana bisa eyang mahu tidur sayang,Eyang itu khawatir sama kamu gak makan nagis mulu..Ada apa sih cerita dong sama eyang."
Sejak melihat cucunya itu datang meskipun dia gembira tetap perasaan susah hatinya susah di usir jauh.
"Apa suami mu menyakiti mu, apakah dia selingkuh dengan wanita lain."
Duga Ayunda pada situasi cucunya itu.Naura melentokkan kepalanya dibahu neneknya, Ayunda mengusap lengan cucunya itu penuh sayang.
"Kami hanya bergaduh sikit je.. Biasalah rumah tangga kan ada pasangan surutnya."
"Jangan terlalu lama gambek nya loh,entar suamimu keburu diambil wanita lain."
Naura mencebik manja membuat Ayunda ketawa halus melihat mimik wajah cucunya itu.
"Eyang.."
"Ada apa.."
"Kakek masih marah pada Aura?. Sejak Aura datang dia langsung tak nak cakap dengan Aura."
"Jangan terlalu memikirkan kakek mu!.Cepat atau lambat dia akan menerima kehadiran Aura disini.Dan kamu harus membujuk dengan kelucuan mu."
"Eyang Aura ni dah besar bukan budak-budak lagi nak buat muka comel.Nanti kakek makin marah dan menyampah dengan Aura."
"Keduanya berhati keras.Pusing eyang sama kalian jadinya."
Ayunda tergeleng kepala..Atok dan cucu sama sahaja bikin sakit kepala.
"Eyang macam mana nak pertahankan rumah tangga agar kekal lama."
"Harus saling mempercayai,dan saling membahagiakan lalui saat sukar bersama.Kebersamaan itu yang menjadikan sesuatu perhubungan betah."
Naura tersenyum kelat mendengar nasihat Ayunda padanya.Mempercayai itu satu hal saat sukar itu juga menjadi masalah bagi Naura.
Tidak lama mereka duduk disitu akhirnya mereka masuk kedalam melihat malam yang kian larut.
Ketika itu seorang pekerja villa bertugas menyiapkan sarapan pagi terkejut melihat tubuh seseorang terlentang tidak sedarkan diri di lantai ruang dapur.
"Non..bangun Non..!"
Segera dia menghampiri Naura dengan menepuk pelan pipi cucu majikannya itu.
Dia sudah tidak sedap hati lalu berlari keluar ke ruang tengah mencari Ayunda.
"Nyonya.. Nyonya.."
Marta yang dalam keadaan cemas tercungap-cungap mengatur nafas.Ayunda yang ketika itu sedang berbincang dengan dua orang pekerja terkejut dengan teriakan Marta.
"Ada apa Marta."
"Anu nyonya..Non Naura pingsan."
"Ha.."
"Hubungi dokter Areyum sekarang!."
Edward yang baru memasuki ruang villa itu sudah mengeluarkan arahan dalam keadaan cemas.Lalu mengikut langkah Isterinya keruang dapur.
Dengan kudrat kekuatan tuanya tubuh cucu perempuan nya itu diangkat menuju ke suite milik cucunya itu.
Ayunda sudah tidak kuat menahan tangisnya melihat tubuh Naura yang terkulai lemah tidak sedarkan diri dengan muka pucat lesi.Diusapnya penuh sayang dan penuh kerisauan puncak kepala Naura.
Kemudian,selang dua puluh minit seorang doktor wanita datang memeriksa keadaan Naura.
Dokter Vera memeriksa degup jantung dan perut lalu nadi pada pergelangan tangan Naura.
Setelah itu dia menghela nafas lega lalu berdiri stetoskop ditanggalkan seraya menghampiri Edward dan Ayunda.
Keduanya sudah cemas menanti kata-kata yang akan meniti dari doktor wanita itu.
"Bagai mana keadaan cucu saya dok?"
Suara Edward tidak sabar penuh dengan rasa cemas.
"Tuan enggak usah khuatir,Dia baik- baik sahaja hanya kekurangan dehidrasi.Badanya terlalu lemah."
"Sejak dia datang dia belum makan sama sekali."
Ayunda menerangkan situasi Naura pada Doktor wanita itu.Doktor Areyum menganguk dengan mengariskan senyuman manis dibibir.
"Sepertinya dia sangat tertekan penyebab asam lambung menyerang perutnya yang kosong."
"Maaf saya buru-buru datang.Saya lupa membawa obatnya nanti saya suruh asisten saya untuk mengirimkannya."
"Maaf sudah mengganggu hari libur dokter.,Mari saya hantar.."
Ayunda mengiringi doktor Areyum keluar dari suite Naura.Dan meninggalkan Edward untuk menjaga Naura.
Edward menarik kerusi lalu terduduk lemah.Tangan halus milik Naura dicapai digenggam jemari itu penuh sayang.
Jari yang sama yang pernah dipegangnya saat anak lelakinya membawa bayi kecil ke villa mereka.
Setiap hujung tahun ketika Rangga masih hidup dia akan membawa anak dan isterinya bercuti ke Indonesia.Dan akan meninggalkan anak gadisnya itu menghabiskan cuti sekolah di bali bersama Edward dan Ayunda.
Tapi sejak peristiwa hitam itu terjadi.Semuanya berubah.Hati Edward menjadi keras dan ego kerana rajuknya pada Naura.
"Maafin kakek sayang.."
Hanya itu yang mampu diucapkan.Dengan airmata tuanya mengalir penuh kedukaan.
Share this novel