Imbas kembali~11 tahun lalu...
"Nanti tiga hari lagi papa jemput ye sayang."
Rangga mengusap rambut anak gadisnya dengan lembut.
Naura tersenyum patuh pada sang ayah.Hari ini dia akan tidur dirumah datuknya,dua minggu sekali dia akan datang kesini atas permintaan Tan Sri Khalid, memandangkan rumah mereka yang agak jauh dari rumah Tan Sri Khalid membuat sang datuk merindui cucunya.
"Jaga diri baik-baik jangan nakal dengar cakap atok."
Tan Sri Khalid hanya tersenyum memerhati.Menantunya berwarganegara Indonesia itu sudah tujuh belas tahun bermastautin di Malaysia.Mendirikan rumah tangga bersama anak perempuannya kini usia perkahwinan mereka hampir menginjak enam belas tahun,dan dikurniakan seorang anak perempuan yang comel berusia empat belas tahun.
"Yes Boss."
Naura tabik hormat pada papanya.
Membuat Rangga geli hati dengan ragam anak perempuannya.
"Ayah saya minta diri dulu!."
"Yelah bawak kereta tu elok-elok."
Naura memeluk erat papanya entah mengapa ada perasaan yang menelusup ke ruang hatinya membuat Naura tidak sedap hati.
Selesai menyalami tangan ayah mertuanya Rangga mengorak langkah menuju keretanya.
Rangga mengemudi keretanya dengan sedikit laju bimbang isteri nya hanya berduaan bersama pembantu rumah kebetulan jaga dirumah sedang cuti sakit dan pembantu rumah mereka yang lagi seorang berhenti.Entah mengapa dia menjadi gelisah tidak menentu.
Setelah hampir setengah jam memandu Rangga tiba di perkarangan rumahnya.
Lelaki itu berasa heran melihat pintu yang agak terbuka lalu tersentap mendengar bunyi orang berteriak nyaring.
Laju kakinya berlari ke dalam rumah mencari isterinya.
"Sayang.!,sayang! Nurin kamu di mana.?"
Suara Rangga memenuhi ruang banglo dua tingkat itu.Sunyi tiada sahutan.
Tiba di tingkat dua lelaki itu menangkap bunyi yang membuat dadanya berombak kencang.
Rangga menolak daun pintu ketika dia menerpa masuk bulat matanya jantung seakan berhenti berdegup melihat keadaan isterinya dengan baju robek ditindih oleh seorang lelaki yang tidak diketahui siapa.
"Berengsek."
Teriaknya nyaring.
"Abang..jangan..datang."
Teriak Nurin pada suami nya,Tiba- tiba Rangga merasa ada sesuatu benda tajam menikam sisi perut belakang nya.
"Kau nak selamatkan isteri kau baik kau selamatkan diri kau dulu!."
Bisik lelaki itu sebelum kembali menikam dirinya lagi.Rupanya bukan hanya dua orang lelaki asing berada dalam bilik mereka tapi empat orang.Hanya Rangga sahaja yang tidak perasaan kerana terlalu terkejut sehingga tidak menyedari manusia-manusia terkutuk itu.
"Zarul! apa arghh." ucapanya terbata-bata dengan tangisan pilu menahan rasa sakit yang tuhan sahaja tahu.
"Aku tak tahu isteri kau sedap sangat!,Kau jangan risau kau takkan mati sorang diri bini kau pun ikut sekali..Dan anak kau biar aku yang tengok-tengokan."
"Aku dah kata jangan cabar aku, tapi kau degil!.
Jangan lupa sampai kan salam aku pada Kakak aku.! dan muka kau ni lah jadi penyebab!."
Lelaki itu tersenyum sinis muka Rangga ditoreh menjadi simbol X.
"Arghhh.."
Mengalir darah deras pada wajahnya.Nurin sudah tidak mampu beraksi seperti apa bukan sahaja sakit luaran tapi dalaman nya bagai dibunuh melihat keadaan suaminya.
Rangga tertunduk sakit hati bagai sebilah lembing tepat mengena pada ulu hati.Lelaki bernama Zarul itu ketawa sumbang,puas dia dapat menghancurkan keluarga Rangga akhirnya dendam nya terbalas.
"Dengan Nyawa kau yang tersisa ni aku nak kau tengok depan mata kau sendiri isteri kau mati.Aku dah kata jangan cabar aku tapi kau degil!"
"Kalau..kau nak nyawa aku..ufft.."
Tersembur darah dari mulutnya kerana ditikam lagi.
"Kau masih berani nak tawar-menawar dengan aku! jumpa kat neraka lah bodoh!"
Zarul menikmati lagi kali ini lebih lama pisau itu terbenam dalam tubuh Rangga.
Dua orang suruhan Zarul memegang lengan Rangga, darah pada badannya sudah mengalir deras mukanya sudah mulai pucat akibat banyak darah yang mengalir.
"Jangan...apa-apa kan isteri aku!"
Teriaknya dengan tenaga yang masih tersisa Rangga cuba meronta namun segala usahanya gagal.Isterinya Nurin sedang mengandung anak mereka yang kedua yang kini berusia tiga bulan.Rangga merasa seperti lelaki tidak berguna
tidak dapat melindungi isterinya sendiri.Luluh hatinya mengenang nasib Naura.
Lelaki bernama Zarul itu menikam isterinya dengan pisau tajam bertubi-tubi hingga percikan darah mengena pada mukanya.Ya Allah!anak dan isterinya.
Perlahan pemandangan mata Rangga menjadi kelam dan gelap.Dia sudah tidak sedarkan diri melihat isterinya diperlukan kejam begitu.
"Lepas ni giliran anak kau!."
Tekad Zarul pada diri sendiri.
* * *
Parghh..
Naura terkedu gelas pada tangan terlepas hingga jatuh berkecai.
"Aura tak apa-apa ke?macam mana Aura minum ni sampai gelas boleh pecah."
Tegur Zafran dia turut duduk mencangkung seperti Naura.Zafran menarik tangan Naura agar tidak menyentuh serpihan kaca.
"Jangan sentuh nanti abang suruh pembantu kemaskan jom ikut abang Zaf."
Zafran menarik tangan Naura keluar dari dapur.
"Aura rasa tak sedap hati lah!."
"Nak tambah gula bagi manis.?"
Gurau Zafran pada Naura membuat gadis itu
geram lalu memukul bahu Zafran dengan sekuat hati.Zafran hanya terkekeh ketawa.
Naura berhenti memukul Zafran melihat Tan Sri Khalid menjawab panggilan telefon entah mengapa kakinya menjadi kaku membuat Zafran keheranaan.
"Hello!"
Suara garau Tan Sri Khalid menyambut panggilan telefon menambah gegaran tubuh Siti pembantu rumah Rangga makin tak keruan.
"Hello Tan Sri saya, Siti pembant...rumah Puan Nurin."
Suara Siti terasa bergetar dalam tangisan yang di tahan -tahan membuat Tan Sri Khalid risau tak menentu.
"Ada apa kamu telefon?.Mana Puan Nurin."
Soalnya heran, mendengar itu makin kuat tangisan Siti di hujung talian.Siti yang baru pulang dari warung membeliakkan puannya bakso kerana Nurin mengidam ingin makan makanan negara jiran itu.Begitu dia pulang hanya dua kujur mayat majikannya ditemui dalam keadaan mengerikan.Kerana Terlalu panik Siti menghubungi pihak polis.Dan kini polis sedang menjalankan siasatan.
"Tan sri tolong datang sekarang..Polis minta Tan Sri datang Tuan dan puan dah meninggal..mereka.."
"Jang...gan nak bergurau dengan saya.."
Jerkah Tan Sri Khalid pada pemanggil dihujung talian.Memnuat Zafran dan Naura terkejut lalu saling berpandangan.
"Maaf Tan Sri saya tak bergurau,mereka dibunuh... polis.."
Esakan Siti dihujung talian tidak dapat meneruskan kata-katanya.Terlepas genggaman telefon dari tangan Tan Sri Khalid.Dia berasa syok,dunianya seakan berhenti berputar.Apa yang terjadi pada anak perempuannya,benarkah apa yang didengar oleh nya sebentar tadi.
"Tok Ayah kenapa ni?."
Soal Zafran,ketika mendekati bersama Naura. Tan Sri Khalid merangkul bahu Naura dibawa ke dalam pelukannya dipeluknya erat gadis itu.
"Tok Ayah kenapa?."
Tegur Naura melihat datuknya sudah mengalirkan air mata.Naura berasa berdebar-debar menantikan jawapan Tan Sri Khalid entah mengapa dia merasa takut yang dia sendiri tidak pasti.Zafran hanya memerhati bingung,dengan siapa datuk nya bercakap sehingga menangis begitu.
"Tok Ayah ada, jangan risau!"
"Risau kenapa?"
Soal Naura polos tidak mengerti dengan apa yang dikatakan tok ayah nya.
"Papa dan.."
Suara nya tersekat terasa perit mengatakan pada cucunya.
"Kenapa dengan papa?"
Tanya Naura dengan ragu.Dadanya sudah berombak kencang.
"Mama dah...menig..gal sayang."
Naura merasa seperti dihempap batu besar mendengar berita menyedihkan dalam hidupnya.Zafran jadi bungkam tak terkata.
"Tidak tok ayah bohong."
Jeritannya dalam tangisan meronta minta dilepaskan.Semakin kuat pelukan Tan Sri Khalid pada cucunya.
"Ayah kenapa ni?"
Soal Jaslin yang baru tiba diruang tamu.
"Jangan cakap macam tu tolong lah!"
Tangisannya makin menjadi-jadi melihat kebisuan datuknya.Membuat Jaslina kelu,pasti sudah terjadi sesuatu tapi apa duganya dalam hati,yang turut berasa berdebar-debar.
Naura berlari keluar setelah puas meronta.
Membuat Tan Sri Khalid terduduk lemah.
"Papa! mama! jangan tinggalkan Aura!"
Dia berlari sekuat hati dengan tangisan pilu.
Zafran turut berlari keluar mendapatkan Naura semula.
"Ayah ada apa ni.?apa yang terjadi dengan Nurin?kenapa ayah dan Naura menangis?"
Banyak soalan yang dilontarkan Jaslina, dadanya turun naik walau dia sudah tahu apa yang terjadi mendengar esakan Naura sebentar tadi.Tapi dia ingin kan kepastian,airmatanya juga tidak segan mengalir.
"Nurin.."
Bergetar suara Tan Sri Khalid ketika ini.Dia seakan tidak mampu menerima hakikat bahawa anak bongsunya itu telah meninggal.
"Kenapa dengan Nurin yah?"
Soal Jaslina lagi.
"Adik kamu dah tak ada!"
Jaslina turut sama terduduk.Telinganya seakan berdengung tidak mendengar sebarang bunyi sehinggalah Zafran datang berteriak kuat.
"Tok Ayah Naura pengsan.!"
Teriak Zafran yang mencempung tubuh Naura masuk ke dalam rumah lalu membaringkan tubuh Naura pada sofa.
Tergopoh-gapah Tan Sri Khalid dan Jaslina menerpa ke arah Naura.
"Zaf telefon daddy kamu suruh balik sekarang!"
Tungkasnya pada Zafran,Nasir yang ketika ini sedang keluar makan malam bersama isterinya dan dua anak mereka belum pulang lagi.Zafran mengangguk sebelah berlalu pergi.
"Jas Kamu tolong tengokkan Naura!.Ayah.."
Tan Sri Khalid terduduk mengalir kan air matanya mengusap ubun-ubun kepala Naura.
"Ayah nak pergi rumah Nurin!bila Abang kamu balik suruh menyusul kemudian."
Jaslina hanya mengangguk tidak terkata.
Ini adalah kehilangan kedua dalam keluarga mereka dalam tahu ini selepas isteri Tan Sri Khalid.Cuma kali ini berbeza kehilangan yang menyayat hati dan sangat meruntun jiwa.Terutama kepada Naura.
Manusia akan lebih kejam dari binatang buas bila dah dibutakan hati nurani., semoga kita dijauhkan dari sifat seperti ini...
Share this novel