BAB 39: SEPARUH NYAWA

Romance Series 11121

PARGHH...

Kali ini bukan tangan Qaisara yang naik menampar wajah Naura melainkan lelaki berwajah bengis itu.Qaisara tersenyum senang meski hatinya terasa sakit ketika Naura mencacinya.

"Jangan berani nak kutuk keturunan Aku.Anak yang Kau cakap tak sama taraf ni anak papa Kau,bodoh!."
Naura akan bertahan dia tidak akan melawan lagi,takut orang-orang dihadapannya ketika ini naik melenting.Demi keselamatan bayi nya.Naura ia,iakan dikatakan bodoh.Sakit jujurnya perlakuan dua manusia ini sangat lah menyakitkan hati, namun apa dayanya.Pasrah itu lebih baik.

"Papa Kau lelaki tak bertanggungjawab.Bila Kakak Aku datang nak minta dia bertanggungjawab.Kau tahu apa papa Kau buat.?."

"Kau tahu tak?."
Terangkat bahunya dek terkejut ketika lelaki itu menengking kuat.Zarul menendang kerusi yang diduduki nya tadi.Sungguh dia tidak kuat berada dalam situasi ini.

"Papa Kau pisahkan sara dari ibu kandung dia.Dia hantar sara pergi rumah kebajikan.Bertapa tersiksanya kakak Aku terpaksa berpisah dengan bayi yang dia baru lahirkan sampai kak Hani meroyan dan naik gila.Dan Kau tahu punca dari semua tu Aku membesar penuh dengan tekanan.Orang tua Aku meminta dan ajar untuk membalas dendam sebab keluarga Aku tak mampu nak lawan keluarga mama Kau yang kaya raya.Kami kehilangan Sara tanpa jejak."
Terlihat urat-urat di leher Zarul berujar begitu,mukanya yang merah padam benar-benar membuat Naura ketakutan.
Ya'Allah betulkah semua itu papanya yang bersikap tidak berperikemanusiaan.Dan sekarang dua manusia ini ingin membalas dendam padanya.Sejahat apa kah papanya.Perlahan hatinya mulai dipengaruhi dengan cerita dan emosi yang ditunjukkan padanya.

"Tapi saat kakak Aku hampir sembuh setelah hampir empat belas tahun terkurang dihospital.Papa Kau datang kononnya nak minta maaf dan tebus semua kesalahan dia itupun dia tak ikhlas dia buat semua tu demi Nurin."

"Aku punyalah banyak keluarkan duit supaya kakak Aku cepat sembuh dengan tak ada hati nuraninya Rangga datang dan mengguris luka di hati Kakak Aku.Aku dah bagi dia amaran tapi lelaki tak guna tu degil nak mampus.Sampaikan kakak Aku tak tahan mengenang semua peristiwa yang terjadi dan mengambil keputusan untuk gantung diri."
Qaisara yang mendengar cerita itu semula menitiskan airmata penuh sakit.Baginya dia tiada ayah dia hanya ada ibu.Dia lahir dari benih lelaki yang tak guna sehingga kan dia membesar juga dengan lelaki yang lebih kurang sial macam Rangga.

Zafran adalah penyelamat bagi dunianya yang kelam.Siapa sangka sehingga dia jatuh cinta pada lelaki itu dia di bayangi Naura.Dan untuk itu dia akan singkirkan apa sahaja yang menghalang dirinya untuk sampai kepada cinta Zafran.

"Kau tahu melihat kak Hani tergantung tak bernyawa punca Aku kehilangan arwah mak Aku akibat semua tekanan tu."
Naura tertunduk dengan air mata yang menitis satu persatu.Kepalanya digeleng lagi tidak percaya itu pasti hanya satu sandiwara.

"Kenapa Kau tak percaya?.."
Zarul meneka tepat apa yang bersarang dalam buku hati perempuan itu.

"Takpe bila Kau dah kat alam barzakh Kau tanya sendiri dengan lelaki tak guna tu."
Zarul memberikan arahan pada orang- orangnya agar ikatan pada tangan dan kaki Naura dileraikan.Kemudian tubuhnya dibaringkan dilantai kotor itu dipengang kaki dan pergelangan tangannya dengan kejap oleh empat orang lelaki.
Naura memejam mata sejenak mengumpul segala kekuatan agar terus bertahan.Qaisara berjalan menapak kearahnya.

"Sekarang giliran Aku untuk balas balik.Kau kena tanggung semua kesalahan lelaki tak guna tu."

"Sara please Aku merayu sangat,jangan apa-apakan bayi Aku! bayi ni tak bersalah."

"Kau merayu ke?.."
Qaisara tersenyum sinis.

"Kita tak ada beza Naura dua-dua anak yang kehilangan orang tua.Tapi berbeza dengan Kau,Kau membesar dengan kasih sayang malah penuh dengan kemewahan.Sedangkan Aku Kau tahu Aku begitu jijik depan mata Kau.Kau tak pernah hidup ditempat Aku.Aku kehilangan kesucian sejak berumur sepuluh tahun dari lelaki yang Aku anggap sebagai ayah.Malah lelaki itu hampir menjual Aku munjur ketika itu Zafran Ada selamatkan Aku."
Sebak didada tidak mampu ditahan.Dia benci pada Naura, perempuan itu punca dia kehilangan sinar hidup lagi.

"Kau tahu siapa yang lagi menjijikkan dalam hal ni adalah Kau."

"Kau lagi jijik dari seorang jalang,kau perampas hak orang lain.Jangan katakkan aku tidak terima kenyataan sedangkan kau juga begitu."
Setiap manusia melakukan salah dan silap,yang namanya insan tidak akan terkecuali termasuklah dirinya sendiri.
Jika dia membenci Qaisara maka sebaliknya perempuan itu juga berhak untuk membenci tapi apa yang Zarul dan Qaisara lakukan terlalu melampau.

"Sara tiada siapa yang hendak perkara ini akan terjadi.Semuanya dah takdir.Sara kita ada pertalian darah.Kau kakak Aku,anak Aku macam anak Kau juga.Kalau Kau nak Zafran kau ambik ajelah tapi tolong lepaskan Aku demi bayi ni."
Ya dia rela lepaskan suaminya asalkan nyawa dalam kandungannya itu selamat.Jika ini jalan yang ada untuknya dia akan buat mesti harus melepaskan cinta pertamanya itu.Semakin lebar senyuman sinis yang terukir di wajah Qaisara melihat Naura merayu padanya.

"Tolong jangan apa-apakan bayi aku dia darah daging Zafran,Sara tolonglah aku merayu.!"

Qaisara menjadi berang dengan ucapan Naura padanya.Pergelangan tangan Naura direntap kasar sehingga Naura terduduk dengan rasa terkejut tidak cukup dengan itu rambut Naura dipagut hingga Naura terdongak keatas sakit sungguh dirinya dengan tindakan Qaisara padanya.

"Berlutut dan merangkak datang pada aku!."
Dalam tangisan matanya terkebil dengan perintah Qaisara padanya.Zarul yang berpeluk tubuh tersenyum sinis begitu juga Qaisara.

"Aku nak tengok sejauh mana kau sanggup berkorban untuk selamatkan bayi kau."

Qaisara berundur menjauh dia ingin Naura merangkak dan merayu padanya.

Naura bangkit, perutnya diusap menyalurkan kekuatan pada bayi dalam kandungannya.Maka dia mula merangkak dengan air mata jatuh satu persatu menyapa lantai.Dia tidak ubah seperti seekor anjing dihadapan Qaisara dan Zarul.
Beberapa detik Naura berhenti menyekah air matanya.

"Kenapa Kau tak sanggup?..Rasa terhina?."
Qaisara mencebik mengatakan itu,Naura menggeleng perlahan dengan persoalan Qaisara padanya.Sakit hati di ketepikan,biarlah bagaimanapun keadaannya ketika ini,dia sudah tidak kisah.

"Merangkak..!"
Serunya pada Naura tidak sabar.Ketika Naura mula menggerakkan tapak tangan dan lututnya satu suara menerjah mengejutkan mereka semua.

"Berhenti!"
Sontak mereka memandang ke arah asal suara itu.Berdiri Zafran dimuka ruang depan pintu masuk dengan muka menyingganya bersama besi berbentuk pemukul bola besbol yang dipenuhi darah.Sakit hatinya dirundun pilu melihat keadaan isterinya begitu.Pasti itu darah orang-orang yang menjaga pintu gerbang.Turut serta bersamanya adalah Tengku Khaizuran dan lima orang lelaki.

PAP...PAP...
Suara tepukan tangan Zarul bergema menyambut kedatangan dua lelaki itu.

"Aku tak sangka tempat ni boleh ditemui..Tapi Aku tak heran sangat.."

"Nak join ke?."
Seru Zarul dengan sinis ,lalu orang-orang lelaki itu membuat tembok penghadang mengelilingi Naura.

"Lepaskan isteri Aku... lelaki tak guna.."

"Jangan harap."
Suara Qaisara menidakkan.Bahu Naura ditolak hingga membuat wanita mengandung itu terbaring.Kaki Qaisara naik ke atas perut Naura.

"Arghhhh..."
Suara Naura merintih sakit saat Qaisara menekan sedikit bucu tumit tingginya pada perut Naura.

"Sayang,..."
Zafran tidak cukup nafas melihat isterinya diperlukan begitu.

"Sara awak dah gila ke apa,."

"Ya,..Saya gila,gila sebab awak lebih pilih perempuan ni."

"Sara please saya merayu tolong lepaskan Naura, jangan buat kerja gila macam ni."
Qaisara mencebik, melihat kaki Qaisara lagi satu seperti ingin bergerak menuju perut isterinya Zafran berlari untuk mendapatkan Naura. Begitupun Tengku Khaizuran dan orang suruhannya mengerumuni dan menyerang.Maka terjadilah sesi keroyokan dengan darah terpercik bagi Zarul suasana itu sangat menghiburkan.

Ketika Zafran hampir meloloskan diri malah dia dihalang keras oleh orang suruhan wanita itu,Kepalanya berdengung bila ada besi panjang sempat singgah dibelakang kepalanya.Tubuh Zafran dipukul dan ditendang lelaki itu rebah tidak berdaya dua orang suruhan Zarul mengheret nya kearah lelaki itu.
Bahagian kepalanya sedikit berdarah.

"Uncle tolong jangan apa-apakan dia."
Suara Qaisara terkesan kasar.

"Jangan risau uncle cuma nak buat perhitungan dengan dia.."

Tengku Khaizuran dan dua orang suruhan Zafran masih lagi dalam sesi mempertahankan diri tidak mudah bagi mereka yang dalam jumlah sedikit untuk menyerang.

"Aku pernah dalam situasi macam ni,dan Aku akan pastikan Aku akan menang untuk kali yang kedua."
Zarul mengacukan muncung pistol tepat di dahi Zafran.Mengundang debaran dihati Naura dan Qaisara.
Sejujurnya Qaisara tidak berapa mempercayai bapa saudaranya itu yang kadang seperti ada masalah dalaman otak.

"Aku nak Kau pilih Qaisara atau Naura,kalau kau pilih sara Aku akan lepaskan isteri kau tapi kalau kau pilih untuk bersama Naura."
Zarul memberi jeda tawaran berbaur ugutan pada Zafran.

"Peluru ni berkecai dalam kepala hotakk kau dan isteri Kau out of the game.."

"Kau ingat nyawa orang kau boleh ganti rugi.Aku hanya cinta kan isteri Aku sampai matipun Aku takkan pilih perempuan iblis tu.."
Zarul tersenyum sinis,Dia memandang Qaisara mengisyaratkan pada anak sedaranya itu melakukan sesuatu pada Naura.

"Arghhhh...."
Qaisara menekan perut Naura kuat,lebih kuat lagi dari apa yang dilakukannya tadi..

"Lepaskan isteri Aku lah perempuan gila.."
Zafran yang ketika itu dalam keadaan berlutut bangkit.Pisau yang ada pada tangan anak buah Zarul ditarik, Zarul yang tidak menyedari perbuatan Zafran itu leka melihat wajah Naura dalam kesakitan segera dibenam kepala pisau tajam itu pada perut Zarul.

BAM...
Satu das tembakan mengena dada Zafran.
Semua yang ada disitu menjadi kaku, Terutama sekali Naura yang dalam keadaan menahan sakit.Sempat sekali lagi Zafran menarik pisau itu dari tubuh Zarul untuk ditikanya pada Zarul semula.
Dia akan bertahan jika ingin melenyapkan iblis ini.

BAM...
Dan satu lagi das tembakan mengena belakang tubuh Zafran yang dilepaskan dari orang suruhan Zarul.
Mengalir deras darah dari tubuh dua lelaki itu.Zafran sedaya upaya menarik pisau yang ada pada tubuh Zarul untuk menikam lelaki itu semula.

"Biy.."
Suara Naura tersekat tidak mampu dikeluarkan, Sekujur tubuhnya bergetar hebat,kaki lutut nya terasa lemah apatahlagi darah yang mengalir pada celah kelengangnya begitu deras akibat ulah Qaisara padanya.Melihat keadaan suaminya begitu seakan separuh nyawanya terbang melayang.

"Zafran...."
Qaisara memanggil nama lelaki itu.Bergema begitu kuat pada gudang penyeludupan dadah milik Zarul.Dia berlari mendapatkan Zafran.

"Ini...unt...uk ma..ma dan papa Naur..a."
Tersekat-sekat Zafran menghabiskan tutur bicaranya.Dengan kudratnya yang tersisa ditikanya sekuat hati lelaki berhati syaitan itu.

"Sila letakkan senjata kami polis.."

"Tempat ini telah dikepung sila letakkan senjata anda.."
Suara anggota polis tadi membuatkan orang-orang Zarul tidak mampu berbuat apa melihat ketua mereka telah tewas.
Naim dan Iskandar datang bersama pihak polis.
Zafran telah pun rebahkan diri pada lantai gudang itu dia terbatuk-batuk darah tersembur dari mulutnya.Sempat senyuman diberi pada isterinya sebelum matanya tertutup rapat.
Segera Tengku Khaizuran berlari mendapatkan Naura yang sudah tidak sedarkan diri melihat Zafran rebah tadi.

let me paint twilight.
engraved your name there.
Although leaving without saying goodbye ..
thank you for being the most beautiful thing in my life.
Hingga ke hembusan nafas terakhir dia melindungi isterinya...

* * *
Datin Salwa yang ketika itu sedang memasang langsir baru bersama pembantu rumah bergerak menuju meja tamu mendengar telefon bimbitnya berbunyi.

"Hello Asalamualaikum.."

"Walaikumusalam Aunty..Naim bercakap ni."

"Eh' Im lama tak dengar khabar?..Kamu apa khabar?."
Suara esakan Naim dihujung talian membuat hati Datin Salwa tidak keruan.

"Kamu ok tak ni?."
Dia bertanya sedikit ragu, mendengar pertanyaan wanita itu maka makin jelaslah suara tagis Naim.

"Aunty Naim ada berita nak disampaikan, harap Aunty bertenang.."
Kedengaran suara lelaki itu begitu berat pada pendengaran datin Salwa.Jangan ditanya bagaimana gusarnya dan mengillanya jantung seorang ibu bila sahabat kepada anaknya itu membuat panggilan dalam nada begitu.

"Im nak cakap apa ni?."
Ada getaran pada suaranya.
Setelah mengatakan berita yang ingin disampaikan kakinya terundur dengan lutut ketar hingga tanpa sedar melanggar pasu dibelakang lalu pasu itu jatuh berkecai,tidak kedengaran lagi suara wanita itu apa bila sudah pingsan tidak sedarkan diri.Datin Salwa rebah pada sofa ruang tamu, pembantu rumah wanita itu segera mendapatkan majikan mereka dalam keadaan cemas.

"Mummy..."
Suara Tasya yang baru tiba dari kuliah terus meluru kearah datin Salwa.

"Kak Jah kenapa dengan mummy?."
Tasya bertanya pada Jamilah, seraya membantu tubuh datin Salwa dibaringkan dengan betul pada sofa,.

"Tak tahu, mummy cik Sya angkat telefon tadi lepas tu pengsan.."
Tasya mengipas-ngipas wajah mummy-nya menggunakan fail nipis.Gadis itu kelihatan tidak senang duduk, sekejap dia berdiri sekejap lagi dia duduk.

"Panggil kan doktor sekarang!."
Segera Sarimah dan Jamilah berlari anak meninggalkan majikan mereka dan meluru kearah telefon rumah menghubungi doktor keluarga.

"Ya'Allah asal hati ni rasa lain macam.."
Tasya mengusap dadanya,lalu mengipas semula wajah datin Salwa menggunakan fail yang ada pada tanganya.
Telefon bimbit mummy nya dicapai lalu memeriksa dengan siapa datin Salwa bercakap sebentar tadi hingga pengsan begitu.

* * *
Tengku Khaizuran menekup wajahnya agak lama,
dia masih setia diruang menunggu tanpa beranjak dari tadi.

"Kalau Tengku nak balik Ku bolehlah balik biar I yang tunggu Naura.Ku nampak serabut sangat."
Lelaki itu menggeleng perlahan, Zuyin mendengus kecil air matanya disekah laju.Penampilan tidak terurus Tengku Khaizuran diamati.Baju kerja yang berwarna putih itu dipenuhi darah.,terlihat jua kesan darah pada bibirnya dan balutan bandage pada tangan.
Zuyin tertunduk menekur lantai,Dia bimbang dengan keadaan Naura.Apa yang akan terjadi nanti pasti sangat sukar bagi Naura.

Zuyin bangkit dari duduknya menjauh sedikit dari lelaki itu bila telefonnya bergetar menandakan ada panggilan yang masuk.Gadis itu menarik nafas dalam sebelum mengambil keputusan mengangkat panggilan itu.

"Asalamualaikum Tan Sri.."

"Macam mana keadaan cucu saya?"
Ada getaran pada suaranya,Dan itu Zuyin tahu mengapa.Bukan mudah bagi lelaki paruh abad itu berdepan dengan dua situasi yang menyakitkan sekali gus.

"Belum ada khabar lagi Tan Sri."

"Tolong tengokkan dia buat sementara waktu,saya nak kesatu tempat untuk dituju sekarang."

"Baiklah Tan sri."
Zuyin kembali berjalan menuju kerusi menunggu,.

"Ya Allah berilah kekuatan pada sahabat ku ya Allah.Dia terlalu menderita engkau ringanlah kesakitan yang dia alami Ya'Allah ya Tuhanku."
Bersungguh-sungguh Zuyin bermohon, mengundang gejolak resah dihati Tengku Khaizuran.Dia tidak senang duduk mengenang kejadian ketika membawa Naura ke hospital tadi.
Rambutnya dikuak kebelakangan lelaki itu berdiri jam tangan dikerling sejenak.

"Pendarahan dia teruk sangat tadi,I tak sangka Qaisara nekad macam tu sekali."
Tengku Khaizuran membuka bicara,melihat tangisan Zuyin yang makin menjadi-jadi.

"I tahu Naura kuat,tapi I tak tahu apa yang akan jadi bila dia sedar nanti.Dia pernah kehilangan mama dan papa dia dan sekarang dia dah kehilangan suami dia."
Wajah Tengku Khaizuran dipandang sejenak yang berada disisinya.

"Naura memang nampak kuat secara luaran,dia selalu tersenyum menyembunyikan luka dihati tapi siapa sangka hati dia begitu merana.Dia baru nak rasa bahagia dengan rasa ada family sendiri..."
Zuyin tidak mampu menghabiskan tutur katanya, mulutnya ditekup, bahunya terhinjut-hinjut menahan tagis.

* * *
Datin Salwa mendekat kearah sekujur tubuh yang tertutup kain putih.Dengan tangan yang terketar-ketar wanita itu menarik kain yang menutupi wajah anak lelakinya.

"Ya' Allah anak ku.."
Hampir terduduk wanita itu melihat wajah pucat dan beku Zafran yang tanpa darah.Mujur ada Dato' Nasir yang memegang bahunya ketika itu.

Terdengar esakan ketiga orang itu memenuhi bilik mayat yang terasa kedinginan nya.Hiba dan sangat memilukan hati.Wanita itu merasa dia seakan pengsan semula jika tidak punya kudrat kekuatan.

"Kenapa anak mummy boleh macam ni?.Zaf bangun sayang jangan tinggalkan mom.!"

"Abang Sya minta ampun.Sya adik yang kurang ajar.Abang jangan lah macam ni kesian kak Aura,abang nak tinggal dia pada abang Noah ke?."
Mendengar nama Naura terasa sakit hati datin Salwa dibuatnya.Ia baginya Naura lah punca anaknya mati dalam keadaan begini.

"Abang buka mata please!.. Jangan tinggalkan kami semua dengan pedih begini,kami perlukan abang.."

"Zaf buka mata sayang mummy datang ni!."
Diusapnya kepala Zafran yang terasa keras dan dingin.Kehangatan tubuh sudah tidak dirasai, seolah daging-daging yang ada pada tubuh anak lelakinya sudah lesap kian mengecut.Ya Allah hati ibu mana yang sanggup melihat sekujur tubuh anaknya dalam keadaan meruntun jiwa begitu.Anak cinta pertamanya bersama suami,anak yang melayakkannya dipanggil seorang mummy.

"Sal awak tak boleh macam ni,anak kita dah tak ada.Jangan beratkan urusan dia Sal kesian anak kita."
Wanita itu menggeleng seiring air mata berjuraian jatuh.

"Abang tolong bangunkan anak saya bang!.Jangan biarkan dia pergi bang,saya tak nak kehilangan anak saya."
Tan sri Khalid yang baru tiba ketika itu terasa lemah lutut.Air mata tuanya tidak dapat ditahan.Dia mendekat ke arah tubuh Zafran yang tidak bergerak.

"Zafran.."
Datin Salwa menoleh ke belakang melihat wajah ayah mertuanya ada kekesalan dihatinya yang sudah lama dipendamkan.

"Ini semua salah ayah,kalau ayah tak berkeras nak kahwin kan anak saya dengan cucu kesayangan ayah tu semua ni takkan terjadi."

"Mummy kenapa cakap dengan tok ayah macam tu.?."
Suara tagis Tasya seakan timbul tenggelam dengan bicaranya sendiri.

"Sal bertenaga.. jangan cakap macam tu depan jenazah anak kita."

"Anak saya akan tetap ada disisi saya kalau bukan disebabkan budak malang tu.."
Tidak mengendahkan kata-kata menantunya.Tan Sri Khalid mendekati Zafran.

"Tok ayah minta maaf..!"

"Tok ayah minta maaf..!"

"Tok ayah minta maaf..!"
Berkali-kali ayat itu diulangi,

"Ayah ingat maaf ayah ni boleh hidupkan anak saya semula.Tidak...Ayah dah bunuh anak saya dengan menjadikan dia pelindung pada anak yatim piatu yang malang tu."
Petugas forensik yang menyaksikan ajenda memilukan itu hanya menatap hiba tanpa niat ingin masuk campur.
Dato' Nasir tidak dapat menegah si isteri, Tasya
memeluk datin Salwa untuk ditenagakan dengan isyarat gelengan kepala.

Tan Sri Khalid yang mendengar luahan kekesalan menantunya menjadi sakit,merasakan dia lah punca Zafran jadi begini.Tan sri Khalid memegang dadanya yang terasa sesak.Dapat dirasai jantungnya sukar mengepam oxigen.

"Ayah,ayah ok tak ni?."
Dato' Nasir menghampiri ayahnya,

"Ayah....ayahh rasa...sa."
Tersekat-sekat suaranya, Dato'Nasir diserang panik sekali gus cuba membantu ayahnya.Dengan nada sebak.

"Tok ayah.."
Tasya tidak menjangka situasi begini akan terjadi terhadap keluarganya.Datin Salwa sudah serba salah,dia kah punca ayah mertuanya jadi begitu menyalahkan diatas kematian anak lelakinya.

Will the withered flowers come back fresh?.. Happy Reading DR❤️ Have a nice day..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience