Zafran bersandar pada pintu kereta dengan memeluk tubuhnya kaki kirinya turut dilipat kebelakangan dan disandarkan.Belum mandi, belum makan laju sahaja niatnya bertemu Naura setelah pulang dari Pinang.
"Kenapa abang datang?."
Kepala ditoleh mendengar suara Naura.Langkah dihala menghampiri Naura tepat dihadapan pagar menjadi pemisah antara keduanya.
"Abang tak boleh jumpa isteri sendiri ke?.Siapa je yang boleh jumpa, Tengku tu.?."
Naura terkedu mendengar itu hujung bibirnya dikatup rapat menahan getar.Sah yang Zafran sudah tahu akan gosip nya bersama Tengku Khaizuran.
"Kenapa keluar dengan lelaki lain tak minat izin dengan suami!sehingga mendatangkan fitnah.Aura abang ni siapa kat mata awak? tunggul ke?."
"Tak! Aura cuma."
Belum sempat Naura berkata laju tuturnya dipotong.
"Abang bukan lagi sepupu Aura!.I'm your husband sayang!Abang tahu abang salah,abang mengaku itu.Tapi tu tak bermaksud Aura balas abang dengan cara macam ni,Sayang kena jaga maruah sendiri termasuk maruah abang!."
"Abang Aura boleh jelaskan!."
Kelopak matanya sudah dipenuhi air mata menunggu saat membasahi pipi mulusnya.Fikiranya terselak akan memori dimana Zafran tidak mempercayainya tika dahulu sungguh itu sangat menyakitkan.
"No need!"
Tanganya laju membuka Kancing pagar,Naura diam sahaja melihat Zafran membuka pagar.
Kepalanya tertunduk melihat Zafran bercekak pinggang dihadapan,jemarinya bermain dengan hujung baju tidurnya.Melihat wajah cuak sang isteri membuatnya frutasi lalu rambutnya dikuak kebelakangan.
Pergelangan tangan isterinya direntap lalu dibawa mengikuti langkahnya menuju kereta.Naura mengikut sahaja tanpa ada bantahan.
"Wear your seat belt!."
Naura menarik tali pinggang dengan susah payahnya,entah mengapa dalam kekalutan hatinya turut mempengaruhi tindakanya.Zafran merengus kecil melihat Naura yang kepayahan memakai tali pinggang.Dengan tangkas Zafran mebantu Naura memakai tali pinggang sempat Naura mencuri bau yang terbit pada bahu lebar suaminya.
Zafran kembali membetulkan duduknya lalu mengemudi keretanya meninggalkan perkarangan rumah Zuyin.Naura menyeluk poket baju tidurnya iphone dikeluarkan lalu menghantar pesanan ringkas pada Zuyin.
"Bak sini fon!."
Zafran hulur tangan meminta benda alah itu pada Naura,pandangannya tidak beranjak dari jalan raya.
"Why?."
Naura menghulurkan telefon miliknya pada Zafran.Dilihatnya suaminya itu menghembus nafas lega melihat isi kandungan perbualan Naura meminta diri untuk pulang pada sahabat nya Zuyin.Melihat itu membuat Naura cebik bibir.
Telefon bimbit Naura dihulur Kembali,namun tanpa pengetahuan isteri manis nya itu nombor telefon Tengku Khaizuran telah disekat.
"Abang ingat Aura tengah chet dengan Tengku ke?."
"Jangan sebut nama lelaki miang tu!."
Zafran melontar ayat itu agak kesal,Naura diam namun sembunyi senyum.Bau-bau orang cemburu.
"Kita nak pergi rumah tok ayah ke ni?."
Naura bertanya meski sudah tahu melihat kereta milik Zafran memasuki kawasan perumahan elit setelah hampir tiga puluh minit memandu.
"Bertahun tinggal kat sini dah lupa jalan balik ke?.Mommy ajak makan malam."
"At least bagi tahu lah Aura bukan mengejut macam ni.Tengok baju Aura ni baju tidur kut.."
Rungutnya manja membuat Zafran geleng kepala dengan rasa rajuknya.
"Siapa kisah soal baju tidur sekarang ni?.Semua orang kat dalam rumah tu dah tahu yang Aura keluar dengan anak Tengku Mokthar..Huh,abang ni balik dari outstation dengan tak mandi, makan pun tak.Risaukan Dia,yang Dia tu boleh pulak risaukan fasal baju."
Naura pandangan Zafran sekilas dengan rasa bersalahnya.Naura tidak akan ambik pusing soal pandangan orang lain terhadapnya yang penting baginya adalah pandangan suaminya.
Keretanya diparkir diperkarangan rumah banglo milik Tan Sri Khalid.Zafran terlebih dahulu keluar dari perut kereta diikuti Naura.Dari muka pintu utama keduanya sudah disapa dengan pandangan lembut datin Salwa.
"Mom how are you?."
Zafran menyalami tangan mummy nya diikuti Naura.Mata datin Salwa ternyata lebih tajam dari mata helang,wanita itu dapat melihat kekacauan yang terjadi antara keduanya.
"Mom sihat,Jomlah.. semua orang dah tunggu tu."
Ketiga mereka berjalan menuju ruang dapur,Tan sri Khalid memerhati kedua cucunya mengambil duduk di meja makan.Mata Naura jatuh pada Noah dimana disebelaah abang sepupunya itu duduk seorang perempuan dengan senyuman manisnya.
Sesi makan malam yang terjadi hanya menjadi perhatian bagi Naura dan Zafran yang lebih banyak berdiam diri menikmati makan malam mereka.Yang selebihnya tertumpu dan banyak bicara adalah Noah dan Amalin aitu yang diperkenalkan sebagai kekasih kepada Noah.
"Zaf bila nak ajak Aura pergi honeymoon?."
Soal mummy nya melihat keduanya hanya berdiam diri sahaja.Mendengar tutur dari datin Salwa membuat Naura tersedak hingga terbatuk-batuk.Apa yang pelik dengan perkataan honeymoon pun Zafran malas nak fikir.
Zafran menghulurkan jus oren pada isterinya lalu mengusap belakang Naura.
"Coba lah makan tu elok-elok sikit.."
Tegur Zafran pada Naura membuatnya cebik bibir.
"So sawit.."
Zafran hanya memandang kosong kata-kata dari adik perempuan nya yang genit itu.
"Honeymoon package mummy dan daddy nak taja tu!"
Tasya kenyit mata memandang kedua pasangan suami isteri itu.
"Akak tak boleh pergi honeymoon sekarang,butik akak ada masalah.."
"Masalah apa?."
Soal Tan Sri Khalid, Zafran lepas keluhan kecewa mendengar Naura menolak.
"Masalah kecil je.."
Naura tersengih memandang wajah tok Ayah,membuat semua tersenyum melihat telatah Naura.
"Malam ni tidur kat sini!.Tok ayah ada benda nak bincang dengan kamu."
Tan Sri Khalid menyudahi makan malam nya dengan tutur perintahnya pada cucu sulungnya itu.Zafran sandar pada kerusi dengan keluhan berat,jemarinya saling bersilang dengan siku menjadi tongkat beralas.Naura terlebih dahulu keluar bersama Tasya dalam rumah menuju kolam renang yang terletak dibelakang rumah banglo mereka,melihat Naura berlalu tanpa kata membuatnya pusing.Begitu hal sedemikian rupa terjadi pada Noah melepas keluhan berat melihat Amalin sudah berlalu pergi keruang tamu bersama Datin Salwa.Lalu memandang wajah daddy nya sebentar yang memberi angguk kepala ringan bahawa tanda sokongan.
"Bang.. Aku nak minta izin sembang dengan Naura kejap boleh?."
"Hemm..pergilah!,Aku nak jumpa tok ayah kat atas.Ingat sikit Naura tu isteri Aku,Kau dah ada Amalin buang perasaan Kau terhadap Naura."
Wajah daddy-nya dipandang lalu beralih pada Noah.Zafran sudah siap berdiri meninggalkan meja makan.
"Zaf,boleh tak bersikap matang sikit! cemburu tu berpadah lah."
Tegur Dato'Nasir pada anak sulungnya yang nampak kusut malam hari ini.
"Zaf hanya bagi tahu perkara sebenar daddy,Zaf dah pernah hilang Naura hanya kerana cemburu yang tak berlapik,Zaf tahu Noah masih ada perasaan pada Naura."
"Bang Aku tahu.."
Noah tidak terkata bila Zafran memotong laju kata-katanya.Membuat Dato'Nasir geleng kepala.
"Kan Aku dah kata Aku dah maafkan,Aku cuma bagi peringatan kat Kau.Hargai kemaafan yang orang dah bagi pada Kau!"
Selesai mengatakan itu kaki dihala menuju tangga utama naik ke bilik kerja tok ayah nya.Air muka Noah mahupun daddy-nya sudah tidak dipedulikan sungguh dia berasa letih yang teramat.
"Ada apa tok ayah nak jumpa dengan Zaf?."
Zafran duduk pada sofa hitam yang berada di ruang kerja ala inggeris itu.Melihat Zafran sudah duduk bersilang kaki Tan Sri Khalid menutup buku tebalnya yang dibaca sebentar tadi.Kaca mata ditanggalkan.
"Kenapa tinggal asing dengan isteri kamu?.Dan biarkan Naura menjadi tumpuan media?."
Zafran tahu tok ayah nya sudah tahu semuanya namun sekadar hanya berbasa basi dengannya.
"Semuanya yang terjadi hanya salah faham tok yah,Zaf janji lepas ni semua benda ni takkan terulang kali kedua.."
"Tok ayah tak salahkan kamu seratus peratus.Tapi kamu sebagai suami harus tahu menjaga perasaan isteri kamu dalam masa yang sama bertegas jika benda tu dah luar batasan."
Zafran mendengus kecil,Tan Sri Khalid berdiri menghampiri Zafran bahu cucunya ditepuk lembut lalu mengambil duduk dihadapannya Zafran.
"Jangan ingat tok ayah cakap macam ni sebab nak lebihkan Naura ,tidak!..Bagi tok ayah semua cucu-cucu tok ayah sama sahaja.Tok yakin dan pasti malah kamu lebih tahu apa itu erti melindungi orang yang kamu sayang."
"Zaf cuma minta satu benda dari tok yah,tolong jangan hantar orang tok ayah jadi pemerhati dalam rumah tangga kami berdua!."
"Betul perempuan tu mengandung?."
Bukan menjawab malah Tan Sri Khalid balik bertanya padanya mendengar itu Zafran meraup wajahnya lalu mengeluh panjang.
"Itu hanya ulah Qaisara untuk buat Zaf dan Aura gaduh."
Zafran berjedah sebentar
"Tapi Zaf harap sangat yang tok yah jangan campur tangan biar Zaf yang uruskan."
Tan Sri Khalid angguk faham,
"Kalau macam tu Zaf nak masuk bilik dulu."
Zafran meminta diri melihat Tok ayah nya seakan tiada apa lagi untuk diperkatakan.
"Hem..yelah.."
* * *
Noah melangkah ke arah Naura dengan penuh rasa yang berbelah bagi.Melihat Tasya sudah berlalu dari situ mudah baginya bersembang dengan Naura.
Noah berdiri dibelakang dua miter dari jarak Naura berdiri.Dia berdehem
menyedarkan Naura akan kehadirannya melihat adik sepupunya itu nampak termenung jauh seakan menembusi kolam.Telapak tangan diseluk pada seluar jeansnya.
"Ehemm..Boleh cakap sikit!."
Noah berdehem kedua kalinya melihat tiada tindak balas dari Naura.Pandangan pada kolam renang jadi buyar mendengar suara Noah dibelakang nya.
"You nak cakap apa?."
Soalnya tenang.Noah tersedar Naura tidak lagi memanggil dirinya sebagai seorang abang.
"I nak minta maaf atas semua yang terjadi antara kita bertiga selama ni."
"Masa tu I terlampau bersikap kebudak-budakan dan ikutkan kata hati.Tanpa I sedar sebenarnya I dah sakitkan You dan abang Zaf,."
Naura diam mendengar kata maaf dari Noah,Dan itu Noah anggap Naura belum mahu memaafkan kesalahan nya.
"I tak paksa kalau you.."
"I dah maafkan,..Kan I dah kata if abang Zaf dah maafkan Aura juga akan maafkan kesalahan yang You pernah buat.Yang lepas tu biarlah berlalu,"
Mereka saling berpandangan sebelum Naura terlebih dahulu berpaling kearah lain.
"Sekarang kita buka buku baru dan tutup cerita lama!.Aura tahu macam mana rasanya dibenci tanpa mendapat kata kemaafan.Aura tahu You buat semua tu bersebab.Aura juga nak minta maaf disebabkan Aura korang berdua adik beradik jadi bermasam muka."
"Aura tak usah minta maaf!.Yang salah dalam hal ni adalah I."
"Jangan cakap macam tu!tak ada manusia kat muka bumi ni yang suci dan tak melakukan dosa.Abang Zaf Aura letak sebagai kunci kat hati Aura,dan You since kita kecil lagi I dah anggap you macam abang kandung I sendiri."
Naura tersenyum lebar begitu juga dengan Noah.
Bagi Noah ini sudah cukup memadai mendapat kata kemaafan dari Naura.
"So lepas ni takkan ada lagi yang bermasam muka macam buah strawberi lagi mahupun rasa janggal kan."
Soalnya dalam nada menyakat,membuat Naura berlipat dahi bingung dengan kata-kata Noah sebentar tadi.
"Siapa bermasam muka macam buah strawberi..?"
"Entah.."
Jawabnya acuh,Naura pandang Noah penuh selidik yang sudah tersenyum-senyum.
"You mengata rupa I masam macam buah strawberi?."
Tunjuk nya pada diri sendiri,Noah tertawa kecil melihat wajah Naura sudah membahang.
"You ni kan tak pernah nak berubah suka sangat menyakat orang, Aura bencilah macam ni!."
Bahu Noah dipukul dengan rasa geram,Noah seakan kembali meresa saat mereka membesar bersama penuh dengan rasa canda dan tawa dahulu.
"Eh'..tangan tu jangan biasa sangat!Nanti ada orang cemburu."
Noah terkekeh melihat wajah Naura yang cuak mendengar kata-katanya.
"Malas lah I layan you,I nak naik dulu anak dara orang tu hantar elok-elok."
Sempat Naura berpesan sebelum pergi meninggalkan Noah dengan rasa kesalnya,Noah hanya geleng kepala melihat tingkah Naura.
Share this novel